Showing posts with label Apa Hisham Kata. Show all posts
Showing posts with label Apa Hisham Kata. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Apa Hisham Kata (16)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ini, aku hanya nak highlight satu perkataan sahaja dari post ini.


'Kanilangus'



HAHAHAHAHAHAHAHA...

Sunday, March 21, 2010

Apa Hisham Kata (15)...

Kali ini, untuk edisi ke 15 slot popular ini, Hisham telah mengatakan yang "Surat Khabar Buat Bungkus Nasi Lemak". Nasi lemak yang murah (a.k.a. nasi lemak tanpa lauk) kot, sebab kat area aku, makcik yang jual nasi lemak bungkus pakai kertas minyak. Lagi haijenik, katanya.


Hahahaha...

Monday, March 8, 2010

Apa Hisham Kata (14)...

Kali ni, untuk slot 'Apa Hisham Kata' edisi ke 14, topik yang di bincangkan di 'Tukar Tiub' agak serius. Dia tulis pasal buku, sastera, seni dan benda-benda yang nampak kecil tapi sebenarnya penting. Aku tak nak post artikel dia di sini (walaupun sudah ada disclaimer). Aku nak ko tengok sendiri post itu di sini.

Tuesday, December 29, 2009

Apa Hisham Kata... Edisi Khas : The Cool and the Poyo

Senarai 'Cool dan Poyo' dari blog 'Tukar Tiub' telah di release. Kategori favret aku ada di bawah. Senarai yang complete ada di 'Tukar Tiub'. Aku tak sabar nak baca komen-komen di post ni. Hahaha...


SENTIASA CHIC DAN COOL SEPANJANG ZAMAN

- memakai t-shirt hitam
- jean koyak
- tak pakai seluar dalam
- tak pakai bra
- pergi gig underground
- punk rock



Kah kah kah...

P/S - 'Cool' ialah sepasang Wayfarer vintage '60an, t shirt hitam, sepasang 501 yang dah season (lagi bagus kalau dapat Big E vintage), sepasang Converse All Stars (hitam) atau Doc Marten 8 lubang (maroon) dan sebuah Triumph Thunderbird 6T tahun 1950 (tapi RX-Z pun ok gak).
Hehehe...


Ya.
Aku tau.
Aku cool.

Monday, December 28, 2009

Saturday, December 26, 2009

Apa Hisham Kata (13)...

Ini mungkin post paling cool dari blog 'Tukar Tiub' yang pernah aku baca. Jadi untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ini aku tak nak cakap banyak. Biar 'sifu' je tunjuk kepada kita semua apa sebenarnya makna perkataan 'cool'.


Cool ialah sikap.
Cool ialah feshen.
Cool ialah gaya hidup.
Cool ialah estetika.


Hehehe...

Thursday, December 24, 2009

Apa Hisham Kata (12)...

Mula-mula aku rasa pelik, terkujat, tergamam dan akhirnya, aku terbahak-bahak dan berguling-guling keriangan setelah aku membaca post ini.

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru!





Post script yang tak berapa penting - Lazimnya, rumah-rumah di rantau beriklim Khatulistiwa dan tropika tidak ada serombong asap, jadi, macam mana Pakcik Santa nak hantar hadiah-hadiah dia ? Lagi satu, boleh tak kueh tradisional di guna pakai sebagai ganti biskut coklat cip sebagai tanda terima kasih (misalnya kueh bahulu atau kueh kapit)?

Friday, December 18, 2009

Apa Hisham Kata (11)...

Setelah sekian lama aku tak update segmen popular 'Apa Hisham Kata...", kali ni, aku nak korang baca komen Hishamuddin Rais dari blog popularnya 'Tukar Tiub'.


wi ukm together gather with minstry education
arrange this konferen with deligasi from across the sea kah kah kah


Post asal ada di sini.

Kah kah kah kah kah...

Friday, August 7, 2009

Apa Hisham Kata (10)...

Aku tergelak terbahak-bahak bila aku baca post ini.


"Kalau hendak membaling kasut balinglah kasut Doc Marten baru kool."


Abang Hisham! Kalau saya ada sepasang kasut Doc Marten, saya tak akan baling.

Mahal sioooot!

Hahahahaha...

Wednesday, May 27, 2009

Apa Hisham Kata (9)...

Aku sebenarnya dah agak bosan nak mengetengahkan isu rempit-merempit ni. Boring! Asyik benda-benda sama je! (Agaknya sekarang giliran Mat Rempit untuk menjadi budak belasahan media)

Tapi, seperti biasa, Abang Hisham dari Tukar Tiub telah kembali membawa sinar satiranya yang kelakar dan tepat.


kah kah kah…..TAK KAN SEMUA YANG MEREMPIT ITU SAMSENG…kah kah kah…

kah kah kah… SAMSENG ORANG JAHAT… MAK REMPIT HANYA CELOK KIRI… CELOK KANAN… NAK BERMAIN MOTOR.. kah kah kah..

Klik di sini untuk membaca seluruh postnya.

Wednesday, May 13, 2009

Apa Hisham Kata (8)...

Untuk Edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini, aku ingin korang baca posting di bawah. Artikel ini sebenarnya adalah satu post dari blog yang tersohor 'Tukar Tiub' yang dikendalikan oleh Hishamudin Rais. Sekiranya anda ingin melihat post tersebut di blog itu, klik di sini.

Aku harap Abang Hisham tak marah kat aku kerana mengambil keseluruhan entri beliau. Aku tidak berniat untuk memplagiat hasil usaha intelek beliau. Aku berbuat demikian kerana sebagai seorang 'Mat Rempit' yang tipikal, aku dah terlalu bosan dan marah akan stereotype yang selalu di gembar-gemburkan di media dan melalui post ini, aku harap korang dapat tengok dan rasa pandangan dan pendapat kami, si Mat Rempit.


SEKALI LAGI MAT REMPIT


Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)

Post asal dari Tukar Tiub (http://tukartiub.blogspot.com/)
13 Mei 2009
Posting original boleh didapati di (http://tukartiub.blogspot.com/2009/05/mat-rempit-sekali-lagi.html)


P.S -
Pada hari yang sama juga, Abang Hisham ada membuat satu lagi post yang ada kena mengena dengan topik yang sama. Klik di sini untuk baca post itu.

Tuesday, May 12, 2009

Apa Hisham Kata (7)...

Edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini memaparkan satu lagi sebab menagapa Abang Hisham adalah seorang profesional yang amat mahir di dalam bidang yang di ceburinya.

Sebagai seorang peminat genre SF, aku angkat tangan dan tabik sama Abang Hisham kerana telah membuat penemuan terbaru di dalam bidang astronomi 'fiksyen'. Dua planet yang diduduki oleh makhluk-makhluk yang ajaib lagi mena'jibkan.

"kah kah kah… MUNKEE NI DARI PLANET HOLYWOOD ATAU DARI PLANET YOURANUS…. kah kah kah"

Planet Youranus.

Hahahahahahahaha...

Untuk membaca sepenuhnya post ini, klik di sini.

Thursday, April 23, 2009

Apa Hisham Kata (6)...

Untuk edisi ke-6 'Apa Hisham Kata', aku telah mengambil satu quote dari blog di yang tersohor, yang selalu di uar-uarkan, yang popular lagi pop, 'Tukar Tiub'.

"KALAU BODOH TOLONGLAH JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI... JANGAN BAGI TAHU SATU MALAYSIA…"

Sila baca posting penuh di mana quote itu diambil di sini, supaya korang semua faham konteksnya ya.

Wednesday, November 19, 2008

Apa Hisham Kata (5)...

Untuk edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini, komen dia tentang isu PAMPENA terlalu kelakar sehinggakan aku tersembur teh tarik yang aku tengah minum ke atas keyboard ofis. (Sori ye Kak Ros. Hehehe... Saya janji tak buat lagi.)

first 70 does not count…..kah kah kah…

Aku rasa korang perlu baca post dia sepenuhnya supaya korang dapat faham apa yang dimaksudkan. Klik kat sini.

Lain kali, aku tak akan minum sambil membaca 'Tukar Tiub'.

Kah kah kah...

Saturday, September 20, 2008

Apa Hisham Kata (4)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ni, aku amik sebahagian daripada komen dia tentang satu isu politik yang dia bincang kat blog dia, 'Tukar Tiub'.

"bincang mat rempit naik salji mat rempit sendiri pun tak ambil pot....kah kah kah…."

Baca la post penuh dia. Klik kat sini.

Tuesday, September 16, 2008

Apa Hisham Kata (3)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata' kali ini, aku nak korang baca satu 'blog post' dia. Kalau nak baca, klik je kat sini, boleh pergi direct. Kalau nak baca post-post dia yang lain, link dia ada kat sebelah.

Happy Malaysia Day!

Monday, September 8, 2008

Apa Hisham Kata (2)...

Masa itu relatif

Ayat terakhir dalam satu karya 'Isham 2504'. Kalau nak baca sepenuhnya karya dia, klik sini.

Hahahaha...

Thursday, September 4, 2008

Apa Hisham Kata (First Edition)...

Mulai hari ini, aku akan mula buat posting khas untuk hero aku, Hishamuddin Rais (yang mengikut pandangan majalah Off The Edge, seorang 'wandering bon vivant'). Aku akan amik kata-kata dia dan letak di bawah tajuk "Apa Hisham Kata..."

Jadi, untuk edisi pertama, aku amik kata-kata dia dari blog dia 'Tukar Tiub'. (Kalau korang perasan, aku dah ada link dia kat sebelah. Hehehe...)

Kalau tak ada duit nak beli baju dan seluar baru
Pergi kedai BUNDLE – jamin memuaskan.

Sapa tak tahu apa itu kedai BUNDLE – dia tak cool.

Kalau tak tahu apa cool – masuk Sintok.

Hahahaha...