Aku sedang mengalami konflik dalaman sekarang. Konflik jiwa...
Aku rasa falsafah politik diri aku berat ke arah sosialis, tapi ada aspek-aspek sistem kapitalis yang aku suka, malah minat gila...
Aku sayang kasut-kasut Nike dan Adidas dan Converse aku. Aku suka Dunk dan Air Force One aku. Aku suka Samba dan Campus aku. Aku suka All Star 'leather' dan One Star aku. Aku suka mengumpul duit untuk membeli kasut-kasut mahal aku. 'Thrill' di dalam hati bila ada ter'jumpa' model 'deadstock' yang 'rare' di kedai bundle, Tuhan saja yang tahu. Tapi aku tau ada kilang-kilang Nike dan Adidas yang mengeksploitasi kadar gaji rendah di negara-negara dunia ketiga dengan mendirikan kilang-kilang mereka di situ. Eksploitasi buruh tu! Dosa besar dalam sosialisme!
Aku amat meminati kereta-kereta berprestasi tinggi yang berjenama. Aku sering berangan yang satu hari nanti, aku akan mampu memiliki kereta-kereta berkualiti tinggi ni. Lagi-lagi yang berjenama 'Bintang Bucu Tiga'. Buat masa ni, aku hanya mampu beli majalah kereta je tapi aku yakin sekiranya aku dapat rezeki lebih, aku akan beli kereta-kereta mahal ni. Tapi aku tau yang kereta-kereta macam ni merupakan antara simbol paling utuh kekuatan sistem kapitalis. Simbol paling jelas yang membezakan jurang di antara golongan ber'modal' a.k.a. bourgeoisie dengan golongan 'working class' a.k.a. proletariat.
Aku suka Coke! Aku tak peduli apa orang cakap. Aku tau yang Coke banyak gula, tak baik untuk kesihatan. Aku cukup 'hangin' bila ada sesetengah kedai runcit tak jual minuman kegemaran aku ni. ("Aku tak nak Pepsi, 7-Up, Sprite, 100 Plus, Red Bull! Aku nak Coke!") Malahan, dunia mengakui yang Coke merupakan salah satu simbol 'de facto' sistem kapitalis. Bila Tembok Berlin runtuh, apa yang penduduk Berlin Timur cari dulu di Berlin Barat? Sebotol Coca Cola! Syarikat gergasi apa yang ada menjual produknya, di hampir semua negara di seluruh dunia? Coca Cola!
Seminggu sekali, aku akan ke McDonalds (simbol besar sistem kapitalis lagi...) untuk melantak Value Meal Big Mac Large! Kadang-kadang tu, aku tau yang bajet aku akan lari kalau aku beli, tapi aku tak peduli. Big Mac, segelas besar Coke, sebungkus besar french fries dan 2-3 batang rokok Mild Seven Lights... Fuhhhh! Puas hati bro!
Apakah aku ni 'sellout'? Tak 'true'? 'Proletariat' pura-pura? Ataupun aku ni memang seorang kapitalis tapi tak nak mengaku hakikat tersebut? Terbawa-bawa dek arus tsunami pergerakan politik terkini?
Pening kepala aku...
(Panadol memang sesuai sekarang...)
No comments:
Post a Comment