Friday, December 19, 2008

Update Paling Latest...

Kepada semua peminat setia 'The Rempit Chronicles' yang setia menunggu post terbaru, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sabar menunggu. Aku bukan nya tak mau update tapi sejak kebelakangan ni, hidup aku dah sedikit kucar-kacir sehinggakan aku lupa untuk mengemaskini blog aku ni.

Aku kini telah bekerja di tempat baru. Jadi aku kini sedang berkenal-kenalan la dengan kawan-kawan sekerja baru aku. Jadi, aku tak boleh la main sembrono pinjam-pinjam PC orang kalau aku nak update blog aku ni. Aku tak nak la cari pasal. Lagi pun, kerja aku sekarang ni bukan duduk di ofis je. Lebih 80 persen masa aku di habis kan kat luar ofis.

Tapi takpe...

Kakak Receptionist kat sini memang sporting. Aku dah boleh pinjam PC dia masa dia keluar makan.

So, macam tu lah...

Kerja baru, tempat baru dan harap-harap, hidup baru bagi aku...