Tuesday, April 21, 2009

Aku, Leto dan Ghanima : Sesi Perbincangan di Kedai Mamak

"Hi guys! My name is Johnny and I'm a chronic book addict."

"Hi Johnny!"


Ya....

Ketagihan aku untuk mengikuti saga 'Dune' oleh Frank Herbert telah mencapai tahap yang kronik. Malam semalam, aku telah 'terlupa' untuk menonton tv. (Ini mungkin sesuatu yang pelik bagi sesetengah orang tapi mereka tak kenal perangai aku. Kalau sesetengah orang yang aku maksudkan tadi itu mengenali aku, mereka akan faham betapa pentingnya tv kepada aku.) Setahu aku, aku tak pernah lupa menonton tv. Tak pernah...

Bukan itu saja. Aku juga terlupa untuk makan dan mandi.

Cerita dia macam ni. Selepas aku sampai ke rumah selepas kerja semalam, aku terus capai naskhah 'Children of Dune' aku dan aku terus baring di atas katil, dengan niat murni yang aku akan mandi, makan dan menonton tv, selepas aku selesai baca 15 muka surat, lebih kurang macam tu lah. Masa tu lebih kurang pukul 8 malam.

Setelah aku selesai membaca lebih kurang 200 muka surat, baru aku tersedar yang aku baru je habis membaca lebih kurang 200 muka surat. (Huh?) Jam kat dinding bilik aku mengatakan yang sekarang dah 1 pagi.

Aku lupa mandi, makan dan menonton tv.

Apa nak jadi dengan aku ni?

No comments: