Thursday, December 10, 2009

Woi! Jangan Tiru La! Cakap Cikgu Kang...

Baru-baru ni, satu insiden kecil (yang tak dihebohkan sangat) telah meninggalkan rasa pahit dan kelat dalam mulut aku.

Seorang penulis muda telah kantoi memplagiat hasil karya penulis lain. Berita ini boleh di baca di blog ini, ini dan juga di muka utama website penerbit buku si penulis muda ini. Dari situ juga, korang boleh baca satu nota pendek dari si penulis yang memohon maaf di atas kesalahannya.

Plagiat - hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-mengarang). - Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kalau korang ingat yang kerja memplagiat hasil usaha orang lain sesuatu yang tak serius, sila ambil perhatian yang penerbit buku tersebut lebih rela memusnahkan baki buku di dalam stoknya dari di jual murah ataupun di beri percuma kepada orang ramai.







Rasa pahit dalam mulut aku belum hilang...

2 comments:

Faizah Roslaini said...

kesian dia. lepas ni mesti dia tukar nama lain, kan kan..

tapi kenapa lak en johnny yang rasa kelat.

terlebih dadah ke? hehehe.. taraa..happy weekend!!

Johnny B. Rempit said...

Dadah? Ishh... Ishh... Ishh... Dadah tak baik untuk kesehatan. :p

Perasaan kesian tu ada jugak tapi dia sudah menipu. Mana ada publisher yang akan sentuh kerja dia di masa akan datang. Dalam bisnes ni, integriti terlalu penting.