Aku seorang kaki magazine yang kronik.
“Hi. My name is Johnny and I'm an addict.”
“Hi Johnny!”
Kalau tak percaya, tanya towkay(?) kedai magazine kat Lucky Garden. Diorang dah naik muak tengok muka aku. Baca lebih, beli tarak!
Kelmarin, sebagai pembuka hari, selepas breakfast kat Syed kat Lucky Garden, aku pun pergi la survey magazine kat dua kedai mag yang famous tu.
Aku mula la membelek-belek apa yang ada. Antara mag yang aku capai termasuklah Klue (edisi Mac '09).
Bila aku sampai je muka 55, ada review pasal kedai makan kat Kampung Baru.
Hmmmmm...
Aku dah agak dah! Ni mesti yuppie yang tulis review ni. Hanya seorang yuppie akan menganggap Nasi Lemak Antarabangsa adalah nasi lemak terbaik di dunia. “Nasi Lemak Antarabangsa is the epitome of our valley's nasi lemak”. Maaaak oiiiii!
Salah tu!
Tapi, sekurang-kurangnya, dia ada jugak review Nasi Lemak Mak Wanjor. Nasib baik!
Meh sini aku cerita sikit!
Orang Kampung Baru sendiri tak makan nasi lemak internasional tu. Bukan nya apa. Dia ada sikit kureng la. Yang minat sangat nasi lemak internasional tu budak-budak luar je. Tak percaya? Cuba try tanya orang Kg Baru. Diorang minat Nasi Lemak Mak Wanjor geng. Itu baru betul nasi lemak.
Nasi Lemak Antarabangsa tu over-rated.
Sebab tu, kalau nak buat review, langkah pertama ialah tanya pendapat penduduk sekitar dulu. Baru la tanya pendapat member/mak/ayah/pakcik/makcik/girlfriend/boyfriend. Orang tempatan patut tau semua tu. Lepas dah kumpul maklumat, baru la pergi sendiri dan try masakan diorang.
Tu baru nasi lemak kat area Kg Baru. Nak lagi sedap, pergi PJ. Cari Pusat Penjaja Seksyen 14. Dia kat atas pasar. Tak susah geng. Pintu masuk dia besar dan lebar, di antara sebuah kedai dobi dan kedai kek. Naik tangga ke tingkat 1 dan belok kiri. Cari kedai yang ada orang beratur. Gerai Mak Yah ada jual 2 masakan saja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua syok!
Oh ya! Pergi awal ya. Takut habis nanti.
Satu lagi...
Orang yang makan nasi lemak malam-malam ni pada aku tak ada imaginasi. Cari la benda lain geng! Ni KL! Banyak benda lain boleh makan. Asyik-asyik nasi lemak je...
1 comment:
bagi aku diorang yang makan nasi lemak malam malam ni adalah golongan isomia kot . sebab santan kan boleh bikin mengantuk . haha .
Post a Comment