Wednesday, March 10, 2010

Sedang Menunggu Update Di Blog Yang Jarang Di Upd... Oppp... Dia Dah Update Dah...

Aku suka jengok ke blog-blog yang follow aku. Di sebabkan blogger-blogger ni sudi mengambil masa untuk follow aku dan baca tulisan aku, sebagai tanda hormat dan kaseh sayang, aku follow mereka balik. Common sense, betul?

Selalunya mereka yang aku follow ni selalu update blog mereka. Ada yang lebih prolifik dari yang lain tapi pada aku itu tak penting. Yang penting ialah mereka jujur dan mereka ada passion untuk menulis apa yang mereka rasa perlu di tulis. Diorang nak komplen ke, diorang nak puji ke, diorang nak melawak ke, semua aku baca. Tada hal...

Cuma kadang-kadang, bila sesuatu blog yang aku follow jarang di update, aku akan terasa...

Risau?

Runsing?

Pelik?

Entah lah...

Kadang-kadang aku tertanya-tanya gak kenapa blog yang aku follow ni jarang di update. Apa agaknya yang berlaku di dalam hidup si blogger yang aku follow ni? Apa dia situasi yang mereka lalui yang menyebabkan mereka tak dapat update blog mereka?

Imaginasi aku pun melayang...

Tapi jangan risau. Bila imaginasi aku melayang, aku hanya akan imagine yang positif sahaja. Tak baik buruk sangka, kata cikgu aku kat sekolah dulu.

Jadi di dalam kepala aku, senario-senario yang ludakris dan fantastikal akan bermain-main. Aku bayangkan yang ada di antara mereka sedang mengembara/backpacking mengelilingi Eropah. Aku bayangkan yang mereka sedang bergiat di dalam bidang seni yang avantgarde sehingga hasil seni mereka dapat di pamerkan di Tate Modern, Muzium Guggenheim Bilbao et al. Aku bayangkan yang mereka sedang sibuk memberi syarahan khas di hadapan profesor-profesor dan golongan elit intelektual di Cambridge atau di Sorbonne mengenai ilmu-ilmu falsafah yang esoterik dan rumit. Aku bayangkan yang mereka sedang sibuk menulis 'The Great Malaysian Novel'. Aku bayangkan yang mereka sedang menjadi perisik deep cover yang telah berjaya menginfiltrasi sebuah kumpulan jenayah di Sicily. Aku bayangkan yang mereka sedang sibuk memulakan hidup baru di New York...

Ya...

Aku tau...

Aku lupa pergi ke sesi terapi aku minggu lepas.

Mana aku letak botol Ritalin aku?







"Johnny, the doctor will see you now."

"Thanks."






Hehehe...

No comments: