Tuesday, July 21, 2009

Gimme a B...



Give me a B,U,N,K,F,A,C,E now

Welcome to the bunk show OH OH

Give me a B,U,N,K,F,A,C,E now

Welcome to the bunk show OH OH

Everybody

OH OH OOOOOH...

HEY HO! HEY HO LETS GO!!!

chorus:

DONT STOP, GONNA MAKE YOU UNDERSTAND UP

TRY TO MAKE IT TO THE TOP

DONT GIVE IT UP!! 2x

Give me a B,U,N,K,F,A,C,E NOW!!!

THATS IT!! LETS SING ALONG!!



Ultimate Shout! award, Rockstar award and Breakout award winner!

Cayalah geng!

Friday, July 17, 2009

Jom Pi Pamplona!

"How's it going? Are you getting along with your fellow group members?"

"Sure doc. They're ok, I guess."

"You guess?"

"Well. We all share the same problem and all, but since I'm new, I'm hanging back a bit. Just to get a feel for it, you know, the vibe and all."

"That's good to hear. Did you meet anyone? A new friend maybe?"

"Sure. One lady in the group has really been nice to me. Helped me out a bit."

"That's nice of her."

"Yeah."

Thursday, July 9, 2009

Tumpang Tanya... Ithaca Dekat Mana?

Johnny. As your doctor, apart from our weekly meetings, I highly recommend that you join a group. As part of your therapy, of course. It really does help.

A group? What kind of group?

Readers Anonymous.

Ohhh... I've already joined that one doc.


I am Odysseus
Son of Laertes
Known to the world for every kind of craft
My fame has reached the skies

Aku Odysseus
Putera Laertes
Terkenal kerna ku bijaksana
Masyhur hingga ke alam dewa


Pallas Athena
Daughter of Zeus
Whose shield is storm and thunder

Pallas Athena
Puteri Zeus
Yang berperisai taufan dan guruh



Aku sebenarnya gian nak baca 'Odyssey' dalam BM.

Ya, aku tau...

Aku ni gila.

Monday, July 6, 2009

Jaga-Jaga! Helah Cedera dan Darah

Ini bukan satu post satira! Ini bukan satu post yang kelakar! Ini bukan satu post main-main!

JAGA-JAGA!

Aku baru dengar ada satu taktik baru yang kini digunakan oleh perompak-perompak untuk meng'hijack' kereta. Taktik ni aku dapat tahu sendiri dari seorang rakan aku yang menjadi mangsa jenayah ini.

Semalam, member aku telah menceritakan pada aku yang pada dua hujung minggu yang lepas di sebuah kawasan 'suburb' KL yang agak sunyi, semasa dia sedang berpusing-pusing untuk mencari tempat untuk meletakkan keretanya, dia telah di hampiri oleh seorang individu yang kelihatan amat marah. Individu itu telah mengetuk cermin pintu di sebelah pemandu dan menengking supaya member saya ini menurunkan cermin pintunya.

Pada mulanya, member saya ini (seorang penduduk asal KL yang tahu selok belok hidup di bandar) tidak mengendahkan permintaan individu tersebut tetapi apabila member saya nampak yang individu ini 'kelihatan' seolah-olah 'cedera', siap dengan kesan 'darah' di bajunya, member saya pun bertukar fikiran. Pada ketika itu, member saya menceritakan yang individu itu sedang menjerit-jerit dan menengking sambil 'menuduh' yang member saya ini adalah punca kepada 'kemalangan jalanraya' yang 'dialaminya'. Dia meminta supaya member saya ini 'menghantarnya' ke hospital supaya dia boleh 'dirawat'.

Pada ketika inilah, sebaik sahaja member saya menurunkan cermin pintunya, individu ini bertindak. Individu ini terus mencapai ke kunci kereta member saya. Individu ini terus mematikan enjin dan terus mencabut kunci tersebut. Individu ini kemudiannya terus ke sebelah kiri kereta, membuka pintu dengan menggunakan kunci yang telah dirampasnya dan terus masuk ke dalam kereta. Pada ketika itulah, individu ini terus mengeluarkan pisau dari bajunya dan mengarahkan member saya untuk memandu keretanya ke sebuah kawasan yang agak terpencil. Perangai individu ini yang tadinya 'marah' dan seolah-olah 'histeria' terus bertukar. Dia terus, dengan nada suara yang tenang dan lancar, sambil mengacukan pisau ke dada member saya, mengarahkan member saya untuk membuat segala apa yang dia suruh.

Member saya telah dirompak. 'Glove compartment' keretanya telah digeledah. Dan pada ketika itu, kata member saya yang sudah ketakutan ini, individu itu terus keluar dari keretanya dan terus menahan sebuah motorsikal dari arah bertentangan. Sebaik sahaja motorsikal itu berhenti, individu itu terus melonjak ke seat belakang. Member saya nampak yang individu itu terus mengugut penunggang motorsikal itu dengan pisaunya. Nak taknak, si penunggang motorsikal itu pun melarikan diri bersama-sama individu itu, tanpa rela hati. (Aku harap takda apa-apa yang serius berlaku pada penunggang motor tu.)

Laporan polis sudah di buat dan member aku kini sekarang sudah menjadi statistik di dalam perangkaan PDRM. Nasib baik member aku tak cedera. Nasib baik si penyangak laknat itu cuma mahukan duit dan telefon bimbit member saya dan tak lebih dari itu.

Jadi, kepada para pembaca 'The Rempit Chronicles', aku harap korang semua berjaga-jaga. Di sebabkan helah 'cedera' dan 'darah' di baju, member saya yang dah biasa dengan selok-belok hidup di kota ini pun dapat diperdayakan. Aku sendiri dah keluarkan warning kepada crew-crew aku dan mereka semua sudah berjaga-jaga dengan trick baru ini. Ingat, dalam peristiwa ini, bukan member saya seorang saja yang menjadi mangsa babi pukimak itu. Si penunggang motorsikal yang di tahan oleh hantu laknat tu pun jadi mangsa jenayah.

Jaga-jaga ya. Jangan terpedaya dengan 'trick' cedera dan darah di baju ini. Stay SAFE!

Friday, June 26, 2009

Aku, Pau Char Siew dan Pai Tourtiers yang Lazat dan Berkhasiat

Akhirnya, setelah sekian lama, sebuah perkataan Melayu yang paling ditakuti lagi digeruni untuk dipergunakan di dalam masyarakat kita yang beradab dan 1 ini telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Perkataan yang kebanyakkan daripada kita telah lama menganggap sebagai kesat, kasar dan lucah ini sudah boleh di guna pakai secara meluas tanpa rasa segan dan silu. Perkataan yang dipenuhi dengan makna yang jijik lagi meloyakan ini, sesudah sekian lama di anggap sebagai satu perkataan terlarang di dalam masyarakat kita yang 1 ini, telah di martabatkan kedududkannya dari longkang ketamadunan kita ke taraf yang sama rata dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu yang lain.

Dengan siapa perlu kita berterima kasih di atas pelonjakkan darjat perkataan ini? Tidak lain dan tidak bukan, si virus selsema yang halus dari jenis A H1N1. Tanpa mu, wahai virus selsema yang halus dari jenis A H1N1, masyarakat kita di Malaysia yang 1 ini tidak mungkin dapat mempergunakan perkataan yang dahulunya terlarang ini dengan meluas tanpa sebarang rasa segan dan silu. Kini, sesiapa sahaja yang mempergunakan perkataan ini di dalam melaksanakan kerja dan tugas harian mereka tidak lagi akan di anggap kasar dan kurang di ajar. Tidak akan ada lagi tanggapan dan pandangan yang serong di lemparkan ke atas mereka-mereka yang akan mempergunakan perkataan ini di dalam perbualan seharian mereka.

Bergembiralah! wahai penulis-penulis, wahai novelis-novelis, para-para penyair dan penggiat-penggiat sastera! Bersoraklah! wahai pelajar-pelajar tinggi dan rendah, wahai murid-murid sekolah! Bergembiralah! di novel-novel kamu mahupun di buku-buku latihan sekolah kamu! Sekarang, tidak perlu lagi kamu bersorok! Tidak perlu lagi kamu bersembunyi! Tidak perlu lagi kamu meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain yang kurang impaknya! Tidak perlu lagi kamu memerah otak untuk mencari jalan untuk memperenakkan hasil nukilan dan karya-karya agung kamu.

Selamat datang, wahai perkataan hikmat lagi keramat! Selamat datang aku ucapkan! Aku harap kamu dapat dipergunakan sebaik-baiknya. Aku harap kamu tidak akan lagi di anggap sebagai terlarang. Aku harap kamu tidak lagi akan dilonggokkan di dalam longkang ketamadunan yang dipenuhi cairan-cairan yang jijik lagi meloyakan.

Mari...

Hidulah udara segar kemerdekaan yang telah kamu kecapi, yang telah lama kamu dahagakan, yang telah lama kamu idam-idamkan, yang telah lama kamu mimpi-mimpikan. Hiruplah udara kemerdekaan kamu sepuas-puasnya.

Bergembiralah! Kamu berhak merayakannya! Setelah sekian lama kamu di pandang hina, setelah sekian lama kamu di pijak-pijak, di lenyek-lenyek, di anggap kotor dan jijik, mari, wahai perkataan yang hikmat dan keramat, rayakanlah kejayaan kamu.

Selamat datang ke dunia peradaban dan ketamadunan, wahai perkataan hikmat lagi keramat!

Selamat datang, aku ucapkan.

Goodbye, Michael...

Sebagai tribute aku untuk mendiang Michael Jackson, aku akan membuat post ini di dalam bahasa Inggeris...


What can I say?

I first heard the news at exactly 7:19 am on my mobile. A Star News alert that I subscribe to said;

'26/6 Multiple award-winning pop giant Michael Jackson, 50, dies in LA hospital after cardiac arrest at home; see thestar.com.my/STAR'.

It was shockingly surreal. I just couldn't believe my eyes. I had to get a confirmation on the news so I switched on my TV to the Breakfast Show. After a while, they confirmed it. He has passed away...

A wave of sadness came over me. I couldn't move. I was silent. I was numb. I was heartbroken.

The King of Pop himself has died.

My first introduction Michael and his genius was the song 'Beat It'. I remember it quite well because I really loved the video. I must have been 6 or 7 at the time. As an impressionable kid, the image of this guy swaggering and absolutely oozing with coolness left a huge mark in my psyche. That awesome guitar riff in the middle of the song was seared into my mind forever. The dancing was so out-of-this-world that I even tried to imitate it. Every one of my friends loved him too. On the bus to school, we would all gang up to pester the driver to play 'Beat It' on the radio. Most of the time, he said yes. Riding home on the bus from school, listening and singing 'Beat It' with my friends. Those were some of my happiest memories that I have ever had.

Michael was there throughout my teens and my early twenties and his influence and his songs have been in my mind for all those years. 'Billie Jean', 'Thriller', 'Black and White' and a whole bunch of other songs were like the background music of my life, eventhough I was more into rock and indie. A bit of pop, now and then, won't kill you.

My favourite Michael Jackson song is 'Man In The Mirror'. For me, it is one of the best songs EVER! I won't bother writing down the lyrics for you because I'm sure you know them. A song about change. A song that has insipired me as well as many countless others, I'm sure. I have yet to hear of another song that carries the simple message that in order to change the world, YOU have to change first. Absolute genius!

What can I say?

I am sure the world is now in mourning for the great man. I am sure that countless other tributes to him will be written in the next few days, months and years to come. I am sure that he has inspired countless men and women everywhere, to write, to sing, to dance, to further the great cause that is art, in all it varied, multitudinous forms. I am sure that even the generations of humanity in the future will also come to love and honour his music.

I am sure that he will be remembered.

Good bye Michael.
We will all miss you.

August 29, 1958 – June 25 2009

Tuesday, June 23, 2009

Jack! Aku Dah Tahu 'Trick' Engkau

"Laaaa... Ye ke?"

"Cuba ko try. Mesti jadi. Kepala ko kena kosong geng. Ko jangan hadap buku tu dari mula sampai habis. Aku gerenti ko akan letih macam tu. Selalunya, aku baca buku lain pada masa yang sama."

"Orait geng. Aku akan try gak malam ni."

"Kalau ko baca buku-buku dia yang lain, ko try buat macam apa aku cakap tadi."

"Apasal kena macam tu huh?"

"Aku pun tak tau. Tapi trick ni aku gerenti berkesan."

"Ok..."

Monday, June 15, 2009

Mimpi Ngeri Si Rempit Sejati


Kalau benda-benda ni keluar meronda-ronda KL di hujung minggu, aku berpendapat yang dua perkara penting akan berlaku.

1. Aku dan crew-crew aku akan berhenti 'meronda'.

2. Aku dan crew-crew aku akan mencari hobi baru. (seperti mengumpul setem, bercucuk tanam, memancing dan sebagainya)


P.S. - Motor-motor tersebut kini ditugaskan untuk meronda kota Zagreb, Split dan Dubrovnik.

Encik Okada! Tolong Ambik Balik Kucing Awak

Hi! My name is Johnny and I'm just...

You can do it Johnny. Just say it. C'mon...


My name is Johnny... and I'm a...


You can do it Johnny! C'mon!


...chronic book addict.


Yeahhhh!





Confirm!
Aku dah gila!

MeRempit bersama Beng : Satu Malam di SS2

"Beng! Gua rasa kita sama la. Semua orang tada suka sama kita."

"Betul. Betul. Gua pun rasa itu macam."

"Gua punya crew selalu kena tahan polis. Mau check IC la, lesen la, roadtax la. Itu hari, gua pun ada kena tahan. Semua check. Nasib baik masa tu gua guna motor member gua. Tada bikin. Tapi itu 'mata' daring-daring juga sama gua."

"Lu lepas ka?"

"Lepas la. Semua ok masa tu. Tapi kalau gua guna motor gua, sure kantoi punya mah!"

"Gua pun ada sama problem sama lu. Kalau ada road block aaaa, sure kena punya."

"Kenapa? Lu punya kereta banyak bikin ka?"

"Mesti mah! Gua punya sound system manyak syok lu tau. Ada sub woofer, tweeter. Semua siap! Baru syok mah... Itu pun kena tahan! Itu 'mata' sudah ingat gua kaki race ooo. Mana ada gua race... Kalau gua mau race, gua tada pasang sound system, lu tau."

"Lu pasang kuat sangat kot?"

"Abang! Kalau gua nampak depan ada road block aaa, lu ingat gua gila ka mau pasang radio kuat-kuat?"

"Habis tu?"

"Gua rasa dia sudah nampak muka gua aaa, dia sure ingat gua ada buat salah punya."

"Gua rasa lu punya rambut laa. Mana ada orang Cina rambut blonde macam lu."

"Itu suka hati gua mah! Gua mau dye blonde ka, merah ka, hijau ka, mana ada gua kacau sama orang! Betul?"

"Betul. Betul."

Belated Birthday

Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Che Guevara...
Selamat...
Hari..
Jadi...

Happy Birthday Che!

Aku 'dedicate' lagu ni untuk crew-crew sayap kiri yang ada berkeliaran di alam maya dunia siber!

Wooohoooo!




p.s - Patut aku buat post ni semalam tapi, seperti biasa, aku lupa. Hehehehe...

Tuesday, June 9, 2009

Satu Pagi di Pantai Normandy

Disebabkan aku terlampau menyibukkan diri sejak 2-3-4 hari yang lalu, aku terlupa nak membuat tribute di 'Rempit Chronicles' untuk menyambut Ulangtahun ke 65 D-Day, yang sepatutnya disambut pada 6 Jun yang lepas.

Bagi mereka semua yang lupa, buat-buat lupa atau yang memang tak tahu langsung (Tuhan peliharalah mereka yang jahil ini, Amin), D-Day adalah operasi ketenteraan pihak Bersekutu a.k.a. Allied yang telah membebaskan Eropah daripada cengkaman puak-puak Nazi berbangsa Jerman yang menyangka mereka ini adalah 'rahmat Tuhan kepada manusiawi'.

Puluhan ribu askar-askar Bersekutu telah mempertaruhkan nyawa-nyawa mereka di pantai-pantai Normandy untuk menyerbu dan menawan kubu-kubu Nazi sambil ditembak bertalu-talu oleh senjata-senjata automatik yang pelbagai kaliber dan saiz. Beratus-ratus askar elit payung terjun pihak Bersekutu juga telah menerjunkan diri dari kapalterbang-kapalterbang pengangkut Bersekutu ke Semenanjung Cherbourg untuk mengalih perhatian askar-askar puak Nazi.

Tak perlulah aku nak ulas berapa ramai nyawa askar-askar Bersekutu yang telah melayang pada hari itu. Tak perlulah aku nak ulas tentang keberanian mereka. (Aku tak layak untuk berbuat demikian. Ada ramai lagi penulis-penulis mahir yang lebih layak dari aku untuk menceritakan hal yang dahsyat ini.)


Akhirnya, operasi ketenteraan ini telah berjaya menawan daerah Normandy. Dari kejayaan pihak Bersekutu inilah, akhirnya, langkah-langkah untuk mengalahkan puak-puak berfahaman Nazi ini dapat diteruskan di tanah besar Eropah.

Mula-mula Normandy, kemudian Paris, kemudian Berlin.

Akhirnya, pada 8 May 1945 (VE Day), puak-puak Nazi ini telah mengaku kalah dan dunia telah dapat diselamatkan daripada fahaman Nazi yang bodoh dan angkuh itu.

Walaupun kita duduk jauh di Asia Tenggara, kita tidak patut melupakan pengorbanan askar-askar Bersekutu yang telah terkorban di pantai-pantai Normandy. Semoga mereka semua akan sentiasa di ingati dan pengorbanan mereka untuk memperjuangkan nilai-nilai murni demokrasi tidak di sia-siakan.

'Semper Fi'

Wednesday, June 3, 2009

Aku dan Artikel 24

Artikel 24 di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia adalah artikel yang PALING aku suka. Ianya berbunyi:

'Everyone has the right to rest and leisure, including reasonable limitation of working hours and periodic holidays with pay.'

Atau bagi mereka-mereka yang 'spik no inglis',

'Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.'


Klik di sini untuk baca keseluruhan Deklarasi itu (dalam Bahasa Melayu).

Tuesday, June 2, 2009

33 sen yang Tak Ternilai

"Hello."

"Hi. You buat apa tu?"

"Kerje la. You?"

"Kerje gak. Ok. Byeee..."

"Kenapa you call?"

"Saje je. Hihi..."

Call summary
00:00:13

Aku dan Anak-Anak Haram yang Berideologi Kommunieste (a.k.a. Commie Basterds!)

Aku tak tau kalau korang ada perasan atau tidak tetapi sejak kebelakangan ni, tugas/tanggungjawab si Mat Rempit sebagai budak belasahan a.k.a. whipping boy media arus perdana telah di ambil alih. Siapa yang telah berani mengambil alih tugas/tanggungjawab ni? Siapakah binatang hina ini yang telah berani mencabar tugas/tanggungjawab si Mat Rempit sebagai momok/hantu seram/anasir subversif di dalam masyarakat kita yang 1 ini?

Tak lain dan tak bukan, anak-anak haram yang berideologi kommunieste a.k.a. Commie Basterds! Celaka sungguh! Segala hasil usaha dan titik peluh si Mat Rempit untuk mengekalkan posisi mereka sebagai budak belasahan a.k.a. whipping boy de facto media arus perdana habis hanyut dan luput. Seolah-olah si Mat Rempit ini tak wujud jadinya. Celaka ko Commie Basterds!

Tak reti-reti ke yang korang ni tak cool? Tak reti-reti ke yang korang ni dah ketinggalan zaman? Tak percaya? Cuba try cari Soviet Union kat peta. Soviet Union dah berkubur, bernesankan 2 biji botol Coca-Cola kat sebelah cawangan McDonald's Moscow, berhampiran dengan kedai Porsche. Celaka ko Commie Basterds!

Ko tau tak yang si Mat Rempit ni terpaksa bertungkus-lumus menghadapi saingan untuk slot masa dan inci persegi di media arus perdana dari para politikus profesional/amatur, artis-artis Melayu yang glam/menyedihkan dan tahap prestasi sukan bolasepak negara? Korang ingat senang ke nak daptkan slot prima di warta berita jam 8 malam (yang dulunya jam 9 malam)? Korang ingat senang ke nak dapatkan slot di dalam rancangan bual bicara/bicarawara yang menerobos di RTM1/RTM2/TV3/NTV7/TV9/Awani/Bernama? Korang ingat senang ke nak dapatkan editor-editor akhbar yang tersohor untuk menulis ulasan yang berjela-jela mengenai kami di muka tengah akhbar-akhbar arus perdana? Sekarang ko pulak nak masuk campur? Apa cerrr mamat? Celaka ko Commie Basterds!

Apa yang korang nak sebenarnya? Apa? Cerita sikit kat aku.

Jaga-jaga sikit kalau ko keluar malam! Kalau aku jumpa ko, wahai Commie Basterds, aku dan crew-crew aku tak akan tunjukkan sebarang rasa belas kasihan! Ko jangan ingat yang member ko Kim Jong-Ill tu boleh tolong korang. Dia ada masalah yang jauh lebih besar sekarang.

'Joe for King!' korang kata ya?

Joe dah mati la bodoh!

(Aku rekomen ko baca dulu sebelum ko tengok wayang dia)

Wednesday, May 27, 2009

Apa Hisham Kata (9)...

Aku sebenarnya dah agak bosan nak mengetengahkan isu rempit-merempit ni. Boring! Asyik benda-benda sama je! (Agaknya sekarang giliran Mat Rempit untuk menjadi budak belasahan media)

Tapi, seperti biasa, Abang Hisham dari Tukar Tiub telah kembali membawa sinar satiranya yang kelakar dan tepat.


kah kah kah…..TAK KAN SEMUA YANG MEREMPIT ITU SAMSENG…kah kah kah…

kah kah kah… SAMSENG ORANG JAHAT… MAK REMPIT HANYA CELOK KIRI… CELOK KANAN… NAK BERMAIN MOTOR.. kah kah kah..

Klik di sini untuk membaca seluruh postnya.

Wayang-Wayang Rempit Yang Wajib Di Tengok

Di dalam dunia filim dan wayang yang luas, ada beberapa wayang rempit a.k.a. movie biker culture/counter culture yang aku rasa wajib di tengok. Di antara wayang rempit yang ikonik adalah 'The Wild One' dan 'Easy Rider'.




'The Wild One' (1953), adalah, pada pendapat aku, bapak kepada segala wayang-wayang rempit. Marlon Brando yang membawa watak Johnny Strabler itu telah (dan masih lagi) menjadi imej ikonik yang akan muncul di kepala peminat-peminat dan penunggang-penunggang motorsikal di seluruh dunia. Imej Brando a.k.a Johnny Strabler yang menunggang motorsikal Triumph Thunderbird model 1950 sambil memakai jeket kulit berwarna hitam, seluar jeans dan topi yang senget itu telah membakar imaginasi dan semangat pemuda-pemudi di seluruh pelusuk dunia. Ia telah mempengaruhi budaya pop barat sehinggakan James Dean dan Elvis Presley juga turut dipengaruhi. Berkodi-kodi jeket kulit, but hitam, seluar jeans dan motor Triumph Thunderbird telah terjual hasil dari wayang itu. (Paling ironik sekali, karektor Johnny Strabler menggunakan motor Triumph, dan bukan motor Harley Davidson ataupun motor-motor buatan US yang lain. Hahaha...)




'Easy Rider' (1969), yang di bintangi Peter Fonda, Dennis Hopper dan Jack Nicholson, juga adalah wayang rempit yang amat popular. Kalau 'The Wild One' adalah bapak segala wayang rempit, 'Easy Rider' pula adalah mak kepada segala wayang-wayang rempit. Wayang counter culture ini telah mencerminkan dengan jelas budaya popular Amerika di hujung era 60an. Siapa yang boleh lupa imej ikonik chopper (berenjin Panhead) yang digelar 'Captain America' di dalam wayang itu? Kisah Wyatt dan Billy yang merempit merentasi Amerika ini telah seolah-olah menjadi penutup era 60an yang paling baik dan sesuai; di mana konflik dan pertembungan nilai di antara budaya pemuda-pemudi era 60an dan budaya Amerika yang konservatif telah digambarkan dengan jelas. (Dalam wayang ni, Wyatt dan Billy menggunakan chopper yang berenjin Harley. Bayangkan kalau Wyatt dan Billy guna motor British dalam wayang ni. Mesti tak jadi! Hahaha...)

Thursday, May 21, 2009

Che Guevara Adalah Seorang Mat Rempit

Pada tahun 1952, Ernesto Che Guevara dan kawan baiknya, Alberto Granado, telah merempit sambil menjelajah benua Amerika Selatan dengan menggunakan sebuah motorsikal Norton buatan British. Motorsikal hampeh yang tidak boleh diharap langsung itu telah di beri nickname 'La Poderosa II' a.k.a The Mighty One The Second a.k.a Si Gagah Perkasa ke-Dua.

Kisah rempit mereka berdua ini telah di tulis sendiri oleh Che di dalam diarinya yang telah dijadikan buku 'The Motorcycle Diaries'. Sebenarnya, diorang berdua bukan setakat merempit saja. Trip inilah sebenarnya yang telah membentuk pemikiran Che, seorang yuppie middle class dari Argentina, menjadi seorang revolusioner yang akan berjuang untuk menentang penindasan diktator-diktator boneka di Amerika Selatan. Impak dari trip backpacking (dan bukan trip merempit akibat Norton yang hampeh itu) yang bersejarah ini masih dirasai di seluruh dunia hingga ke saat kini.

Aku rekomen korang baca buku dia dulu sebelum korang tengok wayangnya.

P.S - Che dan Alberto tak sempat merempit jauh pun. Motorsikal Norton yang mereka pakai tu hampeh. Mereka berdua sepatutnya pakai Harley Davidson yang berenjin 'Flathead'. Tapi agaknya kalau diorang pakai Harley, nanti Yankee sangat kot...

Replika La Poderosa II


Superman Original

Pada 13 September 1948, Rollie Free, seorang pelumba motorsikal Amerika Syarikat, telah memecah rekod kelajuan motorsikal Amerika (pada ketika itu) di Bonneville Salt Flats, Utah. Gambar En. Free, yang hanya memakai seluar mandi dan menggunakan posisi 'Superman' itu telah di katakan sebagai gambar paling terkenal di dalam arena motorsikal. Motorsikal yang digunakan oleh En. Free adalah model keluaran syarikat Vincent HRD Co Ltd yang digelar, Vincent Black Lightning. Rekod kelajuan yang dicapai oleh En. Free pada hari itu ialah 241.905 km/h.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pencapaian Rollie Free dan motorsikal Vincent Black Lightning beliau, korang boleh klik di sini dan juga di sini.

(Gambar ihsan Motorcycle-USA.Com)

Call Pendek di Pagi Hari

"Babe... Adam kalah."

"Hello... Ada apa ni?"

"I baru tengok result 'American Idol'. Adam kalah. Sedihnya..."

"Huh?"

"Adam Lambert kalah... Huhuhu..."

"Adam mana ni?"

"You ni!!! Finalist favret I kat 'American Idol' kalah."

"Sooo...?"

"Dah lah. Malas call you lagi dah."

--click--

Tuesday, May 19, 2009

Aku, Ken Kesey dan Wad Mental

"Babe... Lately, you ni makin pelik la?"

"Pelik?"

"Haa laaa... You makin suka baca buku yang serious."

"Buku serious? Ehhh... SF tak serious sangat la. Kan banyak orang baca."

"I tak kisah sangat you baca cerita-cerita space you tu. Tapi ni haa... One Flew Over the Cuckoo's Nest? Sebelum ni you baca buku Salinger. Sebelum tu you baca buku Sylvia Plath."


"So...?"

"The Bell Jar? Sejak bila you minat benda-benda macam ni? You demam ke? "

"Demam? Takde lah I ok je."

"You sure?"

"Kenapa ni?"

"I risau la. You sekarang macam dah lain je. Dah makin serious."

"You tak suka ke I macam ni?"

"Tak la macam tu. Tapi..."

"Lepas ni I nak baca 'On the Road' pulak."

"Ok... You ni siapa and what have you done to my boyfriend?"

Aku, Uniform Sekolah dan Cikgu Disiplin

Ahad lepas, aku ada sms sepupu aku. Dia ni cikgu sekolah menengah. Dia ajar Fizik tingkatan 4. Sms aku pendek je. Aku ucapkan "Selamat Hari Cikgu!!!" kat dia. Aku sendiri pada masa tu takde lah mengharap sangat yang dia akan balas balik. Bukan nya apa. Dia selalu sibuk. Sibuk yang sahih dan benar, bukan buat-buat sibuk.

Dalam 10 minit lepas aku sms dia, sepupu aku ni pun membalas balik sms aku. Di bawah adalah keseluruhan sms dia, verbatim.

"Bila murid duduk... cikgu berdiri! Bila murid di seligi... cikgu pulak kena gari. Murid dtg naik BMW 7 siri... cikgu dtg naik kancil buruk road tax pun dah nak mati! Murid gie belajar sampai PhD... cikgu baru berkira-kira nak sambung degree. Namun cikgu tetap berbakti, bukan nak jadi lilin membakar diri... Tapi jadi bulan yg menerangi malam sunyi... Alahai... Panjang sangat pulak... Hehe... :-p Tima kasih :)"

Hehehe...

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan cikgu-cikgu sekelian...

Aku, Rock N Rolla dan cerita Sophie Kinsella

"Guy Ritchie is a genius! Genius. You ingat Guy Ritchie genius tak? I ingat dia ni genius."

"OK la kot."

"Ok? OK?! Movie of the year babe!"

(Nama mamat ni Johnny gak...)


"I tak minat sangat la cerita-cerita macam tu. Anyway... You dah janji kan tadi? Lepas ni kita tengok cerita I pulak."

"You nak tengok cerita apa?"

"Cerita yang I pilih la tadi. Dah lupa?"

"Babe. I lupa la. Besok I kena masuk ofis awal. Boss I dah pesan last week."

"Jangan nak mengada ehh! You promised!"

"Betuuul babe. Tak tipu. I kena..."

"Duduk situ diam-diam. I nak tengok cerita ni dengan you jugak. You promised."

"Ohh God..."

"Babe..."

"Hmmmm..."

"Shuuuush... Cerita dah nak start."

Wednesday, May 13, 2009

Hari Keramat...

Korang ingat tak hari ni hari apa?

Hari ni Hari Ulangtahun ke 40 tau.

Tengok sikit tarikh posting ini dan pikir balik...

Apa Hisham Kata (8)...

Untuk Edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini, aku ingin korang baca posting di bawah. Artikel ini sebenarnya adalah satu post dari blog yang tersohor 'Tukar Tiub' yang dikendalikan oleh Hishamudin Rais. Sekiranya anda ingin melihat post tersebut di blog itu, klik di sini.

Aku harap Abang Hisham tak marah kat aku kerana mengambil keseluruhan entri beliau. Aku tidak berniat untuk memplagiat hasil usaha intelek beliau. Aku berbuat demikian kerana sebagai seorang 'Mat Rempit' yang tipikal, aku dah terlalu bosan dan marah akan stereotype yang selalu di gembar-gemburkan di media dan melalui post ini, aku harap korang dapat tengok dan rasa pandangan dan pendapat kami, si Mat Rempit.


SEKALI LAGI MAT REMPIT


Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mitahli dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minama untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)

Post asal dari Tukar Tiub (http://tukartiub.blogspot.com/)
13 Mei 2009
Posting original boleh didapati di (http://tukartiub.blogspot.com/2009/05/mat-rempit-sekali-lagi.html)


P.S -
Pada hari yang sama juga, Abang Hisham ada membuat satu lagi post yang ada kena mengena dengan topik yang sama. Klik di sini untuk baca post itu.

Tuesday, May 12, 2009

Apa Hisham Kata (7)...

Edisi "Apa Hisham Kata..." kali ini memaparkan satu lagi sebab menagapa Abang Hisham adalah seorang profesional yang amat mahir di dalam bidang yang di ceburinya.

Sebagai seorang peminat genre SF, aku angkat tangan dan tabik sama Abang Hisham kerana telah membuat penemuan terbaru di dalam bidang astronomi 'fiksyen'. Dua planet yang diduduki oleh makhluk-makhluk yang ajaib lagi mena'jibkan.

"kah kah kah… MUNKEE NI DARI PLANET HOLYWOOD ATAU DARI PLANET YOURANUS…. kah kah kah"

Planet Youranus.

Hahahahahahahaha...

Untuk membaca sepenuhnya post ini, klik di sini.

Wednesday, May 6, 2009

Aku, Sasterawan Negara dan Bau Busuk lagi Membusukkan

"Geng! Aku tak peduli! Ko kena gak bagi tau aku sumber rahsia ko ni. Mana ko dapat benda ni? Minggu lepas lu dah jumpa Pepatah-Petitih. Dah la buku tu rare. Ni boleh lak lu jumpa barang ni."

"Mana boleh cakap geng. Gua tak suka pecah lubang. Gua kena la protect source gua."

"Maaaak aiiii! Mana lak ko belajar perkataan tu? Cibai ko!"

"Hehehe... Lu jangan ingat lu je yang ada otak dalam rumah ni. Hehehe..."

"Lahanat!!!"

"Amacam geng? Mau?"

"Lagi mau tanya... Mau laaaa..."

"Hehehehe..."