Friday, October 31, 2008

Minyak Turun Lagi...

Bagus gak dapat SMS berita ni.

31/10 Petrol and diesel prices down by 15 sen from 12:01am Saturday. New price RON97: RM2.15 per litre, RON92: RM2.05, diesel: RM2.05/STAR

Oh ya...

Lupa lak...

Selamat Hari Halloween a.k.a. Hari Hantu!

Hehehehe...

Thursday, October 30, 2008

Menarik Ni...

Aku tengah testing program Twitter di "The Rempit Chronicles".

Menarik jugak. Aku boleh update guna fon aku je. Hehehe...

(Memang sah aku dah ketagih dengan alam siber! Ada tak program 21 Langkah untuk 'memulihkan' aku dari ketagihan ni? Hehehehe...)

Wednesday, October 29, 2008

Malaysian Chopper...

(Gambar ihsan TheStar.Com.My)

Banyak orang sudah mengeluarkan pendapat tentang isu pembelian Eurocopter. Tidak kira di mana saja, sama ada di kedai mamak sambil minum kopi, mahupun di pejabat-pejabat tinggi di KLCC. Semua orang ada pendapat masing-masing. Ada yang kata itu, ada yang kata ini. Dunia blogosfera Malaysia pun tidak terkecuali. Rata-ratanya, ianya suatu isu panas dan tidak salah jika saya mengatakan yang kebanyakan rakyat mengatakan yang penangguhan pembelian tersebut adalah sesuatu yang wajar, jika ia diletak di dalam konteks ekonomi sekarang. (Aku tak mahu sentuh tentang bab politik. Itu satu topik besar yang lain. Mungkin di posting yang akan datang.)

Tetapi, aku jarang pula mendengar pendapat mereka-mereka yang akan menggunakan helikopter tersebut. Pendapat tentera-tentera kita. Pendapat juruterbang-juruterbang tentera yang terpaksa menggadai nyawa setiap kali helikopter lapuk Nuri terpaksa di gunakan. Agaknya, apa yang mereka fikirkan?

Mungkin mereka sudah lama mengeluh. Agaknya, mereka bertanya, mengapa helikopter Nuri yang telah usang ini masih digunakan untuk tugas-tugas mempertahankan negara. Aku pun tak tahu. Aku mahu bertanya tetapi malangnya, aku tak ada kenalan yang sedang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera. Jadi, kesimpulan itu, aku main agak saja. Mungkin betul, mungkin tidak.

Tetapi, kalau nak di fikirkan, selagi pembelian helikopter-helikopter baru ini ditangguh, yang akan menanggung risiko paling tinggi adalah mereka-mereka yang menjadi tunggak pertahanan negara. Pemuda dan pemudi kita yang sanggup berkhidmat untuk menjaga keselamatan negara.

Merekalah yang akan menggadaikan NYAWA mereka setiap kali helikopter lapuk Nuri masih di gunakan.

Siapa yang akan menangis apabila satu lagi helikopter lapuk itu jatuh dari langit? Siapa yang akan mendoakan mereka? Siapa yang akan mengingati mereka?

Sebab itu lah, aku berpendapat yang sesiapa sahaja yang SENGAJA melambatkan proses pembelian ini, sama ada dengan tujuan untuk meraih keuntungan yang lebih, mahupun untuk mendapatkan sokongan politik, untuk APA-APA sahaja sebab, mereka lah akan menanggung beban NYAWA pemuda dan pemudi negara yang berkhidmat sebagai askar-askar negara. Setiap kali enjin Nuri yang usang itu di hidupkan, setiap kali itu lah nyawa tentera kita di pertaruh!

Aku tak peduli kisah korupsi!

Aku tak peduli kisah ekonomi!

Aku mungkin salah di dalam merumus pendapat aku. Aku mungkin keseorangan di dalam hal ini. Tetapi aku tidak peduli...

Sudah sampai masanya kita, sebagai rakyat negara ini, mengingati kembali sumbangan tentera-tentera kita untuk menjaga keamanan negara. Mereka-mereka inilah yang akan berdepan dengan musuh kita, mereka-mereka inilah yang akan menggadaikan nyawa mereka untuk KITA!

Jangan sia-siakan KHIDMAT dan NYAWA mereka!

Berilah mereka kelengkapan-kelengkapan yang terbaik supaya mereka boleh melaksanakan tugas mereka. Kalau tak mampu beli 20 biji, beli 10 biji dulu. Kalau tak mampu beli 10 biji, beli 5 biji dulu.

Mereka semua tidak meminta banyak dari kita. Mereka tidak mahu pingat. Mereka tak mahu darjat.

Yang hanya mereka mahu ialah supaya kita mengingati sumbangan mereka. Janganlah di sebabkan masalah politik atau ekonomi, nyawa mereka di sia-siakan begitu sahaja.

Susah sangat ke nak buat itu?

Jalan Alor...

Hahahahahaha...

Selepas 'insiden-kaki-di-dalam-mulut' (a.k.a. 'Foot In Mouth Incident') Jalan Kejora baru-baru ini, akhirnya Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menukar-balik nama Jalan Kejora kepada nama asalnya, Jalan Alor.

Tau takpe...

Nak memandai-mandai pegi tukar nama yang dah terkenal di serata pelusuk dunia tu buat apa, wahai Datuk Bandar? Apa faedah yang Dewan dapat?

Dah la kena kutuk. Yang nak di pamerkan kepada semua orang yang Dewan Bandaraya ni tak ada otak buat apa? Siapa yang malu? Siapa yang segan? Penduduk, peniaga dan pelawat Jalan Alor ke?

Aduiiii...

Tolong la!

Lain kali, apa kata kamu-kamu semua yang ada tanggungjawab di dalam pentadbiran DBKL, sekali-sekala guna akal kamu yang telah di kurniakan Tuhan...

Fikir baik-baik. Mintak buah fikiran penduduk yang terbabit semasa nak keputusan. Kalau lah ada SATU orang wakil DBKL yang ada bertanyakan pendapat penduduk, peniaga dan pelawat di Jalan Alor tu, 'kontroversi' ni tak akan berlaku. Betul tak?

Kenapa perlu nak di tayangkan ke khalayak ramai yang DBKL tak ada otak? Kenapa saya, seorang awam biasa yang 'blue-collar', boleh fikir benda-benda ni, sedangkan Dewan yang memegang tanggungjawab mentadbir KL, ada ramai staff yang lepasan universiti?

Tak kan tak tau cover line bro?

Saturday, October 25, 2008

Mdnia Minasua...

The paomnnehel pweor of the hmuan mnid

Aoccdrnig to rseearch, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlhoe.


Cuba try...


Viva Italia...

(Gambar dari Motorcycle.Com)

Apa dia faktor yang menyebabkan apa-apa produk dari Itali mempunyai daya tarikan yang amat kuat?

Warna nya ka?

Bentuk nya ka?

Aku berborak dengan seorang peminat Alfa Romeo (alfisti dalam bahasa Itali) siang tadi. Masa tu aku tengah menunggu kereta ofis yang sedang di servis. Sama-sama kebosanan la kiranya.

Aku pun saja bertanya sekiranya Alfa yang sedang berada di atas ramp di workshop tu kereta miliknya. Ya, dia menjawab. Aku pun terlepas la cakap yang aku ni peminat motor Itali. Maka dari situlah mula la kami berdua berborak tentang apa dia yang menyebabkan kami berdua begitu minat produk-produk Eropah yang mahal ni.

"Pakcik suka betul design dia. Awak dah tengok gambar latest Alfa 8C Competizione?"

"Ada. Lawa! Memang lawa!"

"Itu la dia. Itu pun baru Alfa Romeo. Belum Pakcik nak cakap pasal Lamborghini lagi tu. Ferrari belum bukak cerita lagi. Pakcik memang minat betul la kereta-kereta diorang."

Aku pun tidak menafikan yang kereta-kereta Itali sememangnya ada daya tarikan yang unik. Aku tahu yang bukan semuanya hebat-hebat tetapi kalau di beri peluang untuk memilih, aku akan lebih tertarik kepada brand Itali. Tak tau kenapa...

MV Agusta, Ducati, Aprillia memang dah lama aku minat. Skuter Piaggio pulak memang jauh lebih 'sylo' dari mana-mana skuter buatan Jepun. Apa dia yang ada pada produk-produk Itali ni yang membuat kan mereka begitu menarik sekali?

Apakah yang mendorong pereka-pereka Itali sehingga mereka boleh mencipta barang-barang yang teramatlah lawa? Bukan terhad kepada kereta dan motor sahaja. Brand-brand terkemuka dunia berasal dari Itali. Giorgio Armani, Versace, Fendi, Panerai etc...

Apa yang diorang makan?

Thursday, October 23, 2008

Kueh-Mueh...

"Ko nak tau time bila kueh raya paling sedap?"

"Bila?"

"Time hujung bulan raya."


Mmmmmmm....

Sedapnyeeee...

Wednesday, October 22, 2008

Konflik Diri 2...

Kapitalisme atau sosialisme?

Aku tengah berfikir, yang mana satu sistem yang terbaik. Kedua-dua nya ada baik dan buruk. Tetapi, sejak kebelakangan ni, aku seolah telah mendapat satu 'epiphany'. Ianya tidak datang secara mengejut, tetapi secara perlahan. Semasa aku sedang menunggang motor aku, semasa aku sedang memandu boss aku, semasa aku sedang menunggu.

Aku rasa, kelemahan bukan nya pada kedua-dua sistem itu sendiri, tetapi pada pengamal sistem-sistem tersebut.

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Sifat tamak dan haloba akan menggagalkan kapitalisme. (Tanya Adik-Beradik Lehman kalau tak percaya.)
Pencarian tanpa henti keuntungan maksima tanpa menghiraukan mereka-mereka yang tercicir di dalam arus pembangunan akan menggagalkan kapitalisme.
Tangan Halimunan akan membantu ramai di antara kita tetapi bukan semua.
Tangan Halimunan tidak akan menolong mereka yang lemah, yang miskin, yang berkelas rendah, yang tidak bermodal.
Jangan lupa, kepentingan diri adalah satu dorongan yang amat kuat di dalam hati manusia.
Apabila keuntungan besar terbujur di atas meja, siapa di antara kita yang sanggup memeluk tubuh, buat tak tahu?
Apa yang kamu buat sekiranya peluang tersebut terbuka kepada kamu?

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Pada hakikatnya, kapitalisme tidak menggalakkan penanaman modal di dalam aktiviti yang tidak menguntungkan. Tidak ada sistem di dalam kapitalisme yang boleh digunakan untuk membantu golongan miskin. Mereka hanya boleh di bantu hanya melalui 'campur tangan' kerajaan yang memerintah (cara yang tidak digemari oleh sistem kapitalisme) ataupun melalui sifat 'filantropik' pemegang-pemegang modal yang besar. Dalam kapitalisme, orang miskin hanyalah sumber pekerja yang murah dan mudah diperalat.

Dalam sosialisme pula, sifat angkuh dan korupsi para pemimpin dan wakil-wakil kerajaan akan menggagalkan sosialisme.
Sifat angkuh pegawai dan pemimpin kerajaan adalah tanah yang subur untuk menyemai korupsi.
Undang-undang ketat tidak akan menghalang korupsi.
Sifat tamak manusia akan muncul kembali.
Jangan lupa, kepentingan diri adalah satu dorongan yang amat kuat di dalam hati manusia.
Mereka yang memegang kuasa akan memastikan kuasa mereka tidak akan hilang.
Pagawai berpangkat rendah, 'bakshish' nya rendah. Pemimpin yang tinggi, 'bakshish' nya tinggi.
Apabila semuanya 'bisa di atur', masyarakat yang rugi.
Suara-suara yang 'sumbang' akan disenyapkan.
Penentang-penentang sistem akan di'hilangkan'.

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Secara teorinya, kapitalisme menggalak kan inovasi, kecekapan dan penjimatan.
Secara teorinya, sosialisme memelihara hak, maruah dan kepentingan semua.
Secara teorinya...

Tetapi...

Berapa ramai di antara kita yang akan menolak peluang untuk mendapatkan keuntungan segera?
Siapa di antara kita yang boleh berkata nilai moral ku tinggi dan kuat?
Siapa di antara kita yang mampu menolak wang dan kuasa sekiranya ia terhidang sedia di depan mata?

Yang lemah bukan sistem. Yang lemah itu kita. Manusia.

Jalan Kejora...

Hahahahaha...

Tahniah DBKL!

Anda semua telah terang-terang MEMPERBODOHKAN diri kamu sendiri di khalayak ramai. Tindakan untuk menamakan semula Jalan Alor kepada Jalan Kejora telah menunjuk kan KEBODOHAN dan KEDA'IFAN idea ahli-ahli Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab dalam hal ini.

Konon nya, disebabkan Jalan Alor terletak di kawasan Bukit Bintang, pihak DBKL ingin menjadi kan tema 'Bintang' sebagai tema kawasan tersebut. Jadi, jika mengikut 'lojik' itu, ahli-ahli Dewan telah merasa kan yang jalan-jalan di keliling kawasan tersebut kena lah mengikut 'tema bintang'.

Kejap... Kejap...

Aku nak gelak besar dulu...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...

Jadinya, Jalan Alor dinamakan semula sebagai Jalan Kejora dan seterusnya dan seterusnya.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...

Aduiiiii! Sakit perut aku!

(Gambar di ambil dari TheStar.Com.My)

Lepas ni nak buat apa pulak wahai ahli-ahli Dewan?

Tuesday, October 21, 2008

Boleh Start...

Motor aku dah boleh start! Woooooohooooooo!

Aku tak tau apa yang buat motor aku meragam semalam. Bila aku balik dari kerja semalam, aku terus cuba start motor aku balik. 2 kali aku kick start, terus enjin hidup.

Rasa marah ada, rasa lega pun ada...

Aku kena bawak motor aku pergi bengkel hari ni. Kalau motor aku mati tengah jalan, lagi naya...

Monday, October 20, 2008

Sedang Menunggu...

Aku tengah tunggu release 'Revolusi 48'. Dah 20 Oktober dah. Bila nak release ni?

---------------------------------------------------------------------------------------------

22 Oktober 2008

Aku baru dapat tau yang online release hanya akan di buat bulan November nanti.

Al Fatihah...

Pejuang kemerdekaan nasional, Shamsiah Fakeh, 84, telah meninggal dunia pagi tadi.

Al-Fatihah...

Semoga kisah perjuangan beliau tidak lagi di lupakan oleh golongan muda rakyat Malaysia akibat daripada 'pengolahan' sejarah yang di ajar di sekolah-sekolah kini.




History is written by the winners - Alex Haley

Aku MEMANG Benci Hari Isnin...

Motor aku tak boleh start pagi tadi.

Terpaksa aku naik LRT nak pegi kerja. Dah lama aku tak naik LRT. Ada dalam 3-4 tahun kot.

Masa aku beratur nak beli tiket, aku pun teringat kembali kenapa aku BENCI teramat sangat nak guna 'public transport'.

Line nak beratur panjang. Lepas tu aku terpaksa lepaskan 2 tren sebab penuh sangat. Bila aku dapat naik, aku terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lain. Lepas tu aku kena turun kat Masjid Jamek sebab nak tukar line. Kena beratur beli tiket lagi. Lepas tu kena beratur lagi untuk menunggu tren. Kali ni aku terpaksa lepaskan 1 tren sebelum aku dapat naik. Nasib baik ofis aku dalam 5 minit berjalan kaki dari stesen KLCC.

Masa terbuang, lebih kurang 45 minit.

Oh ya... Lupa lak. Sampai-sampai je ofis, aku kena TIAU dengan boss sebab lambat.

Aku BENCI hari Isnin!

(Tolong terangkan kepada saya, siapa yang mencadangkan stesen Masjid Jamek dijadikan 2 bangunan yang berasingan? Kenapa saya perlu keluar dari satu stesen dan masuk ke stesen lain untuk tukar tren? Buat satu bangunan saja tak boleh ke? Macam London?)

Tuesday, October 14, 2008

Harga Minyak Turun...

SMS ni member aku forward kat aku tadi. Woooooohoooooo!(?)

14/10 From tomorrow, RON 97 petrol reduced by 15sen to RM2.30; RON 92 petrol reduced by 10sen to RM2.20; diesel reduced by 20sen to RM2.20/STAR

Turun la lebih sikit wahai Datuk Menteri...

6 Hari Lagi...

Cuma tinggal 6 hari saja lagi sehingga 'release' dokumentari terbaru dari Fahmi Reza yang bertajuk 'Revolusi 48'.

Beberapa artikel di akhbar telah pun di tulis. Untuk membaca artikel-artikel tu, klik kat sini.

Yang agak menghairankan (?) ialah kekurangan pendedahan di akhbar Melayu. Kenapa ek? Hehehehe...

Thursday, October 9, 2008

Jom Makan...

"Awak dah makan?"

"Belum boss."

"Jom. Ikut saya. Saya malas nak lepak ofis ni. Nak elak client bodoh tu."

"Yang datang tadi tu ke?"

"Ya. Dah berapa kali saya explain konsep, tak paham-paham jugak. Nak kata bebal, duit banyak. Pandai meniaga. Jom. Kita pegi lepak kat mamak belah hujung sana. Jauh sikit dari ofis."

"Orait boss."

Hehehehe... Makan free aku hari ni. Alhamdulillah...


(Pinggan yang yang pernah di isi nasi, ayam dan sedikit sayur labu. Gelas pula pernah di penuhi dengan jus oren yang menyegarkan.)