Monday, November 30, 2009

Nasi Ganja Yang Lalok! : Atau Mengapa Aku Suka Kedai-Kedai Makan Yang Mempunyai Menu Terhad

Setelah aku membaca post ini dan artikel ini, aku berazam untuk mencari 'Nasi Ganja' yang dikatakan amat 'lalok' di Ipoh. Ada beberapa petunjuk di dalam artikel itu yang aku dah simpan dalam telefon bimbit aku. Antaranya Balai Polis Jalan Yang Kalsom dan Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Aku bukan dari Ipoh.

Aku tau aku mungkin akan sesat ketika mencari.

Aku tau yang ada kemungkinan yang gerai yang menjual 'Nasi Ganja' itu mungkin tutup kerana nasib aku yang tak baik.

Tapi aku kena cari gak. Ada sesiapa dari Ipoh yang tau lokasi gerai yang hebat ni?

3 comments:

Johan said...

encik remp,mungkin ni leh bantu:
http://ipohnkinta.blogspot.com/2007/07/nasi-ganja-opposite-tg-rambutan-bus.html

Johan said...

actually dorang ada bukak cawangan kat Greentown Business Centre,near Ipoh Parade..i think cawangan ni lagi senang nak cari kot..jgn risau wlupun cuma branch tapi stil melalokkn kahkahkah..

Johnny B. Rempit said...

Terima kaseh wahai Encik Johan yang budiman.

Terima kaseh banyak-banyak. Link ke Ipoh Kinta tu amat mengiurkan!

Wooooooo....