Showing posts with label Magazine. Show all posts

Friday, April 9, 2010
Sauna, Khalid Samad Dan Cover Girl 60an : Atau Magazine Dua Belas Ringgit Yang Patut Kau Beli
Aku baru beli magazine biasa aku petang tadi. Kat cover bulan ni, ada gambar profail/sisi Khalid Samad, berwarna kuning dan bertajuk 'Who's Afraid of the Islamic Party?'.
Antara artikel-artikel yang menarik perhatian aku dalam edisi ini ialah artikel Farish A. Noor (Wow! Aku tak tau yang mak dia dulu seorang model yang HOT!), artikel Eddin Khoo mengenai Khalid Samad dan segmen 'Tapai' oleh Hishamuddin Rais. Semuanya best! Lazat dan berkrim.
RM12 paling berbaloi di Malaysia...
Friday, March 12, 2010
Aku Sepatutnya Dah Sampai Tapi Jalan Jam, So Aku Lambat Sikit
Ko dah baca esei dua mukasurat karangan Affendi Salleh yang bertajuk 'Merujuk Pada Takdir : Atau, esei mengenai Perikatan 35 jantan Tanah Malaysia dengan tuhan(-tuhan) mereka' di magazine separa-subversif 'Off The Edge'? Hehehe... Ayat faveret aku ada di bawah...
Hehehe...
"Asmawi Ani silau mata atas stage majlis amal kebajikan yang dia sendiri tak tahu apa nama-nya dan dia ucap Aku Akan Sampai"
Hehehe...
Saturday, February 6, 2010
Monday, January 18, 2010
Aku, Johnnie Si Pejalan Kaki dan 'Setan And Tonic' : Atau Filim-Filim Lama Yang Liberal
Bulan ni, ruangan paling best (Tapai) di magazine paling cool di 1Malaysia (Off The Edge) telah menceritakan tentang perihal whisky, rum dan pengalaman. Seperti biasa, Hishamuddin Rais rocks!

Tetapi post ini bukan pasal artikel itu. Post ini ialah mengenai satu insiden kecil di mana sebaik sahaja aku habis membaca artikel itu, entah macam mana, scene-scene yang agak masyhur dari filim-filim old school Melayu dengan tak semena-mena, muncul di dalam kepala aku. Scene-scene yang melibatkan kabaret, bar, seniwati-seniwati yang berbaju ketat dan sendat, kugiran-kugiran yang stylo, penari-penari twist dan meja-meja kecil yang dipenuhi gelas yang (semua orang tau) bukan di isi teh tarik.
Waiter : Mahu minum apa Tuan?
Majistret : Errmmmm... Gin and Tonic.
Doktor : Iblis Tonic.
Waiter : Iblis Tonic mana ada Tuan.
Dokor : Give me Setan and Tonic.
Waiter : Setan lagi tak ada Tuan.
Kenapa scene tersebut muncul dalam kepala aku? Aku pun tak tau. Mungkin pada ketika itu, aku baru lepas makan rojak mee yang agak suspek. Mungkin cuaca yang agak panas menyebabkan aku berhalusinasi.
Mungkin, secara tidak langsung, motif sebenar aku ialah aku nak tanya mengapa scene-scene macam tu masih boleh ditayang di tv (arus perdana) di zaman sekarang (yang semakin konservatif) tanpa sebarang kritikan yang ianya memaparkan aktiviti-aktiviti yang tidak mengikut norma-norma budaya ketimuran kita yang santun dan berhemah? Adakah status 'seniman' dan 'seniwati' dapat melindungi filim-filim lama daripada sebarang kritikan? Boleh tak ko sebut 'hipokrasi'?
Hmmm... Aku rasa aku perlu lebih kerap pergi sesi terapi atau group meetings aku.
"Hello. My name is Johnny and I'm an addict."
"Hi Johnny!"
Hehehehe...

Tuesday, December 15, 2009
Di Hujung Tebing : Atau Mengapa Aku Akan Tetap Beli Walaupun Sudah Naik Harga 100 Persen
Setiap bulan, aku akan beli magazine 'Off The Edge' untuk baca artikel dari empat orang penulis yang amat aku hormati.
Hishamuddin Rais
Abdullah Ahmad
Farish A. Noor
Patrick Teoh
Magazine ni mungkin nampak yuppie dan urban (dengan artwork, design dan fotografi yang ada bau-bau post-modernism) tapi apa yang diorang tulis amat tajam (dan kadang-kadang sinis). Mungkin bukan satira tapi dah ke arah itu. Magazine paling cool di Malaysia.

Monday, October 5, 2009
Macam Kenal Je...
Aku belek-belek magazine 'KLue' semalam kat pot biasa aku. Menarik gak isu Oktober ni. Tergerak la di hati nak beli sebab aku suka bila majalah-majalah 'yuppie' dan 'urban' macam 'KLue' ni membincangkan hal-hal pasal makanan, lagi-lagi pasal 'street food'. Topik feveret aku tu. Hehehe...
Bila aku sampai rumah, aku pun mula la baca. Sampai je kat mukasurat 25 aku terberhenti sekejap. (Terberhenti?) Macam kenal je muka pakcik ni. Last-last aku ingat. Ini pakcik ada gerai jual air kat Section 14, PJ. Dekat dengan kedai lontong feveret aku. Bila aku baca artikel tu betul-betul, memang confirm.
Cayalah Pakcik. Dapat masuk 'KLue'!. Hehehe...
Oh ya. Kat mukasurat 70 lak ada gambar gerai burger Ramly paling terkenal kat KL. Pegi kat area Ampang. Dia betul-betul kat depan satu 7-E. Kat situ ko akan dapat jumpa gerai yang buat burger Ramly PALING best di dunia! Serius!
Mula-mula, order satu burger, ikut spec feveret ko, kat Pakcik atau Makcik yang tengah sibuk tu. Lepas tu masuk jap kat 7-E, beli satu botol Coke 500ml. Pastikan Coke tu sejuk. Lepas tu lepak jap kat tepi gerai tu. Kalau boleh, bawak satu peket tisu sendiri. Dalam 4-5 minit, burger sure siap. Makan time tu gak kat tepi tu. Pehhh...! Aku tak pernah rasa burger Ramly sesedap macam tu kat tempat lain. Memang 'SPECIAL'! (Aku rekomen ko try burger daging, double, special dengan cheese. Hmmmm...)

Wednesday, March 18, 2009
Aku, Ketagihanku yang Amat Kronik dan Majalah Off the Edge...
“Aku dah jumpa dah magazine aku. Puas aku cari satu KL. Last-last ko tau aku jumpa kat mana?”
“Kat mana geng?”
“Kat news stand biasa kita je.”
“Hah! Kat situ je?”
“Ha'ah. Last copy lak tu. Nasib baik.”
“Apasal issue bulan ni lambat keluar? Dah tengah bulan dah ni.”
“Entahlah. Yang aku tau, sekarang aku nak baca.”
“Lepas ko baca nanti pinjam sat. Nak baca 'Tapai'.”
“Orait.”

Monday, March 16, 2009
Aku, Klue dan review Kampung Baru
Aku seorang kaki magazine yang kronik.
“Hi. My name is Johnny and I'm an addict.”
“Hi Johnny!”
Kalau tak percaya, tanya towkay(?) kedai magazine kat Lucky Garden. Diorang dah naik muak tengok muka aku. Baca lebih, beli tarak!
Kelmarin, sebagai pembuka hari, selepas breakfast kat Syed kat Lucky Garden, aku pun pergi la survey magazine kat dua kedai mag yang famous tu.
Aku mula la membelek-belek apa yang ada. Antara mag yang aku capai termasuklah Klue (edisi Mac '09).

Bila aku sampai je muka 55, ada review pasal kedai makan kat Kampung Baru.
Hmmmmm...
Aku dah agak dah! Ni mesti yuppie yang tulis review ni. Hanya seorang yuppie akan menganggap Nasi Lemak Antarabangsa adalah nasi lemak terbaik di dunia. “Nasi Lemak Antarabangsa is the epitome of our valley's nasi lemak”. Maaaak oiiiii!
Salah tu!
Tapi, sekurang-kurangnya, dia ada jugak review Nasi Lemak Mak Wanjor. Nasib baik!
Meh sini aku cerita sikit!
Orang Kampung Baru sendiri tak makan nasi lemak internasional tu. Bukan nya apa. Dia ada sikit kureng la. Yang minat sangat nasi lemak internasional tu budak-budak luar je. Tak percaya? Cuba try tanya orang Kg Baru. Diorang minat Nasi Lemak Mak Wanjor geng. Itu baru betul nasi lemak.
Nasi Lemak Antarabangsa tu over-rated.
Sebab tu, kalau nak buat review, langkah pertama ialah tanya pendapat penduduk sekitar dulu. Baru la tanya pendapat member/mak/ayah/pakcik/makcik/girlfriend/boyfriend. Orang tempatan patut tau semua tu. Lepas dah kumpul maklumat, baru la pergi sendiri dan try masakan diorang.
Tu baru nasi lemak kat area Kg Baru. Nak lagi sedap, pergi PJ. Cari Pusat Penjaja Seksyen 14. Dia kat atas pasar. Tak susah geng. Pintu masuk dia besar dan lebar, di antara sebuah kedai dobi dan kedai kek. Naik tangga ke tingkat 1 dan belok kiri. Cari kedai yang ada orang beratur. Gerai Mak Yah ada jual 2 masakan saja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua syok!
Oh ya! Pergi awal ya. Takut habis nanti.
Satu lagi...
Orang yang makan nasi lemak malam-malam ni pada aku tak ada imaginasi. Cari la benda lain geng! Ni KL! Banyak benda lain boleh makan. Asyik-asyik nasi lemak je...

Subscribe to:
Posts (Atom)