Tuesday, March 24, 2009

Aku, X FM dan Lirik Yang Pedas dan Spicy

Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KE DEPAN!


Rangkap kata yang aku tulis di atas sebenarnya datang dari chorus sebuah lagu dari sebuah band indie di Malaysia yang agak popular dan lagu tersebut selalu jugak dimainkan di radio, terutama sekali oleh X FM.

Aku risau sebenarnya. Kenapa?

Sebab aku takut nanti ada orang yang dengki akan memberitahu pihak-pihak 'tertentu' yang stesen radio favourite aku sering memutarkan lagu-lagu yang mempunyai mesej-mesej yang boleh dianggap 'subversif'.

Ya, aku bias.

Aku seorang peminat muzik underground (bawah tanah?) yang setia. Cakap je ada gig, kalau aku sempat dan poket aku mengizinkan, aku akan pergi dan tengok. Aku memang suka band-band kecil ini. Band-band yang selalunya terdiri dari kawan-kawan rapat yang sama kepala. Muzik mereka pun akan mencerminkan keakraban mereka. Kebanyakan mereka pun senang dirapati oleh peminat-peminat mereka. Bukan macam artis-artis mainstream. Hampir semua band-band kecil ni mula dari bawah. Aku rasa, ethos ini juga salah satu sebab yang membuatkan aku meminati mereka.

Kini, setelah beberapa tahun stesen X FM (dulunya X Fresh FM) menjadi peneraju dan penyokong kuat muzik independent Malaysia, aku amat risau sekali yang akan ada malaon yang berhati gelap dan dipenuhi hasad dengki akan membuat tohmahan dan melemparkan dakyah-dakyah negatif terhadap stesen favourite aku ini. Puncanya adalah kerana lagu-lagu yang di mainkan oleh band-band indie.

Aku tak salahkan band-band indie menerbitkan lagu-lagu yang agak pedas liriknya. Aku lagi suka sebenarnya. Itu juga salah satu sebab mengapa aku amat menggemari muzik indie. Tapi di dalam suasana politik sekarang, benda-benda kecil macam ni teramatlah mudah untuk diperbesar-besarkan.

Cuba bayangkan geng. Tiba-tiba je ada pihak-pihak 'tertentu' yang iri hati dengan kemajuan dan populariti band-band kecil ni tulis surat kat suratkhabar, menyatakan yang ada band-band kecil ni cuba 'memesongkan' hati nurani pemuda-pemudi, remaja-remaja kita dengan muzik dan lirik yang 'subversif'. Muzik dan lagu yang sering diputarkan oleh X FM, stesen favourite aku. Aku tak nak X FM di 'tegur' tanpa sebab yang kuat dan munasabah. X FM sajalah stesen yang memainkan secara eksklusif muzik dan lagu terbaru band-band indie kesayangan aku. Stesen lain tak ada macam tu geng.

Risau betul aku...

No comments: