Tuesday, December 29, 2009

Lost and Found : Atau Benda-Benda Kecil Yang Aku Terjumpa


Aku cuma nak tanya satu benda. Kat belah mana di sepanjang Jalan Tun Razak yang kereta boleh speeding? Lewat malam boleh kot tapi kalau siang...



Hehehe...

Apa Hisham Kata... Edisi Khas : The Cool and the Poyo

Senarai 'Cool dan Poyo' dari blog 'Tukar Tiub' telah di release. Kategori favret aku ada di bawah. Senarai yang complete ada di 'Tukar Tiub'. Aku tak sabar nak baca komen-komen di post ni. Hahaha...


SENTIASA CHIC DAN COOL SEPANJANG ZAMAN

- memakai t-shirt hitam
- jean koyak
- tak pakai seluar dalam
- tak pakai bra
- pergi gig underground
- punk rock



Kah kah kah...

P/S - 'Cool' ialah sepasang Wayfarer vintage '60an, t shirt hitam, sepasang 501 yang dah season (lagi bagus kalau dapat Big E vintage), sepasang Converse All Stars (hitam) atau Doc Marten 8 lubang (maroon) dan sebuah Triumph Thunderbird 6T tahun 1950 (tapi RX-Z pun ok gak).
Hehehe...


Ya.
Aku tau.
Aku cool.

Monday, December 28, 2009

Sunday, December 27, 2009

Birthday Present : The Saga Continues

"I know what you can get me for my birthday."

"Apa?"

"Any pair of Christian Loobootin shoes."

"Lou-bou-TAHN."

"What?"

"KRIS-ti-an lou-bou-TAHN."

"Whateverrrrr..."

"Sebut pun tak betul, ada hati nak pakai. Hehehe..."

"Okay, now I'm officially not speaking to you anymore."

"Kalau handbag Gacci boleh?"

"Eh, I remember once a guy I know who thought that his 'Nee-Kay' shoes were cool."

"Siapa?"


Tapak merah dia MEMANG seksi...

Saturday, December 26, 2009

Apa Hisham Kata (13)...

Ini mungkin post paling cool dari blog 'Tukar Tiub' yang pernah aku baca. Jadi untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ini aku tak nak cakap banyak. Biar 'sifu' je tunjuk kepada kita semua apa sebenarnya makna perkataan 'cool'.


Cool ialah sikap.
Cool ialah feshen.
Cool ialah gaya hidup.
Cool ialah estetika.


Hehehe...

Krismas di KL : Atau Satu Perbualan Pendek Mengenai Topik-Topik Semasa Yang Tak Berapa Penting

"Youolls! Lama mak tak nampak kau, nyah. Mana kau pergi?"

"Mak rindu ke? Hehehe..."

"Ehhhh... Jangan nak perasan la nyah ooooiii! Kau tu bukan type mak pun."

"Type mak macam mana? Mak mesti suka yang macam abang-abang gagah kan? Ada misai. Body tough, sasa."

"Eeeeeiiiii... Meremang bulu tengkuk aku bila kau cakap macam tu nyah oooiiii! Takda orang yang cakap macam kau ni. Memang sah kau ni kamping."

"Kellllaaaaasss gitu."

"Sudah lah kau nyah. Mak tak larat nak layan kau."

Thursday, December 24, 2009

Ho! Ho! Ho!

En. Santa Claus
1 Candy Cane Lane
Kutub Utara


Ke hadapan Pakcik Santa yang budiman,

Apa khabar Pakcik? Saya di sini sihat sahaja. Saya harap Pakcik juga berada di dalam keadaan sihat dan ceria.

Di sini, saya tidak mahu membuang masa Pakcik yang amat berharga di musim perayaan ini dengan meminta hadiah. (Saya tak layak pun. Saya agak nakal tahun ni. Hehehe...) Saya cuma ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru. Maaf Zahir dan Batin.

Sekian,

Johnny B. Rempit
Budak nakal dari KL
Malaysia



P/S - Kirim salam ke Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, Blitzen dan Rudolph Si Hidung Merah. Thanks...

Apa Hisham Kata (12)...

Mula-mula aku rasa pelik, terkujat, tergamam dan akhirnya, aku terbahak-bahak dan berguling-guling keriangan setelah aku membaca post ini.

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru!





Post script yang tak berapa penting - Lazimnya, rumah-rumah di rantau beriklim Khatulistiwa dan tropika tidak ada serombong asap, jadi, macam mana Pakcik Santa nak hantar hadiah-hadiah dia ? Lagi satu, boleh tak kueh tradisional di guna pakai sebagai ganti biskut coklat cip sebagai tanda terima kasih (misalnya kueh bahulu atau kueh kapit)?

Friday, December 18, 2009

Ignorantia Juris Non Excusat : Atau Mengapa Setiap Orang Patut Lepak Dengan Pelajar Universiti Luar Negara Semasa Mereka Pulang Bercuti

[Bro. Bole tlg? Ada brg kat Amazon uk aku nak ko belikan.]

[Bleh. Ko wire je duit masuk a/c aku. Mcm biasa la.]

[Lepas tu ko bwk balik masa ko cuti Jan nanti. Bleh?]

[Tada hal. Ini brg tada kat M'sia ke? Apa dia? Smpi aku kena smuggle sendiri. ;p]

[Ada la geng. Nanti aku email ko full detail.]

[Brg tu illegal ke besar/berat?]

[Tak illegal sgt kot. Hehe... Nanti aku cerita. BTW, enjoy the winter, ok.]

[Monyet!]


Maaaak oooiiii! 52 paun! Kena kongsi duit ni...

Apa Hisham Kata (11)...

Setelah sekian lama aku tak update segmen popular 'Apa Hisham Kata...", kali ni, aku nak korang baca komen Hishamuddin Rais dari blog popularnya 'Tukar Tiub'.


wi ukm together gather with minstry education
arrange this konferen with deligasi from across the sea kah kah kah


Post asal ada di sini.

Kah kah kah kah kah...

O Ye Of Little Faith! : Atau Mengapa Motor Aku Akan Berkilat Sepanjang Minggu Ini

"Jangan lupa sental rim aku tu."

"Taaak. Tak lupa."

"Kalau ko nak shampoo ke, degreaser ke, ko cakap tau. Aku ada simpan extra kat dapur. Bawah sink. Kain buruk extra pun ada kat situ."

"Ok. Ok. Ok."

"Oh... Lagi satu. Ko lap sikit bawah seat sekali ye. Dah berhabuk sangat."

"Okaaaayyyy..."

"Hehehe... Tu la... Lain kali, bila Malaysia masuk final ko nak betting lagi tak dengan aku?"

"Taaaak."

"Jangan lupa tau, ko kena basuh motor aku ..."

"Aku tau. Aku tau. Aku kena basuh motor kau tiap-tiap hari sampai Khamis depan."

"Geng..."

"Apa dia?"

"Malaysia BOLEH!"

"Cibai kau!"

"Hahahahaha..."


Malaysia 1 - Vietnam 0
(Gambar ehsan The Star)

Stop Creeping Me Out! : Atau Hikayat Beruang Kutub Dari Greenland

"Babe..."

"Hmmm..."

"Have you ever had an imaginary friend? You know, when you were a kid?"

"Apa?"

"An imaginary friend."

"Tak pernah. Kenapa you tanya?"

"Saja..."

"You ada ke imaginary friend masa you kecik dulu?"

"Errmmm..."

"Ada la tu. Apa nama dia?"

"Tak kan you takde sorang imaginary friend..."

"Apa nama dia? Hehehe..."

"Dah lupa."

"Tipu. Saja you tak nak cakap kan?"

"Betul. Tapi I ingat yang dia duduk dalam fridge."

"Dia duduk dalam fridge? Tak sejuk ke?"

"Dia tahan sejuk. He's a talking polar bear."

"A talking polar bear? Sooo... Dia duduk lagi ke kat fridge you sekarang?"

"Tak lah... My mum halau dia one day."

"What?"

"One day, my mum caught me talking to him in the fridge. She probably saw me having this animated conversation with a milk carton or something and I think she freaked out because, I ingat lagi, the next day, in front of me, she pretended to speak to him and politely asked him to go back to his home in Greenland. She even opened the front door and everything."

"Lepas tu apa jadi?"

"Lepas tu dia balik la. My mum kata polar bears should live in Greenland. It's too hot here and that polar bears should live in cold countries where there's snow and ice."

"Mesti you sedih masa tu."

"I was a bit upset for a few days. And then something happened."

"Apa?"

"A talking rabbit arrived at my house."

"A talking rabbit?"

"He's really cute and he lives in my cupboard."

"Ermmm... Dia ada lagi ke kat situ?"

"Dia tidur sebelah my bras."

"Oooookaaaayyyy..."


Jangan risau. Fridge ini tidak berpenghuni. Cuma kurang di isi je...

Aku Dan Produk-Produk Brand Supermarket : Atau Satu Perbualan Pendek Yang Mungkin Penting (Tapi Sebenarnya Tidak)

"Babe. You pergi Tesco ke semalam?"

"Ha'ah. Lepas kerja. Kenapa?"

"Kenapa you beli facial wash yang takde brand?"

"Murah la."

"Cheapskate."


"Ehh... Apahal lak you ni?"

"Beli la yang ada brand. Its better."

"Mana you tau? Dah try sendiri?"

"Eeeeewwwww... Neverrrr..."

"Try la. Sama je. Benda-benda macam tu nak buat apa beli yang mahal-mahal."

"Typical male..."

"Pempuan..."

"Tengok tu. Shaver pun generic."

"I nak save duit so I boleh beli barang lain yang lagi penting."

"Such as?"

"Birthday present you."

"Tipuuu..."

"Memang."

"Hmmmppphhh!"

Tuesday, December 15, 2009

Di Hujung Tebing : Atau Mengapa Aku Akan Tetap Beli Walaupun Sudah Naik Harga 100 Persen

Setiap bulan, aku akan beli magazine 'Off The Edge' untuk baca artikel dari empat orang penulis yang amat aku hormati.

Hishamuddin Rais
Abdullah Ahmad
Farish A. Noor
Patrick Teoh

Magazine ni mungkin nampak yuppie dan urban (dengan artwork, design dan fotografi yang ada bau-bau post-modernism) tapi apa yang diorang tulis amat tajam (dan kadang-kadang sinis). Mungkin bukan satira tapi dah ke arah itu. Magazine paling cool di Malaysia.


Naik harga bukan sikit-sikit bro. 100 persen. Aduiii...

Aku, Sebuah Kereta Mewah dan Sepasang Selipar Murah : Atau Satu Cerita Pendek Yang Tak Berapa Penting

Aku sempat ke Pantai Timur hari Jumaat lepas. Tapi bukan untuk bercuti sambil menikmati keindahan Cherating atau melepak di tepi pantai Teluk Chempedak.

Aku jadi drebar emergency boss aku. Dia nak tengok site. Drebar biasa dia hilang entah ke mana. Aku pulak terlepas cakap yang aku free bila dia tanya. Jadi, pada Jumaat lepas, bila SEMUA penduduk Selangor sedang bergegas menyesak dan memenuhkan KL, aku, Pak Supir Johnny, sedang sibuk memandu (Mercedes Benz S350 geng. Jangan jeles...) boss aku dan member bisnes dia ke Kuantan.

"Ada elaun tak boss?"

"Awak ni asyik pikir elaun je la."

"Tak kan takde boss?"

"Isnin nanti awak jumpa Puan H kat HR. Elaun, elaun..."

Trip bermula pada pukul 8 pagi dari rumah boss aku. Tiba di site lebih kurang pukul 11. Setelah habis site di tinjau, peta di lihat dan pelan di bincang, tibalah time sembahyang Jumaat. Masjid terdekat ada di Beserah jadi kami pun ke sana.



"Awak ada selipar spare tak?"

"Kat boot ada 3 pasang boss."

"Bagus betul awak ni. Macam pengakap."

"Sentiasa bersedia boss."

"Awak nak claim dengan Puan H kan?"

"Ha'ah."

"Bertuah punya budak."

Cuma pada kali ini, aku tak bertuah sangat sebab lepas sembahyang, aku sedar yang selipar kiri aku dah lesap.



"Mana sebelah lagi selipar awak?"

"Ada orang minat boss."

"Nasib baik selipar murah. Kalau awak pakai kasut Nike awak tadi..."

"Sebab tu la saya beli selipar spare boss."

"Macam pengakap."

"Sentiasa bersedia."

"Jom pegi makan."

"Orait."

Laughing Gas a.k.a. Nitrous Oxide : Atau Mengapa Keyboard Dan Monitor Aku Terpaksa Dikeringkan Sekali Lagi

Aku tak tau nak cakap apa...*




*Minum sambil melayari internet membahayakan kesihatan keyboard dan monitor.

Thursday, December 10, 2009

Woi! Jangan Tiru La! Cakap Cikgu Kang...

Baru-baru ni, satu insiden kecil (yang tak dihebohkan sangat) telah meninggalkan rasa pahit dan kelat dalam mulut aku.

Seorang penulis muda telah kantoi memplagiat hasil karya penulis lain. Berita ini boleh di baca di blog ini, ini dan juga di muka utama website penerbit buku si penulis muda ini. Dari situ juga, korang boleh baca satu nota pendek dari si penulis yang memohon maaf di atas kesalahannya.

Plagiat - hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-mengarang). - Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kalau korang ingat yang kerja memplagiat hasil usaha orang lain sesuatu yang tak serius, sila ambil perhatian yang penerbit buku tersebut lebih rela memusnahkan baki buku di dalam stoknya dari di jual murah ataupun di beri percuma kepada orang ramai.







Rasa pahit dalam mulut aku belum hilang...

Dialog Surreal Di Dapur : Atau Mengapa Aku Tak Berani Masak Mee Segera Di Malam Hari

Periuk : Kau tu hitam!

Cerek : Berani ko cakap aku hitam! Tengok cermin la woi!

Periuk : Cibai! Ko tak nampak ke yang aku stainless steel. Siap chrome lagi. Berkeeeelaaat babe!

Cerek : Maaak aiii! Chrome kunon! Tunjuk sikit bontot ko tu. Aku nak tengok.

Periuk : Buat apa aku nak tunjuk kat ko bontot aku. Ko ingat aku sundal macam ko?

Cerek : Celaka ko! Ko panggil aku sundal ye... Ko tu yang [toot]!

Periuk : [toot] ko! Anak haram!

Cerek : [toot]! [toot]! Keturunan [toot]!

Periuk : [toot]! Ko ingat ko lawa sangat! Woi celaka! Ko dengan kuali sama je!

Cerek : Ewah, ewaaah! Sedap betul ko mengata! Hoi... Kuali tu sedara ko jugak la bodoh!


Saya tak suka mee segera. Banyak MSG.

Apa Yang Penting...

"Linny hamster pempuan la Uncle Jay!"

"Hamster laki la."

"Hamster pempuaaaan..."

"Hamster lakiiii..."

"Pempuaaaaannn..."

"Lakiiii..."

"Pempuan! Pempuan! Pempuan!"

"Laki! Laki! Laki!"

"Pempuaaaaannn!"

"Hamster lakiiiiii..."

"Mamaaaaa! Uncle Jay tak pecaya Linny hamster pempuan!"

"Shusshhhh..."

"Apa shush-shush!!?? Mamaaaa... Tengok Uncle Jay..."


Mari kita raikan dengan daun saderi.

Sunday, December 6, 2009

Ini Bukan Chick-Lit La Babe...

"You're reading chick-lit ke sekarang babe? OMG..."

"Ni bukan chick-lit OK! Cover dia je macam tu."

"Elehh... Tipu..."

"Hmpphh..."

Ini BUKAN chick-lit!

Cikadung Dan Mata Yang Mengancam

"Nyah... You tak minat ke kat awek cikadung? Deyolls pun sekarang vogue gak. Mak pun kadang-kadang minat tengok deyolls."

"Cikadung?"

"Cikaduuuung. You ni kadang-kadang kamping laa Johnny. Ishh..."

"Amende cikadung tu mak? Sori la tapi kadang-kadang tak paham la apa mak cakap."

"Cikadung... ChIck paKAi tuDUNG."

"Hah! Bila lak timbul perkataan tu?"

"Tu la kau nyah. Asyik lepak dengan kengkawan bohjan kau tu. Cuba kau lepak dengan mak selalu sikit. Dapat la ilmu-ilmu mak. Mak punya experience dahsyat tau. Jangan nak main-main nyah."

"Sori la mak. Bukan taknak lepak tapi crew aku tu homophobic sikit. Diorang mana suka orang-orang macam mak ni."

"So, you bukan homophobe la?"

"Tak lah. Aku tak pedulik semua tu."

"You tak takut ke kalau mak macam minat kat kau? Hehehe..."

"Hmmphh... Takde maknenye mak."

"Anyways nyah, you tak minat ke kat awek cikadung?"

"Minat gak kadang-kadang. Mata diorang kan mak..."

"Youuuuu... Mata deyolls mengancam semacam je kan?"

"Ha'ah. Diorang pakai contacts ke mak?"

"Selalunya tak you tau... Natural gitu. Tu yang kadang-kadang mak geram kat deyolls."

"Bukan mak sorang je. Hehehe..."

Friday, December 4, 2009

Macam Dalam Filim Je...

Terkujat beruk(!) aku sekejap bila aku terbaca post ini.

Lagi-lagi bila aku baca bab 'pengawal keselamatan yang mendakwa digigit tengkoknya'.

Macam filim Hollywood je...

Merah Is The New Hitam

"Youolls! Youoll baca tak paper semalam?"

"Paper yang mana satu mak?"

"Ala.. Yang youoll selalu baca tu. Ada tak gambar si nyah tu?"

"Wuish! Ada. Kenapa?"

"Lawa betul la nyah! Jeles mak!"

"Bukan merah sangat ke mak?"

"Merah is the new hitam sayang oiii! Tak tau ke?"

"Mana la saya tau."

"Tau takpe nyah."

Thursday, December 3, 2009

Filim Yang Wajib Di Tonton







"...I almost wish we were butterflies and liv'd but three summer days - three such days with you I could fill with more delight than fifty common years could ever contain..." - John Keats




Wednesday, December 2, 2009

Kedai Terbakar Panggil Bomba, Bomba Datang Berlumba-Lumba...

Hari ni hari terakhir 'Big Bad Wolf Sale' kat Amcorp Mall. Ada 'Fire Sale' a.k.a. 'Jualan Berapi'. Aku pun bergegas ke sana untuk 'menyelamatkan' seberapa banyak buku yang aku boleh 'selamatkan'.


Mana mau cari harga ini macam geng?


Kelihatan para 'penyelamat' sedang berusaha bersungguh-sungguh menjalankan tugas mereka.


Last-last, RM50 duit aku pun 'selamat'. Takpe lah. Bukannya selalu ada 'Fire Sale' a.k.a. 'Jualan Berapi'.


Buku-buku yang telah 'diselamatkan'.

Monday, November 30, 2009

Falsafah Menu Terhad : Atau Monolog Merapu Di Dalam Kepala Aku

Sejak kebelakangan ini, aku sudah perasan satu hakikat kehidupan.

Kedai/Gerai Makan yang mempunyai menu terhad adalah JAUH lebih baik dari kedai/gerai makan yang jual macam-macam.

Kes pertama, Gerai Mak Yah di Seksyen 14, PJ yang hanya menjual 2 jenis masakan sahaja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua best! (Tada tipu punya geng, wa cakap lu, maaaaah!)

Cerita benar. Aku pernah ke sana satu pagi dengan hati yang berkobar-kobar nak makan nasi lemak. Bila aku sampai, Gerai Mak Yah tutup. Aku frust! Frust sangat sehinggakan aku terus balik rumah. Aku tak pedulik langsung yang di food court yang sama ada 4-5 gerai lain yang jual nasi lemak. Pada aku, tak akan ada nasi lemak yang sama seperti yang di jual di Gerai Mak Yah. Aku lebih rela balik rumah dari makan nasi lemak 'alternatif' yang lain.

Kes kedua, Gerai No 1 di food court Bandar Tun Razak, Cheras yang juga menjual 2 jenis masakan sahaja. Soto dan Roti Jala. Seperti yang dijangka, dua-dua best! Sup untuk soto sedap, ayamnya banyak, sambalnya ada 'kick'. Roti jala pulak 'fresh' sebab di masak di depan mata oleh seorang 'chef'. Ya, seorang 'chef'! Kalau tak percaya, pegi tengok sendiri.

Kes ketiga. Subang Ria, dekat dengan Wisma FAM, Kelana Jaya. Cari gerai Char Kuey Teow. Sekali lagi, korang ada 2 pilihan. 'Big' atau 'small'. Aku selalu makan yang 'big'. Plus extra cili jeruk dan tauge. Nyummm... (Aku harap korang tau yang 'trick' untuk menyediakan char kuey teow yang 'sodap' ialah si tukang masak akan hanya menggoreng satu 'portion' pada sesuatu masa. Jangan sesekali makan kuey teow yang di goreng secara lambak ala pasar malam. Spoil dia punya rasa babe!)

Kes keempat. Food Court di Jalan 223, PJ. Di gerai pertama sebelah kiri, order Milo Ais Kaw. Di gerai sebelah, order 2-3 nasi lemak bungkus. Kalau korang order Milo Ais Kaw dia saja pun dah cukup untuk buat trip korang berbaloi. Serious! Macam milkshake coklat, cuma lagi sodap!


Amacam? Betul tak teori aku ni? Mau jadi pengikut? Ada beran?

Hehehe...

Aku Dah Jumpa!

Terima kaseh yang tak terhingga aku ucapkan kepada saudara Johan yang telah menunjuk kepada aku lokasi kedai 'Nasi Ganja' yang amat 'lalok'.

Thanks bro!

Adakah Ini Benar? Adakah Ini Betul?

Entah macam mana, aku boleh terjumpa halaman Twitter idola aku.

Aku hampir terkujat beruk!





Hehehe...

Nasi Ganja Yang Lalok! : Atau Mengapa Aku Suka Kedai-Kedai Makan Yang Mempunyai Menu Terhad

Setelah aku membaca post ini dan artikel ini, aku berazam untuk mencari 'Nasi Ganja' yang dikatakan amat 'lalok' di Ipoh. Ada beberapa petunjuk di dalam artikel itu yang aku dah simpan dalam telefon bimbit aku. Antaranya Balai Polis Jalan Yang Kalsom dan Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Aku bukan dari Ipoh.

Aku tau aku mungkin akan sesat ketika mencari.

Aku tau yang ada kemungkinan yang gerai yang menjual 'Nasi Ganja' itu mungkin tutup kerana nasib aku yang tak baik.

Tapi aku kena cari gak. Ada sesiapa dari Ipoh yang tau lokasi gerai yang hebat ni?

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Haji : Atau Mengapa Jalan Di KL Lengang Di Pagi Hari

"Geng. Apasal jalan kosong semacam je pagi tadi? Aku siap boleh sampai ofis awal hari ni."

"Besok raya haji la."

"Raya haji? Alamak..."

"Ko lupa ke?"

"Alamak..."

"Ko lupa besok raya haji!?"

"Alamaaaaaak..."

"Hahahahaha..."