Showing posts with label Benda Yang Aku Benci. Show all posts
Showing posts with label Benda Yang Aku Benci. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Writer's Block

Aku sedang mengalami writer's block!

Walaupun ada banyak topik semasa yang penting, semi-penting, remeh yang sedang berlaku sekarang dalam hidup aku, aku dah tak tau nak tulis apa. Aku nak tulis pasal trip aku ke Langkawi minggu lepas tapi entah kenapa, aku takda mood. Nak tulis pasal sukan, pasal bola, pasal Thomas Cup, aku ni bukan nya terer sangat pasal benda-benda tu. Nak tulis pasal buku yang aku tengah baca, aku malas. Aku memang tak suka tulis review. So? Nak tulis pasal apa? Tak ada apa-apa yang menarik nak aku tulis. Kalau nak tulis rutin seharian aku, nanti korang bosan lak.

Ya, aku tau.

Patetik, betul?

*sigh*

Thursday, April 15, 2010

Aku, Sebuah Kolam Yang Dalam Dan Mengapa Aku Mungkin Terjun Ke Dalam Kolam Itu Pada Hari Ahad Yang Akan Datang

Decisions, decisions...

Ahad ni adalah satu-satunya hari aku free untuk minggu ni. Betul-betul free. Aku tak ada plan, tak ada kerja, tak ada nyamuk-nyamuk tanggungjawab yang perlu aku halau dengan setin aerosol berisi racun serangga. (Huh? Nevermind...)

Kemudian, petang tadi, seorang member aku yang agak connected dengan dunia musik bawah tanah telah mengesemes aku.


[Ahad ni ada gig. Spesel]

[Siapa main?]

[Deepset]

[Aduuuiii...]

[Bukak email ko. Aku dah hantar detail.]

[Aduuuuiiii...]


Ya... Aduiiii...

Bila aku bukak email, rupanya ianya satu link. Ada event yang agak artistic-ish, yang selalunya/dulunya aku akan abaikan. Tapi semenjak 'Kata Luhur', mata aku dah mula terbukak.

Nak pergi taknak?


I think its... pretty...

Tuesday, April 6, 2010

Wei Blogger! Mana Pergi Komen-Komen Aku!

Soooohai! Celaka!

Boleh lak hilang komen-komen berharga aku.

Aku pindah Wordpress kang baru padan muka ko!



Sori ye... Aku tengah frust ni. Kalau korang ada perasan, ada beberapa komen-komen korang yang dah tiba-tiba hilang. Aku tak ada delete dan aku tak ada buat apa-apa yang luarbiasa. Ini isu Blogger. So, sekiranya korang perasan yang komen-komen ko hilang, jangan la marah aku, ye... Aku heart korang semua.

Thanks...




Cibai ko Blogger!

Friday, March 26, 2010

Aku, Queen Dan Bohemian Rhapsody : Atau Mengapa Aku Akan Cari Balik CD-CD Faveret Aku Yang Dah Lama Aku Simpan

Aku stuck di MRR2 petang semalam. Tak la teruk sangat tapi merangkak la jugak. Aku nak balik ke ofis lepas buat special delivery. Mendung dah macam senja sebelum waktu maghrib walaupun pada ketika itu hanya jam 4 petang, lebih kurang. Stesen radio indie yang biasa aku dengar tengah fail pada ketika itu. Tak ada apa yang menarik. So, aku pun tekan punat preset no 6 di radio. BFM.


...I see a little silhouette of a man, Scaramouche, Scaramouche, will you do the Fandango...

"Wooooooohooooooo!"

...Thunderbolt and lightning, very, very frightening me...

"Galileo, Galileo, Galileo, Galileo, Galileo Figaro, Magnifico-o-o-o-o"

...I'm just a poor boy nobody loves me...


Pernah tengok filim 'Wayne's World' tak? Scene di dalam kereta Garth di awal filim tersebut? Hehehehe...




"He's just a poor boy from a poor family, Spare him his life from this monstrosity!"

...Easy come, easy go, will you let me go?...


"Bismi... Ehhhh? Mana pergi..."

...No, we will not let you go, Let him go, ---------! We will not let you go, Let him go, ---------! We will not let you go...


Oh! Seronoknya...

Diorang dah sensor lagu klasik faveret aku!


...Beelzebub has the devil put aside for me, for me, for me!...


Aku terus switch off. Tak perlu lah aku tulis di sini perkataan-perkataan yang berwarna-warni yang keluar dari mulut aku pada ketika itu.

Monday, March 22, 2010

Aku, Teori Zen 'No Mind' Dan Manusia-Manusia Blur Yang Suka Berhenti Betul-Betul Di Depan Eskalator

Aku pergi ke PWTC di hari Sabtu lepas. Ada pesta besar kat situ. Aku sebenarnya agak(?) malas nak pergi time weekend tapi masa tu aku kebosanan. Tak ada aktiviti yang menarik yang aku boleh/nak buat dan cuaca panas pada ketika itu membuatkan aku teringin sangat nak rasa chill aircon bergred komersil di sana. So, aku terus ke stesen LRT untuk ke sana.

Bila aku sampai di tapak pesta, jangkaan aku yang event itu akan dikerumuni manusia menjadi kenyataan. Famili, couple, crew dan yang solo macam aku.

Hmmmm...

Masa yang sesuai untuk mempraktikkan teori Zen 'No Mind' yang aku belajar dari sesi terapi aku.


"There is no spoon..."


Woooo... Aku ada POWER! Dan aku HOT gak...


Pada mulanya, teori itu agak berjaya. Aku dapat meng'zone-out'kan manusia-manusia lain yang ada di situ. Seolah-olah aku saja yang ada di situ.

"Not bad, Johnny boy. Not bad."

Kemudian aku sampai di satu ketika di mana aku nak naik ke tingkat atas. Aku pun cari lah eskelator terdekat. Cuma, bila aku jumpa eskelator tersebut, maka aku terjumpalah spesis manusia PALING blur di dunia.

Homo Blurrius Onemalaisie

Mereka lah yang akan membawa kereta selaju 40km/h di lane kanan, terpinga-pinga tak tahu nak order apa di restoran layanan segera/warung nasi campur, membuat multiple cheque deposit di mesin yang tak sesuai, suka berborak dengan si pengutip tol tentang cuaca dan politik semasa dan benda-benda lain yang akan membuang masa orang lain.

Pada ketika aku bertemu kumpulan (ya, mereka suka keluar secara berkumpulan) ini, mereka, secara natural/semulajadi, akan membuat satu-satunya aktiviti yang akan membuang masa manusia lain yang normal.

Mereka telah berkumpul di depan eskelator.

Mereka tak akan peduli yang ada manusia lain yang perlu menggunakan fasiliti tersebut. Mereka tak akan peduli yang mereka membuang masa manusia lain. Mereka hanya hidup di dalam kepala mereka yang blur/separa aktif.

"Bang, boleh ke tepi sikit tak? Orang lain nak guna eskalator ni."

"Huh?"

Pada ketika itu, aku cuba mengulang kembali mantra Zen No Mind aku.

"There is no spoon. There is no spoon. There is no spoon..."

Tapi trick tu tak berjaya kali ni.

"Bang! Boleh berdiri tempat lain tak? Abang sedar tak yang abang tengah block eskalator ni?"

"Oh... Sori. Sori."

Friday, March 5, 2010

L'enfer, c'est les autres : Atau Aku, Karma Dan Manusia Yang Blur

Konsepnya senang sahaja.

Kalau kamu ada lebih dari sekeping cek yang perlu di deposit, ambik borang yang berbentuk poket/sleeve, isi detail yang perlu di borang/form tu, sumbat cek ko ke dalam poket/sleeve di borang tersebut, lepas tu masuk kan ke dalam mesin cheque deposit yang ada slot di atas, yang macam kotak/peti undi tu. Senang tak? Ada tak ko buang masa orang lain?

Tapi sekali-sekala (selalunya ketika aku tengah rushing) akan ada manusia bebal yang akan membuat multiple cheque deposit di mesin yang lebih sesuai di gunakan untuk single cheque deposit. Oh, seronok nya...

Manusia sebegini sama spesisnya dengan manusia-manusia bebal yang baru terkial-kial nak buat keputusan nak makan apa di McD/KFC/warung nasi campur apabila tiba giliran mereka di kaunter. Mereka akan berdiri di depan kaunter dengan muka yang blank/blur, otak mereka akan hanya mula berfungsi ketika di soal...


"Having here or take away?/Makan ke bungkus dik?".

"Errrrrr... Hold on. Dine... Wait,wait... Take away.../Errrrrr... Kejap kak. Makan... Oooppp... Kejap, kejap... Bungkus lah..."


Setiap kali ini berlaku di depan aku, aku perlu bersabar. Lagipun, assault with a deadly weapon adalah jenayah yang serius.

Takpe...

Aku tahu yang karma itu roda.

Aku yakin yang mereka akan mendapat balasan yang saksama.

Aku yakin yang bila jalan di KL jam/sesak, mereka akan tersangkut. Mereka akan tersangkut di belakang satu-satunya kereta di Lembah Kelang yang mempunyai pemandu yang tak akan berani memandu melebihi 40 km/j di lorong kanan di Federal Highway.

Padan muka kau!

Friday, February 19, 2010

Buku 'Rare' Yang Mungkin Akan Jadi 'Deadstock'

Cepat, cepat cari!
Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!



Cepat, cepat beli!
Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!


Secara peribadi, aku tak suka sangat baca buku-buku non-fiction yang berbau politik/komentari sosial. Depressing...

Tapi bila aku sudah dengar berita yang buku 'Where Is Justice?' sudah mula dirampas dari kedai-kedai buku, maka aku pun fikir balik...

"Apa dia yang kerajaan TAK MAHU aku tahu?"

Hehehehe...

Tuesday, January 12, 2010

Thursday, December 31, 2009

Tipikal! : Atau Mengapa Aku Pun Sama Je Macam Orang Lain...

Semalam, aku ada tolong sorang crew aku pindah rumah. Seperti biasa, dalam bab pindah-pindah rumah ni, aku akan jadi lebih popular dari biasa sebab semua crew aku tau yang aku boleh bawak balik pick-up truck ofis. (Thanks boss!) Setakat ni, 4 orang crew aku telah mendapat manfaat ini. Hehehe...

Pak Supir Johnny to the rescue.
Again..
.

Anyway, rumah lama crew aku ni kena clear pada 1 Jan, jadi, terpaksa la member aku ni pindah di tengah-tengah minggu. Nak tak nak, kena gak pindah time malam sebab siang kerja. (Nasib baik weekend lepas abang dia sempat tolong dia angkat benda-benda besar.) So, malam tu tinggal benda-benda kecil yang dah siap di bungkus dalam kotak dan beg plastik.

Aku sampai di flat member aku lebih kurang pukul 9pm. Dia dengan 2 orang member dia dah tunggu di tepi area parking. Lepas aku park lori aku(?), member-member aku pun mula la bawak turun barang-barang yang dah siap di bungkus. Aku exempted sebab aku kena tunggu di tepi lori. (Advantage jadi drebar tu. Tak payah angkat barang. Hehehe...)



Masa aku menunggu di tepi lori, aku sempat la jengok apa yang di simpan dalam kotak-kotak member aku. Bukan nya apa, aku kena gak tau apa kat dalam kotak-kotak dia supaya aku boleh susun dengan lebih teratur. Kotak berat kat bawah, yang ringan kat atas. Bukan nya menyibuk, tau. (Kunon!)

Masa aku sibuk 'periksa' kotak-kotak member aku ni lah aku telah terkujat besar. Aku seolah-olah terjumpa harta karun!

"Banyak buku kau geng! Berkotak-kotak."

"Hehe... Hobi aku. Ko tak tau ke?"

"Ko tak pernah cerita pun?"

"Ko tak pernah tanya."



Aku senyap, tak tau nak cakap apa. Tergamam! Rasa menyesal pun ada. Aku telah membuat kesilapan/dosa besar yang aku sendiri ingat yang aku tak akan buat. Aku telah men'stereotype'kan member aku sendiri. Aduuuiiiii...

Selama aku kenal member aku ni, aku tak pernah terpikir yang dia ni minat membaca. Kalau tengok dia sekali pandang, dia ni memang seorang Rempit tipikal. Perangai Rempit dia ko boleh bau sebatu jauh. Cara dia cakap, cara dia dressing, cara dia membawa diri. Tipikal.

Dan aku, seperti orang lain jugak, telah melakukan apa yang aku tak patut buat. Aku telah menganggap yang di sebab kan member aku ni 'nampak' seperti seorang Rempit tipikal, maka dia pun akan 'menjadi' seorang Rempit tipikal. Kurang pendidikan, tak suka membaca, suka membuang masa etc.

I have judged a book by its cover...

Aku rasa betul-betul berdosa malam tu. Aku, of all people, tak patut langsung ada perangai macam tu. Aku sendiri akan marah kalau orang men'stereotype'kan aku tapi rupa-rupanya, aku sendiri buat benda bodoh tu. Kat kawan sendiri pulak tu...

"Geng. Apahal ko senyap je? Macam pucat je muka ko? Ko sakit ke?"

"Takde apa-apa lah geng. Penat kerje kot."

"Ye ke? Tadi ko macam ok je. Oh ye... On the way kita singgah ATM jap. Aku nak cucuk duit. Bayar duit minyak ko."

"Tak pe la geng. Bukan nya jauh pun. Aku belanja."

"Jangan la macam tu bro."

"Takpe. Tada hal lah."

"Betul ke?"

"Ko jangan risau la geng. Tada hal."

"Ok..."

Thursday, December 10, 2009

Woi! Jangan Tiru La! Cakap Cikgu Kang...

Baru-baru ni, satu insiden kecil (yang tak dihebohkan sangat) telah meninggalkan rasa pahit dan kelat dalam mulut aku.

Seorang penulis muda telah kantoi memplagiat hasil karya penulis lain. Berita ini boleh di baca di blog ini, ini dan juga di muka utama website penerbit buku si penulis muda ini. Dari situ juga, korang boleh baca satu nota pendek dari si penulis yang memohon maaf di atas kesalahannya.

Plagiat - hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-mengarang). - Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kalau korang ingat yang kerja memplagiat hasil usaha orang lain sesuatu yang tak serius, sila ambil perhatian yang penerbit buku tersebut lebih rela memusnahkan baki buku di dalam stoknya dari di jual murah ataupun di beri percuma kepada orang ramai.







Rasa pahit dalam mulut aku belum hilang...

Thursday, November 26, 2009

Aku dan Anak-Anak Haram yang Berideologi Kommunieste (a.k.a. Commie Basterds) 2

Lagi-lagi cerita pasal korang! Takde kerje lain ke?

Aku betul-betul hangin pasal isu ni. Sebab diorang la cerita-cerita pasal Mat Rempit hilang dari media arus perdana di 1Malaysia. Kalau korang ingat, ada satu ketika dulu isu Mat Rempit hebat diperkatakan, di ulas, di debat. Segala macam manusia yang cool dan yang poyo telah memberi pandangan mereka. Berjam-jam masa yang berharga di slot-slot media arus perdana di gadai untuk memperbincang dan memperkata tentang hal si Mat Rempit. Berjela-jela artikel dan komen dapat di baca di akhbar-akhbar arus perdana. Aku cukup bangga pada ketika itu. Masa tu, aku cool...

Tiba-tiba, entah dari lubang mana, muncul si Commie Basterds.

Cibai!

Seperti yang aku pernah cakap dulu, Joe dah mati la bodoh! Tak paham ke?

Sejak kemunculan diorang, status Mat Rempit sebagai budak belasahan de facto media arus perdana 1Malaysia telah hancur berderai. Sampai sekarang. Sehingga kini, status budak belasahan media arus perdana telah di ambil alih oleh mereka. Ada ko dengar pasal Mat Rempit di tv? Ada ko baca artikel tentang mereka sejak kebelakangan ini? Kalau ada pun sikit sangat. Tak macam dulu.

Celaka ko Commie Basterds!

Aku nak balik status budak belasahan de facto aku balik! Aku nak para politikus 1Malaysia mengeluarkan pandangan-pandangan yang emo tentang kami! Aku nak program-program bual bicara yang menerobos memperbincangkan hal kami! Aku nak editorial-editorial yang berjela-jela di tulis mengenai kami! Aku nak balik status kami di kembalikan!

Celaka ko Commie Basterds!

Aku nak korang semua, wahai Commie Basterds yang celaka, untuk kembali balik ke lubang kubur korang. Lepak dengan 'Joe the King' dan 'Vlad si Celaka Gila'! Duduk situ diam-diam.

Celaka ko Commie Basterds!

Monday, October 5, 2009

Ceng Ceng Ceng...


Pernah dengar pasal 'Tune Talk' tak?

Jangan risau. Aku bukan ejen nak jual line telefon kat ko. Aku cuma nak tarik perhatian ko kat satu aspek 'marketing' yang kini di canang-canang di media Malaysia kita ni. Kalau ko perasan, 'Tune Talk' ada offer skim insurans percuma bernilai RM100,000 bagi semua pelanggan-pelanggan mereka.

Menarik tu...

Aku pun pegi la jenguk website diorang. Aku pun mula la cari halaman yang berkaitan dengan offer insurans percuma ni. Dua tiga klik lepas tu, aku pun sampai la kat sini. Aku pun mula la baca.

Rupa-rupanya, ko kena maintain kredit minima sebanyak RM30 sebulan, selama DUA bulan (60 hari) berturut-turut dari tarikh mula pengaktifan. Baru ko akan dapat dapat coverage, yang HANYA akan bermula pada hari ke 61 dari tarikh mula pengaktifan. Klik kat sini kalau ko tak percaya.

Aikkk! Apa cerit ni geng?

Aku pun makin 'curious'. Aku pun klik kat link yang bertulis 'Policy Wording'. Sebuah dokumen PDF pun muncul di skrin aku.

Ceng ceng ceng...

Sila ambil perhatian pada Perkara 14 di bawah tajuk 'Exclusions'.

"The Insured engaging in motorcycling or any accidents arising out of motorcycle racing, pace-making, reliability trial or speed testing."

Apa makna nya?

Maknanya, SEMUA penunggang motorsikal TIDAK layak untuk buat sebarang tuntutan insurans melalui skim ini. SEMUA PENUNGGANG MOTORSIKAL! Bukan saja mereka-mereka yang memang sepatutnya tak layak seperti pelumba haram dan mereka-mereka yang sebulu dengan nya.

Kata kuncinya di sini ialah, SEMUA PENUNGGANG MOTORSIKAL. Ini termasuklah pakcik-pakcik yang menjaja aiskrim, roti, surat khabar, awek-awek korang yang guna skuter nak pegi kelas, member-member korang yang belum mampu lagi untuk beli kereta, mak ayah kita di kampung yang lebih suka naik motor dari naik kereta dan sebagainya.

Tak percaya?

Pegi kat halaman FAQ diorang kat sini. Soalan nombor 10 dalam senarai tu berbunyi:

"Can I claim my Free PA Insurance if I were involved in a motorcycle accident?"

Jawapan yang di beri berbunyi:

"The Free PA is not valid for subscribers who are engaging in motorcycling or any accidents arising out of motorcycle racing, pace-making, reliability trial or speed testing."

Cofirmed! Polisi insurans 'PERCUMA' ni tak akan 'cover' korang semua yang menunggang motor.

Amacam geng? Mau?

Hehehe...




PS : Aku puas cari website 'Tune Talk' ni dalam versi Bahasa Malaysia. Tak jumpa. Masih dalam proses pembikinan kot...

Saturday, November 1, 2008

Siapa Pernah Tengok Muka Diorang???

Dah puas aku mencari dan melayari alam maya siber...

Tak jumpa pun.

Ada tak sesiapa pernah nampak gambar muka-muka diorang ni?

(Gambar dari Bernama)

Wednesday, October 29, 2008

Malaysian Chopper...

(Gambar ihsan TheStar.Com.My)

Banyak orang sudah mengeluarkan pendapat tentang isu pembelian Eurocopter. Tidak kira di mana saja, sama ada di kedai mamak sambil minum kopi, mahupun di pejabat-pejabat tinggi di KLCC. Semua orang ada pendapat masing-masing. Ada yang kata itu, ada yang kata ini. Dunia blogosfera Malaysia pun tidak terkecuali. Rata-ratanya, ianya suatu isu panas dan tidak salah jika saya mengatakan yang kebanyakan rakyat mengatakan yang penangguhan pembelian tersebut adalah sesuatu yang wajar, jika ia diletak di dalam konteks ekonomi sekarang. (Aku tak mahu sentuh tentang bab politik. Itu satu topik besar yang lain. Mungkin di posting yang akan datang.)

Tetapi, aku jarang pula mendengar pendapat mereka-mereka yang akan menggunakan helikopter tersebut. Pendapat tentera-tentera kita. Pendapat juruterbang-juruterbang tentera yang terpaksa menggadai nyawa setiap kali helikopter lapuk Nuri terpaksa di gunakan. Agaknya, apa yang mereka fikirkan?

Mungkin mereka sudah lama mengeluh. Agaknya, mereka bertanya, mengapa helikopter Nuri yang telah usang ini masih digunakan untuk tugas-tugas mempertahankan negara. Aku pun tak tahu. Aku mahu bertanya tetapi malangnya, aku tak ada kenalan yang sedang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera. Jadi, kesimpulan itu, aku main agak saja. Mungkin betul, mungkin tidak.

Tetapi, kalau nak di fikirkan, selagi pembelian helikopter-helikopter baru ini ditangguh, yang akan menanggung risiko paling tinggi adalah mereka-mereka yang menjadi tunggak pertahanan negara. Pemuda dan pemudi kita yang sanggup berkhidmat untuk menjaga keselamatan negara.

Merekalah yang akan menggadaikan NYAWA mereka setiap kali helikopter lapuk Nuri masih di gunakan.

Siapa yang akan menangis apabila satu lagi helikopter lapuk itu jatuh dari langit? Siapa yang akan mendoakan mereka? Siapa yang akan mengingati mereka?

Sebab itu lah, aku berpendapat yang sesiapa sahaja yang SENGAJA melambatkan proses pembelian ini, sama ada dengan tujuan untuk meraih keuntungan yang lebih, mahupun untuk mendapatkan sokongan politik, untuk APA-APA sahaja sebab, mereka lah akan menanggung beban NYAWA pemuda dan pemudi negara yang berkhidmat sebagai askar-askar negara. Setiap kali enjin Nuri yang usang itu di hidupkan, setiap kali itu lah nyawa tentera kita di pertaruh!

Aku tak peduli kisah korupsi!

Aku tak peduli kisah ekonomi!

Aku mungkin salah di dalam merumus pendapat aku. Aku mungkin keseorangan di dalam hal ini. Tetapi aku tidak peduli...

Sudah sampai masanya kita, sebagai rakyat negara ini, mengingati kembali sumbangan tentera-tentera kita untuk menjaga keamanan negara. Mereka-mereka inilah yang akan berdepan dengan musuh kita, mereka-mereka inilah yang akan menggadaikan nyawa mereka untuk KITA!

Jangan sia-siakan KHIDMAT dan NYAWA mereka!

Berilah mereka kelengkapan-kelengkapan yang terbaik supaya mereka boleh melaksanakan tugas mereka. Kalau tak mampu beli 20 biji, beli 10 biji dulu. Kalau tak mampu beli 10 biji, beli 5 biji dulu.

Mereka semua tidak meminta banyak dari kita. Mereka tidak mahu pingat. Mereka tak mahu darjat.

Yang hanya mereka mahu ialah supaya kita mengingati sumbangan mereka. Janganlah di sebabkan masalah politik atau ekonomi, nyawa mereka di sia-siakan begitu sahaja.

Susah sangat ke nak buat itu?

Jalan Alor...

Hahahahahaha...

Selepas 'insiden-kaki-di-dalam-mulut' (a.k.a. 'Foot In Mouth Incident') Jalan Kejora baru-baru ini, akhirnya Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menukar-balik nama Jalan Kejora kepada nama asalnya, Jalan Alor.

Tau takpe...

Nak memandai-mandai pegi tukar nama yang dah terkenal di serata pelusuk dunia tu buat apa, wahai Datuk Bandar? Apa faedah yang Dewan dapat?

Dah la kena kutuk. Yang nak di pamerkan kepada semua orang yang Dewan Bandaraya ni tak ada otak buat apa? Siapa yang malu? Siapa yang segan? Penduduk, peniaga dan pelawat Jalan Alor ke?

Aduiiii...

Tolong la!

Lain kali, apa kata kamu-kamu semua yang ada tanggungjawab di dalam pentadbiran DBKL, sekali-sekala guna akal kamu yang telah di kurniakan Tuhan...

Fikir baik-baik. Mintak buah fikiran penduduk yang terbabit semasa nak keputusan. Kalau lah ada SATU orang wakil DBKL yang ada bertanyakan pendapat penduduk, peniaga dan pelawat di Jalan Alor tu, 'kontroversi' ni tak akan berlaku. Betul tak?

Kenapa perlu nak di tayangkan ke khalayak ramai yang DBKL tak ada otak? Kenapa saya, seorang awam biasa yang 'blue-collar', boleh fikir benda-benda ni, sedangkan Dewan yang memegang tanggungjawab mentadbir KL, ada ramai staff yang lepasan universiti?

Tak kan tak tau cover line bro?

Wednesday, October 22, 2008

Konflik Diri 2...

Kapitalisme atau sosialisme?

Aku tengah berfikir, yang mana satu sistem yang terbaik. Kedua-dua nya ada baik dan buruk. Tetapi, sejak kebelakangan ni, aku seolah telah mendapat satu 'epiphany'. Ianya tidak datang secara mengejut, tetapi secara perlahan. Semasa aku sedang menunggang motor aku, semasa aku sedang memandu boss aku, semasa aku sedang menunggu.

Aku rasa, kelemahan bukan nya pada kedua-dua sistem itu sendiri, tetapi pada pengamal sistem-sistem tersebut.

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Sifat tamak dan haloba akan menggagalkan kapitalisme. (Tanya Adik-Beradik Lehman kalau tak percaya.)
Pencarian tanpa henti keuntungan maksima tanpa menghiraukan mereka-mereka yang tercicir di dalam arus pembangunan akan menggagalkan kapitalisme.
Tangan Halimunan akan membantu ramai di antara kita tetapi bukan semua.
Tangan Halimunan tidak akan menolong mereka yang lemah, yang miskin, yang berkelas rendah, yang tidak bermodal.
Jangan lupa, kepentingan diri adalah satu dorongan yang amat kuat di dalam hati manusia.
Apabila keuntungan besar terbujur di atas meja, siapa di antara kita yang sanggup memeluk tubuh, buat tak tahu?
Apa yang kamu buat sekiranya peluang tersebut terbuka kepada kamu?

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Pada hakikatnya, kapitalisme tidak menggalakkan penanaman modal di dalam aktiviti yang tidak menguntungkan. Tidak ada sistem di dalam kapitalisme yang boleh digunakan untuk membantu golongan miskin. Mereka hanya boleh di bantu hanya melalui 'campur tangan' kerajaan yang memerintah (cara yang tidak digemari oleh sistem kapitalisme) ataupun melalui sifat 'filantropik' pemegang-pemegang modal yang besar. Dalam kapitalisme, orang miskin hanyalah sumber pekerja yang murah dan mudah diperalat.

Dalam sosialisme pula, sifat angkuh dan korupsi para pemimpin dan wakil-wakil kerajaan akan menggagalkan sosialisme.
Sifat angkuh pegawai dan pemimpin kerajaan adalah tanah yang subur untuk menyemai korupsi.
Undang-undang ketat tidak akan menghalang korupsi.
Sifat tamak manusia akan muncul kembali.
Jangan lupa, kepentingan diri adalah satu dorongan yang amat kuat di dalam hati manusia.
Mereka yang memegang kuasa akan memastikan kuasa mereka tidak akan hilang.
Pagawai berpangkat rendah, 'bakshish' nya rendah. Pemimpin yang tinggi, 'bakshish' nya tinggi.
Apabila semuanya 'bisa di atur', masyarakat yang rugi.
Suara-suara yang 'sumbang' akan disenyapkan.
Penentang-penentang sistem akan di'hilangkan'.

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Secara teorinya, kapitalisme menggalak kan inovasi, kecekapan dan penjimatan.
Secara teorinya, sosialisme memelihara hak, maruah dan kepentingan semua.
Secara teorinya...

Tetapi...

Berapa ramai di antara kita yang akan menolak peluang untuk mendapatkan keuntungan segera?
Siapa di antara kita yang boleh berkata nilai moral ku tinggi dan kuat?
Siapa di antara kita yang mampu menolak wang dan kuasa sekiranya ia terhidang sedia di depan mata?

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Monday, October 20, 2008

Aku MEMANG Benci Hari Isnin...

Motor aku tak boleh start pagi tadi.

Terpaksa aku naik LRT nak pegi kerja. Dah lama aku tak naik LRT. Ada dalam 3-4 tahun kot.

Masa aku beratur nak beli tiket, aku pun teringat kembali kenapa aku BENCI teramat sangat nak guna 'public transport'.

Line nak beratur panjang. Lepas tu aku terpaksa lepaskan 2 tren sebab penuh sangat. Bila aku dapat naik, aku terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lain. Lepas tu aku kena turun kat Masjid Jamek sebab nak tukar line. Kena beratur beli tiket lagi. Lepas tu kena beratur lagi untuk menunggu tren. Kali ni aku terpaksa lepaskan 1 tren sebelum aku dapat naik. Nasib baik ofis aku dalam 5 minit berjalan kaki dari stesen KLCC.

Masa terbuang, lebih kurang 45 minit.

Oh ya... Lupa lak. Sampai-sampai je ofis, aku kena TIAU dengan boss sebab lambat.

Aku BENCI hari Isnin!

(Tolong terangkan kepada saya, siapa yang mencadangkan stesen Masjid Jamek dijadikan 2 bangunan yang berasingan? Kenapa saya perlu keluar dari satu stesen dan masuk ke stesen lain untuk tukar tren? Buat satu bangunan saja tak boleh ke? Macam London?)

Thursday, September 25, 2008

Konflik Diri...

Aku sedang mengalami konflik dalaman sekarang. Konflik jiwa...

Aku rasa falsafah politik diri aku berat ke arah sosialis, tapi ada aspek-aspek sistem kapitalis yang aku suka, malah minat gila...

Aku sayang kasut-kasut Nike dan Adidas dan Converse aku. Aku suka Dunk dan Air Force One aku. Aku suka Samba dan Campus aku. Aku suka All Star 'leather' dan One Star aku. Aku suka mengumpul duit untuk membeli kasut-kasut mahal aku. 'Thrill' di dalam hati bila ada ter'jumpa' model 'deadstock' yang 'rare' di kedai bundle, Tuhan saja yang tahu. Tapi aku tau ada kilang-kilang Nike dan Adidas yang mengeksploitasi kadar gaji rendah di negara-negara dunia ketiga dengan mendirikan kilang-kilang mereka di situ. Eksploitasi buruh tu! Dosa besar dalam sosialisme!

Aku amat meminati kereta-kereta berprestasi tinggi yang berjenama. Aku sering berangan yang satu hari nanti, aku akan mampu memiliki kereta-kereta berkualiti tinggi ni. Lagi-lagi yang berjenama 'Bintang Bucu Tiga'. Buat masa ni, aku hanya mampu beli majalah kereta je tapi aku yakin sekiranya aku dapat rezeki lebih, aku akan beli kereta-kereta mahal ni. Tapi aku tau yang kereta-kereta macam ni merupakan antara simbol paling utuh kekuatan sistem kapitalis. Simbol paling jelas yang membezakan jurang di antara golongan ber'modal' a.k.a. bourgeoisie dengan golongan 'working class' a.k.a. proletariat.

Aku suka Coke! Aku tak peduli apa orang cakap. Aku tau yang Coke banyak gula, tak baik untuk kesihatan. Aku cukup 'hangin' bila ada sesetengah kedai runcit tak jual minuman kegemaran aku ni. ("Aku tak nak Pepsi, 7-Up, Sprite, 100 Plus, Red Bull! Aku nak Coke!") Malahan, dunia mengakui yang Coke merupakan salah satu simbol 'de facto' sistem kapitalis. Bila Tembok Berlin runtuh, apa yang penduduk Berlin Timur cari dulu di Berlin Barat? Sebotol Coca Cola! Syarikat gergasi apa yang ada menjual produknya, di hampir semua negara di seluruh dunia? Coca Cola!

Seminggu sekali, aku akan ke McDonalds (simbol besar sistem kapitalis lagi...) untuk melantak Value Meal Big Mac Large! Kadang-kadang tu, aku tau yang bajet aku akan lari kalau aku beli, tapi aku tak peduli. Big Mac, segelas besar Coke, sebungkus besar french fries dan 2-3 batang rokok Mild Seven Lights... Fuhhhh! Puas hati bro!

Apakah aku ni 'sellout'? Tak 'true'? 'Proletariat' pura-pura? Ataupun aku ni memang seorang kapitalis tapi tak nak mengaku hakikat tersebut? Terbawa-bawa dek arus tsunami pergerakan politik terkini?

Pening kepala aku...

(Panadol memang sesuai sekarang...)