Friday, May 30, 2008

Turbo kunon...

"Ko biar betul?!"

"Aku dah beli dah."

"Kau ni... Ape pekdah ko pasang bende tu kat motor kau?"

"Wei! Best siot bende ni. Aku nak suruh member aku setting masa aku brek. Bila aku brek je bende tu berbunyi. Hehehe..."

"Orang bengong je pasang bende tu kat motor."

"Jangan la jeles brader. Kita kene la ikut peredaran zaman."

"Ko ni memang ahli setia kelab jeket terbalik la."

"Kelab Jeket Terbalik?"

"Kalau semua orang buat, ko pun ikut nak buat gak. Kelab Jeket Terbalik."

"Caya gak nama kelab tu kan?"

"Aku lantik ko jadi Tuan Presiden. Ko memang dah terlebih layak."

"Canteeeeek! Akulah presiden pertama KJT!"

"Bengong!"

Wednesday, May 28, 2008

Mahal nye...

"Kira kak..."

"Lima ringgit setengah."

"HAH! Berapa?"

"Lima ringgit setengah. Nasik singgit setengah, ayam dua ringgit setengah, sayur singgit setengah."

"Mak aiiii! Saya kene start puasa la macam ni."

"Oppp... Lupa lak. Teh o ais singgit dua posen."

Here In My Home



Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.malaysianartistesforunity.info

Tuesday, May 27, 2008

Rilek la Makcik...

Semalam, masa aku tengah ronda-ronda, aku berenti jap kat Petronas. Sebelum aku kena mula menolak, baik aku singgah jap.

Aku letak motor dan seperti biasa, aku menapak le ke kaunter. Sambil2 tu prepaid aku pun dah mula kureng. Aku pun masuk la dalam kedai.

"Kak! Hotlink 10 satu, pam 5 penuh."

"Ok."

Masa aku nak keluar tu ada la sorang makcik ni nak masuk. Aku bukak kan la pintu untuk dia dari dalam. Aku pun senyum la skit. Tanda hormat la.

Yang best nye, makcik tu pulak pandang aku semacam je. Lepas tu...

"Takpe. Saya boleh bukak pintu ni sendiri."

Mak oi!

Tolong bukak kan pintu pun dah marah!

Sudah jumpa...

"Ko dah jumpa dah barang ko?"

"Dah! Gua dah layan dah semalam. Best siot! Cerita klasik memang best!"

"Ko ni pelik la."

Monday, May 26, 2008

Lagu Rasmi 'The Rempit Chronicles'

Dengan ini, saya, Johnny B. Rempit, secara rasminya menamakan lagu Salut, yang dinyanyikan oleh kumpulan gitar rancak (kugiran) Spider, sebagai lagu rasmi blog ini.

Sekian.


Salut

Bukan kau tidak berjaga jaga
Atau sudah kau hilang rasa
Mahu pun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkena

Berbelas berpuluh beratus kali engkau
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh

Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat

Dimata kita mereka buta insan kau cinta
tak berguna
Tak patut hidup di pentas maya
Biar saja digilis roda

Berbelas berpuluh beratus kali dia
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh

Sama lu kita salut lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat
Kita semua memang lah suka mahu melihat
kau berjaya
Semoga kau dapat cinta yang indah

Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh
Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat


Sheeesh! Budak-budak zaman sekarang...

Aku terjumpa artikel ni kat "Funny and Quirky News and Jokes from Malaysia".

Hahahaha...

Terima kasih di ucapkan kepada tuan punya site tersebut atas usaha nya yang tidak mengenal penat lelah untuk memartabatkan dunia blogosfera Malaysia.

Tahniah Stacy


Tahniah di ucapkan kepada Cik Stacy kita yang telah memenangi pertandingan Akademi Fantasia edisi 6.

Feeeeewiiiiiiit!

Saturday, May 24, 2008

Tabik sama Otai-Otai...



"Mana nak cari wayang Melayu lama-lama macam tu geng?"

"Aku kena cari jugak!"

"Aku dah round satu KL dah. Tak jumpeeee."

"Aku KENA cari jugak!"

"Kalau kau cari cerita P.Ramlee banyak tempat aku boleh tunjuk kat ko. Tapi ni cerita 80an geng... Mana ada kedai DVD jual benda-benda macam tu."

"Takpe. Aku akan tetap cari. Ko tanak tolong, aku tak kisah. Aku kena cari gak cerita tu. Cerita klasik tu geng. Setakat cerita Remp-it bodoh tu, tak bole lawan la..."

"Bukan aku tanak tolong kau. Masalahnye benda tu orang tak jual."

"Mesti ada orang jual punye."

"Ok. Ok. Lepas ni kita try cari kat Pertama. Kalau kat situ pun takde, gua serender geng... Aku tau kalau kat Pertama pun takde, satu KL pun takde."

"Orait."

"Ko nak pegi sekarang ke?"

"Ye lah!"

"Pelik betul la ko ni..."

Thursday, May 22, 2008

Atuk


Atuk kepada segala motor berkapasiti kecil di dunia, Honda Cub 50 1958.

Assalamualaikum Tok...

Iklan lama



Ni iklan Honda tahun 60an. Masa tu aku belum lahir lagi...

Siapa aku?

Aku amik artikel ni dari Wikipedia

Aku nak cuba try alih-bahasa kat bawah.

"A Mat Rempit is a Malaysian term for 'an individual who participates in illegal street racing', usually involving underbone motorcycles (colloquially known as Kapcai) or scooters. Not all Mat Rempits are involved in street racing; some of them simply ride their motorcycles in a dangerous and haphazard manner for fun.

Mat Rempits usually travel in groups and race in bustling city centres on weekend nights. In recent times, Mat Rempits have been linked to gangsterism, gang robbery, street fighting, vandalism, theft, bullying and rape. Most motorcycles used by the Mat Rempits do not meet standard specifications, or have been modified extensively.

Additionally, some Mat Rempits do not have valid motorcycle licenses, do not pay road taxes, and ride stolen motorcycles. A growing number of housing estates have also been turned into racing tracks. It is estimated that there are about 200,000 Mat Rempits in Malaysia.

In some other countries, the term Mat Rempit is also used, but more to refer to one as a motorcycle lover or rider (Mat Motor), as opposed to an illegal motorcycle racer. Sometime the terms of Mat Rempit misused to refer any individual who rides an underbone motorcycle."

Dalam bahasa Malaysia lak...

"Mat Rempit ialah perkataan di dalam Bahasa Malaysia untuk 'individu yang menyertai mana-mana lumba haram yang selalunya menggunakan motorsikal 'underbone' (kapcai) atau skuter.' Bukan semua Mat Rempit terlibat di dalam perlumbaan haram; sebahagian daripada mereka hanya menunggang motorsikal mereka secara bahaya untuk suka-suka.

Mat Rempit selalunya suka menunggang secara berkelompok dan suka berlumba di jalan-jalan sibuk di tengah-tengah kota pada malam minggu. Sejak kebelakangan ini, Mat Rempit telah dikaitkan dengan gangsterisma, rompakan berkumpulan, pergaduhan, vandalisma, membuli, kecurian dan rogol. Kebanyakan motorsikal yang digunakan oleh golongan ini tidak memenuhi spesifikasi asal dan telah di ubahsuai secara mendadak.

Kebanyakan golongan ini juga tidak mempunyai lesen motorsikal yang sah, tidak membayar cukai jalan dan menggunakan motorsikal yang dicuri. Sejumlah besar kawasan perumahan juga telah dijadikan trek haram. Dianggarkan ada lebih kurang 200,000 orang Mat Rempit di Malaysia.

Di setengah negara lain, perkataan Mat Rempit juga ada digunakan, tetapi mempunyai makna atau konotasi yang berbeza, di mana ia bermaksud 'peminat motorsikal atau penunggang motorsikal' dan bukan 'pelumba haram'. Ada ketikanya, perkataan Mat Rempit juga di salahgunakan untuk menunjukkan seorang penunggang motorsikal 'underbone' atau kapcai."

Amacam? Orait tak? Jenuh aku selak-selak kamus tadi...

Lawa motor geng!


Gambar ni aku amik dari BikePics.com

Bukan motor aku sendiri.

Kah kah kah...

Wednesday, May 21, 2008

Jeket terbalik...

"Kenapa penunggang motor kat Malaysia pakai jeket terbalik? Heran aku."

"Hah? Apa kau membebel ni?"

"Siapa yang start budaya ni? Apa tujuan pakai jeket terbalik? Susah sangat ke nak pakai jeket tu? Nak jimat masa ke? Dah bermacam-macam orang aku tanya. Semua bagi aku jawapan yang berbeza-beza. Ada yang kata nak jimat masa. Ada yang cakap fesyen. Tapi jawapan paling banyak sekali, semua orang pakai jeket terbalik, jadi aku pun ikutlah."

"Mula la tu. Mengarut la kau ni."

"Kalau semua orang pakai seluar terbalik kita pun ikut lah?"

"Takde la sampai macam tu sekali."

"Habis tu?"

"Dah! Dah! Cepat sikit minum air kau tu. Aku nak chow dah."

"Pergi mana?"

"Pot biasa laaa... Nak ikut?"

"Boleh gak!"

"Canteeeek!"

Telefon bimbit...


Aku pergi Low Yat petang tadi. Nak survey henfon. Fon aku dah mula meragam. Boleh lak tiba-tiba mati, tanpa disedari. Bila aku on balik terus keluar mesej 'You have 6 new voice messages'. Pehhhhh! Boss aku la, siapa lagi.

Masa kat Low Yat tu mata aku pun macam orang puasa cari kuih nak berbuka. Yang itu lawa, yang ini lawa. Bajet aku pun boleh tahan gak untuk bulan ni. Terima kasih kepada supervisor aku yang bagi aku buat extra overtime. (Caya la bang!) Last-last aku pun dah pilih model yang aku suka. Harga lebih kurang 5 rat.

Aku pun cari la kedai yang ada sales girl yang agak cun yang ada jual model tu.

"Leng loi! Ini model berapa harga?"

"Ini murah saja. Saya boleh bagi you ini harga."

Aku pun tengok calculator dia. 550.

"Leng loi. Saya mau tanya sikit. Kenapa you tak cakap saja itu harga? Kenapa mau tunjuk guna calculator?"

"Semua orang buat itu macam, mah. Saya pun ikut lah."

"Ya ka?"

Betul gak apa dia cakap tu. Masa aku survey tadi semua tunjuk harga guna calculator. Kenapa ah?

"You takut kedai sebelah dengar ka?"

"Tada lah. Sebelah punya harga pun lebih kurang saja, mah."

"Habis tu kenapa you buat ini macam?"

"Tak tau. Saya pun tak pernah fikir itu macam."

"Okeylah. Kalau you bagi saya harga 5 ratus saya mau beli."

Dia pun tanya boss dia. Boss dia angguk.

"Ok bang. 5 ratus."

"Canteeeekkkk!"

Tuesday, May 20, 2008

Muar...

Hujung minggu lepas, aku pergi Muar. Sepupu aku kawin. Seperti biasa, kalau aku ada peluang pergi area luar KL, aku akan merayau cari pot-pot budak-budak situ lepak. Kalau kat Muar, area budak-budak yang sehobi dengan aku ialah kat area Tanjung.

Best gak area tu. Tepi muara sungai. Angin pulak malam tu, pehhhh... Nyaman pak! Hahaha...

Aku nak gak post gambar aku masa aku kat sana tapi fon aku kong la pulak malam tu. Bateri habis. Takpe... Lain kali aku ada trip aku akan post gambar aku.

Wednesday, May 14, 2008

First time...

Pertama kali aku naik motor, masa tu umur aku 6 tahun. Kira lambat jugak untuk sorang budak yang asal dari kampung.

Abah nak hantar aku pegi sekolah dan dia malas nak guna kereta. Sekolah aku tu dekat gak dengan rumah tapi masa tu Abah tak bagi aku jalan kaki lagi. Aku ingat lagi, pagi tu Mak dengan Abah punyalah lama pujuk aku.

Tapi itulah first time aku naik motor. Dengan Abah aku. Motor Honda 70 lama dia.

"Tak ada apa-apalah Long. Bukannya dia boleh gigit."

"Kenapa tak boleh naik kereta Bah? Along takut lah."

"Along, balik nanti Mak masak lauk yang Along suka. OK? Dah, pegi sekolah. Abah hantar naik motor."

"Jom. Naik cepat. Sekolah dah nak mula dah tu."

Ya. Aku 'fobia' pada motor masa tu. Tak tau kenapa.

Lama gak Mak dengan Abah pujuk. Lama-lama aku pun beranikan diri. Naik jugak.

Abah bawak slow-slow masa tu. Mungkin nak biasakan aku dengan pengalaman naik motor ni. Hati aku punya la berdebar masa tu. Aku tak tau mana yang lebih aku takut. Pengalaman naik motor tu ke ataupun sebab berdebar hari pertama nak pegi sekolah.

Tapi, dari hari ke hari, aku mula rasa yang fobia aku ni tak bertempat. Kenapa aku takut sangat nak naik motor pun aku tak tau. Perasaan seronok tu mula timbul. Kadang-kadang, bila Abah kena singgah kedai lepas ambik aku dari sekolah, aku akan rasa seronok sebab kedai Ah Fook kat pekan. Dapat la ronda jauh sikit.

Tuesday, May 13, 2008

Kerja kat Pizza Hut

"Geng!"

"Gua gian la geng! Gua nak je cari kerje dengan Pizza Hut. Boleh gua lenjan motor delivery diorang tu. Gua dah lama perhati mamat-mamat delivery ni. Diorang punya skill boleh tahan gak."

Ada sekali tu gua ada nampak satu mamat Pizza Hut ni cilok baek punya kat Jalan Sultan Ismail. Time makan tengah hari. Gua tengah lepak kat area kedai Mercedes masa tu. Umur aku masa tu baru 18. Baru habis SPM. (Seperti yang aku dah jangka, SPM gua hancusss! Nasib baik subjek Agama aku kira ok. Kalau itu gak hancur, bapak gua sure dah HALAU aku dari rumah! Hahaha...) Gua turun KL, lepak dengan member aku yang sewa bilik kat Kg Baru. Syok siot tengok brader delivery tu cilok, dengan kotak pizza dia yang besar kat belakang. Pehhh!

"Biasa la tu!"

"Ye ke?"

"Kalau ko lepak kat Kg Baru lagi best! Macam-macam skill ko boleh tengok. Ko tunggu hujung minggu."

"OK geng. Gua ikut je lu nanti. Gua pun baru sampai KL ni. Nama jalan pun gua tak tau."

"Ko jangan risau geng! Segala ceruk, konar, kedai, pot kat KL ni gua dah tau. Ko ikut je aku!"

"Canteeeeek!"