Di sini, aku ingin meminta maaf secara terbuka kepada saudara dan juga member blogger aku, saudara Rustam Ariffin, kerana aku tidak dapat datang ke sebuah majlis anjuran boss dia pada 16 November 2008 (semalam).
Aku tak dapat datang sebab aku tak baca betul-betul sms jemputan dia. Dia tulis di sms dia yang majlis bermula "seawal 8.30am hingga 1pm". Disebabkan aku tak perasan perkataan "am" tu, aku pun ingat majlis dia start pukul 8.30 malam.
Aku tak tau nak cakap apa! Ya, memang betul. Aku yang salah. Tak ada siapa yang aku boleh menuding jari. Ya, aku salah!
Sori ye geng...
Hahahahaha...
No comments:
Post a Comment