Monday, March 22, 2010

Aku, Teori Zen 'No Mind' Dan Manusia-Manusia Blur Yang Suka Berhenti Betul-Betul Di Depan Eskalator

Aku pergi ke PWTC di hari Sabtu lepas. Ada pesta besar kat situ. Aku sebenarnya agak(?) malas nak pergi time weekend tapi masa tu aku kebosanan. Tak ada aktiviti yang menarik yang aku boleh/nak buat dan cuaca panas pada ketika itu membuatkan aku teringin sangat nak rasa chill aircon bergred komersil di sana. So, aku terus ke stesen LRT untuk ke sana.

Bila aku sampai di tapak pesta, jangkaan aku yang event itu akan dikerumuni manusia menjadi kenyataan. Famili, couple, crew dan yang solo macam aku.

Hmmmm...

Masa yang sesuai untuk mempraktikkan teori Zen 'No Mind' yang aku belajar dari sesi terapi aku.


"There is no spoon..."


Woooo... Aku ada POWER! Dan aku HOT gak...


Pada mulanya, teori itu agak berjaya. Aku dapat meng'zone-out'kan manusia-manusia lain yang ada di situ. Seolah-olah aku saja yang ada di situ.

"Not bad, Johnny boy. Not bad."

Kemudian aku sampai di satu ketika di mana aku nak naik ke tingkat atas. Aku pun cari lah eskelator terdekat. Cuma, bila aku jumpa eskelator tersebut, maka aku terjumpalah spesis manusia PALING blur di dunia.

Homo Blurrius Onemalaisie

Mereka lah yang akan membawa kereta selaju 40km/h di lane kanan, terpinga-pinga tak tahu nak order apa di restoran layanan segera/warung nasi campur, membuat multiple cheque deposit di mesin yang tak sesuai, suka berborak dengan si pengutip tol tentang cuaca dan politik semasa dan benda-benda lain yang akan membuang masa orang lain.

Pada ketika aku bertemu kumpulan (ya, mereka suka keluar secara berkumpulan) ini, mereka, secara natural/semulajadi, akan membuat satu-satunya aktiviti yang akan membuang masa manusia lain yang normal.

Mereka telah berkumpul di depan eskelator.

Mereka tak akan peduli yang ada manusia lain yang perlu menggunakan fasiliti tersebut. Mereka tak akan peduli yang mereka membuang masa manusia lain. Mereka hanya hidup di dalam kepala mereka yang blur/separa aktif.

"Bang, boleh ke tepi sikit tak? Orang lain nak guna eskalator ni."

"Huh?"

Pada ketika itu, aku cuba mengulang kembali mantra Zen No Mind aku.

"There is no spoon. There is no spoon. There is no spoon..."

Tapi trick tu tak berjaya kali ni.

"Bang! Boleh berdiri tempat lain tak? Abang sedar tak yang abang tengah block eskalator ni?"

"Oh... Sori. Sori."

6 comments:

Ummi said...

I plan to go this Friday. But I don't have that ability err... zone out. Can I just say "H1N1 nak lalu ni!"?

Johnny B. Rempit said...

JANGAN! Nanti kena kuarantin!

Hehehehe...

Just be patient, think of nice things and afterwards, go across the street and have something nice to eat.

Faizah Roslaini said...

En Johnny,

Betul ke encik hot macam Neo?

NAK JADI GROUPIE... hahahaha

What were you looking for at the fair exactly? Sorry I'm just curious because I just have this feeling that you are not that much into Malay books, which pretty much is what KLIBF is all about.

Did you get enough dosage of smelly armpits by the way? What loads of people over there. I could just smell lotsa things from seeing the reports on tv.

Johnny B. Rempit said...

Yang HOT tu Neo... Tapi kalau nak jadi groupie, no problem. Kat sidebar ada opsyen untuk jadi pengikut. Ajak la kawan-kawan you yang HOT join sekali ye...

;p

Anyway, back to your question. I went there to look for a few books that are really hard to find now. I made the stupid mistake of ignoring them when they were released. They're published by Sang Freud Press and Stormkitchen. They are not your typical Malay books. Their irreverent attitude of using street and avant garde BM greatly impressed me when I first read 'Kasut Biru Rubina' a few weeks ago. I might write about them here in a couple of days, so watch this space ok.

As for the crowd... It was huge. And to be expected. But don't let that put you off. Just be calm and don't plan to do anything else for the rest of the day. Make a day of it.

By the way, those peep-toe wedges you are looking for are waaaay HOT!

Faizah Roslaini said...

Peep toe itu manikam kalbu kan??

'Kasut Biru Rubina' takde di silverfish ke? They do have a physical store, right? Kalau ada marilah buat rombongan 'Melawat Rubina' beramai-ramai di Goodreads.

P/s: issshh.. you ni lupeke? Kawasan I(I pissed kat corner tu tadi, mark territory) banyak makcik tupperware (iya, I kawan semua tak kira orientasi), betul you nak diorang follow you?

Johnny B. Rempit said...

Ajak je kawan-kawan you. Lagi HOT lagi bagus!

I know they sell them at Silverfish but somehow, I always end up in Bangsar at odd hours of the day. Time malam lah, on weekends when they're closed, etc. Wonder why?

:p