Friday, February 5, 2010

Aku, Linny, Tuck Dan Ming-Ming Juga... : Atau Mengapa Aku Patut Tengok Rancangan TV Yang Lebih Sesuai Dengan Umur Aku

"Uncle Jay... Who lives in a pwineapple under the sea?"

"Ermmm... Sponge Bob Squarepants."

"Ok... Ummm... Plankton jahat ke baik?"

"Jahat."

"Kenapa?"

"Sebab dia selalu nak curi resepi Krabby patty."

"Ok... Best fwiend Sponge Bob siapa?"

"Patrick."

"Ummm... Sponge Bob duduk kat mana?"

"Dalam pineapple dia la."

"Taaak."

"Ye la. Dia duduk dalam pineapple dia."

"Taaak. Dia duduk kat Bikini Bottom."

"Ok... Baru satu salah. Lagi..."

"Sponge Bob kerja kat mana?"

"Krusty Krab."

"Oookaaayyy... Ummm... Kenapa kat TV9 Sponge Bob cakap Melayu?"

"Huh?"

Aku, Sebuah Lori Pickup dan Satu Kugiran Amatur di Majlis Kenduri Kahwin : Atau Satu Perbualan Pendek Di Jalan Kuching

"I'm sooo tired. Hmmm... Why are we slowing down?"

"Ada accident kot."

"Damn... Why hasn't your boss fixed the radio yet? I'm soooo bored."

"Nyanyi la something."

"You're so corny sometimes, you know that."

"Ta ra ta ra tat taraaa..."

"Stop it. You're being silly."

"Come on. You tau lyrics dia. Baru je tadi dengar."

"I'm not gonna sing in the car."

"Jom arrr..."

"No..."

"Kata demi kata, jalin dengan indah..."

"Shuussshhh! Hihihi..."

"Untuk menghuraikan, maksud hati..."

"Other people will see you, OK!"

"Ku beranikan diri, untuk memulainya, tapi mengapa bibirku tak dapat bergerak, terasa beraaaaat..."

"Hihihihi..."

"Stop giggling. Come on... Oh malunya hati ini, bila ku ingat saat itu..."

"Hahahaha..."

"Kami hanya saling berpandang, dan terdiam terpaku..."

"Oh bulan hanya dirimu..."

"That's it! Yang menyaksikan segalanya..."

"Oh bulan tolonglah daku katakan padanya, ku cinta dia..."

Tuesday, February 2, 2010

Breakfast of Champions BUKAN Cornflakes dan Susu Tapi Lontong dan Paru

Seorang Rock and Rolla dari Gombak kini telah merasa nikmat kelazatan lontong PALING sedap di dunia.

Dia telah menikmati kuah yang lemak dan lalok yang cukup ramuan nya. (sayur kobis, kacang panjang, tempe et al)

Dia telah menikmati nasi himpit yang di buat secara tradisional. (tak main la nasi himpit instant dalam plastik)

Dia telah menikmati lauk paru yang di masak khas sebagai lauk untuk lontong. (dan bukan untuk di makan dengan masakan lain)

Dia telah makan breakfast paling BEST di dunia.




Tak percaya? Pergi tanya dia sendiri.

Friday, January 29, 2010

Selamat Tinggal Holden Caulfield...

Penulis novel cult 'The Catcher in the Rye', J.D. Salinger telah meninggal dunia baru-baru ini. Dia berumur 91. Untuk detail penuh mengenai berita ini, klik sini.




Secara peribadi, 'The Catcher in the Rye' ialah salah satu daripada novel Top 10 aku. Karakter Holden Caulfiled yang sinikal dan penuh angst itu memang sebati dengan hati aku. Aku faham apa yang di lalui dan di alami nya. Aku sendiri pernah mengalami fasa remaja yang di penuhi ketidaktentuan, kegilaan. Dan persamaan pengalaman yang aku sendiri lalui itu seolah-olah sama dengan apa yang di lalui oleh karakter Holden Caulfield. Itu yang membuatkan aku betul-betul minat novel 'The Catcher in the Rye'.

Sehingga sekarang, sekiranya aku ada masa terluang, aku akan baca balik novel itu (aku ingat lagi yang copy pertama aku dah lunyai sehingga aku terpaksa beli copy baru tahun lepas) dan aku akan teringat kembali zaman-zaman remaja aku. Masa aku susah, masa aku senang, kisah cinta monyet aku, kawan-kawan lama aku yang aku dah hilang hubungan, cikgu-cikgu aku yang aku sayang (Puan S.) dan benci, bau bas sekolah aku yang pelik, kasut sekolah aku yang sentiasa kotor, makanan kantin sekolah yang memualkan, hari sukan yang membosankan, keriangan yang tak terhingga bila loceng berdering untuk menandakan waktu balik...

Nostalgia...



Goodbye J.D. Salinger and thanks for giving the world your gift.

Monday, January 25, 2010

Combo Semua Taruk a.k.a. Sotong + Telur + Paru : Atau Gerai Cik Yah Yang Sibuk

Weekend lepas, aku pergi ke Gerai Cik Yah di Seksyen 14, PJ. Aku sampai di pagi Sabtu, lebih kurang pukul 7.30am.

Aku patut sampai lebih awal. Aku patut bangun lebih awal. Aku patut tau semua ni sebab bila aku sampai lambat, beginilah jadinya...


Gerai Lontong dan Nasi Lemak Cik Yah yang AMAT popular! Cari sign hijau.


Aku pun terpaksa lah beratur. Tapi aku tak kisah. 10 minit ke, 20 minit ke, setengah jam ke, aku tak kisah.

Aku tak kisah sebab Lontong Cik Yah yang aku makan untuk breakfast di pagi Sabtu itu terlalu syiok, aku siap terlupa nak amik gambar supaya aku boleh kongsi bersama korang, betapa nikmatnya, betapa lazatnya, betapa laloknya lontong paling BEST di dunia. Aku rekomen combo paru + sotong + telur a.k.a. 'Combo Semua Taruk'.

Apa ko kata? Kolesterol tinggi? Memang! Lagi tinggi, lagi best! Hehehe...

Tapi kalau korang tak minat makan lontong pagi-pagi, line yang pendek sikit di sebelah kanan tiang tu adalah queue untuk Nasi Lemak Cik Yah.

Ya, kena beratur gak tapi line dia pendek sikit. Kenapa kena beratur? Sebab Nasi Lemak dia SODAP la. Lagi mau tanya. Kalau bab Nasi Lemak Cik Yah, aku rekomen combo sotong + telur goreng + paru. Rendang daging pun ada, kalau korang minat.

Kedua-dua masakan boleh dine-in atau takeaway.



"Lama tak nampak kau? Mana pergi?"

"Adaaaa..."

"Makan bungkus?"

"Makan."

"Lauk?"

"Sotong, telur, paru. Kelapa tak nak."

"Settt..."

Wednesday, January 20, 2010

Sedang Ketawa Terbahak-Bahak Sambil Di Perhatikan Oleh Rakan-Rakan Sekerja Yang Terlalu Mementingkan Karier

Aku cukup minat Twitter. Aku berpeluang menulis mesej-mesej pendek yang tak penting yang aku tau takda orang akan baca. Aku suka buang 2 sen aku ke dalam perigi yang gelap. Aku suka tengok apa orang-orang yang aku follow tulis. Voyuristik? Memang!

Aku kureng sikit bab Facebook. Aku dah set up akaun aku tapi aku jarang sangat jengah. Aku lagi suka cara old skool aku. SMS! Texting still ROCKS! Jumpa face-to-face lagi cool. Aku suka berborak dan memaki member-member aku face-to-face. Kalau setakat kutuk-mengutuk dengan menge'tag' gambar orang, ermmm... aku kureng sikit la.

Anyway, beberapa hari lepas, ada satu menteri ni sudah keluarkan satu statement yang amat kelakar. Apa dia cakap? Dia cakap yang Twitter dan Facebook ni adalah budaya barat a.k.a. budaya yang kita di 1Malaysia tak patut ikut.

Maka terjagalah si Singa dari tidurnya...


Klik untuk lihat dengan lebih jelas




P/S : Up #yorais... Hahahaha!

Tuesday, January 19, 2010

Serius Tok! Meter Saya Rosak...

Kereta Peronda Polis Abu Dhabi yang amat menggerunkan hati...


Toksah pikir panjang! Kalau lampu biru dia sudah berkelip-kelip, berenti je.
Kalau nasib ko baik, ko boleh tumpang naik seat belakang on the way pegi balai. Hehehe...

Filim Yang Wajib Di Tonton (Di Musim Raya Depan Di TV)



Errmmm... Kali ni monitor dan keyboard aku kering.

Monday, January 18, 2010

Sedang Menunggu Review Dari Blog Yang Jarang Di Update

Seorang Rock and Rolla dari Gombak kini ada di dalam tangan nya, buku paling subversif di 1Malaysia. Aku jeles! Tapi kejap je sebab copy aku akan sampai minggu depan via seorang courier.

Cukup di situ. Nanti perisik-perisik EsKayEmEm akan buat repot dan aku akan di panggil untuk membuat keterangan.

Hehehe...

Aku, Johnnie Si Pejalan Kaki dan 'Setan And Tonic' : Atau Filim-Filim Lama Yang Liberal

Bulan ni, ruangan paling best (Tapai) di magazine paling cool di 1Malaysia (Off The Edge) telah menceritakan tentang perihal whisky, rum dan pengalaman. Seperti biasa, Hishamuddin Rais rocks!


Tetapi post ini bukan pasal artikel itu. Post ini ialah mengenai satu insiden kecil di mana sebaik sahaja aku habis membaca artikel itu, entah macam mana, scene-scene yang agak masyhur dari filim-filim old school Melayu dengan tak semena-mena, muncul di dalam kepala aku. Scene-scene yang melibatkan kabaret, bar, seniwati-seniwati yang berbaju ketat dan sendat, kugiran-kugiran yang stylo, penari-penari twist dan meja-meja kecil yang dipenuhi gelas yang (semua orang tau) bukan di isi teh tarik.


Waiter : Mahu minum apa Tuan?

Majistret : Errmmmm... Gin and Tonic.

Doktor : Iblis Tonic.

Waiter : Iblis Tonic mana ada Tuan.

Dokor : Give me Setan and Tonic.

Waiter : Setan lagi tak ada Tuan.


Kenapa scene tersebut muncul dalam kepala aku? Aku pun tak tau. Mungkin pada ketika itu, aku baru lepas makan rojak mee yang agak suspek. Mungkin cuaca yang agak panas menyebabkan aku berhalusinasi.

Mungkin, secara tidak langsung, motif sebenar aku ialah aku nak tanya mengapa scene-scene macam tu masih boleh ditayang di tv (arus perdana) di zaman sekarang (yang semakin konservatif) tanpa sebarang kritikan yang ianya memaparkan aktiviti-aktiviti yang tidak mengikut norma-norma budaya ketimuran kita yang santun dan berhemah? Adakah status 'seniman' dan 'seniwati' dapat melindungi filim-filim lama daripada sebarang kritikan? Boleh tak ko sebut 'hipokrasi'?

Hmmm... Aku rasa aku perlu lebih kerap pergi sesi terapi atau group meetings aku.

"Hello. My name is Johnny and I'm an addict."

"Hi Johnny!"






Hehehehe...

Friday, January 15, 2010

Filim Yang Wajib Di Tonton



Invictus

Out of the night that covers me,
Black as the pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds and shall find me unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.


William Ernest Henley

Thursday, January 14, 2010

Jom Makan Fish And Chips!

Aku tak tau la taste korang tapi kalau aku dah dapat peluang nak travel ke luar negara (London contohnya), perkara TERAKHIR yang aku akan buat ialah cari kedai makan yang jual makanan 1Malaysia. Aku tak akan rindu Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Mamak et al.

Kalau aku berpeluang ke luar negara (London contohnya), aku akan cari dan cuba makanan yang orang sana makan. Aku akan cari Fish and Chips yang paling authentic. Aku akan cari Sheperd's Pie. Aku akan cari Chicken Tikka Massalla yang dah di 'Anglo' kan. Aku akan cari kedai Jamie Oliver!

Buat apa aku nak cari Roti Canai! Kat sini bersepah!

Kalau aku berpeluang ke luar negara (Barcelona contohnya), aku akan pergi 'tapas' hopping. Aku akan cari 'paella' yang paling lalok. Aku akan try 'Chocolate con Churros' untuk breakfast.

Buat apa aku nak pergi cari Nasi Lemak! Kat sini bersepah!

Kalau aku berpeluang ke luar negara (Osaka contohnya), aku akan cari kedai yang jual 'fugu'. Aku akan cari gerai 'takoyaki' yang paling hip dan happening. Aku akan cari 'kushi katsu' yang paling syok. Aku nak hirup sup dari mangkuk yang penuh dengan 'ramen' dan cebisan-cebisan bonito yang amat lalok.

Buat apa aku nak cari Satay! Kat Kajang ada satay! Kat corner kedai mamak dekat rumah aku pun ada satay!

Apa point ko travel jauh-jauh, bayar tambang mahal-mahal et al, lepas tu SIBUK pergi cari nasi lemak. Takde imaginasi langsung...

Wednesday, January 13, 2010

Little Blue Birdie, Sittin' On A Tree...

Aku tak ada issue dengan entri no. 1, 2 dan 3.

Aku setuju sangat dengan entri no. 4 dan 5.
Aku tak boleh bayangkan trauma yang terpaksa di hadapi oleh mamat-mamat yang bernama 'Fadhilah'! Bayangkan... 6 tahun kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah, 4 tahun kat kolej! Ohhh... The horror! The horror!

Untuk entri no. 6, aku hanya ada satu soalan. Beer brand apa?






Hahahaha...

Sunday, January 10, 2010

Pongget Memongget : Atau Satu Perbandingan Pseudo-Saintifik (Yang Sememangnya Tak Betul Langsung)

PONGID - noun. An anthropoid ape of the family Pongidae, which includes the chimpanzee, gorilla, and orang utan. adjective. Of or belonging to the family Pongidae.

Source : American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition, 2000. Updated in 2009.


PONGID - n. (Life Sciences & Allied Applications / Animals) any primate of the family Pongidae, which includes the gibbons and the great apes. adj. (Life Sciences & Allied Applications / Animals) of, relating to, or belonging to the family Pongidae.

Source : Collins English Dictionary, Complete and Unabridged 6th Edition, 2003.


PONGGET - slanga. Manusia yang berkelakuan seperti gorilla, cimpanzi, orang utan dll.


Contoh penggunaan


"Kau ni perangai macam pongget.", kata Rustam kepada Johnny. "Ahhh! Dulu kau pun kuat memongget gak!", balas Johnny dengan nada sarkastik.

atau

[Lepak mana malam ni geng?]

[Apa lagi... Pegi memongget la kat Bangsar.]













Hahahahaha...

Thursday, January 7, 2010

How's Your Holiday, Doc?

"Doc, I've been feeling a bit out of sorts lately."

"Out of sorts?"

"Yeah, doc. It's kinda like..."

"Describe it to me."

"I'm sighing a lot. I keep thinking about my past. I feel sad for no reason..."

"Anything out of the ordinary happen lately?"

"No. Nothin..."

"Hmmm... Does the word melancholy ring a bell?"

"Yeah... That's it. Melancholy..."

"Johnny, I told you to lay off from reading Marquez for a while."

"But he's good. He's a genius, doc!"

"Come on Johnny... I haven't written out a prescription for you before and I don't want to start now."

"Ooookaaayyy doc, I get it."

"Go read a comic book or something."

"Oh God..."

The Unsung Heroes : Atau Peniaga-Peniaga Kecil Yang Pernah Selamatkan Nyawa Aku Berkali-Kali (Tanpa Mereka Sedari)

1. Makcik/Pakcik yang jual nasi lemak berlauk di kaki lima. (Selalunya di waktu pagi)

2. Makcik/Pakcik yang jual nasi bungkus dari belakang van kecil. (Waktu tengah hari)

3. Makcik/Pakcik yang jual goreng pisang dan karipap. (Di waktu petang)

4. Brader-brader yang jual burger di warung-warung kecil. (Malam hingga awal pagi)

5. Peniaga-peniaga makanan di pasar malam. (Peluang keemasan untuk makan benda lain selain nasi lemak, nasi bungkus, goreng pisang, karipap dan burger)

6. Peniaga-peniaga bazaar Ramadhan.

7. Brader-brader mekanik di kedai-kedai repair motor yang selalunya terselit di ceruk-ceruk yang pelik.

8. Awek/Brader/Leng Loi/Leng Chai yang jual topup di kaunter-kaunter kecil. (Korang boleh beli topup dalam denominasi kecik di sini)

9. Peniaga-peniaga bundle.

10. Abang-abang tukang repair kasut di kaki lima.

11. Uncle-uncle yang beli surat khabar lama. (Selalunya paper dari ofis yang aku rembat.)

12. Dan akhir sekali, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik, uncle-uncle dan auntie-auntie yang telah sanggup menerima pembayaran dalam bentuk duit syiling (dalam denominasi yang kecik pulak tu...) dari seorang budak yang hampir kehabisan duit, satu ketika dahulu.

Selepas Lima Puluh Satu Tahun, Sembilan Bulan dan Empat Hari...

"I know you won't admit it but deep down, you're just a big old sentimental softie, betul tak?"

"Habuk laa..."

"I know..."

Tuesday, January 5, 2010

Dua Sen Aku Dah Hilang Masuk Perigi...

Kita di 1Malaysia kini kecoh! Pasal apa? Pasal ini, ini dan yang ini gak. Sebenarnya banyak lagi, tapi korang cari la sendiri.

Aku pun nak join kekecohan ini!

Aku pun nak sumbang(?)kan dua sen aku! So, sebelum bandwagon ini berjalan lebih jauh ke arah matahari terbenam, aku nak korang pergi sini.

Sebenarnya, aku dah lama jumpa page tu. Menarik, tapi di sebab kan ianya jauh di luar skop kepakaran aku, aku setakat bookmark je dan aku tak highlight di Rempit Chronicles.

Tapi itu dulu geng! Sekarang, anything GOES!

Wooooohooooo!

Anarchy in the 1Malaysia!

Aaaaayyyyooook! Lantak! Tak Tau...

Monday, January 4, 2010

Window Shopping : Atau Kisah Pendek Seorang Innocent Bystander

"Babe, smell this."

"Mmmmm..."

"Nice kan?"

"Yup."

"You should buy this. I like the scent."

"Brand apa ni?"

"JPG."

"Apa?"

"Jean Paul Gol... Ok! Stop it! I know what you're trying to do."

"Apaaaa?"

"You purposely want me to mispronounce it kan?"

"I tak cakap apa-apa pun."

"Nee-Kay!"

"Loo-boo-tin!"

1Malaysia, Satu Ketika Dahulu

Aku tak berapa ingat dialog dia tapi scene ini aku ambik dari filim klasik era 80an yang bertajuk 'Mekanik', arahan Othman Hafsham.


Syamil : Eh... Mem! Mem! Siapa nama?

Nina : Nina.

Syamil : Nina... Saya ingat tadi awak orang puteh.

Nina : Orang puteh ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biiirruuu ke... Kita orang Malaysier, kan?

Syamil : Yah! Yah! Yah!

Nina : Perrgi dulu ya...







Hehehehe...

Thursday, December 31, 2009

Are You Enjoys?

"Geng! Malam ni ko keluar tak? Kitorang nak pegi Dataran. Ada konsert free."

"Eh! Umur ko berapa? 19? 20?"

"25. Kenapa?"

"Hehehe... Ko pernah dengar tak perkataan 'sarkastik'?"

"Apa tu?"

How's Your New Yacht, Doc?

" Hey there Johnny boy! Long time no see. How's it going?"

"I feel great doc. Never felt better."

" Good to hear, good to hear. How's your group therapy progressing? From the report that your facilitator gave me, it seems that you're making good progress. It says here that you're participating more and more every time. Is that true, Johnny?"

"I guess so, Doc."

"You guess? Come on Johnny boy! You know me better than that. Spill it."

"Well, Doc, to tell you the truth, I like going to group meetings now. I like hanging out with them. After all, we're all in the same boat, right?"

"That's right, and its good to hear you saying that. You've really shown some progress, Johnny boy. I can see it. Pretty soon, you won't need to see me anymore."

"I wouldn't know about that, Doc."

"Anyway, I wanted to ask you about your group."

"My group?"

"Made any new friends lately?"

"Yeah, I made a few friends. In fact, I got to know a new one the other day."

"A girl, right?"

"Now why would you say that Doc? I mean, gimme a little credit here. What if its a guy?"

"Johnny, I'm a trained shrink. I've been in this business for a very long time so stop fooling around. Your new friend's a girl, right?"

"Well..."

"Definitely a girl. Is she nice?"

"Yeah, she's cool."

"Thought so."

"I'm an open book to you, aren't I?"

"I thought you figured that out a long time ago, Johnny."

Tipikal! : Atau Mengapa Aku Pun Sama Je Macam Orang Lain...

Semalam, aku ada tolong sorang crew aku pindah rumah. Seperti biasa, dalam bab pindah-pindah rumah ni, aku akan jadi lebih popular dari biasa sebab semua crew aku tau yang aku boleh bawak balik pick-up truck ofis. (Thanks boss!) Setakat ni, 4 orang crew aku telah mendapat manfaat ini. Hehehe...

Pak Supir Johnny to the rescue.
Again..
.

Anyway, rumah lama crew aku ni kena clear pada 1 Jan, jadi, terpaksa la member aku ni pindah di tengah-tengah minggu. Nak tak nak, kena gak pindah time malam sebab siang kerja. (Nasib baik weekend lepas abang dia sempat tolong dia angkat benda-benda besar.) So, malam tu tinggal benda-benda kecil yang dah siap di bungkus dalam kotak dan beg plastik.

Aku sampai di flat member aku lebih kurang pukul 9pm. Dia dengan 2 orang member dia dah tunggu di tepi area parking. Lepas aku park lori aku(?), member-member aku pun mula la bawak turun barang-barang yang dah siap di bungkus. Aku exempted sebab aku kena tunggu di tepi lori. (Advantage jadi drebar tu. Tak payah angkat barang. Hehehe...)



Masa aku menunggu di tepi lori, aku sempat la jengok apa yang di simpan dalam kotak-kotak member aku. Bukan nya apa, aku kena gak tau apa kat dalam kotak-kotak dia supaya aku boleh susun dengan lebih teratur. Kotak berat kat bawah, yang ringan kat atas. Bukan nya menyibuk, tau. (Kunon!)

Masa aku sibuk 'periksa' kotak-kotak member aku ni lah aku telah terkujat besar. Aku seolah-olah terjumpa harta karun!

"Banyak buku kau geng! Berkotak-kotak."

"Hehe... Hobi aku. Ko tak tau ke?"

"Ko tak pernah cerita pun?"

"Ko tak pernah tanya."



Aku senyap, tak tau nak cakap apa. Tergamam! Rasa menyesal pun ada. Aku telah membuat kesilapan/dosa besar yang aku sendiri ingat yang aku tak akan buat. Aku telah men'stereotype'kan member aku sendiri. Aduuuiiiii...

Selama aku kenal member aku ni, aku tak pernah terpikir yang dia ni minat membaca. Kalau tengok dia sekali pandang, dia ni memang seorang Rempit tipikal. Perangai Rempit dia ko boleh bau sebatu jauh. Cara dia cakap, cara dia dressing, cara dia membawa diri. Tipikal.

Dan aku, seperti orang lain jugak, telah melakukan apa yang aku tak patut buat. Aku telah menganggap yang di sebab kan member aku ni 'nampak' seperti seorang Rempit tipikal, maka dia pun akan 'menjadi' seorang Rempit tipikal. Kurang pendidikan, tak suka membaca, suka membuang masa etc.

I have judged a book by its cover...

Aku rasa betul-betul berdosa malam tu. Aku, of all people, tak patut langsung ada perangai macam tu. Aku sendiri akan marah kalau orang men'stereotype'kan aku tapi rupa-rupanya, aku sendiri buat benda bodoh tu. Kat kawan sendiri pulak tu...

"Geng. Apahal ko senyap je? Macam pucat je muka ko? Ko sakit ke?"

"Takde apa-apa lah geng. Penat kerje kot."

"Ye ke? Tadi ko macam ok je. Oh ye... On the way kita singgah ATM jap. Aku nak cucuk duit. Bayar duit minyak ko."

"Tak pe la geng. Bukan nya jauh pun. Aku belanja."

"Jangan la macam tu bro."

"Takpe. Tada hal lah."

"Betul ke?"

"Ko jangan risau la geng. Tada hal."

"Ok..."

Lost and Found II (A Continuation) : Atau Satu Cerita Pendek Yang Bukan Aku Tulis

Baca post aku yang ni kalau nak back-story mengenai cerita ini.

Cerita pasal apa?

Cerita pasal bapak-bapak.





Hahahaha...

Tuesday, December 29, 2009

Resolusi Tahun Baru : Atau Perkara-Perkara Kecil Yang Tak Penting Sangat

Tiap-tiap awal tahun, satu tradisi tahunan (yang konon nya penting) akan di uar-uar(?) kan oleh hampir setiap orang. Tradisi membikin resolusi tahun baru.

Apa yang akan di jadikan sebagai resolusi itu bergantung kepada setiap individu. Mungkin bagi si perokok, dia akan berazam untuk berhenti. Bagi mereka yang merasakan diri mereka 'agak' obes, mungkin mereka akan berazam untuk menurunkan berat badan. Dan seterusnya.

Aku pun macam tu juga. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku telah lebih jauh mengenali diri aku. Aku dah tahu yang apa-apa resolusi yang akan aku fikirkan, aku tak akan buat.

Jadi, untuk tahun 2010 yang akan menjelang, aku akan ber'resolusi' untuk tidak ber'resolusi'.



Happy New Year!