Isnin lepas aku pergi Segamat dengan boss aku. Dia 'ajak' aku 'temankan' dia. Aku dah paham apa yang dia maksudkan. Aku jadi drebar dia la tu. Dia nak pergi tengok site. Aku pun tak kisah sangat. Dapat gak aku keluar KL. Kadang-kadang best gak dapat keluar ronda-ronda. Free pulak tu. Jadi drebar boss pun lantaklah...
Dia suruh aku tunggu dia kat ofis awal sikit. Jadi, pukul 7 pagi aku dah sampai depan pintu ofis. Dia pun sampai dalam 5 minit lepas tu.
"Jom. Kita berenti makan kat highway nanti."
"Orait boss."
"Awak reti tak bawak Mercedes?"
"Boleh. Tak ada hal boss. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Ni nak pergi site visit kan? Baik boss pakai lori pikap ofis. Nampak macam kontraktor sikit."
"Ye tak ye jugak... Awak tunggu sini kejap. Saya naik atas ambik kunci Ranger."
"Ok boss."
Jam 7.15 kita pun mulakan perjalanan. Aku jadi drebar, boss aku duduk sebelah. Seperti biasa, kalau ada masa terluang sikit, dia mula la main telefon. Habis dia call semua orang yang ada kaitan dengan projek dia tu. Kontraktor sub dia call, kontek dia kat Segamat, member dia kat JB, bini dia pun sempat gak dia hallo.
"Jap lagi kita berenti kat Ayer Keroh. Awak belum makan kan?"
"Belum lagi."
"Ok. Saya pun dah lapar ni. Awak jangan miss pulak RnR tu."
"Makan mana boleh miss boss."
"Tau takpe."
No comments:
Post a Comment