Thursday, June 3, 2010

Kicau Burung-Burung Yang Berwarna Biru : Atau Aku, Twitter Dan Seorang Makcik Tupperware Yang Hip Dan Happening

Sekiranya korang perasan, kotak update 'Mesej-Mesej Pendek Yang Tak Penting' aku di sidebar semakin aktif kebelakangan ini. Ini adalah kerana aku semakin aktif berTwitter sekarang. Mengapa? Sebab aku telah terjumpa satu aplikasi canggih untuk telefon bimbit aku yang canggih-manggih.

Sebelum ini, aku hanya berTwitter di komputer riba aku sahaja, jadi aku tak boleh berkicau sesuka hati aku di mana saja aku berada. Kemudian, sejak aku mula pakai telefon bimbit aku yang canggih-manggih, aku mula lebih aktif berkicau tetapi limitasi browser piawai di telefon canggih-manggih aku juga sedikit sebanyak telah menghadkan jumlah kicauan aku. Aku seringkali terputus sambungan. Mesej 'No Gateway Reply' sering terpapar di skrin telefon canggih-manggih aku. Sekali-sekala, tahap amarah Level 4 pernah aku capai dan perkataan-perkataan kesat dan tidak sesuai untuk kanak-kanak pernah digunakan.

Akan tetapi, itu semuanya berakhir setelah aku memuat-turun aplikasi 'Snaptu'.


Can you say, twitter junkie?

I knew you could.


Sekiranya korang ada telefon bimbit (yang bukan iPhone atau BlackBerry) yang mempunyai kapabiliti 3G dan/atau WIFI dan plan data tanpa had, program ini akan merubah hidup ko.

Ianya lebih syok dari Nasi Kandar Kudu, lebih syok dari dari Megi Goreng Mamak Restoran SA Taman Sri Rampai Setapak, lebih syok dari Teh Tiga Layer di hari yang panas.

Aku kini lemas di dalam dunia di mana aku perlu melahirkan segala pendapat, buah fikiran dan idea aku di dalam limitasi 140 karakter atau kurang.

Dan yang paling best sekali, aku mungkin(?) telah berjaya menarik seorang 'makcik tupperware' untuk masuk ke alam Twitter. Dia kini sedang belajar selok-belok alam ini dan sekiranya dia tak berhati-hati, dia juga akan ketagih, macam aku.

Hehehe...








Hello, my name is @JohnnyRempit and I'm a #twitterjunkie. *sigh* :( RT PLS!

Hello, Johnny :)