Tuesday, March 24, 2009

Aku, Fobia dan Ahli Sihir Perempuan Versi Sci-Fi

Bene Gesserit Litany Against Fear

Versi panjang

I must not fear. Fear is the mind-killer. Fear is the little-death that brings total obliteration. I will face my fear. I will permit it pass over me and through me. And when it has gone past I will turn the inner eye to see its path. Where the fear has gone there will be nothing. Only I will remain.

Versi pendek

I must not fear. Fear is the mind-killer. I will face my fear. I will let it pass through me. Where the fear has gone there will be nothing. Only I will remain.

Versi Bahasa Malaysia pendek (yang dietrjemah oleh aku sendiri)

Aku tak boleh takut. Ketakutan adalah pembunuh minda. Aku akan menghadapi ketakutanku. Aku akan membiarkannya melepasi diriku. Di mana ketakutanku telah berlalu, tidak akan ada apa-apa tinggal di situ. Yang tinggal hanyalah aku.




Pehhh...

(Nak tau lebih lanjut tentang apa yang aku tulis ni, cari novel Dune oleh Frank Herbert.)

Aku, X FM dan Lirik Yang Pedas dan Spicy

Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KE DEPAN!


Rangkap kata yang aku tulis di atas sebenarnya datang dari chorus sebuah lagu dari sebuah band indie di Malaysia yang agak popular dan lagu tersebut selalu jugak dimainkan di radio, terutama sekali oleh X FM.

Aku risau sebenarnya. Kenapa?

Sebab aku takut nanti ada orang yang dengki akan memberitahu pihak-pihak 'tertentu' yang stesen radio favourite aku sering memutarkan lagu-lagu yang mempunyai mesej-mesej yang boleh dianggap 'subversif'.

Ya, aku bias.

Aku seorang peminat muzik underground (bawah tanah?) yang setia. Cakap je ada gig, kalau aku sempat dan poket aku mengizinkan, aku akan pergi dan tengok. Aku memang suka band-band kecil ini. Band-band yang selalunya terdiri dari kawan-kawan rapat yang sama kepala. Muzik mereka pun akan mencerminkan keakraban mereka. Kebanyakan mereka pun senang dirapati oleh peminat-peminat mereka. Bukan macam artis-artis mainstream. Hampir semua band-band kecil ni mula dari bawah. Aku rasa, ethos ini juga salah satu sebab yang membuatkan aku meminati mereka.

Kini, setelah beberapa tahun stesen X FM (dulunya X Fresh FM) menjadi peneraju dan penyokong kuat muzik independent Malaysia, aku amat risau sekali yang akan ada malaon yang berhati gelap dan dipenuhi hasad dengki akan membuat tohmahan dan melemparkan dakyah-dakyah negatif terhadap stesen favourite aku ini. Puncanya adalah kerana lagu-lagu yang di mainkan oleh band-band indie.

Aku tak salahkan band-band indie menerbitkan lagu-lagu yang agak pedas liriknya. Aku lagi suka sebenarnya. Itu juga salah satu sebab mengapa aku amat menggemari muzik indie. Tapi di dalam suasana politik sekarang, benda-benda kecil macam ni teramatlah mudah untuk diperbesar-besarkan.

Cuba bayangkan geng. Tiba-tiba je ada pihak-pihak 'tertentu' yang iri hati dengan kemajuan dan populariti band-band kecil ni tulis surat kat suratkhabar, menyatakan yang ada band-band kecil ni cuba 'memesongkan' hati nurani pemuda-pemudi, remaja-remaja kita dengan muzik dan lirik yang 'subversif'. Muzik dan lagu yang sering diputarkan oleh X FM, stesen favourite aku. Aku tak nak X FM di 'tegur' tanpa sebab yang kuat dan munasabah. X FM sajalah stesen yang memainkan secara eksklusif muzik dan lagu terbaru band-band indie kesayangan aku. Stesen lain tak ada macam tu geng.

Risau betul aku...

Aku, Queue yang Panjang dan Cigarette Break yang Amat Melegakan

"Babe... Lepak sini jap."

"Nak hisap rokok la tu."

"Kejap je. Penat la berdiri tadi dalam LRT."

"Nak satu."

"Tak boleh."

"Nak try je..."

"Tak boleh, I kata."

"Kenapa you tak bagi I smoke?"

"You bukan nya smoke pun. Saja nak habiskan rokok I."

"Hmmmppphhh..."

"Bagi I lima minit."

"I bagi you tiga."

"Empat setengah."

"Tiga setengah. Final offer. Mau tamau?"

"Ok... Ok..."

Aku, Teh Tarik dan Buku Panduan Solat

"Assalamualaikum bang. Boleh beri saya masa sikit. Kat sini saya ada buku..."

"Wa'alaikum salam. Takpe. Takpe. Takpe."

"...Panduan Solat yang juga ada disertakan dengan VCD..."

"Takpe bang. Takpe..."

"...yang boleh abang tengok sebagai panduan..."

"Takpe bang. Saya tak minat."

"...untuk diri abang dan juga keluarga..."

"Bang! Macam ni la. Saya tak nak kurang ajar tapi saya tak minat nak beli. Kalau abang nak terus bercakap gak, saya tak larang tapi saya cakap terus terang dengan abang yang saya tak minat."

"Kalau buku Panduan Membaca Jawi untuk Kanak-Kanak bang? Abang ada anak? Kalau abang belum kahwin, abang belikan untuk anak-anak buah abang ke? Murah je bang. Sepuluh ring.."

"Awak dengar tak apa saya cakap tadi?"

"Dengar bang. Tap..."

"Habis tu?"

"Ok bang. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam."


15 minit kemudian, orang lain pulak datang tapi jual benda yang sama.


"Assalamualaikum bang. Boleh beri saya masa sik..."

Aku, Soalan Cepumas dan Sundae di Hari Sabtu

"Babe... You rasa I gemuk tak?"

"I tak boleh jawab soalan tu."

"Kenapa?"

"I bukan saja tak boleh jawab soalan tu. I tak nak jawab soalan tu."

"You ni jahat laa... Hmmmph!"

"Nak tau kenapa?"

"Dah. I malas nak cakap dengan you lagi."

"Merajuk la tu."

"Memang..."

"Jom. I belanja you makan sundae kat McD."

"So, I gemuk la! Sebab tu la you nak belanja I aiskrim."

"Tak lah. I nak belanja you sundae sebab you suka. Betul?"

"Tak nak. I nak balik dah. Nak pergi gym."

"Gym kunon. Ngade..."

"Dah. Hantar I balik."

"Malas. I nak makan sundae kat McD. Nak ikut?"

"Hmmmppphh..."

"Jom ahhh..."

"I nak yang strawberi hari ni. Semalam I dah makan yang coklat."

"Tau. Kan I yang belanja you semalam. Lupa dah?"

"Ngade..."

"Hehehe..."

Wednesday, March 18, 2009

Aku, Ketagihanku yang Amat Kronik dan Majalah Off the Edge...

“Aku dah jumpa dah magazine aku. Puas aku cari satu KL. Last-last ko tau aku jumpa kat mana?”

“Kat mana geng?”

“Kat news stand biasa kita je.”

“Hah! Kat situ je?”

“Ha'ah. Last copy lak tu. Nasib baik.”

“Apasal issue bulan ni lambat keluar? Dah tengah bulan dah ni.”

“Entahlah. Yang aku tau, sekarang aku nak baca.”

“Lepas ko baca nanti pinjam sat. Nak baca 'Tapai'.”

“Orait.”

Monday, March 16, 2009

Aku, Frank Herbert, Paul Muad'Dib dan Padang Pasir di Planet Arrakis...

Aku ada hobi baru.

Entah kenapa, aku dah mula minat baca novel 'Dune' yang di tulis oleh Frank Herbert.

Cerita sci-fi pulak tu. Malaon mana entah yang rekomen buku ni pun aku dah lupa.

Hehehe...


Oh ya...

Sebelum aku terlupa.

Tahniah LIVERPOOL!

Padan muka korang, wahai setan-setan Manchester United. 4 -1 di Old Trafford adalah satu pencapaian yang hebat.

Hahahaha...

Aku, Politik dan Soalan-Soalan Yang Menerobos...

Aku dah mula 'switch off''.

Aku dah mula tidak ambik peduli muka-muka depan surat khabar. Aku tak kisah nak tengok berita di TV. Aku dah tak melayari 'news portal' alternatif mahupun yang arus perdana.

Bosan.

Semua benda yang sama sahaja.

'Doom and gloom'. Statement-statement yang berakal dan tidak berakal. Apa dia kata dan apa yang dia kata balik.

Cuma satu sahaja yang aku tak boleh miss. Aku tak boleh tinggalkan program 'Hujah'.

Prof Agus memang cool. Itu tidak dapat dinafikan.

Hahahaha...

Aku, Telefon Bimbit dan Isyarat Getar

“Masa dulu-dulu, orang selamba je letak fon atas meja.”

“Nak tayang la tu.”

“Sekarang semua meja clear bro. Yang ada atas meja sekarang pinggan dengan gelas je. Hahaha...”

“Rokok pun simpan dalam poket.”

“Siap setting vibrate tu.”

“Isyarat getar geng.”

“Huh?”

“Cuba tengok fon kau. Tukar language ke BM.”

“Ha'ah la. Isyarat getar. Hahaha...”

“Ringtone fon murah orang dah kenal geng. Malu la. Dulu pakai Mercedes, sekarang kena pakai Kancil. Apa lak orang kata nanti.”

“Dulu siapa yang suruh berlagak sangat. Padan muka.”

“Hahaha...”

Tine oh Tine

“Minah ni cun la. You rasa dia cun tak? I rasa dia cun la.”

“Siapa?”

“Tine Rasmussen.”

“Huh?”

“Yang main badminton tu.”

“You ni gila la.”

“Tau takpe.”

(Gambar ihsan The Star)

Aku, Klue dan review Kampung Baru

Aku seorang kaki magazine yang kronik.

“Hi. My name is Johnny and I'm an addict.”

“Hi Johnny!”

Kalau tak percaya, tanya towkay(?) kedai magazine kat Lucky Garden. Diorang dah naik muak tengok muka aku. Baca lebih, beli tarak!

Kelmarin, sebagai pembuka hari, selepas breakfast kat Syed kat Lucky Garden, aku pun pergi la survey magazine kat dua kedai mag yang famous tu.

Aku mula la membelek-belek apa yang ada. Antara mag yang aku capai termasuklah Klue (edisi Mac '09).


Bila aku sampai je muka 55, ada review pasal kedai makan kat Kampung Baru.

Hmmmmm...

Aku dah agak dah! Ni mesti yuppie yang tulis review ni. Hanya seorang yuppie akan menganggap Nasi Lemak Antarabangsa adalah nasi lemak terbaik di dunia. “Nasi Lemak Antarabangsa is the epitome of our valley's nasi lemak”. Maaaak oiiiii!

Salah tu!

Tapi, sekurang-kurangnya, dia ada jugak review Nasi Lemak Mak Wanjor. Nasib baik!

Meh sini aku cerita sikit!

Orang Kampung Baru sendiri tak makan nasi lemak internasional tu. Bukan nya apa. Dia ada sikit kureng la. Yang minat sangat nasi lemak internasional tu budak-budak luar je. Tak percaya? Cuba try tanya orang Kg Baru. Diorang minat Nasi Lemak Mak Wanjor geng. Itu baru betul nasi lemak.

Nasi Lemak Antarabangsa tu over-rated.

Sebab tu, kalau nak buat review, langkah pertama ialah tanya pendapat penduduk sekitar dulu. Baru la tanya pendapat member/mak/ayah/pakcik/makcik/girlfriend/boyfriend. Orang tempatan patut tau semua tu. Lepas dah kumpul maklumat, baru la pergi sendiri dan try masakan diorang.

Tu baru nasi lemak kat area Kg Baru. Nak lagi sedap, pergi PJ. Cari Pusat Penjaja Seksyen 14. Dia kat atas pasar. Tak susah geng. Pintu masuk dia besar dan lebar, di antara sebuah kedai dobi dan kedai kek. Naik tangga ke tingkat 1 dan belok kiri. Cari kedai yang ada orang beratur. Gerai Mak Yah ada jual 2 masakan saja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua syok!

Oh ya! Pergi awal ya. Takut habis nanti.

Satu lagi...

Orang yang makan nasi lemak malam-malam ni pada aku tak ada imaginasi. Cari la benda lain geng! Ni KL! Banyak benda lain boleh makan. Asyik-asyik nasi lemak je...

Tuesday, March 3, 2009

Aku, Indoktrinasi dan Falsafah Bawah Tanah : Definisi Rempit

Orang selalu tanya
Apa itu Rempit?
Aku jawab
Rempit bukan pasal motor, pil, awek dan kaki yang bersimen
Bukan macam tu
Rempit lebih dari tu, geng...

Kita semua suka benda-benda yang seronok
Setengah orang minat thrill
Setengah orang minat glamour
Dikelilingi awek dan krew
Perhatian
Penghormatan

Tapi Rempit
Hehehe...
Dia lain, geng

Kenapa?
Sebab Rempit yang true
Yang betul-betul real

Dia nak semuanya sekali...




P/S - Guy Ritchie adalah antara manusia paling cool di dunia. Quentin Tarantino pun cool gak.

Monday, March 2, 2009

Aku, X FM dan RocknRolla...

"Hello."

"Hi."

"Siapa ni?"

"Aku."

"Aku?"

"Akuuu..."

"Ohhh..."

"Boleh aku masuk?"

"Nak apa?"

"Kau."

"Tolong tutup pintu lepas kau masuk."






Hehehehehe....

Aku telah kembali!