Showing posts with label Boss. Show all posts
Showing posts with label Boss. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Wonderland Food Store : Or The Surreal Misadventures of Johnny in Langkawi Part #2

Sebaik saja aku dan boss aku masuk ke arrival hall di airport Langkawi, kami di sambut oleh prospective client boss aku dan beberapa orang staff mereka. Seperti yang telah di janjikan, mereka akan bawa kami berdua untuk menikmati hidangan makan malam. Aku sebenarnya dah tak sabar. Aku dah memang tau dan amat familiar dengan kedai makan yang bakal kami kunjungi sebentar lagi.

Kedai makan ini adalah... legendary! Semua drebar teksi, abang concierge, makcik housekeeping, awek reception, manager hotel, pakcik security, tokey kedai, tour guide, tukang sapu, penghulu kampung, salesgirl perfume, budak sekolah etc, dsb, et al di Langkawi mesti tau pasal kedai makan ini. Ianya sebuah institiusi. Aku berani kata begini sebab aku tak pernah jumpa seorang pun penduduk Langkawi yang tak tahu pasal kedai ini. In fact, setiap kali aku berpeluang untuk singgah di Langkawi, aku mesti makan di situ dan aku tak pernah di hampakan. Makanan yang di hidang di sini adalah 'excellent'.

Ya, kedai ini mengamalkan falsafah menu terhad.

Apa dia nama kedai makan yang berstatus lagenda ini?

Wonderland Food Store.

Kedai seafood PALING syiok di Langkawi.


Aku tengok gambar ni pun dah terliur...


Busy gak malam tu


Kami sampai di Wonderland dalam pukul 9.30pm, lebih kurang. Masih sibuk lagi pada ketika itu walaupun tak sesibuk biasa. Ada juga hikmah di sebalik kami lambat sampai. Kalau nak makan di situ masa peak-hours (8pm-9pm), aku berani gerenti yang ko tak akan dapat tempat duduk. Kami bertujuh dapat sebuah meja besar di hujung kedai. Sebaik saja kami duduk, Ah Tun, tokey Wonderland sendiri yang datang ambik order. Bila dia nampak aku, dia terus tegur.


"Wahhh! Lama aku tak nampak hang. Bila mai?"

"Flight pukul 9 tadi."


Street-cred aku terus melambung tinggi. Aku rasa, reputasi aku sebagai 'expert' Langkawi telah di 'confirm' kan pada ketika itu di mata boss aku. Hehehehe... Kemudian, boss aku telah mengeluarkan kata-kata paling ajaib, yang paling aku nak dengar.

"Apa sedap kat sini?"

Ah Tun pun terus memberi recommendation dia untuk malam itu.

"Pari fresh baru masuk petang tadi. Pari goreng cabai kering, boleh? Siakap pun fresh. Masak steam, bubuh lime, cili padi sikit? Ketam goreng cabai ada. Nak try? Udang lipan makan tak? Kalau sayoq, malam ni baby kailan fresh. Tak pun boleh cuba bean curd."

"Okey. Semua tu tadi."

"Portion untuk 4 orang makan nooo... Ketam nak berapa ekoq? 4 ekoq boleh. Malam ni saiz sedang-sedang ja. Tak besaq sangat. 4 ekoq boleh kot?"

"5 lah."

"Okey. 5 ekoq. Minum? Saya bagi lime asam boi satu jag. Boleh?"

"Boleh."

"Okey. Tunggu sat. 20 minit siap."


20 minit kemudian...


Dari kiri : Sayoq bean curd, chili crab, pari goreng cabai kering



Jom makan!


Sebaik saja chili crab sampai ke meja, kami semua tak tunggu lagi. Nasi pun di senduk ke pinggan, tangan di basuh dan gelas di isi minuman.

"Dig in guys."

Apa lagi, aku pun ikut la apa boss aku 'suruh'! Hehehehe...

Macam mana aku nak describe perasaan syiok aku pada ketika itu. Susah la. Kombinasi rasa + ramuan/ingredients yang fresh + atmosphere/suasana Langkawi yang laid back + mood 'holiday' aku + benda-benda kecil lain sukar untuk di ambil kira = dinner yang amat syiok. Last-last, yang tinggal di meja hanya lah bekas-bekas tulang dan pinggan-pinggan yang kosong dan licin.



Habis licin!


10 saat selepas gambar di ambil, ketam yang tinggal seketul tu habis di kerjakan!

Satu lagi aspek yang mungkin akan memeranjatkan korang semua yang tinggal di KL ialah harga dinner ni. Cuba agak-agak berapa boss aku belanja untuk 7 orang dewasa yang lapar?

RM250?

RM200?

RM150?


"Berapa boss?"

"Bagi dua keping cukup lah."

"Huh? Dua keping?"

Hehehe... Aku kena ajar boss aku slang Utara sikit lepas ni.



Tell 'em Johnny sent ya. They'll give ya a discount!
Hehehehe...


Lokasi Wonderland Food Store adalah di pekan Kuah. Kat Jalan Trimula. Sama row dengan banyak lagi kedai-kedai makan seafood yang lain. Kalau tak jumpa, tanya je orang-orang Langkawi yang ko jumpa, diorang sure tau. Ada satu je Wonderland kat Langkawi. Kalau dapat melawat Langkawi, singgah la ya. Rugi kalau jalan jauh-jauh, lepas tu miss peluang nak makan kat sini. Satu lagi, jangan buang masa tengok menu dia. Mintak recommendation diorang. Diorang lagi tau.





*Burp* Ex-kweez me...

Aku, Dua Orang Budak Mat Saleh Dan Seorang Makcik Yang Happening : Or The Surreal Misadventures of Johnny in Langkawi Part #1

Advencer aku ke Langkawi bermula sebaik saja selesai sembahyang Jumaat minggu lepas. Aku telah dibenarkan pulang lebih awal hari tu. So, sebaik saja aku sampai rumah, aku terus pack barang-barang aku.


Buku yang kunon nya nak baca di tepi pantai


Setelah aku siap pack barang-barang aku yang tak banyak, aku pun keluar untuk ke KLIA. Kali ni, aku ke airport naik ERL. Selalunya, aku yang menjadi 'tukang hantar' orang ke airport tapi bila si 'tukang hantar' a.k.a. drebar pulak yang nak naik kapal terbang, kena la 'tukang hantar' guna pengangkutan awam. Hehehe...


"Perhatian! Tren berkelajuan tinggi akan melepasi stesen ini sebentar lagi.
Untuk keselematan anda, sila berdiri di belakang garisan kuning.
Attention! A high speed train will be passing through this station shortly.
For your safety, please stand behind the yellow line."



Laju nye...


Di sebabkan aku tak pernah menggunakan perkhidmatan tren berkelajuan tinggi ini, aku tersilap bajet dan 'tersampai' awal di KLIA. Flight pukul 8.05pm tapi aku sampai airport pukul 5.30pm, lebih kurang. Laju gak menatang tren ni...

Hmmm... Apa lagi! Melangok la kat airport.

Habis aku pusing satu terminal. Semua kedai aku masuk. Aku belek-belek kamera digital, buku, coklat, magazine, figurin pewter KLCC, t-shirt tourist, jam mahal, rokok yang tak pernah aku tengok, perfume, toys etc, dsb, et al. Last-last, aku beli Coke besar kat McD dan lepak dengan abang-abang drebar limo di luar dewan arrivals sambil menghisap rokok.

Dalam sejam sebelum berlepas, aku pun pergi ke kaunter check-in untuk mendapatkan boarding pass aku. Tak payah beratur lama pun. Tak sampai lima minit dah selesai.

Disebabkan aku dah kebosanan, aku terus menuju ke gate dan sebaik saja gate di buka, aku terus masuk ke dalam kapal terbang. Malas aku nak tunggu-tunggu lagi kat departure hall. Sebaik saja aku dah simpan beg aku di bawah kerusi depan, aku terus pasang earphone aku ke fon canggih-manggih aku supaya aku boleh rilek sikit sambil mendengar koleksi MP3 aku.

Bila lagu 'Friday I'm In Love' nyanyian The Cure bermula, mood 'holiday' aku pun kembali bersemangat. Aku dah tak sabar lagi nak ke Langkawi. Kemudian, sebaik saja lagu tu habis dan lagu seterusnya belum start, 'mis-advencer' surreal aku pun bermula.

Aku terdengar perkataan 'reproduction' dari seat belakang aku. Kemudian, perkataan 'sperm', 'vagina' dan 'intercourse' sambil di selang-seli dengan hilaian gelak ketawa.

WTF?

Perasaan curious aku membuak-buak. Aku terdengar lagi perkataan-perkataan seperti 'penis', 'periods', 'menstruating', 'ovary' dan macam-macam lagi. Aku 'termasuk' ke alam surreal ke masa aku masuk perut kapal terbang ni tadi? Can you say, "Welcome to the Twilight Zone?" Aku terus bersandar di seat aku untuk 'mendengar' dengan lebih lanjut.

Confirmed! Mereka sedang berborak pasal seks.

Apa lagi... Aku terus ambil beg aku dari bawah kerusi depan dan 'kunon' nya nak simpan di kompartmen overhead. Semasa aku berbuat demikian, aku toleh ke belakang dan aku lihat yang seorang makcik sedang berborak dengan dua budak mat saleh, seorang lelaki dan seorang perempuan (yang aku agak berumur dalam 12-13 tahun) mengenai 'the birds and the bees'.

Maaaaak oiiiiii!

Nasib baik earphone aku masih tersumbat dalam telinga aku jadi aku boleh 'berpura-pura' yang aku tengah layan muzik masa tu. Tapi setiap patah perkataan yang makcik tu cakap kat budak-budak mat saleh tu jelas dan clear.


"Since you're a teacher, can we ask you something?"

"Sure."

"What's an orgasm?"


Diskusi yang hangat ini berterusan tanpa henti semasa si pramugari sedang membuat safety briefing, semasa kapal terbang sedang bergerak ke hujung landasan, semasa kapal terbang sedang berlepas, semasa kapal terbang sedang menuju ke cruising altitude, semasa anak kapal sedang menghidang sepeket kacang dan segelas jus oren. Di sepanjang perjalanan aku ke Langkawi, mereka bertiga hangat membincangkan hal-hal mengenai AIDS, STD, penggunaan kondom, cinta, pakaian dalam wanita yang seksi (thongs vs briefs), role model yang baik, abstinence vs safe sex, saiz (SAIZ?), kasut tumit tinggi, kama sutra, oyster, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng, viagra, internet porn etc, dsb, et al. Boss aku (yang duduk di sebelah aku) pun tumpang sekaki meng'eavesdrop' perbualan mereka bertiga. Hehehe...


"Johnny. This is waaaaaaay better than an in-flight movie."

"Yup."

"Waaaaaayyyy better."


Perbualan mereka hanya terhenti apabila flight kami touchdown di Langkawi. Boss aku siap mengeluh sebab diskusi mereka telah berakhir. Aku pun sama jugak. Aku rasa, aku dapat lebih banyak ilmu yang berguna melalui kelas impromptu ini dari segala buku dan 'nasihat' yang pernah aku dengar sebelum ini.

Aku kini yakin yang sekali-sekala, bila bulan berwarna BIRU, benda-benda pelik akan berlaku. Hehehe...


"Johnny, our prospective client ajak kita makan. They told me the place is called 'Wonderland'. Best ke situ?"

"Best seafood place on the island, boss."

"Ye ke?"

"Jangan risau boss. Saya kenal owner dia. Dia yang akan recommend apa yang sedap malam ni."

"Canteeeek..."













Memang sah bulan biru sedang mengembang. Boss aku tak pernah guna perkataan 'Canteeek...' sebelum ni. Hahahahaha...

Friday, May 7, 2010

I'll Make Him An Offer He Can't Refuse : Atau Aku, Coklat Murah Dan 99 Buah Pulau Yang Indah

"Johnny, what are you doing this weekend? Awak ada kena balik kampung tak?"

"Takde boss. Kenapa?"

"Good. Nak ikut saya tak weekend ni?"

"Pergi mana?"

"Saya nak survey a potential site dekat Langkawi. Kalau setuju, awak inform Puan H so that dia boleh book tiket awak. Mintak dia travel allowance sikit. Lima ratus per day boleh? Awak pernah kerja sana kan? I need some local knowledge about the area. Oh ya... Masa awak jumpa Puan H nanti, arrangekan accomodation awak sekali. We're staying at Porto Malai. Dekat sikit dengan Tanjung Lembong. Our flight is at 8pm on Friday and we fly back on Sunday night. And another thing, cakap ke Puan H yang saya bagi awak cuti on Monday. So? Awak nak ikut tak?"

"Errrmmmm... Ok..."

"Good."









Aku memang heart my stupid job.

Hahahahahaha...

Wednesday, April 21, 2010

Teori 'Pick-Up' Halimunan : Atau Berita Semi-Gembira Untuk Pemilik/Pemandu Kenderaan Separa Komersil

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku telah di benarkan untuk membawa pulang lori pick-up ofis. Pada mulanya, sekali seminggu. Kemudian, setelah tahap kepercayaan boss aku (yang amat baik, sempoi dan cool!) semakin meningkat, semakin kerap aku di benarkan untuk membawa balik lori ofis ni.

Aku rasa, aku di beri kepercayaan ini sebab aku ni seorang pekerja/employee contoh. Aku datang awal, aku balik lambat, aku suka volunteer buat kerja-kerja yang bukan di dalam job scope aku, aku jarang claim OT, aku tak guna komputer/bandwidth ofis untuk surfing, aku suka belanja kakak-kakak admin makan, aku sentiasa berkelakuan positif supaya produktiviti dan morale company staff dapat ditingkatkan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti hidung coklat yang lain.


;p



Sebenarnya, area ofis aku ni agak panas. Boss aku risau nak tinggalkan lori company kat tepi jalan semalaman. Kot-kot ada malaon yang minat kat radio, tool box, rim, tayar dll, etc, et al. So, last-last, nak taknak, setiap hari pukul 5pm, kunci lori pick-up ofis ada di tangan aku.


"Johnny. From now on, awak bawak balik rumah pick-up ofis."

"Ok, boss."

"Minyak awak boleh claim dengan Puan H every Monday, and don't forget..."

"Simpan resit bila beli minyak."

"Right."


Kadang-kadang, aku heart my stupid job! Hehehehe...


Anyway, setelah beberapa bulan aku di beri privilege ini, aku telah perasan satu perkara (penting?) yang aku anggap aneh/pelik.

Kalau aku terpaksa melalui road block polis semasa aku memandu lori 'aku', mereka seolah-olah tidak ambil pot. Seolah-olah aku ni halimunan/invisible. Mereka akan hanya menyuluh lampu mereka ke sticker roadtax saja. Bila mereka nampak yang roadtax masih hidup, mereka terus suruh aku jalan. Mereka tak pernah nak suluh-suluh ke bahagian interior, tak pernah nak tanya aku nak ke mana, tak pernah sibuk nak tengok lesen/IC aku. Tapi masa aku bawak motor aku, selalunya aku akan di suruh ke tepi, di suruh matikan enjin, di minta lesen, IC dan roadtax. Kalau dressing/nasib tak baik, akan berjela-jela aku di soal, habis di periksa bagai. Lori pick-up ni halimunan/invisible ke?

Heran aku. Dan ini bukan berlaku sekali dua je. Dah berkali-kali. Jumpa road block, slow down, suluh/tengok roadtax, jalan. Sekali pun tak pernah lebih dari tu. Tak pernah.

So, sejak aku dah tengok sendiri perangai/attitude polis terhadap pemandu lori pick-up, aku telah mengambil kesimpulan/keputusan yang sebaik saja aku mampu, aku tak akan beli kereta. Aku nak pakai lori pick-up. Rugged, tahan lasak, ekonomikal (diesel murah), boleh tempuh banjir kilat dengan konfiden, ruang kargo yang teramatlah luas, tinggi dan sekiranya perlu, semasa jalan jam, senang membuli kancil-kancil dan kenari-kenari. Hehehehe...

Monday, March 1, 2010

Aku, Traffic Jam Dan Sebuah Mesin Yang Kononnya Cekap (Tapi Sudah Terbukti Tidak)

"Johnny. GPS navigator yang company baru install kat pick-up tu ok? Awak dah try?"

"Dah boss. Hampeh."

"Kenapa?"

"Mana ada orang ikut Jalan Ampang time jalan jam."

"Awak tak set up betul tu."

"Dah boss. Saya dah khatam baca manual dia."

"Hmmm... Awak pegi pasang kat kereta saya lepas ni. Saya nak try."

"Ok boss. No problem."

...

"Johnny. Siapa dia yang recommend kita beli GPS navigator tu?"

"Tak tahu boss. Tu kena tanya Mr. Y. Kenapa?"

"Betul cakap awak semalam. Machine tu hampeh."

"Boss stuck kat mana? Hehehehe..."

"Jalan Tun Razak. Pukul 6.30. Saya sampai rumah dah dekat pukul 9. Stupid bloody machine!"

Tuesday, December 15, 2009

Aku, Sebuah Kereta Mewah dan Sepasang Selipar Murah : Atau Satu Cerita Pendek Yang Tak Berapa Penting

Aku sempat ke Pantai Timur hari Jumaat lepas. Tapi bukan untuk bercuti sambil menikmati keindahan Cherating atau melepak di tepi pantai Teluk Chempedak.

Aku jadi drebar emergency boss aku. Dia nak tengok site. Drebar biasa dia hilang entah ke mana. Aku pulak terlepas cakap yang aku free bila dia tanya. Jadi, pada Jumaat lepas, bila SEMUA penduduk Selangor sedang bergegas menyesak dan memenuhkan KL, aku, Pak Supir Johnny, sedang sibuk memandu (Mercedes Benz S350 geng. Jangan jeles...) boss aku dan member bisnes dia ke Kuantan.

"Ada elaun tak boss?"

"Awak ni asyik pikir elaun je la."

"Tak kan takde boss?"

"Isnin nanti awak jumpa Puan H kat HR. Elaun, elaun..."

Trip bermula pada pukul 8 pagi dari rumah boss aku. Tiba di site lebih kurang pukul 11. Setelah habis site di tinjau, peta di lihat dan pelan di bincang, tibalah time sembahyang Jumaat. Masjid terdekat ada di Beserah jadi kami pun ke sana.



"Awak ada selipar spare tak?"

"Kat boot ada 3 pasang boss."

"Bagus betul awak ni. Macam pengakap."

"Sentiasa bersedia boss."

"Awak nak claim dengan Puan H kan?"

"Ha'ah."

"Bertuah punya budak."

Cuma pada kali ini, aku tak bertuah sangat sebab lepas sembahyang, aku sedar yang selipar kiri aku dah lesap.



"Mana sebelah lagi selipar awak?"

"Ada orang minat boss."

"Nasib baik selipar murah. Kalau awak pakai kasut Nike awak tadi..."

"Sebab tu la saya beli selipar spare boss."

"Macam pengakap."

"Sentiasa bersedia."

"Jom pegi makan."

"Orait."

Thursday, October 9, 2008

Jom Makan...

"Awak dah makan?"

"Belum boss."

"Jom. Ikut saya. Saya malas nak lepak ofis ni. Nak elak client bodoh tu."

"Yang datang tadi tu ke?"

"Ya. Dah berapa kali saya explain konsep, tak paham-paham jugak. Nak kata bebal, duit banyak. Pandai meniaga. Jom. Kita pegi lepak kat mamak belah hujung sana. Jauh sikit dari ofis."

"Orait boss."

Hehehehe... Makan free aku hari ni. Alhamdulillah...


(Pinggan yang yang pernah di isi nasi, ayam dan sedikit sayur labu. Gelas pula pernah di penuhi dengan jus oren yang menyegarkan.)

Thursday, August 21, 2008

Iklan Bergerak a.k.a. Kenapa Semua Orang Pakai Jersi Bola? (Part 2)...

"Jalan jam la boss."

"Takpe. Banyak masa lagi. Saya dah agak dah jalan mesti jam. Awak minat bola tak?"

"Minat boss."

"Season EPL baru je start kan.? Awak sokong team mana?"

"Liverpool la boss."

"Main sponsor Liverpool Carlsberg kan?"

"Ha'ah."

"Awak ada jersi official? Yang original?"

"Mesti la ada boss. Peminat sejati mesti ada jersi ori."

"Awak ni pun sama je macam orang lain. Tak sedar yang kamu kena tipu hidup-hidup."

"Kena tipu?"

"Ye. Kena tipu. Saya nak tanya awak satu soalan je. Berapa Carlsberg bayar awak untuk tayang logo diorang kat dada awak tu?"

"Mana ada bayar apa-apa. Logo tu ada kat semua jersi rasmi boss. Team lain pun macam tu."

"Saya tau. Tapi dalam kes awak ni, Carlsberg tak bayar awak apa-apa kan? Betul tak?"

"Betul boss."

"Sebab tu la saya cakap yang awak ni kena tipu. Awak dan semua orang yang suka sangat pakai jersi official team masing-masing. Awak sedar tak yang Liverpool dibayar berjuta-juta pound supaya logo Carlsberg tu boleh di cop kat jersi tu. Yang dapat untung team dengan player. Diorang dibayar beribu-ribu pound seminggu untuk pamer logo tu. Diorang yang dapat duit. Yang awak dapat apa? Awak yang kena keluar duit nak beli jersi official. Yang awak cakap ori tu. Carlsberg ada bayar awak ke nak promote beer diorang?"

"Tapi semua fan pakai jersi boss. Kalau ori lagi cool."

"Saya tau tu. Tapi awak fikir baik-baik. Jersi ori awak tu mesti mahal, betul tak? Awak beli jersi mahal-mahal macam tu, tapi si Carlsberg ni dapat promote beer diorang secara percuma? Mana-mana awak berjalan pakai jersi tu, orang akan tengok logo tu. Patutnya, fan macam awak ni dibayar. Awak yang berjalan ke hulu ke hilir pakai jersi tu.. Betul tak? Sama la macam team lain. Kalau MU, yang sponsor dia siapa? AIG kan? Fan United dapat diskaun ke kalau beli insuran AIG?"

"Tapi jersi official lawa boss."

"Macam ni lah. Kalau awak minat sangat Liverpool, awak nak sangat sokong Liverpool, awak beli t-shirt fan club dia. Tak pun awak cari jersi lama diorang. Jersi lama dari zaman sebelum ada logo sponsor. Janji tak ada logo sponsor. Baru la betul. Duit awak akan pergi ke fan club. Yang awak sokong team bola tu. Bukan company yang sponsor team bola tu. Diorang dah banyak duit. Awak nak tolong company besar-besar tu buat apa? Betul tak?"

Betul gak apa yang boss aku cakap ni. Aku pun dah macam jadi ahli Kelab Jeket Terbalik, main ikut je semua orang...

Wednesday, August 20, 2008

Iklan Bergerak a.k.a. Kenapa Semua Orang Pakai Jersi Bola? (Part 1)...

"Awak boleh ganti Apai tak hari ni? Dia MC la."

"Boleh boss."

"Jom. Bawak saya pegi GE Mall. Saya nak jumpa client."

"Orait."

"Awak boleh bawak Mercedes kan?"

"Boleh boss. Kan hari tu saya ada ganti Pakcik Apai kejap."

"Oh ye..."