Wednesday, April 29, 2009

Aku, Makcik Darwi Odrade dan Sheanna : Sesi Soal Jawab di Setapak

"Babe... Kenapa you minat sangat baca buku sci-fi?"

"SF. Jangan guna perkataan sci-fi."

"Huh?"

"Guna perkataan betul. SF, bukan sci-fi. I baru je tau pasal hal ni."

"You dengar tak apa I tanya tadi?"

"You tanya apa tadi?"

"Malas la layan you. Dah pegi baca buku you!"

"I will not fear. Fear is the mind killer..."

Monday, April 27, 2009

Aku, Adam Lambert dan Remote Control TV yang Dah Habis Bateri...

"You ingat Adam tu gay tak?"

"Adam mana ni?"

"Adam Lambert."

"Siapa?"

"Adam Lambert la. Yang masuk 'American Idol' tu."

"Sori la babe. I tak kenal la. Dah lama I tak tengok tv."

"You buat apa kat rumah malam-malam."

"Berangan..."

Hari Ini Dalam Sejarah


Tengok betu-betul gambar ni. Tak lama lagi, ianya akan tinggal sebagai kenangan. Kotak kosong yang tidak ada amaran bergambar dah nak habis di jual. Stok-stok baru semuanya ada amaran-amaran bergambar yang baru.

Ngeri gak aku tengok gambar-gambar tu...

Tapi bila lepas makan, apa boleh buat?

Hehehe...

Thursday, April 23, 2009

Aku, Nurburgring dan Ninja-Ninja Yang Bekerja Dengan Nissan

Oh...
Tuhan...ku!!!
Aku nak yang kaler silver!!!
(Tapi merah pun cun gak... Hitam nampak garang... Putih susah nak basuh kot???)

Gambar-gambar Nissan GT-R di atas adalah ihsan dari Paultan.org.

Apa Hisham Kata (6)...

Untuk edisi ke-6 'Apa Hisham Kata', aku telah mengambil satu quote dari blog di yang tersohor, yang selalu di uar-uarkan, yang popular lagi pop, 'Tukar Tiub'.

"KALAU BODOH TOLONGLAH JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI... JANGAN BAGI TAHU SATU MALAYSIA…"

Sila baca posting penuh di mana quote itu diambil di sini, supaya korang semua faham konteksnya ya.

Aku, Maharaja Leto Atreides II dan Siona : Sesi Makan Malam di Bandar Tun Razak

"Hi guys! My name is Johnny and I'm a chronic science fiction addict."

"Hi Johnny!"


Sekali lagi, di dalam masa seminggu, aku lupa tengok tv... (Tapi kali ni, aku sempat mandi dan makan dulu.)

Macam ni cerita dia.

Selepas aku sampai rumah semalam, aku nak terus capai siri ke empat di dalam saga 'Dune' oleh Frank Herbert. Aku cadang nak baca sikit, lebih kurang 20 muka surat, sebelum aku mandi dan makan. Tapi aku tak jadi. Aku dah tau yang kalau aku terus capai buku 'God Emperor of Dune' aku, aku akan terus membacanya tanpa henti sehingga aku tidur. Aku akan lupa mandi, aku akan lupa makan dan aku akan lupa yang aku ada date dengan awek aku. (Sorry babe, tak sengaja... Hehehehe... Itu satu topik untuk post lain.)

Semalam, sebelum aku terus mencapai buku tu, aku terus mandi. Lepas mandi aku keluar pegi makan. Lepas tu balik rumah. Lepas tu baru aku baca.

Lepas 184 muka surat, aku tersedar yang jam dah tunjuk waktu yang aku sendiri tak percaya.

Aduiii...

Kenapa la aku kena kerja besok?

Wednesday, April 22, 2009

Aku, Suis Lampu dan Kempen Jimat Elektrik


Happy Earth Day!

Aku, Sentimen Masyarakat dan Aksi-Aksi Ngeri di Hening Pagi : Makna dan Definisi Mat Rempit

Artikel di bawah ini adalah dari thestar.com.my.

Wednesday April 22, 2009
When a Mat Rempit is not a Mat Rempit
By Rashitha A. Hamid

KUALA LUMPUR: The Mat Rempit are a feared lot. They are a nuisance to fellow road users, they participate in illegal street racing and perform dangerous stunts, such as the wheelie, superman (lying flat on the seat), and scorpion (standing on the seat with one leg during a wheelie).

But who is a Mat Rempit? Even the police don’t seem to know.

With the Mat Rempit linked to criminal activities such as gangsterism, gang robbery, street fighting, assault, vandalism, theft and road-bullying, it seems they may not be Mat Rempit after all.

Federal Criminal Investigation Department Director Comm Datuk Seri Bakri Zinin said if a person, regardless of race, age or position in society are involved in criminal activities, they are criminals. The same goes to the Mat Rempit.

He said there are several reasons why youngsters are involved in illegal street racing.

The youngsters claim there is no proper place for them to relax during their spare time.

“They told us (police) that wherever they go they have to pay; and that is why they are involved in illegal racing, just to release tension and relax,” he said, adding that they don’t have to pay for illegal racing.

However, the police are against the Mat Rempit especially when it comes to public safety.

This is because they are involved in criminal activities, causing injuries and even deaths to their victims in some cases.

Comm Bakri said it was very difficult to track down these people as the police could only take action according to the law.

“We can’t be arresting all the Mat Rempits as not all of them are involved in criminal activities.

“When we arrest them, they admit being involved in illegal racing and not in criminal activities. And we don’t have proof that they are criminals,” he added.

He urged the public to furnish the police with information to eradicate the nuisance created by Mat Rempit.

Comm Bakri also urged parents to be aware of their children’s movements.

“Parents play a very important role in educating their children,” he stressed.

In a statement released by Bukit Aman yesterday, it was stated that 77 operations were conducted against the Mat Rempit since January with 181 of the bikers arrested.

Kalau nak tau makna Rempit, saya boleh tolong. Baca post saya yang membincangkan topik ini. Klik kat sini.

Kalau makna Mat Rempit lak, tu susah sikit la. Seperti yang di tulis di artikel di atas, si Mat Rempit ni tak semestinya penjenayah walaupun ada di kalangan mereka yang melakukan jenayah. Kebanyakan dari mereka cuma berlumba haram di jalan raya sahaja.

Aku kenal sangat perangai si Mat Rempit tipikal ini. Kalau mereka lepak di dalam satu kumpulan yang agak ramai (5 orang atau lebih), mentaliti 'geng' mereka akan muncul. Mereka akan bercakap debgan nada suara yang kuat, cuba menunjukkan yang mereka ini 'macho' dan 'cool'. Dengan izin, 'bravado'. Perkara normal bagi seorang pemuda lelaki.

Tapi kalau korang terserempak dengan sorang saja, selalunya mereka ni normal, tak aggresif. Ciri-ciri Mat Rempit tipikal mereka seolah-olah hilang. Malah kalau nak bawa mereka lepak ke rumah, jumpa mak bapak pun takpe. Mereka pun selalunya tak berpendidikan tinggi, datang dari keluarga yang susah dan merantau ke bandar-bandar besar untuk mencari kehidupan yang baru. Pada aku, ini perangai tipikal pemuda-pemuda lelaki di mana-mana saja di dunia ini. Ketika mereka keseorangan, apa yang lebih baik dari berkumpul dengan kawan-kawan yang mempunyai latarbelakang dan nilai-nilai hidup yang sama.

Oleh itu, janganlah pandang serong sangat kepada golongan Mat Rempit ini. Memang betul, ada di antara mereka yang patut di humban ke dalam lokap yang terdekat (dan di buang kuncinya sekali) tapi bukan semua mereka adalah penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Bukan semua Mat Rempit ni peragut, perompak, pemeras ugut, pencuri et al. Sebahagian besar daripada mereka cuma mencari ruang untuk melepaskan geram dan tekanan hidup di bandar-bandar besar yang kos hidupnya tinggi. Takkan lah nak lepak di kedai mamak sambil berborak dan menonton bola saja?

Janganlah kita bersikap terlalu prejudis sangat terhadap si Mat Rempit ni. Mereka ni manusia jugak. Mereka mempunyai hati, perasaan dan patut di layan sepertimana kita sendiri mahu di layan.

Kasihanilah si Mat Rempit ni. Golongan ini adalah salah satu minoriti kecil di Malaysia di mana seluruh masyarakat boleh menunjukkan sikap prejudis mereka secara terbuka. Aku boleh berdiri di persimpangan Jalan Bukit Bintang sambil menjerit, "Aku benci Mat Rempit!" dan aku yakin yang semua orang di keliling aku akan bersetuju. (Mungkin ada yang akan 'join' sekali menjerit. Hehehe...) Aku boleh menulis surat ke surat khabar dan mengutuk si Mat Rempit ni dan aku yakin tidak ada apa-apa tindakan undang-undang akan di kenakan terhadap diri aku. Aku boleh buat blog khas 'anti Mat Rempit' dan mengutuk, mencaci, memfitnah mereka. Aku boleh guna perkataan yang keras, mencarut dan setelah aku buat semua itu, aku yakin yang polis atau pegawai MCMC tak akan datang mengetuk pintu aku dan merampas laptop aku dan heret aku ke Kamunting.

Tetapi adakah itu yang kita nak? Adakah kita akan teruskan sikap prejudis terbuka ini ataupun kita melihat masalah ini dengan pendekatan yang lebih konstruktif? Pernah tak korang jumpa si Mat Rempit ni, berborak dengan dia sambil minum teh tarik? Tanya dia tentang masalah-masalahnya? Pernah tak korang cuba memahami si Mat Rempit ni? Melihat dunia dan kehidupan melalui perspektif dia? Pernah tak korang DENGAR pendapat mereka?


Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu Mat Rempit ni, aku rekomen korang baca artikel ini.

Tuesday, April 21, 2009

Aku, Leto dan Ghanima : Sesi Perbincangan di Kedai Mamak

"Hi guys! My name is Johnny and I'm a chronic book addict."

"Hi Johnny!"


Ya....

Ketagihan aku untuk mengikuti saga 'Dune' oleh Frank Herbert telah mencapai tahap yang kronik. Malam semalam, aku telah 'terlupa' untuk menonton tv. (Ini mungkin sesuatu yang pelik bagi sesetengah orang tapi mereka tak kenal perangai aku. Kalau sesetengah orang yang aku maksudkan tadi itu mengenali aku, mereka akan faham betapa pentingnya tv kepada aku.) Setahu aku, aku tak pernah lupa menonton tv. Tak pernah...

Bukan itu saja. Aku juga terlupa untuk makan dan mandi.

Cerita dia macam ni. Selepas aku sampai ke rumah selepas kerja semalam, aku terus capai naskhah 'Children of Dune' aku dan aku terus baring di atas katil, dengan niat murni yang aku akan mandi, makan dan menonton tv, selepas aku selesai baca 15 muka surat, lebih kurang macam tu lah. Masa tu lebih kurang pukul 8 malam.

Setelah aku selesai membaca lebih kurang 200 muka surat, baru aku tersedar yang aku baru je habis membaca lebih kurang 200 muka surat. (Huh?) Jam kat dinding bilik aku mengatakan yang sekarang dah 1 pagi.

Aku lupa mandi, makan dan menonton tv.

Apa nak jadi dengan aku ni?

Thursday, April 16, 2009

Aku, BMW dan Motorsikal Berkapasiti Besar Yang Masih Tak Mampu Untuk Aku Beli...

BMW K1200R Model 2009


Hmmmm....

Lawanyeeee...

Aku kena cari lubang untuk beli motor ni. Tapi kaler silver la. Hijau aku kureng skit la.

Aku, Minivan dan Rim-Rim 18 Inci

Malam semalam, MPV Proton pertama yang dinamakan 'Exora' telah dilancarkan.

Selalunya, aku tak la heran sangat pasal berita-berita tentang pelancaran kereta baru yang aku tak minat tapi aku tertarik dengan taktik baru Proton untuk melariskan jualan MPV baru mereka ini.

Salah satu model mereka sudah siap di 'bikin'. Gambarnya ada di bawah, ihsan dari Paultan.org.

Macam ni la baru 'marketing' babe. Kalau nak baca dengan lebih lanjut, aku rekomen korang pergi ke Paultan.org dan baca.

Wednesday, April 15, 2009

Aku, Paul Muad'Dib dan Karipap Berinti Melange

Confirm! Aku dah ketagih!

"Hi. My name is Johnny and I'm an addict."

"Hello Johnny!"

Kini aku sudah mula membaca buku kedua dalam siri novel-novel Dune, hasil tulisan (nukilan?) Frank Herbert yang bertajuk 'Dune Messiah'. Aku dapat habiskan novel pertama dalam siri ni, Dune, dalam masa 4 hari je. Bagi aku itu satu rekod peibadi.

Aku tak pernah begitu khusyuk. Begitu tekun. Seolah-olah aku berada di dalam cerita tersebut.

Seolah-olah aku sedang bersedih mengenangkan nasib Duke Leto Atreides yang mati akibat perbuatan khianat yang dirancang Baron Vladimir Harkonnen dan anak-anak buahnya Feyd dan Rabban. Seolah-olah aku sedang mengingati jasa-jasa Duncan Idaho dan Gurney Halleck yang terlalu setia kepada keluarga Atreides. Seolah-olah aku sedang bersusah payah menysuri padang pasir yang luas bersama-sama Lady Jessica. Seolah-olah aku sedang berkomplot dengan Naib-Naib dari sietch-sietch yang tersembunyi, jauh dan dekat, bersama-sama dengan Stilgar. Seolah-olah aku sedang menentang tentera Sardaukar bersama dengan sudara-saudara Fremen aku yang gagah. Seolah-olah aku sedang menunggang gergasi-gergasi Arrakis yang menakutkan. Seolah-olah aku sedang menggenggam sebilah chrysknife, menunggu masa untuk membenamkannya di hati askar-askar Harkonnen yang zalim.

Dah kronik dah aku ni...



YA HYA CHOUHADA!
LONG LIVE THE FIGHTERS!

Aku, Interpretasi David Lynch yang Lemah dan Nasi Lemak di Malam yang Sejuk

"Cerita baru ke geng?"

"Ha'ah."

"Best ke?"

"Ko tak minat cerita macam ni. Sci-fi."

"Aduuuuiii! Takde cerita lain ke yang ko beli?"

"Shhuuuuusshhh! Tengah layan ni. Jangan kacau."

"Mengada la ko. Aku nak keluar makan ni. Nak ikut?"

"Makan apa?"

"Nasi lemak."

"Ko makan nasi lemak malam-malam? Benda lain takde ke?"

"Aku teringin nak makan nasi lemak."

"Takde imaginasi langsung ko ni."

"Banyak lak bunyi ko malam ni. Mau kirim?"

"Aku dah makan dah tadi."

"Makan apa?"

"Nasi lemak."

Aku, Kedai Bundle Chow Kit dan Orang Yang Terkenal

"Bukanlah..."

"Ye la. Cuba ko tengok betul-betul."

"Tak lah. Tak kan la orang macam tu nak datang area macam ni. Ko ni gila la!"

"Cuba ko tengok betul-betul. Dia la tu."

"Mustahil! Tak kan la orang besar macam tu nak datang sini. Dia nak cari apa? Baju bundle?"

"Ehh... Ko tak ingat ke? Kan ada mesyuarat besar kat PWTC malam ni? Kot-kot dia nak bermesra dengan pemuda-pemuda macam kita ni. Sesi mesra rakyat."

"Tolong la geng! Bukan dia laaa..."

"Hah! Dia nak lalu sini. Ko tengok muka dia betul-betul."

"Ok. Kita tengok sama-sama."


"Haaaaa... Kan aku dah kata. Bukan dia la."

"Tapi muka dia sebijik siot! Macam..."

"Ko ni senang confuse la geng."

"Tu la. Masa aku nampak tadi, aku pun terkejut."

Aku, Warna Day-Glo dan Kenduri Kahwin di Hujung Minggu...

"Kenapa you gelak? It's not funny ok!"

"Ok. Ok. I tak ketawa dah.... Hahahaha....."

"Sudah lah. Menyampah!"

"I dah kata dah. Kaler tu tak kena. You yang degil. Pegi beli gak."

"Hmmmmppphhh!"

"Lain kali, bila you nak pegi shopping, bawak I."

"Tak nak. I nak shopping sorang gak. Tak nak bawak you."

"Jangan la babe. Nanti kasut you tak matching lagi."

"Diamlah!"

"Hahahahaha..."

Aku, Candace Bushnell dan Dress Hitam yang Sexy...

"Apa lagi yang ex you dulu ajar you?"

"Banyak benda. Benda-benda kecik. Benda-benda besar."

"Example?"

"Perempuan mesti ada at least satu LBD."

"LBD?"

"Little black dress."

"Ok... Lagi..."

"Kalau keluar sama-sama, make sure I yang keluar belanja."

"Bagus tu... Pandai dia ajar you."

"Banyak lagi benda pasal perempuan yang dia ajar I."

"Dah... I tak nak dengar dah."

"Kenapa tak nak dengar? Jealous ke? Jangan la jealous babe."

"Siapa jealous? I tak jealous la."

"Kenapa tak jealous?"

"Sebab sekarang perempuan yang you panggil babe, I, bukan dia."

"Tau takpe."

Aku, Candace Bushnell dan Ilmu-Ilmu yang Disorok...

"Babe... Lawa la kasut tu."

"Slingback yang hitam tu ke?"

"Eh! Mana you tau perkataan tu?"

"Ada la..."

"Cakap la. Mana you tau ni?"

"Ada laa... Tak nak cakap."

"Ni mesti you baca magazine I ni."

"Tak lah. Mana ada."

"Ex you dulu la ajar semua ni. Hmmmpphh!"

"Eh. You bukan girlfriend I yang first tau."

"You pun bukan boyfriend I yang first gak."

"Tau takpe."

Aku, Cerita P. Ramlee, Skirt Mini yang Groovy dan Kebaya yang Teramatlah Seksi

Cebisan-cebisan dialog yang tak mungkin akan dapat melepasi abang-abang dan kakak-kakak di Bahagian Penapisan Filem kalau filim itu di bikin di zaman sekarang.

Contoh 1

"Siapa kau hah?!"

"Ini bapak tiri laki mak kau!"

"Celaka kau!"


Contoh 2

"Tua kutuk! Nak mampos!"

"Pergi jahanam kau!"


Contoh 3

"Dah sampai la. Bongok! Bahlul!"


Contoh 4 (yang pada pendapat aku, mencerminkam sikap 'keterbukaan' era 60an dulu)

"Eh Sudin, ini bacanya, apa macam mau bacanya?"

"Alip, Mim, Nun, Wau. Alip tendang Wau, sarkis da!"

"Apa lah sarkis..."

"Ehhhh! Tulis begitu punya panjang, bacanya sikit. Sarkis?"

"Itu yang panjang tu bunganya saja. Yang sikit tu sarkis. Tak reti?"