Ini bukan satu post satira! Ini bukan satu post yang kelakar! Ini bukan satu post main-main!
JAGA-JAGA!
Aku baru dengar ada satu taktik baru yang kini digunakan oleh perompak-perompak untuk meng'hijack' kereta. Taktik ni aku dapat tahu sendiri dari seorang rakan aku yang menjadi mangsa jenayah ini.
Semalam, member aku telah menceritakan pada aku yang pada dua hujung minggu yang lepas di sebuah kawasan 'suburb' KL yang agak sunyi, semasa dia sedang berpusing-pusing untuk mencari tempat untuk meletakkan keretanya, dia telah di hampiri oleh seorang individu yang kelihatan amat marah. Individu itu telah mengetuk cermin pintu di sebelah pemandu dan menengking supaya member saya ini menurunkan cermin pintunya.
Pada mulanya, member saya ini (seorang penduduk asal KL yang tahu selok belok hidup di bandar) tidak mengendahkan permintaan individu tersebut tetapi apabila member saya nampak yang individu ini 'kelihatan' seolah-olah 'cedera', siap dengan kesan 'darah' di bajunya, member saya pun bertukar fikiran. Pada ketika itu, member saya menceritakan yang individu itu sedang menjerit-jerit dan menengking sambil 'menuduh' yang member saya ini adalah punca kepada 'kemalangan jalanraya' yang 'dialaminya'. Dia meminta supaya member saya ini 'menghantarnya' ke hospital supaya dia boleh 'dirawat'.
Pada ketika inilah, sebaik sahaja member saya menurunkan cermin pintunya, individu ini bertindak. Individu ini terus mencapai ke kunci kereta member saya. Individu ini terus mematikan enjin dan terus mencabut kunci tersebut. Individu ini kemudiannya terus ke sebelah kiri kereta, membuka pintu dengan menggunakan kunci yang telah dirampasnya dan terus masuk ke dalam kereta. Pada ketika itulah, individu ini terus mengeluarkan pisau dari bajunya dan mengarahkan member saya untuk memandu keretanya ke sebuah kawasan yang agak terpencil. Perangai individu ini yang tadinya 'marah' dan seolah-olah 'histeria' terus bertukar. Dia terus, dengan nada suara yang tenang dan lancar, sambil mengacukan pisau ke dada member saya, mengarahkan member saya untuk membuat segala apa yang dia suruh.
Member saya telah dirompak. 'Glove compartment' keretanya telah digeledah. Dan pada ketika itu, kata member saya yang sudah ketakutan ini, individu itu terus keluar dari keretanya dan terus menahan sebuah motorsikal dari arah bertentangan. Sebaik sahaja motorsikal itu berhenti, individu itu terus melonjak ke seat belakang. Member saya nampak yang individu itu terus mengugut penunggang motorsikal itu dengan pisaunya. Nak taknak, si penunggang motorsikal itu pun melarikan diri bersama-sama individu itu, tanpa rela hati. (Aku harap takda apa-apa yang serius berlaku pada penunggang motor tu.)
Laporan polis sudah di buat dan member aku kini sekarang sudah menjadi statistik di dalam perangkaan PDRM. Nasib baik member aku tak cedera. Nasib baik si penyangak laknat itu cuma mahukan duit dan telefon bimbit member saya dan tak lebih dari itu.
Jadi, kepada para pembaca 'The Rempit Chronicles', aku harap korang semua berjaga-jaga. Di sebabkan helah 'cedera' dan 'darah' di baju, member saya yang dah biasa dengan selok-belok hidup di kota ini pun dapat diperdayakan. Aku sendiri dah keluarkan warning kepada crew-crew aku dan mereka semua sudah berjaga-jaga dengan trick baru ini. Ingat, dalam peristiwa ini, bukan member saya seorang saja yang menjadi mangsa babi pukimak itu. Si penunggang motorsikal yang di tahan oleh hantu laknat tu pun jadi mangsa jenayah.
Jaga-jaga ya. Jangan terpedaya dengan 'trick' cedera dan darah di baju ini. Stay SAFE!
No comments:
Post a Comment