Monday, November 30, 2009

Falsafah Menu Terhad : Atau Monolog Merapu Di Dalam Kepala Aku

Sejak kebelakangan ini, aku sudah perasan satu hakikat kehidupan.

Kedai/Gerai Makan yang mempunyai menu terhad adalah JAUH lebih baik dari kedai/gerai makan yang jual macam-macam.

Kes pertama, Gerai Mak Yah di Seksyen 14, PJ yang hanya menjual 2 jenis masakan sahaja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua best! (Tada tipu punya geng, wa cakap lu, maaaaah!)

Cerita benar. Aku pernah ke sana satu pagi dengan hati yang berkobar-kobar nak makan nasi lemak. Bila aku sampai, Gerai Mak Yah tutup. Aku frust! Frust sangat sehinggakan aku terus balik rumah. Aku tak pedulik langsung yang di food court yang sama ada 4-5 gerai lain yang jual nasi lemak. Pada aku, tak akan ada nasi lemak yang sama seperti yang di jual di Gerai Mak Yah. Aku lebih rela balik rumah dari makan nasi lemak 'alternatif' yang lain.

Kes kedua, Gerai No 1 di food court Bandar Tun Razak, Cheras yang juga menjual 2 jenis masakan sahaja. Soto dan Roti Jala. Seperti yang dijangka, dua-dua best! Sup untuk soto sedap, ayamnya banyak, sambalnya ada 'kick'. Roti jala pulak 'fresh' sebab di masak di depan mata oleh seorang 'chef'. Ya, seorang 'chef'! Kalau tak percaya, pegi tengok sendiri.

Kes ketiga. Subang Ria, dekat dengan Wisma FAM, Kelana Jaya. Cari gerai Char Kuey Teow. Sekali lagi, korang ada 2 pilihan. 'Big' atau 'small'. Aku selalu makan yang 'big'. Plus extra cili jeruk dan tauge. Nyummm... (Aku harap korang tau yang 'trick' untuk menyediakan char kuey teow yang 'sodap' ialah si tukang masak akan hanya menggoreng satu 'portion' pada sesuatu masa. Jangan sesekali makan kuey teow yang di goreng secara lambak ala pasar malam. Spoil dia punya rasa babe!)

Kes keempat. Food Court di Jalan 223, PJ. Di gerai pertama sebelah kiri, order Milo Ais Kaw. Di gerai sebelah, order 2-3 nasi lemak bungkus. Kalau korang order Milo Ais Kaw dia saja pun dah cukup untuk buat trip korang berbaloi. Serious! Macam milkshake coklat, cuma lagi sodap!


Amacam? Betul tak teori aku ni? Mau jadi pengikut? Ada beran?

Hehehe...

6 comments:

GombakRock said...

aiseh johnny,nasi lemak gerai mak yah tu memang terbaik...gentle gua cakap itu merupakan nasi lemak terbaik yang gua pernah rasa... sabtu minggu lepas gua ada kat pj sebab ade forum kat dewan sivik... sebelum sampai sana gua singgah gerai mak yah kat 14...sampai2 kena beratur agak lama gak ar...tapi peh!! memang terbaik!! perfect!! nasi+sambal+lauk dia memang 100% perfect...senang cerita gua sanggup gerak dari gombak ke sana semata2 sebab nasi lemak...terima kasih banyak2 ar johnny!!

p.s:pas ni kalau ade chan gua nak try lontong dia pulak..haha

Johnny B. Rempit said...

Try, jangan tak try! Lontong dia pun teramatlah syiok. Aku suka kombo paru, sotong dan telur. Memang lalok!

GombakRock said...

peh!!kau ni johnny...paru+sotong+ telur tu combo yang amat tinggi kolesterolnya!! bagi aku paru+telur sudah memadai...hahahahaha

p.s:kalau lontong combo ape lak brader?

Johnny B. Rempit said...

Kolesterol tinggi? Aduiii... Muda-muda dah risau kolesterol tinggi apa bikin bro? Hahahaha...

Janji sodap! Bukan selalu dapat rasa makanan syiok macam tu. Suruh je makcik tu taruk semua. Baru la enjoys! Hahahaha...

GombakRock said...

bila nak buat trip makan ni brader johnny??haha...

kita pilih satu hari yg sesuai pastu try semua kedai yg kau rekomen tu... amacam??

Johnny B. Rempit said...

Yummm... Menarik tu. Mula-mula breakfast makan lontong kat Section 14, lepas tu brunch kat Bandar Tun Razak makan soto, lepas tu lunch kat Kelana Jaya makan kuey teow goreng dan akhir sekali (kalau perut masih ada ruang), kita minum milo kaw kat Jalan 223.

Lepas tu kita pengsan kat tepi jalan on the way balik rumah.

Hahahahaha...