Wednesday, November 19, 2008

Lontong Dan Nasi Lemak MEMANG Sodap...

Lontong dan Nasi Lemak PALING sedap di dunia ada di jual di Gerai Mak Yah di Medan Selera Seksyen 14 Petaling Jaya. Hanya dijual di pagi hari sahaja. (Orang yang makan nasi lemak di waktu-waktu lain aku anggap tiada imaginasi dan tidak mempunyai citarasa yang perlu di ambil tahu). Aku rekomen korang pergi di pagi Ahad. Kalau tak pasti gerai yang mana satu, cari gerai yang ada orang beratur.

Kombinasi lontong yang paling syok ialah versi yang "semua taruk" a.k.a. sotong dan paru. Kombinasi nasi lemak paling best pula adalah yang berlauk sotong dan telur goreng ataupun paru dan telur goreng.

Ingat! Cari gerai yang ada orang bertatur...


P/S : Tak payah nak cerita kat aku yang nasi lemak Internasional di Kg Baru lagi best. Aku yang lepak kat Kg. Baru pun tak makan kat situ. Seperti yang aku dah kata tadi, orang yang makan nasi lemak di waktu tengah hari, petang, malam, larut malam sememangnya tiada imaginasi dan segala pendapat mereka aku tak nak tau dan tak perlu tau.

Tetapi kalau kesesakan dan takde duit, takpe. Darurat memungkinkan apa sahaja. Aku pun pernah makan nasi lemak bungkus masa aku kesesakan dulu. Asalkan Bukan Megi. Hahahaha...

No comments: