Saturday, October 25, 2008
Viva Italia...
Apa dia faktor yang menyebabkan apa-apa produk dari Itali mempunyai daya tarikan yang amat kuat?
Warna nya ka?
Bentuk nya ka?
Aku berborak dengan seorang peminat Alfa Romeo (alfisti dalam bahasa Itali) siang tadi. Masa tu aku tengah menunggu kereta ofis yang sedang di servis. Sama-sama kebosanan la kiranya.
Aku pun saja bertanya sekiranya Alfa yang sedang berada di atas ramp di workshop tu kereta miliknya. Ya, dia menjawab. Aku pun terlepas la cakap yang aku ni peminat motor Itali. Maka dari situlah mula la kami berdua berborak tentang apa dia yang menyebabkan kami berdua begitu minat produk-produk Eropah yang mahal ni.
"Pakcik suka betul design dia. Awak dah tengok gambar latest Alfa 8C Competizione?"
"Ada. Lawa! Memang lawa!"
"Itu la dia. Itu pun baru Alfa Romeo. Belum Pakcik nak cakap pasal Lamborghini lagi tu. Ferrari belum bukak cerita lagi. Pakcik memang minat betul la kereta-kereta diorang."
Aku pun tidak menafikan yang kereta-kereta Itali sememangnya ada daya tarikan yang unik. Aku tahu yang bukan semuanya hebat-hebat tetapi kalau di beri peluang untuk memilih, aku akan lebih tertarik kepada brand Itali. Tak tau kenapa...
MV Agusta, Ducati, Aprillia memang dah lama aku minat. Skuter Piaggio pulak memang jauh lebih 'sylo' dari mana-mana skuter buatan Jepun. Apa dia yang ada pada produk-produk Itali ni yang membuat kan mereka begitu menarik sekali?
Apakah yang mendorong pereka-pereka Itali sehingga mereka boleh mencipta barang-barang yang teramatlah lawa? Bukan terhad kepada kereta dan motor sahaja. Brand-brand terkemuka dunia berasal dari Itali. Giorgio Armani, Versace, Fendi, Panerai etc...
Apa yang diorang makan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment