Showing posts with label Oh Pocot Mak Kau. Show all posts
Showing posts with label Oh Pocot Mak Kau. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Oh Pocot Mak Kau #6 : Atau Benda-Benda Pelik Yang Aku Jumpa Setelah Aku Meng'Google' Diri Aku Sendiri

Malam tadi, ketika aku sibuk kebosanan dan tak tahu apa nak buat, aku telah meng'Google' diri aku sendiri.

Ya, aku tau.

Patetik...


Anyway, setelah tetikus di klik, muncul lah segala macam hasil carian Google di skrin laptop aku. Di antara hasil carian yang awal, dah tentu blog ini. Itu aku pasti. Kemudian, di muka ke dua, aku terjumpa satu applikasi yang menarik. Nama applikasi tu WebMii, dengan taglinenya (yang hip dan happening), 'All the web about me'.

Tanpa segan silu, aku tulis nom de guerre aku yang 'teramat' popular.

"Ranking aku SURE tinggi punya lah!"

Tetikus aku pun di klik...


Can you say, "Maaaaaakkkk aaaaaaaiiiiii!!! Rondah nyo skor ekau!"


Berdentum jatuh ego aku ke lantai, sambil bergolek-golek ke arah wastepaper bin.

Biasa la tu. Cerita hidup aku.


Ohh... Satu lagi.

Seolah-olah tak cukup hati/ego aku terseksa/diseksa akibat ranking aku yang rendah, entah macam mana, muncul lak gambar sorang mamat dari 'kanchong darat, de gempax' di 'BURNTHINK, SEL' di bawah heading 'Friendster Profile'.

Itu BUKAN aku, okay! I'm SERIOUS!


Dah puas ketawa? Boleh aku sambung?


First of all, Friendster tu gila 90an! Tak ada orang pakai dah. Akaun-akaun Friendster penduduk Malaysia semuanya dah tak aktif. Dah lapse.

Kedua, aku tak pernah tergolong di dalam kumpulan manusia yang suker tUlis perkAtaAN-PerKatAan Bee eMM macHam nie, occaYYyy. Kewl kuNon! Uweeeeks... :p Kalaw yu'olls taK peWcayer, yu'olls boLeh bLahhs!


Setelah aku kutip balik ego aku dari tepi wastepaper bin, aku kembali tengok balik hasil carian WebMii aku. The Rempit Chronicles, Goodreads review, Facebook profile, MukaBuku...

Harakah Daily? Bila masa pulak aku tulis benda untuk Harakah Daily?

Aku pun klik link tu...


Eh... Ada sesuatu yang familiar la di perenggan 6.


Maaaak oooooiiii! NAMA aku tu!
Woooooohoooooo!


Nom de guerre aku dapat masuk paper!

Ohhhh... Ko tak tau betapa SERONOK nya aku masa aku jumpa ni. Hahahahaha... Wooooooohooooooo!

Lepas aku baca ni, baru aku teringat balik yang di satu pagi di bulan Februari yang lepas, aku ada menyelinap masuk ke FaceBook semasa aku di ofis. Boss aku belum masuk lagi pada ketika itu. Peluang berFaceBook di ofis yang boss-free jarang sekali dapat aku rasa.

Nak di jadikan cerita, masa tu aku cuma berniat nak join fanclub Zunar. Itu je. So, aku pun taip la 'Zunar' di kotak search. Antara search result yang muncul ialah fan club Zunar DAN juga 'Kami Anti Kartunis Zunar', yang mungkin pada ketika itu sedang nak di set-up. Ini spekulasi aku, sebab pada ketika itu, aku hanya nampak yang grup anti-Zunar tu cuma ada 6 orang ahli saja.

Jadi, akulah manusia paling awal yang ter'discover' kewujudan grup yang di ceritakan di dalam artikel di atas tu. Ini peluang best! Boleh jadi hero ni. Hehehe... Aku terus join fanclub Zunar dan aku terus tulis di wall mereka yang aku ada jumpa grup anti-Zunar ni.


I am DA bomb!


Beberapa minit kemudian, entri ini pula muncul di wall fanclub Zunar...


Awwww, shucks... It was nothin', really...


Kebosanan aku hilang. Perasaan frust aku lenyap. Aku dapat tidur nyenyak malam tadi.


Hehehehe...

Monday, April 12, 2010

Oh Pocot Mak Kau #5 : Atau Scene Yang Pernah Berlaku, Satu Ketika Dulu

Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga aku ucapkan kepada @NipofRayat kerana telah menghailait blog ini kepada semua. Tak rugi aku follow kau, bro!

Mula-mula, aku baca post ini. (R-E-S-P-E-C-T!)

Kemudian aku baca post yang ini lak. (Aku heart Langit dan Bumi!)

Lepas tu aku baca yang ni. (Aku ada lagi kaset korang, wahai Carburetor Dung)

Last sekali, aku baca post ini. (Akhirnya aku tau nama betul Point Blanc!)




Ermm...

Ko baca je lah semua yang ada. Kat sidebar pun aku dah add link dia.




Can you say, "Cayalah, geng!"

I knew you could.


Thursday, March 25, 2010

Oh Pocot Mak Kau #4 : Aku Sedang Menunggu SMS Benci Dari Groupie-Groupie Zombie Yang Ternganga Di Depan TV Pada Setiap Hujung Minggu

Aku pernah tulis di sini yang aku jarang jengah ke akaun Facebook aku. Statement itu masih benar dan tepat. Aku lebih minat Goodreads dan Twitter. Wall Facebook aku hanya dipenuhi dengan update-update dari akaun Goodreads aku. Semua privacy settings Facebook aku adalah open to the public. Tak ada apa-apa nak sorok pun. Dua orang 'kawan' aku di sana pun aku tak kenal. Apa motif mereka nak add aku, aku sendiri pun tak tahu. Pada aku, SMS masih cara utama aku berkomunikasi dengan kawan-kawan aku. Texting ROCKS! I'm old skool in that way.

Tetapi, sekali-sekala, bila bulan berwarna biru, aku akan masuk juga ke alam itu. Aku nak tengok apa yang latest, berita-berita lemau/basi yang aku dah miss dan yang paling penting sekali, aku suka lihat/join grup-grup Facebook yang kelakar dan yang absurd. Voyuristik? Memang! Klise? Hell yeah! Berfaedah? Langsung tak ada sama sekali!

Hasilnya, setelah aku meronda-ronda dan bersiar-siar, melihat itu dan ini, aku terjumpa grup ini di Facebook. Aku terus join!


Aku BENCI kari ayam...



Boleh tak ko kata, 'Oh Pocot Mak Kau!'?

I knew you could...




Hehehehe...


SMS [AFUNDI AYAM] dan hantar ke 12345.

Setiap SMS akan dicaj 50sen di luar waktu puncak (12am - 8am) dan 75sen di dalam waktu puncak (8am - 12am) . Tertakluk pada terma dan syarat. Katakan TIDAK! pada Realiti.

Monday, March 22, 2010

Oh Pocot Mak Kau #3 : Omaigodomaigodomaigod!

[Have you read it?]

[Link yang you email tadi ke?]

[Yup. Dah baca?]

[I suka pantun dia.]

[Me too.]

[You suap, I tembam. Hahahaha...]

[What? You think I'm fat laa tu.]

[Sori. GTG. Ada meeting.]

[Neekay!]

[Loobootin!]

Friday, March 12, 2010

Oh Pocot Mak Kau! #2 : Atau Mengapa Aku Kena Lebih Berhati-Hati Kerana Informer Mereka Berada Di Mana-Mana Sahaja

Post aku semalam telah membuat sorang zombie-groupie/fangirl dari grup 'Kami Peminat Tegar Akademi Fantasia' a.k.a 'KAMPEITAI' menghantar sms benci ke telefon bimbit aku.

[Kitorang PEMINAT OK!!! FAN!!! Bukan zombie-groupie!!!]

[Babe... Cousin gila you tengah guna fon you.]

[Babe kunon! Uweeeeek...]

...

[Sorry. Was at the kitchen just now. I promise I'll kill her after dinner]

[I tolong boleh?]

[:p]

Tuesday, February 23, 2010

Oh Pocot Mak Kau! : Atau Jangan Minum Di Depan Keyboard Sebab Keyboard Yang Basah Tidak Akan Berfungsi Dengan Baik

[Did you read that article?]

[Artikel apa?]

[I e-mailed you a link just now. Did you read it?]

[Belum. Kenapa?]

[Read it.]

[Artikel tu pasal apa?]

[Trust me. It's funny. :)]

[Ok. Tunggu jap.]

...

[Hahahahahahaha!!!]