Showing posts with label Lori Pick-Up. Show all posts
Showing posts with label Lori Pick-Up. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Teori 'Pick-Up' Halimunan : Atau Berita Semi-Gembira Untuk Pemilik/Pemandu Kenderaan Separa Komersil

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku telah di benarkan untuk membawa pulang lori pick-up ofis. Pada mulanya, sekali seminggu. Kemudian, setelah tahap kepercayaan boss aku (yang amat baik, sempoi dan cool!) semakin meningkat, semakin kerap aku di benarkan untuk membawa balik lori ofis ni.

Aku rasa, aku di beri kepercayaan ini sebab aku ni seorang pekerja/employee contoh. Aku datang awal, aku balik lambat, aku suka volunteer buat kerja-kerja yang bukan di dalam job scope aku, aku jarang claim OT, aku tak guna komputer/bandwidth ofis untuk surfing, aku suka belanja kakak-kakak admin makan, aku sentiasa berkelakuan positif supaya produktiviti dan morale company staff dapat ditingkatkan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti hidung coklat yang lain.


;p



Sebenarnya, area ofis aku ni agak panas. Boss aku risau nak tinggalkan lori company kat tepi jalan semalaman. Kot-kot ada malaon yang minat kat radio, tool box, rim, tayar dll, etc, et al. So, last-last, nak taknak, setiap hari pukul 5pm, kunci lori pick-up ofis ada di tangan aku.


"Johnny. From now on, awak bawak balik rumah pick-up ofis."

"Ok, boss."

"Minyak awak boleh claim dengan Puan H every Monday, and don't forget..."

"Simpan resit bila beli minyak."

"Right."


Kadang-kadang, aku heart my stupid job! Hehehehe...


Anyway, setelah beberapa bulan aku di beri privilege ini, aku telah perasan satu perkara (penting?) yang aku anggap aneh/pelik.

Kalau aku terpaksa melalui road block polis semasa aku memandu lori 'aku', mereka seolah-olah tidak ambil pot. Seolah-olah aku ni halimunan/invisible. Mereka akan hanya menyuluh lampu mereka ke sticker roadtax saja. Bila mereka nampak yang roadtax masih hidup, mereka terus suruh aku jalan. Mereka tak pernah nak suluh-suluh ke bahagian interior, tak pernah nak tanya aku nak ke mana, tak pernah sibuk nak tengok lesen/IC aku. Tapi masa aku bawak motor aku, selalunya aku akan di suruh ke tepi, di suruh matikan enjin, di minta lesen, IC dan roadtax. Kalau dressing/nasib tak baik, akan berjela-jela aku di soal, habis di periksa bagai. Lori pick-up ni halimunan/invisible ke?

Heran aku. Dan ini bukan berlaku sekali dua je. Dah berkali-kali. Jumpa road block, slow down, suluh/tengok roadtax, jalan. Sekali pun tak pernah lebih dari tu. Tak pernah.

So, sejak aku dah tengok sendiri perangai/attitude polis terhadap pemandu lori pick-up, aku telah mengambil kesimpulan/keputusan yang sebaik saja aku mampu, aku tak akan beli kereta. Aku nak pakai lori pick-up. Rugged, tahan lasak, ekonomikal (diesel murah), boleh tempuh banjir kilat dengan konfiden, ruang kargo yang teramatlah luas, tinggi dan sekiranya perlu, semasa jalan jam, senang membuli kancil-kancil dan kenari-kenari. Hehehehe...