Thursday, April 23, 2009

Aku, Maharaja Leto Atreides II dan Siona : Sesi Makan Malam di Bandar Tun Razak

"Hi guys! My name is Johnny and I'm a chronic science fiction addict."

"Hi Johnny!"


Sekali lagi, di dalam masa seminggu, aku lupa tengok tv... (Tapi kali ni, aku sempat mandi dan makan dulu.)

Macam ni cerita dia.

Selepas aku sampai rumah semalam, aku nak terus capai siri ke empat di dalam saga 'Dune' oleh Frank Herbert. Aku cadang nak baca sikit, lebih kurang 20 muka surat, sebelum aku mandi dan makan. Tapi aku tak jadi. Aku dah tau yang kalau aku terus capai buku 'God Emperor of Dune' aku, aku akan terus membacanya tanpa henti sehingga aku tidur. Aku akan lupa mandi, aku akan lupa makan dan aku akan lupa yang aku ada date dengan awek aku. (Sorry babe, tak sengaja... Hehehehe... Itu satu topik untuk post lain.)

Semalam, sebelum aku terus mencapai buku tu, aku terus mandi. Lepas mandi aku keluar pegi makan. Lepas tu balik rumah. Lepas tu baru aku baca.

Lepas 184 muka surat, aku tersedar yang jam dah tunjuk waktu yang aku sendiri tak percaya.

Aduiii...

Kenapa la aku kena kerja besok?

No comments: