Semalam, aku pergi ke majlis 'hantar tanda' di rumah sepupu aku. Anak perempuan dia yang bongsu nak kahwin. Time ni aku kena pergi sebab mak bapak aku tak dapat pergi. Kiranya, aku jadi wakil famili aku la. Tepat jam 12.30pm, aku sampai di rumah sepupu aku. Semasa aku tunggu famili sebelah lelaki nak sampai, aku tanya la sepupu aku ni yang famili belah lelaki ni berasal dari mana.
"Sg Petani."
"Orang Kedah? Jauhnya."
"Tak jauh dah. Kalau ikut highway, dalam 3-4 jam sampai la."
"Fuuuu... Laju tu."
Lebih kurang pukul 1pm, rombongan belah lelaki pun sampai la. Seperti biasa, diorang bawak la hantaran/hadiah beberapa dulang. Ayah bakal pengantin jadi ketua rombongan, sekali dengan famili rapat diorang. Selepas selesai semua formaliti adat, sepupu aku pun jemput la semua orang makan. Aku join la sekali. Nasi Beriani Johor, geng. Mana boleh tolak. Hehehe...
Anyway, masa makan tu lah aku berborak-borak dengan 2-3 orang famili belah lelaki.
"Apa habaq?"
"Baik. Pakcik?"
"Baik... Panaih betul la ni. Kat KL pun panaih no?"
"Dah lama dah panas. Hujan kadang-kadang je."
"Hang famili chek A. ka?"
"Saya sepupu dia."
"Ohhh... Tu la. Muka hang lebih kurang sama ja dengan dia. Hahahaha..."
Dah lama aku tak dengar orang cakap slang Kedah yang pure. Sedap pulak aku dengar. Perkataan 'mai', 'pi', 'hang', 'habaq' dan liuk-lentok slang tu seolah-olah membawa satu nafas baru. Agaknya aku dah bosan/jaded dengan 'ko', 'lu', 'gua', 'youoll', 'bro', 'geng' yang selalu aku guna hari-hari. Rasa seronok pulak. Kemudian, sikap/perangai diorang yang 'easy going' pun telah membuatkan sesi makan tengah hari tu menjadi satu 'event' yang dipenuhi gelak ketawa, walaupun aku baru mengenali mereka. Lepas makan, kami semua sudah berseloroh, macam dah kenal lama.
"Jom la mai Kedah. Hang kalau nak pi sana hang telefon kami."
"Okay. Kalau saya ada nak pegi sana, saya call."
"Haaaa... Hang telefon ja. Boleh kita pi makan nasik minyak stail Utara."
"Okay."
Hmmm... Okay gak tu. Aku pun dah lama tak pegi holiday.
Jom pi Kedah...
No comments:
Post a Comment