Thursday, October 8, 2009

Johnny Dan Mesej-Mesej Pendek Yang Tak Penting

Pegi sini. Lepas tu, buat je apa yang dia suruh.

Tak Nampak Pun!

Kalau ko tengok betul-betul gambar ni, ko boleh nampak bot-bot pancung yang sarat dengan anggota-anggota 'Bendera' yang membawa bersama-sama mereka buluh-buluh runcing untuk dijadikan lemang.


Lemang Buluh Runcing

Wednesday, October 7, 2009

MukaBuku : A Continuation...

"Geng. Join la aku masuk Facebook."

"Tak nak lah."

"Jom arrr..."

"Apa hal lak ko ni?"

"Aku takde geng la."

"Kan aku dah kata dulu, join la budak-budak yang dah ada dalam tu."

"Tapi diorang reject request aku. Malu sial!"

"Apa! Diorang reject! Muka hensem macam ko diorang reject?!"

"Cibai!"

"Hahahahaha..."

Monday, October 5, 2009

Ceng Ceng Ceng...


Pernah dengar pasal 'Tune Talk' tak?

Jangan risau. Aku bukan ejen nak jual line telefon kat ko. Aku cuma nak tarik perhatian ko kat satu aspek 'marketing' yang kini di canang-canang di media Malaysia kita ni. Kalau ko perasan, 'Tune Talk' ada offer skim insurans percuma bernilai RM100,000 bagi semua pelanggan-pelanggan mereka.

Menarik tu...

Aku pun pegi la jenguk website diorang. Aku pun mula la cari halaman yang berkaitan dengan offer insurans percuma ni. Dua tiga klik lepas tu, aku pun sampai la kat sini. Aku pun mula la baca.

Rupa-rupanya, ko kena maintain kredit minima sebanyak RM30 sebulan, selama DUA bulan (60 hari) berturut-turut dari tarikh mula pengaktifan. Baru ko akan dapat dapat coverage, yang HANYA akan bermula pada hari ke 61 dari tarikh mula pengaktifan. Klik kat sini kalau ko tak percaya.

Aikkk! Apa cerit ni geng?

Aku pun makin 'curious'. Aku pun klik kat link yang bertulis 'Policy Wording'. Sebuah dokumen PDF pun muncul di skrin aku.

Ceng ceng ceng...

Sila ambil perhatian pada Perkara 14 di bawah tajuk 'Exclusions'.

"The Insured engaging in motorcycling or any accidents arising out of motorcycle racing, pace-making, reliability trial or speed testing."

Apa makna nya?

Maknanya, SEMUA penunggang motorsikal TIDAK layak untuk buat sebarang tuntutan insurans melalui skim ini. SEMUA PENUNGGANG MOTORSIKAL! Bukan saja mereka-mereka yang memang sepatutnya tak layak seperti pelumba haram dan mereka-mereka yang sebulu dengan nya.

Kata kuncinya di sini ialah, SEMUA PENUNGGANG MOTORSIKAL. Ini termasuklah pakcik-pakcik yang menjaja aiskrim, roti, surat khabar, awek-awek korang yang guna skuter nak pegi kelas, member-member korang yang belum mampu lagi untuk beli kereta, mak ayah kita di kampung yang lebih suka naik motor dari naik kereta dan sebagainya.

Tak percaya?

Pegi kat halaman FAQ diorang kat sini. Soalan nombor 10 dalam senarai tu berbunyi:

"Can I claim my Free PA Insurance if I were involved in a motorcycle accident?"

Jawapan yang di beri berbunyi:

"The Free PA is not valid for subscribers who are engaging in motorcycling or any accidents arising out of motorcycle racing, pace-making, reliability trial or speed testing."

Cofirmed! Polisi insurans 'PERCUMA' ni tak akan 'cover' korang semua yang menunggang motor.

Amacam geng? Mau?

Hehehe...




PS : Aku puas cari website 'Tune Talk' ni dalam versi Bahasa Malaysia. Tak jumpa. Masih dalam proses pembikinan kot...

Macam Kenal Je...

Aku belek-belek magazine 'KLue' semalam kat pot biasa aku. Menarik gak isu Oktober ni. Tergerak la di hati nak beli sebab aku suka bila majalah-majalah 'yuppie' dan 'urban' macam 'KLue' ni membincangkan hal-hal pasal makanan, lagi-lagi pasal 'street food'. Topik feveret aku tu. Hehehe...

Bila aku sampai rumah, aku pun mula la baca. Sampai je kat mukasurat 25 aku terberhenti sekejap. (Terberhenti?) Macam kenal je muka pakcik ni. Last-last aku ingat. Ini pakcik ada gerai jual air kat Section 14, PJ. Dekat dengan kedai lontong feveret aku. Bila aku baca artikel tu betul-betul, memang confirm.

Cayalah Pakcik. Dapat masuk 'KLue'!. Hehehe...

Teh tarik Pakcik ni MEMANG sodap!

Oh ya. Kat mukasurat 70 lak ada gambar gerai burger Ramly paling terkenal kat KL. Pegi kat area Ampang. Dia betul-betul kat depan satu 7-E. Kat situ ko akan dapat jumpa gerai yang buat burger Ramly PALING best di dunia! Serius!

Mula-mula, order satu burger, ikut spec feveret ko, kat Pakcik atau Makcik yang tengah sibuk tu. Lepas tu masuk jap kat 7-E, beli satu botol Coke 500ml. Pastikan Coke tu sejuk. Lepas tu lepak jap kat tepi gerai tu. Kalau boleh, bawak satu peket tisu sendiri. Dalam 4-5 minit, burger sure siap. Makan time tu gak kat tepi tu. Pehhh...! Aku tak pernah rasa burger Ramly sesedap macam tu kat tempat lain. Memang 'SPECIAL'! (Aku rekomen ko try burger daging, double, special dengan cheese. Hmmmm...)

Aku tau ko nak try satu. Betul?


Thursday, October 1, 2009

Back To Basics


"Babe..."

"Hmmm..."

"You dah start balik baca SF ke?"

"Uh-huh..."

"Am I bothering you?"

"Huh?"

"Babe..."

"Hmmmm..."

"Your cat is peeing on your bike."

"Sure. Ok. I'll do it later."

Encik Gomez! Do Gay People Eat Raya Cookies?

Cepat-cepat
Cari...

Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!

Cepat-cepat
Beli...

Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!
Sebelum kena ban!

MukaBuku

"Geng. Ko ada akaun Facebook tak?"

"Takde."

"Apasal?"

"Entahlah. Aku dari dulu tak minat benda-benda tu semua. Kenapa ko tanya?"

"Aku ingat nak join la."

"So... Join la."

"Tapi kalau ko takde tak syok la. Kang aku takde kawan."

"Ko berkawan la dengan budak-budak yang dah join."

"Kang nampak sedih la pulak. Dah la lambat join. Takde kawan lak tu."

"Ko tebalkan la muka ko. Amik gambar yang macho skit. Hehehe..."

"Celaka ko..."