Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Oh Pocot Mak Kau #6 : Atau Benda-Benda Pelik Yang Aku Jumpa Setelah Aku Meng'Google' Diri Aku Sendiri

Malam tadi, ketika aku sibuk kebosanan dan tak tahu apa nak buat, aku telah meng'Google' diri aku sendiri.

Ya, aku tau.

Patetik...


Anyway, setelah tetikus di klik, muncul lah segala macam hasil carian Google di skrin laptop aku. Di antara hasil carian yang awal, dah tentu blog ini. Itu aku pasti. Kemudian, di muka ke dua, aku terjumpa satu applikasi yang menarik. Nama applikasi tu WebMii, dengan taglinenya (yang hip dan happening), 'All the web about me'.

Tanpa segan silu, aku tulis nom de guerre aku yang 'teramat' popular.

"Ranking aku SURE tinggi punya lah!"

Tetikus aku pun di klik...


Can you say, "Maaaaaakkkk aaaaaaaiiiiii!!! Rondah nyo skor ekau!"


Berdentum jatuh ego aku ke lantai, sambil bergolek-golek ke arah wastepaper bin.

Biasa la tu. Cerita hidup aku.


Ohh... Satu lagi.

Seolah-olah tak cukup hati/ego aku terseksa/diseksa akibat ranking aku yang rendah, entah macam mana, muncul lak gambar sorang mamat dari 'kanchong darat, de gempax' di 'BURNTHINK, SEL' di bawah heading 'Friendster Profile'.

Itu BUKAN aku, okay! I'm SERIOUS!


Dah puas ketawa? Boleh aku sambung?


First of all, Friendster tu gila 90an! Tak ada orang pakai dah. Akaun-akaun Friendster penduduk Malaysia semuanya dah tak aktif. Dah lapse.

Kedua, aku tak pernah tergolong di dalam kumpulan manusia yang suker tUlis perkAtaAN-PerKatAan Bee eMM macHam nie, occaYYyy. Kewl kuNon! Uweeeeks... :p Kalaw yu'olls taK peWcayer, yu'olls boLeh bLahhs!


Setelah aku kutip balik ego aku dari tepi wastepaper bin, aku kembali tengok balik hasil carian WebMii aku. The Rempit Chronicles, Goodreads review, Facebook profile, MukaBuku...

Harakah Daily? Bila masa pulak aku tulis benda untuk Harakah Daily?

Aku pun klik link tu...


Eh... Ada sesuatu yang familiar la di perenggan 6.


Maaaak oooooiiii! NAMA aku tu!
Woooooohoooooo!


Nom de guerre aku dapat masuk paper!

Ohhhh... Ko tak tau betapa SERONOK nya aku masa aku jumpa ni. Hahahahaha... Wooooooohooooooo!

Lepas aku baca ni, baru aku teringat balik yang di satu pagi di bulan Februari yang lepas, aku ada menyelinap masuk ke FaceBook semasa aku di ofis. Boss aku belum masuk lagi pada ketika itu. Peluang berFaceBook di ofis yang boss-free jarang sekali dapat aku rasa.

Nak di jadikan cerita, masa tu aku cuma berniat nak join fanclub Zunar. Itu je. So, aku pun taip la 'Zunar' di kotak search. Antara search result yang muncul ialah fan club Zunar DAN juga 'Kami Anti Kartunis Zunar', yang mungkin pada ketika itu sedang nak di set-up. Ini spekulasi aku, sebab pada ketika itu, aku hanya nampak yang grup anti-Zunar tu cuma ada 6 orang ahli saja.

Jadi, akulah manusia paling awal yang ter'discover' kewujudan grup yang di ceritakan di dalam artikel di atas tu. Ini peluang best! Boleh jadi hero ni. Hehehe... Aku terus join fanclub Zunar dan aku terus tulis di wall mereka yang aku ada jumpa grup anti-Zunar ni.


I am DA bomb!


Beberapa minit kemudian, entri ini pula muncul di wall fanclub Zunar...


Awwww, shucks... It was nothin', really...


Kebosanan aku hilang. Perasaan frust aku lenyap. Aku dapat tidur nyenyak malam tadi.


Hehehehe...

Friday, June 26, 2009

Aku, Pau Char Siew dan Pai Tourtiers yang Lazat dan Berkhasiat

Akhirnya, setelah sekian lama, sebuah perkataan Melayu yang paling ditakuti lagi digeruni untuk dipergunakan di dalam masyarakat kita yang beradab dan 1 ini telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Perkataan yang kebanyakkan daripada kita telah lama menganggap sebagai kesat, kasar dan lucah ini sudah boleh di guna pakai secara meluas tanpa rasa segan dan silu. Perkataan yang dipenuhi dengan makna yang jijik lagi meloyakan ini, sesudah sekian lama di anggap sebagai satu perkataan terlarang di dalam masyarakat kita yang 1 ini, telah di martabatkan kedududkannya dari longkang ketamadunan kita ke taraf yang sama rata dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu yang lain.

Dengan siapa perlu kita berterima kasih di atas pelonjakkan darjat perkataan ini? Tidak lain dan tidak bukan, si virus selsema yang halus dari jenis A H1N1. Tanpa mu, wahai virus selsema yang halus dari jenis A H1N1, masyarakat kita di Malaysia yang 1 ini tidak mungkin dapat mempergunakan perkataan yang dahulunya terlarang ini dengan meluas tanpa sebarang rasa segan dan silu. Kini, sesiapa sahaja yang mempergunakan perkataan ini di dalam melaksanakan kerja dan tugas harian mereka tidak lagi akan di anggap kasar dan kurang di ajar. Tidak akan ada lagi tanggapan dan pandangan yang serong di lemparkan ke atas mereka-mereka yang akan mempergunakan perkataan ini di dalam perbualan seharian mereka.

Bergembiralah! wahai penulis-penulis, wahai novelis-novelis, para-para penyair dan penggiat-penggiat sastera! Bersoraklah! wahai pelajar-pelajar tinggi dan rendah, wahai murid-murid sekolah! Bergembiralah! di novel-novel kamu mahupun di buku-buku latihan sekolah kamu! Sekarang, tidak perlu lagi kamu bersorok! Tidak perlu lagi kamu bersembunyi! Tidak perlu lagi kamu meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain yang kurang impaknya! Tidak perlu lagi kamu memerah otak untuk mencari jalan untuk memperenakkan hasil nukilan dan karya-karya agung kamu.

Selamat datang, wahai perkataan hikmat lagi keramat! Selamat datang aku ucapkan! Aku harap kamu dapat dipergunakan sebaik-baiknya. Aku harap kamu tidak akan lagi di anggap sebagai terlarang. Aku harap kamu tidak lagi akan dilonggokkan di dalam longkang ketamadunan yang dipenuhi cairan-cairan yang jijik lagi meloyakan.

Mari...

Hidulah udara segar kemerdekaan yang telah kamu kecapi, yang telah lama kamu dahagakan, yang telah lama kamu idam-idamkan, yang telah lama kamu mimpi-mimpikan. Hiruplah udara kemerdekaan kamu sepuas-puasnya.

Bergembiralah! Kamu berhak merayakannya! Setelah sekian lama kamu di pandang hina, setelah sekian lama kamu di pijak-pijak, di lenyek-lenyek, di anggap kotor dan jijik, mari, wahai perkataan yang hikmat dan keramat, rayakanlah kejayaan kamu.

Selamat datang ke dunia peradaban dan ketamadunan, wahai perkataan hikmat lagi keramat!

Selamat datang, aku ucapkan.

Tuesday, June 9, 2009

Satu Pagi di Pantai Normandy

Disebabkan aku terlampau menyibukkan diri sejak 2-3-4 hari yang lalu, aku terlupa nak membuat tribute di 'Rempit Chronicles' untuk menyambut Ulangtahun ke 65 D-Day, yang sepatutnya disambut pada 6 Jun yang lepas.

Bagi mereka semua yang lupa, buat-buat lupa atau yang memang tak tahu langsung (Tuhan peliharalah mereka yang jahil ini, Amin), D-Day adalah operasi ketenteraan pihak Bersekutu a.k.a. Allied yang telah membebaskan Eropah daripada cengkaman puak-puak Nazi berbangsa Jerman yang menyangka mereka ini adalah 'rahmat Tuhan kepada manusiawi'.

Puluhan ribu askar-askar Bersekutu telah mempertaruhkan nyawa-nyawa mereka di pantai-pantai Normandy untuk menyerbu dan menawan kubu-kubu Nazi sambil ditembak bertalu-talu oleh senjata-senjata automatik yang pelbagai kaliber dan saiz. Beratus-ratus askar elit payung terjun pihak Bersekutu juga telah menerjunkan diri dari kapalterbang-kapalterbang pengangkut Bersekutu ke Semenanjung Cherbourg untuk mengalih perhatian askar-askar puak Nazi.

Tak perlulah aku nak ulas berapa ramai nyawa askar-askar Bersekutu yang telah melayang pada hari itu. Tak perlulah aku nak ulas tentang keberanian mereka. (Aku tak layak untuk berbuat demikian. Ada ramai lagi penulis-penulis mahir yang lebih layak dari aku untuk menceritakan hal yang dahsyat ini.)


Akhirnya, operasi ketenteraan ini telah berjaya menawan daerah Normandy. Dari kejayaan pihak Bersekutu inilah, akhirnya, langkah-langkah untuk mengalahkan puak-puak berfahaman Nazi ini dapat diteruskan di tanah besar Eropah.

Mula-mula Normandy, kemudian Paris, kemudian Berlin.

Akhirnya, pada 8 May 1945 (VE Day), puak-puak Nazi ini telah mengaku kalah dan dunia telah dapat diselamatkan daripada fahaman Nazi yang bodoh dan angkuh itu.

Walaupun kita duduk jauh di Asia Tenggara, kita tidak patut melupakan pengorbanan askar-askar Bersekutu yang telah terkorban di pantai-pantai Normandy. Semoga mereka semua akan sentiasa di ingati dan pengorbanan mereka untuk memperjuangkan nilai-nilai murni demokrasi tidak di sia-siakan.

'Semper Fi'

Wednesday, May 27, 2009

Wayang-Wayang Rempit Yang Wajib Di Tengok

Di dalam dunia filim dan wayang yang luas, ada beberapa wayang rempit a.k.a. movie biker culture/counter culture yang aku rasa wajib di tengok. Di antara wayang rempit yang ikonik adalah 'The Wild One' dan 'Easy Rider'.




'The Wild One' (1953), adalah, pada pendapat aku, bapak kepada segala wayang-wayang rempit. Marlon Brando yang membawa watak Johnny Strabler itu telah (dan masih lagi) menjadi imej ikonik yang akan muncul di kepala peminat-peminat dan penunggang-penunggang motorsikal di seluruh dunia. Imej Brando a.k.a Johnny Strabler yang menunggang motorsikal Triumph Thunderbird model 1950 sambil memakai jeket kulit berwarna hitam, seluar jeans dan topi yang senget itu telah membakar imaginasi dan semangat pemuda-pemudi di seluruh pelusuk dunia. Ia telah mempengaruhi budaya pop barat sehinggakan James Dean dan Elvis Presley juga turut dipengaruhi. Berkodi-kodi jeket kulit, but hitam, seluar jeans dan motor Triumph Thunderbird telah terjual hasil dari wayang itu. (Paling ironik sekali, karektor Johnny Strabler menggunakan motor Triumph, dan bukan motor Harley Davidson ataupun motor-motor buatan US yang lain. Hahaha...)




'Easy Rider' (1969), yang di bintangi Peter Fonda, Dennis Hopper dan Jack Nicholson, juga adalah wayang rempit yang amat popular. Kalau 'The Wild One' adalah bapak segala wayang rempit, 'Easy Rider' pula adalah mak kepada segala wayang-wayang rempit. Wayang counter culture ini telah mencerminkan dengan jelas budaya popular Amerika di hujung era 60an. Siapa yang boleh lupa imej ikonik chopper (berenjin Panhead) yang digelar 'Captain America' di dalam wayang itu? Kisah Wyatt dan Billy yang merempit merentasi Amerika ini telah seolah-olah menjadi penutup era 60an yang paling baik dan sesuai; di mana konflik dan pertembungan nilai di antara budaya pemuda-pemudi era 60an dan budaya Amerika yang konservatif telah digambarkan dengan jelas. (Dalam wayang ni, Wyatt dan Billy menggunakan chopper yang berenjin Harley. Bayangkan kalau Wyatt dan Billy guna motor British dalam wayang ni. Mesti tak jadi! Hahaha...)

Thursday, May 21, 2009

Che Guevara Adalah Seorang Mat Rempit

Pada tahun 1952, Ernesto Che Guevara dan kawan baiknya, Alberto Granado, telah merempit sambil menjelajah benua Amerika Selatan dengan menggunakan sebuah motorsikal Norton buatan British. Motorsikal hampeh yang tidak boleh diharap langsung itu telah di beri nickname 'La Poderosa II' a.k.a The Mighty One The Second a.k.a Si Gagah Perkasa ke-Dua.

Kisah rempit mereka berdua ini telah di tulis sendiri oleh Che di dalam diarinya yang telah dijadikan buku 'The Motorcycle Diaries'. Sebenarnya, diorang berdua bukan setakat merempit saja. Trip inilah sebenarnya yang telah membentuk pemikiran Che, seorang yuppie middle class dari Argentina, menjadi seorang revolusioner yang akan berjuang untuk menentang penindasan diktator-diktator boneka di Amerika Selatan. Impak dari trip backpacking (dan bukan trip merempit akibat Norton yang hampeh itu) yang bersejarah ini masih dirasai di seluruh dunia hingga ke saat kini.

Aku rekomen korang baca buku dia dulu sebelum korang tengok wayangnya.

P.S - Che dan Alberto tak sempat merempit jauh pun. Motorsikal Norton yang mereka pakai tu hampeh. Mereka berdua sepatutnya pakai Harley Davidson yang berenjin 'Flathead'. Tapi agaknya kalau diorang pakai Harley, nanti Yankee sangat kot...

Replika La Poderosa II


Superman Original

Pada 13 September 1948, Rollie Free, seorang pelumba motorsikal Amerika Syarikat, telah memecah rekod kelajuan motorsikal Amerika (pada ketika itu) di Bonneville Salt Flats, Utah. Gambar En. Free, yang hanya memakai seluar mandi dan menggunakan posisi 'Superman' itu telah di katakan sebagai gambar paling terkenal di dalam arena motorsikal. Motorsikal yang digunakan oleh En. Free adalah model keluaran syarikat Vincent HRD Co Ltd yang digelar, Vincent Black Lightning. Rekod kelajuan yang dicapai oleh En. Free pada hari itu ialah 241.905 km/h.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pencapaian Rollie Free dan motorsikal Vincent Black Lightning beliau, korang boleh klik di sini dan juga di sini.

(Gambar ihsan Motorcycle-USA.Com)

Wednesday, May 13, 2009

Apa Hisham Kata (8)...

Untuk Edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini, aku ingin korang baca posting di bawah. Artikel ini sebenarnya adalah satu post dari blog yang tersohor 'Tukar Tiub' yang dikendalikan oleh Hishamudin Rais. Sekiranya anda ingin melihat post tersebut di blog itu, klik di sini.

Aku harap Abang Hisham tak marah kat aku kerana mengambil keseluruhan entri beliau. Aku tidak berniat untuk memplagiat hasil usaha intelek beliau. Aku berbuat demikian kerana sebagai seorang 'Mat Rempit' yang tipikal, aku dah terlalu bosan dan marah akan stereotype yang selalu di gembar-gemburkan di media dan melalui post ini, aku harap korang dapat tengok dan rasa pandangan dan pendapat kami, si Mat Rempit.


SEKALI LAGI MAT REMPIT


Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)

Post asal dari Tukar Tiub (http://tukartiub.blogspot.com/)
13 Mei 2009
Posting original boleh didapati di (http://tukartiub.blogspot.com/2009/05/mat-rempit-sekali-lagi.html)


P.S -
Pada hari yang sama juga, Abang Hisham ada membuat satu lagi post yang ada kena mengena dengan topik yang sama. Klik di sini untuk baca post itu.

Wednesday, April 22, 2009

Aku, Sentimen Masyarakat dan Aksi-Aksi Ngeri di Hening Pagi : Makna dan Definisi Mat Rempit

Artikel di bawah ini adalah dari thestar.com.my.

Wednesday April 22, 2009
When a Mat Rempit is not a Mat Rempit
By Rashitha A. Hamid

KUALA LUMPUR: The Mat Rempit are a feared lot. They are a nuisance to fellow road users, they participate in illegal street racing and perform dangerous stunts, such as the wheelie, superman (lying flat on the seat), and scorpion (standing on the seat with one leg during a wheelie).

But who is a Mat Rempit? Even the police don’t seem to know.

With the Mat Rempit linked to criminal activities such as gangsterism, gang robbery, street fighting, assault, vandalism, theft and road-bullying, it seems they may not be Mat Rempit after all.

Federal Criminal Investigation Department Director Comm Datuk Seri Bakri Zinin said if a person, regardless of race, age or position in society are involved in criminal activities, they are criminals. The same goes to the Mat Rempit.

He said there are several reasons why youngsters are involved in illegal street racing.

The youngsters claim there is no proper place for them to relax during their spare time.

“They told us (police) that wherever they go they have to pay; and that is why they are involved in illegal racing, just to release tension and relax,” he said, adding that they don’t have to pay for illegal racing.

However, the police are against the Mat Rempit especially when it comes to public safety.

This is because they are involved in criminal activities, causing injuries and even deaths to their victims in some cases.

Comm Bakri said it was very difficult to track down these people as the police could only take action according to the law.

“We can’t be arresting all the Mat Rempits as not all of them are involved in criminal activities.

“When we arrest them, they admit being involved in illegal racing and not in criminal activities. And we don’t have proof that they are criminals,” he added.

He urged the public to furnish the police with information to eradicate the nuisance created by Mat Rempit.

Comm Bakri also urged parents to be aware of their children’s movements.

“Parents play a very important role in educating their children,” he stressed.

In a statement released by Bukit Aman yesterday, it was stated that 77 operations were conducted against the Mat Rempit since January with 181 of the bikers arrested.

Kalau nak tau makna Rempit, saya boleh tolong. Baca post saya yang membincangkan topik ini. Klik kat sini.

Kalau makna Mat Rempit lak, tu susah sikit la. Seperti yang di tulis di artikel di atas, si Mat Rempit ni tak semestinya penjenayah walaupun ada di kalangan mereka yang melakukan jenayah. Kebanyakan dari mereka cuma berlumba haram di jalan raya sahaja.

Aku kenal sangat perangai si Mat Rempit tipikal ini. Kalau mereka lepak di dalam satu kumpulan yang agak ramai (5 orang atau lebih), mentaliti 'geng' mereka akan muncul. Mereka akan bercakap debgan nada suara yang kuat, cuba menunjukkan yang mereka ini 'macho' dan 'cool'. Dengan izin, 'bravado'. Perkara normal bagi seorang pemuda lelaki.

Tapi kalau korang terserempak dengan sorang saja, selalunya mereka ni normal, tak aggresif. Ciri-ciri Mat Rempit tipikal mereka seolah-olah hilang. Malah kalau nak bawa mereka lepak ke rumah, jumpa mak bapak pun takpe. Mereka pun selalunya tak berpendidikan tinggi, datang dari keluarga yang susah dan merantau ke bandar-bandar besar untuk mencari kehidupan yang baru. Pada aku, ini perangai tipikal pemuda-pemuda lelaki di mana-mana saja di dunia ini. Ketika mereka keseorangan, apa yang lebih baik dari berkumpul dengan kawan-kawan yang mempunyai latarbelakang dan nilai-nilai hidup yang sama.

Oleh itu, janganlah pandang serong sangat kepada golongan Mat Rempit ini. Memang betul, ada di antara mereka yang patut di humban ke dalam lokap yang terdekat (dan di buang kuncinya sekali) tapi bukan semua mereka adalah penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Bukan semua Mat Rempit ni peragut, perompak, pemeras ugut, pencuri et al. Sebahagian besar daripada mereka cuma mencari ruang untuk melepaskan geram dan tekanan hidup di bandar-bandar besar yang kos hidupnya tinggi. Takkan lah nak lepak di kedai mamak sambil berborak dan menonton bola saja?

Janganlah kita bersikap terlalu prejudis sangat terhadap si Mat Rempit ni. Mereka ni manusia jugak. Mereka mempunyai hati, perasaan dan patut di layan sepertimana kita sendiri mahu di layan.

Kasihanilah si Mat Rempit ni. Golongan ini adalah salah satu minoriti kecil di Malaysia di mana seluruh masyarakat boleh menunjukkan sikap prejudis mereka secara terbuka. Aku boleh berdiri di persimpangan Jalan Bukit Bintang sambil menjerit, "Aku benci Mat Rempit!" dan aku yakin yang semua orang di keliling aku akan bersetuju. (Mungkin ada yang akan 'join' sekali menjerit. Hehehe...) Aku boleh menulis surat ke surat khabar dan mengutuk si Mat Rempit ni dan aku yakin tidak ada apa-apa tindakan undang-undang akan di kenakan terhadap diri aku. Aku boleh buat blog khas 'anti Mat Rempit' dan mengutuk, mencaci, memfitnah mereka. Aku boleh guna perkataan yang keras, mencarut dan setelah aku buat semua itu, aku yakin yang polis atau pegawai MCMC tak akan datang mengetuk pintu aku dan merampas laptop aku dan heret aku ke Kamunting.

Tetapi adakah itu yang kita nak? Adakah kita akan teruskan sikap prejudis terbuka ini ataupun kita melihat masalah ini dengan pendekatan yang lebih konstruktif? Pernah tak korang jumpa si Mat Rempit ni, berborak dengan dia sambil minum teh tarik? Tanya dia tentang masalah-masalahnya? Pernah tak korang cuba memahami si Mat Rempit ni? Melihat dunia dan kehidupan melalui perspektif dia? Pernah tak korang DENGAR pendapat mereka?


Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu Mat Rempit ni, aku rekomen korang baca artikel ini.

Tuesday, October 14, 2008

6 Hari Lagi...

Cuma tinggal 6 hari saja lagi sehingga 'release' dokumentari terbaru dari Fahmi Reza yang bertajuk 'Revolusi 48'.

Beberapa artikel di akhbar telah pun di tulis. Untuk membaca artikel-artikel tu, klik kat sini.

Yang agak menghairankan (?) ialah kekurangan pendedahan di akhbar Melayu. Kenapa ek? Hehehehe...

Saturday, September 20, 2008

Apa Hisham Kata (4)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ni, aku amik sebahagian daripada komen dia tentang satu isu politik yang dia bincang kat blog dia, 'Tukar Tiub'.

"bincang mat rempit naik salji mat rempit sendiri pun tak ambil pot....kah kah kah…."

Baca la post penuh dia. Klik kat sini.

Tuesday, September 16, 2008

Apa Hisham Kata (3)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata' kali ini, aku nak korang baca satu 'blog post' dia. Kalau nak baca, klik je kat sini, boleh pergi direct. Kalau nak baca post-post dia yang lain, link dia ada kat sebelah.

Happy Malaysia Day!

Monday, May 26, 2008

Sheeesh! Budak-budak zaman sekarang...

Aku terjumpa artikel ni kat "Funny and Quirky News and Jokes from Malaysia".

Hahahaha...

Terima kasih di ucapkan kepada tuan punya site tersebut atas usaha nya yang tidak mengenal penat lelah untuk memartabatkan dunia blogosfera Malaysia.

Thursday, May 22, 2008

Siapa aku?

Aku amik artikel ni dari Wikipedia

Aku nak cuba try alih-bahasa kat bawah.

"A Mat Rempit is a Malaysian term for 'an individual who participates in illegal street racing', usually involving underbone motorcycles (colloquially known as Kapcai) or scooters. Not all Mat Rempits are involved in street racing; some of them simply ride their motorcycles in a dangerous and haphazard manner for fun.

Mat Rempits usually travel in groups and race in bustling city centres on weekend nights. In recent times, Mat Rempits have been linked to gangsterism, gang robbery, street fighting, vandalism, theft, bullying and rape. Most motorcycles used by the Mat Rempits do not meet standard specifications, or have been modified extensively.

Additionally, some Mat Rempits do not have valid motorcycle licenses, do not pay road taxes, and ride stolen motorcycles. A growing number of housing estates have also been turned into racing tracks. It is estimated that there are about 200,000 Mat Rempits in Malaysia.

In some other countries, the term Mat Rempit is also used, but more to refer to one as a motorcycle lover or rider (Mat Motor), as opposed to an illegal motorcycle racer. Sometime the terms of Mat Rempit misused to refer any individual who rides an underbone motorcycle."

Dalam bahasa Malaysia lak...

"Mat Rempit ialah perkataan di dalam Bahasa Malaysia untuk 'individu yang menyertai mana-mana lumba haram yang selalunya menggunakan motorsikal 'underbone' (kapcai) atau skuter.' Bukan semua Mat Rempit terlibat di dalam perlumbaan haram; sebahagian daripada mereka hanya menunggang motorsikal mereka secara bahaya untuk suka-suka.

Mat Rempit selalunya suka menunggang secara berkelompok dan suka berlumba di jalan-jalan sibuk di tengah-tengah kota pada malam minggu. Sejak kebelakangan ini, Mat Rempit telah dikaitkan dengan gangsterisma, rompakan berkumpulan, pergaduhan, vandalisma, membuli, kecurian dan rogol. Kebanyakan motorsikal yang digunakan oleh golongan ini tidak memenuhi spesifikasi asal dan telah di ubahsuai secara mendadak.

Kebanyakan golongan ini juga tidak mempunyai lesen motorsikal yang sah, tidak membayar cukai jalan dan menggunakan motorsikal yang dicuri. Sejumlah besar kawasan perumahan juga telah dijadikan trek haram. Dianggarkan ada lebih kurang 200,000 orang Mat Rempit di Malaysia.

Di setengah negara lain, perkataan Mat Rempit juga ada digunakan, tetapi mempunyai makna atau konotasi yang berbeza, di mana ia bermaksud 'peminat motorsikal atau penunggang motorsikal' dan bukan 'pelumba haram'. Ada ketikanya, perkataan Mat Rempit juga di salahgunakan untuk menunjukkan seorang penunggang motorsikal 'underbone' atau kapcai."

Amacam? Orait tak? Jenuh aku selak-selak kamus tadi...