Wednesday, November 19, 2008

Apa Hisham Kata (5)...

Untuk edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini, komen dia tentang isu PAMPENA terlalu kelakar sehinggakan aku tersembur teh tarik yang aku tengah minum ke atas keyboard ofis. (Sori ye Kak Ros. Hehehe... Saya janji tak buat lagi.)

first 70 does not count…..kah kah kah…

Aku rasa korang perlu baca post dia sepenuhnya supaya korang dapat faham apa yang dimaksudkan. Klik kat sini.

Lain kali, aku tak akan minum sambil membaca 'Tukar Tiub'.

Kah kah kah...

Lontong Dan Nasi Lemak MEMANG Sodap...

Lontong dan Nasi Lemak PALING sedap di dunia ada di jual di Gerai Mak Yah di Medan Selera Seksyen 14 Petaling Jaya. Hanya dijual di pagi hari sahaja. (Orang yang makan nasi lemak di waktu-waktu lain aku anggap tiada imaginasi dan tidak mempunyai citarasa yang perlu di ambil tahu). Aku rekomen korang pergi di pagi Ahad. Kalau tak pasti gerai yang mana satu, cari gerai yang ada orang beratur.

Kombinasi lontong yang paling syok ialah versi yang "semua taruk" a.k.a. sotong dan paru. Kombinasi nasi lemak paling best pula adalah yang berlauk sotong dan telur goreng ataupun paru dan telur goreng.

Ingat! Cari gerai yang ada orang bertatur...


P/S : Tak payah nak cerita kat aku yang nasi lemak Internasional di Kg Baru lagi best. Aku yang lepak kat Kg. Baru pun tak makan kat situ. Seperti yang aku dah kata tadi, orang yang makan nasi lemak di waktu tengah hari, petang, malam, larut malam sememangnya tiada imaginasi dan segala pendapat mereka aku tak nak tau dan tak perlu tau.

Tetapi kalau kesesakan dan takde duit, takpe. Darurat memungkinkan apa sahaja. Aku pun pernah makan nasi lemak bungkus masa aku kesesakan dulu. Asalkan Bukan Megi. Hahahaha...

Monday, November 17, 2008

Sori Geng...

Di sini, aku ingin meminta maaf secara terbuka kepada saudara dan juga member blogger aku, saudara Rustam Ariffin, kerana aku tidak dapat datang ke sebuah majlis anjuran boss dia pada 16 November 2008 (semalam).

Aku tak dapat datang sebab aku tak baca betul-betul sms jemputan dia. Dia tulis di sms dia yang majlis bermula "seawal 8.30am hingga 1pm". Disebabkan aku tak perasan perkataan "am" tu, aku pun ingat majlis dia start pukul 8.30 malam.

Aku tak tau nak cakap apa! Ya, memang betul. Aku yang salah. Tak ada siapa yang aku boleh menuding jari. Ya, aku salah!

Sori ye geng...

Hahahahaha...

Friday, November 14, 2008

Tuesday, November 4, 2008

Hari Ini, Amerika Mengundi...

Rakyat Amerika akan mengundi hari ini, setelah sekian lama musim berkempen (tak salah aku, lebih 20 bulan). Sama ada Senator Barack Obama ataupun Senator John McCain akan dipilih menjadi Presiden baru, pilihan tersebut kini di tangan rakyat Amerika.

Good luck folks!

Saturday, November 1, 2008

Siapa Pernah Tengok Muka Diorang???

Dah puas aku mencari dan melayari alam maya siber...

Tak jumpa pun.

Ada tak sesiapa pernah nampak gambar muka-muka diorang ni?

(Gambar dari Bernama)