Thursday, July 23, 2009
Kemarahan Anak Pakcik Peleus : Interpretasi Moden Yang Tak Berapa Betul...
"Aku benci betul la kat Agamemnon tu. Ada ke patut? Adik dia yang tak reti jaga bini, habis semua orang dia hello, suruh pegi Troy. Nak kasi setel masalah famili dia. Setel sendiri tak boleh ke?"
"Apa boleh buat geng. Dia kan big boss kita. Mana dia suruh kita pergi, kita pergi. Apa dia suruh kita buat, kita buat."
"Ko ni pun satu la Odysseus! Ko kan boss crew Ithaca. Ko kan pandai setel kan hal-hal sensitif macam ni. Ko sorang pegi Troy tak boleh ke?"
"Si Priam tu mana boleh di ajak berunding geng. Orang tua tu berlagak! Tengok la siapa yang back-up dia geng. Anak dia sendiri, si Hector tu. Kalau setakat Paris sorang, aku sendiri boleh lanyak mamat tu. Lagipun, area Troy crew diorang dah conquer habis. Bukan sebarang orang boleh masuk area tu geng. Sebab tu la Agamemnon suruh ko join dia."
"Ohhh! Bila nak bergaduh, bila dah tak boleh setel cara baik, baru nak panggil aku ye? Macam tu?"
"Apa nak buat geng. Dia kan big boss."
"Meneleus tu pun satu! Dah tau Helen tu cun, lawa, jaga la baik-baik! Entah macam mana si Paris yang lembik tu boleh pikat dia. Heran betul aku!"
"Nak heran apa geng? Paris kan hensem. Pandai ayat. Anak orang kaya. Mana tak cair si Helen tu."
"Bangang! Nak bergaduh pasal perempuan lak tu. Tu la dia. Perangai Yunani!"
"So... Achilles. Amacam? Aku kena call big boss ni. Kalau crew Myrmidon tak join, sure melenting orang tua tu."
"Ok lah! Aku join. Tapi aku join korang bukan sebab aku nak tolong dia. Aku join sebab aku nak belasah budak-budak Troy tu. Diorang pun dah mula nak berlagak. Perangai macam sial! Orait! Aku join."
"Canteeek!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment