Akhirnya, setelah sekian lama, sebuah perkataan Melayu yang paling ditakuti lagi digeruni untuk dipergunakan di dalam masyarakat kita yang beradab dan 1 ini telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Perkataan yang kebanyakkan daripada kita telah lama menganggap sebagai kesat, kasar dan lucah ini sudah boleh di guna pakai secara meluas tanpa rasa segan dan silu. Perkataan yang dipenuhi dengan makna yang jijik lagi meloyakan ini, sesudah sekian lama di anggap sebagai satu perkataan terlarang di dalam masyarakat kita yang 1 ini, telah di martabatkan kedududkannya dari longkang ketamadunan kita ke taraf yang sama rata dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu yang lain.
Dengan siapa perlu kita berterima kasih di atas pelonjakkan darjat perkataan ini? Tidak lain dan tidak bukan, si virus selsema yang halus dari jenis A H1N1. Tanpa mu, wahai virus selsema yang halus dari jenis A H1N1, masyarakat kita di Malaysia yang 1 ini tidak mungkin dapat mempergunakan perkataan yang dahulunya terlarang ini dengan meluas tanpa sebarang rasa segan dan silu. Kini, sesiapa sahaja yang mempergunakan perkataan ini di dalam melaksanakan kerja dan tugas harian mereka tidak lagi akan di anggap kasar dan kurang di ajar. Tidak akan ada lagi tanggapan dan pandangan yang serong di lemparkan ke atas mereka-mereka yang akan mempergunakan perkataan ini di dalam perbualan seharian mereka.
Bergembiralah! wahai penulis-penulis, wahai novelis-novelis, para-para penyair dan penggiat-penggiat sastera! Bersoraklah! wahai pelajar-pelajar tinggi dan rendah, wahai murid-murid sekolah! Bergembiralah! di novel-novel kamu mahupun di buku-buku latihan sekolah kamu! Sekarang, tidak perlu lagi kamu bersorok! Tidak perlu lagi kamu bersembunyi! Tidak perlu lagi kamu meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain yang kurang impaknya! Tidak perlu lagi kamu memerah otak untuk mencari jalan untuk memperenakkan hasil nukilan dan karya-karya agung kamu.
Selamat datang, wahai perkataan hikmat lagi keramat! Selamat datang aku ucapkan! Aku harap kamu dapat dipergunakan sebaik-baiknya. Aku harap kamu tidak akan lagi di anggap sebagai terlarang. Aku harap kamu tidak lagi akan dilonggokkan di dalam longkang ketamadunan yang dipenuhi cairan-cairan yang jijik lagi meloyakan.
Mari...
Hidulah udara segar kemerdekaan yang telah kamu kecapi, yang telah lama kamu dahagakan, yang telah lama kamu idam-idamkan, yang telah lama kamu mimpi-mimpikan. Hiruplah udara kemerdekaan kamu sepuas-puasnya.
Bergembiralah! Kamu berhak merayakannya! Setelah sekian lama kamu di pandang hina, setelah sekian lama kamu di pijak-pijak, di lenyek-lenyek, di anggap kotor dan jijik, mari, wahai perkataan yang hikmat dan keramat, rayakanlah kejayaan kamu.
Selamat datang ke dunia peradaban dan ketamadunan, wahai perkataan hikmat lagi keramat!
Selamat datang, aku ucapkan.
No comments:
Post a Comment