Showing posts with label Cita-cita. Show all posts
Showing posts with label Cita-cita. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Aku, Nurburgring dan Ninja-Ninja Yang Bekerja Dengan Nissan

Oh...
Tuhan...ku!!!
Aku nak yang kaler silver!!!
(Tapi merah pun cun gak... Hitam nampak garang... Putih susah nak basuh kot???)

Gambar-gambar Nissan GT-R di atas adalah ihsan dari Paultan.org.

Thursday, April 16, 2009

Aku, BMW dan Motorsikal Berkapasiti Besar Yang Masih Tak Mampu Untuk Aku Beli...

BMW K1200R Model 2009


Hmmmm....

Lawanyeeee...

Aku kena cari lubang untuk beli motor ni. Tapi kaler silver la. Hijau aku kureng skit la.

Monday, September 8, 2008

Honda CBR 600RR 2009...

Bila la aku boleh beli motor macam ni? Kalau setakat nak harap duit gaji aku, sampai bila-bila pun tak boleh...

(Honda CBR 600RR tahun 2009)

Monday, June 23, 2008

Mak Oiii...




Masa aku tengah kerja tadi, aku terserempak dengan kereta lumba ni. Aku pun terus amik gambar. Dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni, ada gak orang yang bertuah dapat pakai kereta macam ni.

Agak-agak bila aku dapat merasa pakai kereta macam ni?

Thursday, June 19, 2008

Pergi Pejabat Pos...

"Geng! Ko dah mintak duit rebat ko?"

"Rebat? Amende tu?"

"Rebat! Ala... Duit yang kerajaan nak bagi kat pemilik kenderaan tu."

"Rebate! Rebat... Rebat... Sebut betul-betul. Ree-Bate."

"Dalam paper tulis 'Rebat'."

"Tu la kau. Masa sekolah dulu ponteng, main-main."

"Masa aku sekolah dulu mana la aku tau semua ni. Cikgu pun suruh cakap Melayu baku masa tu. English aku hancor."

"Kalau dah tau English ko hancor, pegi la belajar. Bukannye susah sangat. Pegi la baca paper English. Ofis ko kan ada beli. Baca je la hari-hari. Ni asyik cari Kosmo je, macam mana nak pandai. Masa tengok tv, tengok la cerita mat saleh. Lama-lama ko boleh paham gak."

"Ye ke?"

"Ko percaya la cakap aku ni. Dulu aku pun sama bodoh gak macam ko. English aku pun hancor gak. Tapi sejak aku sampai KL ni aku ada belajar satu benda yang amat penting kalau ko nak maju kat sini. Agak-agak apa geng?"

"English kena bagus."

"Pandai pun..."

Monday, June 16, 2008

Serius Semacam...

"Geng. Apasal ko ni serius semacam je sekarang?"

"Masa untuk lepak dan main-main dah habis. Sekarang masa serius. Hidup makin susah. Duit kena cari."

"Aku tau la... Aku pun susah sekarang. Tapi nak buat macam mana?"

"Nak buat macam mana? Kita kena berubah ke arah kebaikan sekarang. Aku dah tak nak lepak-lepak lagi. Aku dah tak nak buang masa aku lagi. Sekarang aku kena buat! Tak boleh pikir-pikir lagi dah. Masa untuk berpikir dah berlalu."

"Ko serius la ni?"

"Ye la."

"Kalau macam tu... Plan malam nanti jadi ke tak?"

"Plan apa?"

"Kan hari tu kita plan nak lepak kat Kg. Baru?"

"Ye ke... Kalau lepak kat Kg Baru aku on aje."

"Ehhh... Tadi baru je ko cakap nak serius! Tak nak buang masa lah, itu lah, ini lah..."

"Takpe. Besok aku start."

"Hampeh!"

Monday, June 2, 2008