Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Teori 'Pick-Up' Halimunan : Atau Berita Semi-Gembira Untuk Pemilik/Pemandu Kenderaan Separa Komersil

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku telah di benarkan untuk membawa pulang lori pick-up ofis. Pada mulanya, sekali seminggu. Kemudian, setelah tahap kepercayaan boss aku (yang amat baik, sempoi dan cool!) semakin meningkat, semakin kerap aku di benarkan untuk membawa balik lori ofis ni.

Aku rasa, aku di beri kepercayaan ini sebab aku ni seorang pekerja/employee contoh. Aku datang awal, aku balik lambat, aku suka volunteer buat kerja-kerja yang bukan di dalam job scope aku, aku jarang claim OT, aku tak guna komputer/bandwidth ofis untuk surfing, aku suka belanja kakak-kakak admin makan, aku sentiasa berkelakuan positif supaya produktiviti dan morale company staff dapat ditingkatkan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti hidung coklat yang lain.


;p



Sebenarnya, area ofis aku ni agak panas. Boss aku risau nak tinggalkan lori company kat tepi jalan semalaman. Kot-kot ada malaon yang minat kat radio, tool box, rim, tayar dll, etc, et al. So, last-last, nak taknak, setiap hari pukul 5pm, kunci lori pick-up ofis ada di tangan aku.


"Johnny. From now on, awak bawak balik rumah pick-up ofis."

"Ok, boss."

"Minyak awak boleh claim dengan Puan H every Monday, and don't forget..."

"Simpan resit bila beli minyak."

"Right."


Kadang-kadang, aku heart my stupid job! Hehehehe...


Anyway, setelah beberapa bulan aku di beri privilege ini, aku telah perasan satu perkara (penting?) yang aku anggap aneh/pelik.

Kalau aku terpaksa melalui road block polis semasa aku memandu lori 'aku', mereka seolah-olah tidak ambil pot. Seolah-olah aku ni halimunan/invisible. Mereka akan hanya menyuluh lampu mereka ke sticker roadtax saja. Bila mereka nampak yang roadtax masih hidup, mereka terus suruh aku jalan. Mereka tak pernah nak suluh-suluh ke bahagian interior, tak pernah nak tanya aku nak ke mana, tak pernah sibuk nak tengok lesen/IC aku. Tapi masa aku bawak motor aku, selalunya aku akan di suruh ke tepi, di suruh matikan enjin, di minta lesen, IC dan roadtax. Kalau dressing/nasib tak baik, akan berjela-jela aku di soal, habis di periksa bagai. Lori pick-up ni halimunan/invisible ke?

Heran aku. Dan ini bukan berlaku sekali dua je. Dah berkali-kali. Jumpa road block, slow down, suluh/tengok roadtax, jalan. Sekali pun tak pernah lebih dari tu. Tak pernah.

So, sejak aku dah tengok sendiri perangai/attitude polis terhadap pemandu lori pick-up, aku telah mengambil kesimpulan/keputusan yang sebaik saja aku mampu, aku tak akan beli kereta. Aku nak pakai lori pick-up. Rugged, tahan lasak, ekonomikal (diesel murah), boleh tempuh banjir kilat dengan konfiden, ruang kargo yang teramatlah luas, tinggi dan sekiranya perlu, semasa jalan jam, senang membuli kancil-kancil dan kenari-kenari. Hehehehe...

Monday, March 1, 2010

Aku, Traffic Jam Dan Sebuah Mesin Yang Kononnya Cekap (Tapi Sudah Terbukti Tidak)

"Johnny. GPS navigator yang company baru install kat pick-up tu ok? Awak dah try?"

"Dah boss. Hampeh."

"Kenapa?"

"Mana ada orang ikut Jalan Ampang time jalan jam."

"Awak tak set up betul tu."

"Dah boss. Saya dah khatam baca manual dia."

"Hmmm... Awak pegi pasang kat kereta saya lepas ni. Saya nak try."

"Ok boss. No problem."

...

"Johnny. Siapa dia yang recommend kita beli GPS navigator tu?"

"Tak tahu boss. Tu kena tanya Mr. Y. Kenapa?"

"Betul cakap awak semalam. Machine tu hampeh."

"Boss stuck kat mana? Hehehehe..."

"Jalan Tun Razak. Pukul 6.30. Saya sampai rumah dah dekat pukul 9. Stupid bloody machine!"

Wednesday, February 10, 2010

Aku, Ironi dan Serendipiti : Atau Mengapa Radio Masih Cool

"Bro. Radio dah repair dah?

"Repair? Lagi best dari tu. Boss aku suruh ganti radio baru. Ko tak perasan ke?"

"Ha'ah la. Baru aku perasan. Branded lak tu. Baik lak boss ko."

"Dah hari-hari aku asyik komplen je."

"Dia mesti dah muak tengok muka ko kan."

"Tau takpe. Hehehe... Ko on la."

"Orait. Kita dengar bola nak?"

"Bola? Malam ni siapa main? Selangor ke?"

"Ko ni tak latest la geng. Kita dengar EPL la."

"Ko biar betul geng."

"Meh sini aku tunjuk..."


'...our feature match tonight will be Liverpool against Everton at Anfield...'


"Pehhh... Gila old skool. Dengar game kat radio."

"Aku rasa kan, cara ni lagi best. Kena guna imaginasi. Betul tak geng?"

"Betul..."


'...and the match is now officially underway with Everton...'

Tuesday, January 19, 2010

Serius Tok! Meter Saya Rosak...

Kereta Peronda Polis Abu Dhabi yang amat menggerunkan hati...


Toksah pikir panjang! Kalau lampu biru dia sudah berkelip-kelip, berenti je.
Kalau nasib ko baik, ko boleh tumpang naik seat belakang on the way pegi balai. Hehehe...

Thursday, April 23, 2009

Aku, Nurburgring dan Ninja-Ninja Yang Bekerja Dengan Nissan

Oh...
Tuhan...ku!!!
Aku nak yang kaler silver!!!
(Tapi merah pun cun gak... Hitam nampak garang... Putih susah nak basuh kot???)

Gambar-gambar Nissan GT-R di atas adalah ihsan dari Paultan.org.

Thursday, April 16, 2009

Aku, Minivan dan Rim-Rim 18 Inci

Malam semalam, MPV Proton pertama yang dinamakan 'Exora' telah dilancarkan.

Selalunya, aku tak la heran sangat pasal berita-berita tentang pelancaran kereta baru yang aku tak minat tapi aku tertarik dengan taktik baru Proton untuk melariskan jualan MPV baru mereka ini.

Salah satu model mereka sudah siap di 'bikin'. Gambarnya ada di bawah, ihsan dari Paultan.org.

Macam ni la baru 'marketing' babe. Kalau nak baca dengan lebih lanjut, aku rekomen korang pergi ke Paultan.org dan baca.

Saturday, October 25, 2008

Viva Italia...

(Gambar dari Motorcycle.Com)

Apa dia faktor yang menyebabkan apa-apa produk dari Itali mempunyai daya tarikan yang amat kuat?

Warna nya ka?

Bentuk nya ka?

Aku berborak dengan seorang peminat Alfa Romeo (alfisti dalam bahasa Itali) siang tadi. Masa tu aku tengah menunggu kereta ofis yang sedang di servis. Sama-sama kebosanan la kiranya.

Aku pun saja bertanya sekiranya Alfa yang sedang berada di atas ramp di workshop tu kereta miliknya. Ya, dia menjawab. Aku pun terlepas la cakap yang aku ni peminat motor Itali. Maka dari situlah mula la kami berdua berborak tentang apa dia yang menyebabkan kami berdua begitu minat produk-produk Eropah yang mahal ni.

"Pakcik suka betul design dia. Awak dah tengok gambar latest Alfa 8C Competizione?"

"Ada. Lawa! Memang lawa!"

"Itu la dia. Itu pun baru Alfa Romeo. Belum Pakcik nak cakap pasal Lamborghini lagi tu. Ferrari belum bukak cerita lagi. Pakcik memang minat betul la kereta-kereta diorang."

Aku pun tidak menafikan yang kereta-kereta Itali sememangnya ada daya tarikan yang unik. Aku tahu yang bukan semuanya hebat-hebat tetapi kalau di beri peluang untuk memilih, aku akan lebih tertarik kepada brand Itali. Tak tau kenapa...

MV Agusta, Ducati, Aprillia memang dah lama aku minat. Skuter Piaggio pulak memang jauh lebih 'sylo' dari mana-mana skuter buatan Jepun. Apa dia yang ada pada produk-produk Itali ni yang membuat kan mereka begitu menarik sekali?

Apakah yang mendorong pereka-pereka Itali sehingga mereka boleh mencipta barang-barang yang teramatlah lawa? Bukan terhad kepada kereta dan motor sahaja. Brand-brand terkemuka dunia berasal dari Itali. Giorgio Armani, Versace, Fendi, Panerai etc...

Apa yang diorang makan?

Thursday, June 26, 2008

Awek Jepun...

Disebabkan boss aku tak masuk ofis hari ni, memang banyak masa aku yang terluang. Aku pun 'halau' la sorang kerani ofis ni, suruh dia keluar shopping lama-lama sikit. (Sebenarnya, aku tak payah suruh pun, pukul 11 tadi dia dah chow dah. Hahaha...) Dapat la aku pakai PC dia lama sikit.

Sambil-sambil aku pikir apa nak post kat blog aku hari ni, aku pun jenguk la kat TV Smith's Dua Sen.

Woooohoooo!

Gambar kat bawah tu hanya sampel je. Kalau nak tengok koleksi penuh, boleh klik sini ataupun kat link yang aku dah sediakan kat belah tepi ni.

Enjoys!


(Gambar ni bukan aku yang amik tau. Aku amik ni dari site TV SMITH's Dua Sen. Jangan memplagiat hasil kerja orang lain!)

Monday, June 23, 2008

Mak Oiii...




Masa aku tengah kerja tadi, aku terserempak dengan kereta lumba ni. Aku pun terus amik gambar. Dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni, ada gak orang yang bertuah dapat pakai kereta macam ni.

Agak-agak bila aku dapat merasa pakai kereta macam ni?