Showing posts with label SMS. Show all posts
Showing posts with label SMS. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Aku, Sebuah Kolam Yang Dalam Dan Mengapa Aku Mungkin Terjun Ke Dalam Kolam Itu Pada Hari Ahad Yang Akan Datang

Decisions, decisions...

Ahad ni adalah satu-satunya hari aku free untuk minggu ni. Betul-betul free. Aku tak ada plan, tak ada kerja, tak ada nyamuk-nyamuk tanggungjawab yang perlu aku halau dengan setin aerosol berisi racun serangga. (Huh? Nevermind...)

Kemudian, petang tadi, seorang member aku yang agak connected dengan dunia musik bawah tanah telah mengesemes aku.


[Ahad ni ada gig. Spesel]

[Siapa main?]

[Deepset]

[Aduuuiii...]

[Bukak email ko. Aku dah hantar detail.]

[Aduuuuiiii...]


Ya... Aduiiii...

Bila aku bukak email, rupanya ianya satu link. Ada event yang agak artistic-ish, yang selalunya/dulunya aku akan abaikan. Tapi semenjak 'Kata Luhur', mata aku dah mula terbukak.

Nak pergi taknak?


I think its... pretty...

Tuesday, March 30, 2010

Oh What A Tangled Web We Weave

[Tell me the truth! I tembam ke?]

[Tak lah. U cute.]

[Tipu!]

[Ye la]

[Yes I'm tembam or yes I'm cute?]

[Cute]

[Betul?]

[Betul]

[:)]

[Jom pegi McD lepas ni]

[I nak choc sundae]

[Tau. :p]

[And what's that supposed to mean???]

[U cute]

Monday, March 22, 2010

Oh Pocot Mak Kau #3 : Omaigodomaigodomaigod!

[Have you read it?]

[Link yang you email tadi ke?]

[Yup. Dah baca?]

[I suka pantun dia.]

[Me too.]

[You suap, I tembam. Hahahaha...]

[What? You think I'm fat laa tu.]

[Sori. GTG. Ada meeting.]

[Neekay!]

[Loobootin!]

Friday, March 12, 2010

Oh Pocot Mak Kau! #2 : Atau Mengapa Aku Kena Lebih Berhati-Hati Kerana Informer Mereka Berada Di Mana-Mana Sahaja

Post aku semalam telah membuat sorang zombie-groupie/fangirl dari grup 'Kami Peminat Tegar Akademi Fantasia' a.k.a 'KAMPEITAI' menghantar sms benci ke telefon bimbit aku.

[Kitorang PEMINAT OK!!! FAN!!! Bukan zombie-groupie!!!]

[Babe... Cousin gila you tengah guna fon you.]

[Babe kunon! Uweeeeek...]

...

[Sorry. Was at the kitchen just now. I promise I'll kill her after dinner]

[I tolong boleh?]

[:p]

Tuesday, February 23, 2010

Oh Pocot Mak Kau! : Atau Jangan Minum Di Depan Keyboard Sebab Keyboard Yang Basah Tidak Akan Berfungsi Dengan Baik

[Did you read that article?]

[Artikel apa?]

[I e-mailed you a link just now. Did you read it?]

[Belum. Kenapa?]

[Read it.]

[Artikel tu pasal apa?]

[Trust me. It's funny. :)]

[Ok. Tunggu jap.]

...

[Hahahahahahaha!!!]

Wednesday, January 20, 2010

Sedang Ketawa Terbahak-Bahak Sambil Di Perhatikan Oleh Rakan-Rakan Sekerja Yang Terlalu Mementingkan Karier

Aku cukup minat Twitter. Aku berpeluang menulis mesej-mesej pendek yang tak penting yang aku tau takda orang akan baca. Aku suka buang 2 sen aku ke dalam perigi yang gelap. Aku suka tengok apa orang-orang yang aku follow tulis. Voyuristik? Memang!

Aku kureng sikit bab Facebook. Aku dah set up akaun aku tapi aku jarang sangat jengah. Aku lagi suka cara old skool aku. SMS! Texting still ROCKS! Jumpa face-to-face lagi cool. Aku suka berborak dan memaki member-member aku face-to-face. Kalau setakat kutuk-mengutuk dengan menge'tag' gambar orang, ermmm... aku kureng sikit la.

Anyway, beberapa hari lepas, ada satu menteri ni sudah keluarkan satu statement yang amat kelakar. Apa dia cakap? Dia cakap yang Twitter dan Facebook ni adalah budaya barat a.k.a. budaya yang kita di 1Malaysia tak patut ikut.

Maka terjagalah si Singa dari tidurnya...


Klik untuk lihat dengan lebih jelas




P/S : Up #yorais... Hahahaha!

Sunday, January 10, 2010

Pongget Memongget : Atau Satu Perbandingan Pseudo-Saintifik (Yang Sememangnya Tak Betul Langsung)

PONGID - noun. An anthropoid ape of the family Pongidae, which includes the chimpanzee, gorilla, and orang utan. adjective. Of or belonging to the family Pongidae.

Source : American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition, 2000. Updated in 2009.


PONGID - n. (Life Sciences & Allied Applications / Animals) any primate of the family Pongidae, which includes the gibbons and the great apes. adj. (Life Sciences & Allied Applications / Animals) of, relating to, or belonging to the family Pongidae.

Source : Collins English Dictionary, Complete and Unabridged 6th Edition, 2003.


PONGGET - slanga. Manusia yang berkelakuan seperti gorilla, cimpanzi, orang utan dll.


Contoh penggunaan


"Kau ni perangai macam pongget.", kata Rustam kepada Johnny. "Ahhh! Dulu kau pun kuat memongget gak!", balas Johnny dengan nada sarkastik.

atau

[Lepak mana malam ni geng?]

[Apa lagi... Pegi memongget la kat Bangsar.]













Hahahahaha...

Friday, December 18, 2009

Ignorantia Juris Non Excusat : Atau Mengapa Setiap Orang Patut Lepak Dengan Pelajar Universiti Luar Negara Semasa Mereka Pulang Bercuti

[Bro. Bole tlg? Ada brg kat Amazon uk aku nak ko belikan.]

[Bleh. Ko wire je duit masuk a/c aku. Mcm biasa la.]

[Lepas tu ko bwk balik masa ko cuti Jan nanti. Bleh?]

[Tada hal. Ini brg tada kat M'sia ke? Apa dia? Smpi aku kena smuggle sendiri. ;p]

[Ada la geng. Nanti aku email ko full detail.]

[Brg tu illegal ke besar/berat?]

[Tak illegal sgt kot. Hehe... Nanti aku cerita. BTW, enjoy the winter, ok.]

[Monyet!]


Maaaak oooiiii! 52 paun! Kena kongsi duit ni...

Tuesday, May 19, 2009

Aku, Uniform Sekolah dan Cikgu Disiplin

Ahad lepas, aku ada sms sepupu aku. Dia ni cikgu sekolah menengah. Dia ajar Fizik tingkatan 4. Sms aku pendek je. Aku ucapkan "Selamat Hari Cikgu!!!" kat dia. Aku sendiri pada masa tu takde lah mengharap sangat yang dia akan balas balik. Bukan nya apa. Dia selalu sibuk. Sibuk yang sahih dan benar, bukan buat-buat sibuk.

Dalam 10 minit lepas aku sms dia, sepupu aku ni pun membalas balik sms aku. Di bawah adalah keseluruhan sms dia, verbatim.

"Bila murid duduk... cikgu berdiri! Bila murid di seligi... cikgu pulak kena gari. Murid dtg naik BMW 7 siri... cikgu dtg naik kancil buruk road tax pun dah nak mati! Murid gie belajar sampai PhD... cikgu baru berkira-kira nak sambung degree. Namun cikgu tetap berbakti, bukan nak jadi lilin membakar diri... Tapi jadi bulan yg menerangi malam sunyi... Alahai... Panjang sangat pulak... Hehe... :-p Tima kasih :)"

Hehehe...

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan cikgu-cikgu sekelian...