Showing posts with label Kedai Makan. Show all posts
Showing posts with label Kedai Makan. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Char Kuey Teow : Cooked-To-Order vs Goreng-Kawah-Ala-Pasar-Malam : Atau Satu Perbincangan Semi-Intelektual Yang Poyo

Secara tradisionalnya, char kuey teow a.k.a. kuey teow goreng mestilah di goreng secara cooked-to-order. Mengapa? Untuk menjaga kualiti dan rasa. Kalau 3 order di terima, maka si tukang masak akan goreng setiap order itu satu per satu. Dia tak akan masak 3 portion sekaligus. Heresy namanya tu. Di sebabkan teknik tradisional ini, char kuey teow yang autentik memang amat popular dan akan sentiasa di minati ramai.

Tetapi, kalau ko ada pergi mana-mana pasar malam, lagi-lagi di pasar malam di kawasan Melayu, akan ada peniaga-peniaga yang akan mengamalkan teknik menggoreng yang lebih... industrial. Mereka pakai kawah. Mereka tak pakai teknik cooked-to-order. Disebabkan perbezaan teknik memasak ini, aku dapat rasa perbezaan yang amat ketara. Aku lebih suka char kuey teow yang di masak menggunakan teknik tradisional. Kuahnya lebih nyumm, aromanya lebih kapowww dan rasanya memang fuuuuuuuuu! Kalau yang di goreng secara industrial tu, aduiiii... Fail!

Persoalan nya sekarang, mengapa masih ada sesetengah orang yang minat membeli dan 'mengkonsum' char kuey teow industrial ini? Adakah lidah mereka kelu? Adakah taste mereka plebeian? Apa sebenarnya masalah mereka?

Tolonglah!

Cari stall/warung yang jual char kuey teow yang menggunakan teknik tradisional. Jangan la buang duit dan masa ko dengan membeli char kuey teow yang di goreng secara industrial. Tak sedap. Tak pernah sedap dan tak akan sedap. Percayalah cakap aku.

Say no to char kuey teow kawah!

Wednesday, May 19, 2010

Rush Job : Atau Meng'Ngeropok' Di Kuantan

Aku di suruh ke Kuantan semalam. Ada 'rush job' yang hanya aku sahaja boleh buat, kata boss aku.


"Ada ela..."

"Awak jumpa Puan H. She knows. Elaun, elaun... "

"Hehehehe..."


Sebenarnya, bukan kerja ofis pun. Aku kena bayarkan cukai tanah boss aku. Personal matter yang sepatutnya tak boleh guna masa, resource dan pick-up truck company, tapi dah company tu DIA yang punya, aku nak kata apa? Yang tugasan aku ni tak 'beretika'? Hahahaha...

Aku memang heart kerja aku ni!

So, lepas je aku diberi dokumen-dokumen (dan duit) yang perlu, aku terus keluar ofis untuk pergi ke Kuantan. Aku di beri the whole day untuk melaksanakan tugas aku dan aku tak perlu masuk ofis lagi. Aku telah diberi semi-off day.

Wooooooooohooooooooooo!

Aku memulakan perjalanan aku ke Kuantan dengan sebuah breakfast yang santai di Kedai Leha Kelfood di Taman Melati. Itu dah jadi semacam tradisi aku kalau aku nak ke Pantai Timur. Walaupun agak mahal, untuk ambil 'feel' Pantai Timur, aku rasa, tak ada apa yang lebih sesuai dari sepinggan Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol. Lagipun, kedai tu kat tepi MRR2, di dalam perjalanan ke Karak Highway. Setelah selesai makan, dalam pukul 10am, aku pun mulakan perjalanan aku.

Tak ada apa yang menarik sangat berlaku dalam perjalanan aku. Aku tak bawak laju pun. Tak ada rush sebenarnya, walaupun 'rush job'. Cuma ada satu speed trap hari tu. Itu saje. Di Gambang. Semua orang tau pun kat situ ada speed trap.

Lebih kurang 1pm, aku pun sampai di Kuantan. Pejabat Tanah dah tutup untuk lunch, jadi aku pun makan la jugak, di satu restoran kecil dekat dengan area pejabat kerajaan. Besar betul ikan kembung dia. Tu la advantage tinggal di bandar tepi laut. Seafood fresh. Dan besar. Dan murah.


Bang! Huruf N dah jatuh.


Lepas makan, aku terus ke Pejabat Tanah. Sibuk jugak tempat tu. Tapi rupanya, aku tak payah tunggu lama. Pejabat Tanah Kuantan memang cekap. Tak sampai 10 minit, semua tugas aku dah selesai. So, sekarang aku dah free. Aku di Kuantan dan aku tak tau nak buat apa. Nak balik KL? Awal lagi. Aku pun melancong la, jadi tourist!


Masjid Besar Kuantan
Cuaca semalam panas tapi berangin. Fantastik!



Aku pusing-pusing di town kejap, lepas tu aku pergi ke Pantai Balok, melepak sorang-sorang di bawah pokok rhu sambil angin Laut China Selatan bertiup kuat. Aku siap terlelap sekejap masa aku di sana. Paper dah habis baca, member-member aku semua dah taknak jawab sms aku yang poyo, so aku pun tidur la. Bila aku terjaga, dah dekat pukul 4pm.

Tea time!

Kalau di Kuantan, untuk makan petang, sorang member aku rekomen kedai Mok Naa di jalan Kuantan-Pekan. Dia kata keropok lekor basah di situ best. Best atau tidak, aku dah lapar balik dan aku perlu makan. Lepas lebih kurang setengah jam, aku pun sampai di situ.


Nampak tak tray yang ada pinggan biru di tengah gambar ni?
Cuba teka di tray tu ada 'kueh' apa?

Busy juga kedai ni. Banyak juga kueh dan makanan-makanan yang tak tipikal (untuk sajian tea time) ada di jual di sini. Ikan Kembung Goreng Tepung for tea, anyone? Udang Goreng Tepung, yes? Hehehe... Di situ ada juga sata dan otak-otak tapi aku ke sini untuk satu benda, dan satu benda sahaja.

I want me some krupuks!


Yumm...
Krupuks!


Tak perlu la aku cerita di sini yang selepas aku makan, aku siap tapau balik sebeg plastik lagi krupuks yang aku akan bawa balik ke KL. Tak payah la mimpi nak cari krupuks macam ni di KL ya adik-adik. Kat KL tak ada jual. Ko kena pergi Pantai Timur kalau nak merasa krupuks gred Triple A+ macam ni.

So, setelah selesai sesi tea time di Mok Naa, aku pun balik ke KL. Seperti yang aku buat pagi tadi, aku tak bawak laju. Steady 110 all the way.

Aku mula masuk KL masa peak hours, pukul 7pm. KL baru je lepas hujan lebat dan trafik di MRR2 dah macam usus tersumbat. Dari berita di radio, aku dapat tahu yang KL sedang mengalami temper tantrum nya dengan cuaca yang tak menentu, yang hampir semua pemandu sedang mengalami episod psikotik yang kritikal. Sigh...

"Welcome home, Johnny boy!"

Tuesday, May 11, 2010

Wonderland Food Store : Or The Surreal Misadventures of Johnny in Langkawi Part #2

Sebaik saja aku dan boss aku masuk ke arrival hall di airport Langkawi, kami di sambut oleh prospective client boss aku dan beberapa orang staff mereka. Seperti yang telah di janjikan, mereka akan bawa kami berdua untuk menikmati hidangan makan malam. Aku sebenarnya dah tak sabar. Aku dah memang tau dan amat familiar dengan kedai makan yang bakal kami kunjungi sebentar lagi.

Kedai makan ini adalah... legendary! Semua drebar teksi, abang concierge, makcik housekeeping, awek reception, manager hotel, pakcik security, tokey kedai, tour guide, tukang sapu, penghulu kampung, salesgirl perfume, budak sekolah etc, dsb, et al di Langkawi mesti tau pasal kedai makan ini. Ianya sebuah institiusi. Aku berani kata begini sebab aku tak pernah jumpa seorang pun penduduk Langkawi yang tak tahu pasal kedai ini. In fact, setiap kali aku berpeluang untuk singgah di Langkawi, aku mesti makan di situ dan aku tak pernah di hampakan. Makanan yang di hidang di sini adalah 'excellent'.

Ya, kedai ini mengamalkan falsafah menu terhad.

Apa dia nama kedai makan yang berstatus lagenda ini?

Wonderland Food Store.

Kedai seafood PALING syiok di Langkawi.


Aku tengok gambar ni pun dah terliur...


Busy gak malam tu


Kami sampai di Wonderland dalam pukul 9.30pm, lebih kurang. Masih sibuk lagi pada ketika itu walaupun tak sesibuk biasa. Ada juga hikmah di sebalik kami lambat sampai. Kalau nak makan di situ masa peak-hours (8pm-9pm), aku berani gerenti yang ko tak akan dapat tempat duduk. Kami bertujuh dapat sebuah meja besar di hujung kedai. Sebaik saja kami duduk, Ah Tun, tokey Wonderland sendiri yang datang ambik order. Bila dia nampak aku, dia terus tegur.


"Wahhh! Lama aku tak nampak hang. Bila mai?"

"Flight pukul 9 tadi."


Street-cred aku terus melambung tinggi. Aku rasa, reputasi aku sebagai 'expert' Langkawi telah di 'confirm' kan pada ketika itu di mata boss aku. Hehehehe... Kemudian, boss aku telah mengeluarkan kata-kata paling ajaib, yang paling aku nak dengar.

"Apa sedap kat sini?"

Ah Tun pun terus memberi recommendation dia untuk malam itu.

"Pari fresh baru masuk petang tadi. Pari goreng cabai kering, boleh? Siakap pun fresh. Masak steam, bubuh lime, cili padi sikit? Ketam goreng cabai ada. Nak try? Udang lipan makan tak? Kalau sayoq, malam ni baby kailan fresh. Tak pun boleh cuba bean curd."

"Okey. Semua tu tadi."

"Portion untuk 4 orang makan nooo... Ketam nak berapa ekoq? 4 ekoq boleh. Malam ni saiz sedang-sedang ja. Tak besaq sangat. 4 ekoq boleh kot?"

"5 lah."

"Okey. 5 ekoq. Minum? Saya bagi lime asam boi satu jag. Boleh?"

"Boleh."

"Okey. Tunggu sat. 20 minit siap."


20 minit kemudian...


Dari kiri : Sayoq bean curd, chili crab, pari goreng cabai kering



Jom makan!


Sebaik saja chili crab sampai ke meja, kami semua tak tunggu lagi. Nasi pun di senduk ke pinggan, tangan di basuh dan gelas di isi minuman.

"Dig in guys."

Apa lagi, aku pun ikut la apa boss aku 'suruh'! Hehehehe...

Macam mana aku nak describe perasaan syiok aku pada ketika itu. Susah la. Kombinasi rasa + ramuan/ingredients yang fresh + atmosphere/suasana Langkawi yang laid back + mood 'holiday' aku + benda-benda kecil lain sukar untuk di ambil kira = dinner yang amat syiok. Last-last, yang tinggal di meja hanya lah bekas-bekas tulang dan pinggan-pinggan yang kosong dan licin.



Habis licin!


10 saat selepas gambar di ambil, ketam yang tinggal seketul tu habis di kerjakan!

Satu lagi aspek yang mungkin akan memeranjatkan korang semua yang tinggal di KL ialah harga dinner ni. Cuba agak-agak berapa boss aku belanja untuk 7 orang dewasa yang lapar?

RM250?

RM200?

RM150?


"Berapa boss?"

"Bagi dua keping cukup lah."

"Huh? Dua keping?"

Hehehe... Aku kena ajar boss aku slang Utara sikit lepas ni.



Tell 'em Johnny sent ya. They'll give ya a discount!
Hehehehe...


Lokasi Wonderland Food Store adalah di pekan Kuah. Kat Jalan Trimula. Sama row dengan banyak lagi kedai-kedai makan seafood yang lain. Kalau tak jumpa, tanya je orang-orang Langkawi yang ko jumpa, diorang sure tau. Ada satu je Wonderland kat Langkawi. Kalau dapat melawat Langkawi, singgah la ya. Rugi kalau jalan jauh-jauh, lepas tu miss peluang nak makan kat sini. Satu lagi, jangan buang masa tengok menu dia. Mintak recommendation diorang. Diorang lagi tau.





*Burp* Ex-kweez me...

Friday, April 30, 2010

Commando Kiosk : A Continuation

Hari tu, aku ada rekomen satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad di Taman Dagang. Malam semalam, aku pergi sekali lagi. Seperti biasa, misi aku solo sebab crew-crew aku yang lain tak dapat/tak mahu dihubungi. Hampeh!

Anyway, aku tulis dulu yang aku terlupa amik gambar makanan hebat di Commando Kiosk. Kali ni, sebelum aku makan, aku sempat amik beberapa foto yang mungkin akan melemahkan semangat mereka-mereka yang 'berdiet kunon'!

Mula-mula, yang ni sampai...




Lepas tu yang ni pulak sampai. Seperti komen brader GombakRock, saiz serving ini sesuai untuk 2 orang normal atau 1 orang yang amat lapar, seperti aku.



Akhirnya, ni last sekali...



Yummy...

P/S - Oh ya, sebelum aku terlupa, brader yang jaga kedai ni kata 'last call at the kitchen' ialah 10pm. Kedai mula di buka untuk lunch, setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum KL. Enjoys...

Saturday, April 17, 2010

Falsafah Menu Terhad : Atau Asam Pedas Melaka Di Commando Kiosk

Malam tadi, aku ke Taman Dagang. Buat apa? Aku ke sana sebab aku nak recon/recce satu kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad.

Sebenarnya ni kali ke dua aku ke kedai makan ini. Kali pertama, aku di bawa oleh seorang member yang bekerja sebagai seorang drebar. Mengapa aku sebut yang member aku ni drebar? Kalau ko nak tau, golongan ini selalunya amat mahir di dalam perihal lokasi kedai-kedai makan yang menyediakan masakan yang amat syok. Pada ketika itu, aku cuma sempat minum sahaja kerana aku baru je lepas makan. Lari timing a.k.a. takde rezeki. Aku cuma tengok/teman member aku makan saja. Frust gila aku masa tu.

Kenapa? Sebab member aku kata, kedai makan ini menyediakan asam pedas stail Melaka yang PALING syok pernah dia rasa.

Pada mulanya, aku agak was-was.

"Biar betul..."

"Betul geng. Asam pedas kat sini gila syok. Kadang-kadang, aku sanggup datang sini sorang-sorang."

Wuish! Serius ni. Member aku ni duduk di Cheras. Kalau dia sanggup nak ke Taman Dagang semata-mata nak makan...

Aku pun bertekad pada masa tu untuk pergi balik ke sana bila aku free. Akhirnya, peluang tersebut muncul malam tadi. Dengan menggunakan aplikasi GPS di fon canggih-manggih aku (aku sempat save lokasi kedai ni masa aku melepak dengan member aku tu), aku pun bertolak ke sana untuk dinner.

Bila aku sampai, aku terus order set asam pedas pari, bersama telur dadar extra. Di dalam set itu ada kacang panjang goreng, telur masin (setengah biji) dan juga ulam + sambal belacan + papadom.


Fuuuuuuuhhhhhh...

MEMANG SYOK!

Seirus, aku tak tipu, aku tak main-main!


Punya lah syok, aku terlupa nak amik gambar makanan yang aku order. Punya lah syok, aku langsung tak peduli yang di meja sebelah aku ada sekumpulan 3 orang awek cun yang aku ada perasan sedang menjeling-jeling manja kat aku sebelum order aku sampai. Punya lah syok, selepas nasi aku habis, selepas ikan tinggal tulang, selepas telur dadar habis licin diratah, aku terus menghirup kuah asam pedas yang masih tinggal di dalam kuali mini yang di gunakan untuk menghidangnya. Punya lah syok, aku siap order satu lagi portion (kali ni, asam pedas daging tetel) untuk aku tapau bawak balik ke rumah.


Apakah dia nama kedai yang hebat ini?

Commando Kiosk.

Di mana lokasi kedai hebat ini?

Di Taman Dagang, betul-betul di sebelah Surau Dagang Avenue, Taman Dagang Fasa 4. Landmark paling besar yang berdekatan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Banyak parking di kawasan sekeliling. Trafik di jalan pun tidak begitu sibuk. Very family-friendly.

Mengapa ko patut try?

Sebab kedai makan yang mengamalkan falsafah menu terhad selalunya akan menghasilkan masakan yang SYOK! Di dalam kes ini, Commando Kiosk hanya menyediakan Asam Pedas Stail Melaka SAHAJA. Kalau ko nak makan kari kambing, masak lemak cili api, satay ayam, ko boleh pegi kedai lain. Kat sini takde.


Next time, aku janji aku akan amik gambar makanan aku. Sori ye...

Tuesday, February 2, 2010

Breakfast of Champions BUKAN Cornflakes dan Susu Tapi Lontong dan Paru

Seorang Rock and Rolla dari Gombak kini telah merasa nikmat kelazatan lontong PALING sedap di dunia.

Dia telah menikmati kuah yang lemak dan lalok yang cukup ramuan nya. (sayur kobis, kacang panjang, tempe et al)

Dia telah menikmati nasi himpit yang di buat secara tradisional. (tak main la nasi himpit instant dalam plastik)

Dia telah menikmati lauk paru yang di masak khas sebagai lauk untuk lontong. (dan bukan untuk di makan dengan masakan lain)

Dia telah makan breakfast paling BEST di dunia.




Tak percaya? Pergi tanya dia sendiri.

Monday, January 25, 2010

Combo Semua Taruk a.k.a. Sotong + Telur + Paru : Atau Gerai Cik Yah Yang Sibuk

Weekend lepas, aku pergi ke Gerai Cik Yah di Seksyen 14, PJ. Aku sampai di pagi Sabtu, lebih kurang pukul 7.30am.

Aku patut sampai lebih awal. Aku patut bangun lebih awal. Aku patut tau semua ni sebab bila aku sampai lambat, beginilah jadinya...


Gerai Lontong dan Nasi Lemak Cik Yah yang AMAT popular! Cari sign hijau.


Aku pun terpaksa lah beratur. Tapi aku tak kisah. 10 minit ke, 20 minit ke, setengah jam ke, aku tak kisah.

Aku tak kisah sebab Lontong Cik Yah yang aku makan untuk breakfast di pagi Sabtu itu terlalu syiok, aku siap terlupa nak amik gambar supaya aku boleh kongsi bersama korang, betapa nikmatnya, betapa lazatnya, betapa laloknya lontong paling BEST di dunia. Aku rekomen combo paru + sotong + telur a.k.a. 'Combo Semua Taruk'.

Apa ko kata? Kolesterol tinggi? Memang! Lagi tinggi, lagi best! Hehehe...

Tapi kalau korang tak minat makan lontong pagi-pagi, line yang pendek sikit di sebelah kanan tiang tu adalah queue untuk Nasi Lemak Cik Yah.

Ya, kena beratur gak tapi line dia pendek sikit. Kenapa kena beratur? Sebab Nasi Lemak dia SODAP la. Lagi mau tanya. Kalau bab Nasi Lemak Cik Yah, aku rekomen combo sotong + telur goreng + paru. Rendang daging pun ada, kalau korang minat.

Kedua-dua masakan boleh dine-in atau takeaway.



"Lama tak nampak kau? Mana pergi?"

"Adaaaa..."

"Makan bungkus?"

"Makan."

"Lauk?"

"Sotong, telur, paru. Kelapa tak nak."

"Settt..."

Monday, November 30, 2009

Falsafah Menu Terhad : Atau Monolog Merapu Di Dalam Kepala Aku

Sejak kebelakangan ini, aku sudah perasan satu hakikat kehidupan.

Kedai/Gerai Makan yang mempunyai menu terhad adalah JAUH lebih baik dari kedai/gerai makan yang jual macam-macam.

Kes pertama, Gerai Mak Yah di Seksyen 14, PJ yang hanya menjual 2 jenis masakan sahaja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua best! (Tada tipu punya geng, wa cakap lu, maaaaah!)

Cerita benar. Aku pernah ke sana satu pagi dengan hati yang berkobar-kobar nak makan nasi lemak. Bila aku sampai, Gerai Mak Yah tutup. Aku frust! Frust sangat sehinggakan aku terus balik rumah. Aku tak pedulik langsung yang di food court yang sama ada 4-5 gerai lain yang jual nasi lemak. Pada aku, tak akan ada nasi lemak yang sama seperti yang di jual di Gerai Mak Yah. Aku lebih rela balik rumah dari makan nasi lemak 'alternatif' yang lain.

Kes kedua, Gerai No 1 di food court Bandar Tun Razak, Cheras yang juga menjual 2 jenis masakan sahaja. Soto dan Roti Jala. Seperti yang dijangka, dua-dua best! Sup untuk soto sedap, ayamnya banyak, sambalnya ada 'kick'. Roti jala pulak 'fresh' sebab di masak di depan mata oleh seorang 'chef'. Ya, seorang 'chef'! Kalau tak percaya, pegi tengok sendiri.

Kes ketiga. Subang Ria, dekat dengan Wisma FAM, Kelana Jaya. Cari gerai Char Kuey Teow. Sekali lagi, korang ada 2 pilihan. 'Big' atau 'small'. Aku selalu makan yang 'big'. Plus extra cili jeruk dan tauge. Nyummm... (Aku harap korang tau yang 'trick' untuk menyediakan char kuey teow yang 'sodap' ialah si tukang masak akan hanya menggoreng satu 'portion' pada sesuatu masa. Jangan sesekali makan kuey teow yang di goreng secara lambak ala pasar malam. Spoil dia punya rasa babe!)

Kes keempat. Food Court di Jalan 223, PJ. Di gerai pertama sebelah kiri, order Milo Ais Kaw. Di gerai sebelah, order 2-3 nasi lemak bungkus. Kalau korang order Milo Ais Kaw dia saja pun dah cukup untuk buat trip korang berbaloi. Serious! Macam milkshake coklat, cuma lagi sodap!


Amacam? Betul tak teori aku ni? Mau jadi pengikut? Ada beran?

Hehehe...

Aku Dah Jumpa!

Terima kaseh yang tak terhingga aku ucapkan kepada saudara Johan yang telah menunjuk kepada aku lokasi kedai 'Nasi Ganja' yang amat 'lalok'.

Thanks bro!

Nasi Ganja Yang Lalok! : Atau Mengapa Aku Suka Kedai-Kedai Makan Yang Mempunyai Menu Terhad

Setelah aku membaca post ini dan artikel ini, aku berazam untuk mencari 'Nasi Ganja' yang dikatakan amat 'lalok' di Ipoh. Ada beberapa petunjuk di dalam artikel itu yang aku dah simpan dalam telefon bimbit aku. Antaranya Balai Polis Jalan Yang Kalsom dan Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Aku bukan dari Ipoh.

Aku tau aku mungkin akan sesat ketika mencari.

Aku tau yang ada kemungkinan yang gerai yang menjual 'Nasi Ganja' itu mungkin tutup kerana nasib aku yang tak baik.

Tapi aku kena cari gak. Ada sesiapa dari Ipoh yang tau lokasi gerai yang hebat ni?

Tuesday, November 17, 2009

Soto Di Pagi Hari

Pergi Bandar Tun Razak pagi-pagi sikit. Cari 'food court' yang betul-betul 'opposite' Mini Market Pak Haji, kat belakang stesen minyak BHP. Bila dah sampai, cari Gerai No. 1. Kat situ ada jual soto dan roti jala. Dua-dua best! (Aku selalu makan soto 'in situ' dan tapau roti jala.)

P.S. - Perasan tak yang kedai/gerai makan yang mempunyai menu yang amat terhad selalunya dapat menghidangkan makanan yang sedap sehinggakan pelanggan-pelanggan mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan mereka.

Monday, October 5, 2009

Macam Kenal Je...

Aku belek-belek magazine 'KLue' semalam kat pot biasa aku. Menarik gak isu Oktober ni. Tergerak la di hati nak beli sebab aku suka bila majalah-majalah 'yuppie' dan 'urban' macam 'KLue' ni membincangkan hal-hal pasal makanan, lagi-lagi pasal 'street food'. Topik feveret aku tu. Hehehe...

Bila aku sampai rumah, aku pun mula la baca. Sampai je kat mukasurat 25 aku terberhenti sekejap. (Terberhenti?) Macam kenal je muka pakcik ni. Last-last aku ingat. Ini pakcik ada gerai jual air kat Section 14, PJ. Dekat dengan kedai lontong feveret aku. Bila aku baca artikel tu betul-betul, memang confirm.

Cayalah Pakcik. Dapat masuk 'KLue'!. Hehehe...

Teh tarik Pakcik ni MEMANG sodap!

Oh ya. Kat mukasurat 70 lak ada gambar gerai burger Ramly paling terkenal kat KL. Pegi kat area Ampang. Dia betul-betul kat depan satu 7-E. Kat situ ko akan dapat jumpa gerai yang buat burger Ramly PALING best di dunia! Serius!

Mula-mula, order satu burger, ikut spec feveret ko, kat Pakcik atau Makcik yang tengah sibuk tu. Lepas tu masuk jap kat 7-E, beli satu botol Coke 500ml. Pastikan Coke tu sejuk. Lepas tu lepak jap kat tepi gerai tu. Kalau boleh, bawak satu peket tisu sendiri. Dalam 4-5 minit, burger sure siap. Makan time tu gak kat tepi tu. Pehhh...! Aku tak pernah rasa burger Ramly sesedap macam tu kat tempat lain. Memang 'SPECIAL'! (Aku rekomen ko try burger daging, double, special dengan cheese. Hmmmm...)

Aku tau ko nak try satu. Betul?