Tuesday, June 9, 2009

Satu Pagi di Pantai Normandy

Disebabkan aku terlampau menyibukkan diri sejak 2-3-4 hari yang lalu, aku terlupa nak membuat tribute di 'Rempit Chronicles' untuk menyambut Ulangtahun ke 65 D-Day, yang sepatutnya disambut pada 6 Jun yang lepas.

Bagi mereka semua yang lupa, buat-buat lupa atau yang memang tak tahu langsung (Tuhan peliharalah mereka yang jahil ini, Amin), D-Day adalah operasi ketenteraan pihak Bersekutu a.k.a. Allied yang telah membebaskan Eropah daripada cengkaman puak-puak Nazi berbangsa Jerman yang menyangka mereka ini adalah 'rahmat Tuhan kepada manusiawi'.

Puluhan ribu askar-askar Bersekutu telah mempertaruhkan nyawa-nyawa mereka di pantai-pantai Normandy untuk menyerbu dan menawan kubu-kubu Nazi sambil ditembak bertalu-talu oleh senjata-senjata automatik yang pelbagai kaliber dan saiz. Beratus-ratus askar elit payung terjun pihak Bersekutu juga telah menerjunkan diri dari kapalterbang-kapalterbang pengangkut Bersekutu ke Semenanjung Cherbourg untuk mengalih perhatian askar-askar puak Nazi.

Tak perlulah aku nak ulas berapa ramai nyawa askar-askar Bersekutu yang telah melayang pada hari itu. Tak perlulah aku nak ulas tentang keberanian mereka. (Aku tak layak untuk berbuat demikian. Ada ramai lagi penulis-penulis mahir yang lebih layak dari aku untuk menceritakan hal yang dahsyat ini.)


Akhirnya, operasi ketenteraan ini telah berjaya menawan daerah Normandy. Dari kejayaan pihak Bersekutu inilah, akhirnya, langkah-langkah untuk mengalahkan puak-puak berfahaman Nazi ini dapat diteruskan di tanah besar Eropah.

Mula-mula Normandy, kemudian Paris, kemudian Berlin.

Akhirnya, pada 8 May 1945 (VE Day), puak-puak Nazi ini telah mengaku kalah dan dunia telah dapat diselamatkan daripada fahaman Nazi yang bodoh dan angkuh itu.

Walaupun kita duduk jauh di Asia Tenggara, kita tidak patut melupakan pengorbanan askar-askar Bersekutu yang telah terkorban di pantai-pantai Normandy. Semoga mereka semua akan sentiasa di ingati dan pengorbanan mereka untuk memperjuangkan nilai-nilai murni demokrasi tidak di sia-siakan.

'Semper Fi'

No comments: