Thursday, May 21, 2009

Che Guevara Adalah Seorang Mat Rempit

Pada tahun 1952, Ernesto Che Guevara dan kawan baiknya, Alberto Granado, telah merempit sambil menjelajah benua Amerika Selatan dengan menggunakan sebuah motorsikal Norton buatan British. Motorsikal hampeh yang tidak boleh diharap langsung itu telah di beri nickname 'La Poderosa II' a.k.a The Mighty One The Second a.k.a Si Gagah Perkasa ke-Dua.

Kisah rempit mereka berdua ini telah di tulis sendiri oleh Che di dalam diarinya yang telah dijadikan buku 'The Motorcycle Diaries'. Sebenarnya, diorang berdua bukan setakat merempit saja. Trip inilah sebenarnya yang telah membentuk pemikiran Che, seorang yuppie middle class dari Argentina, menjadi seorang revolusioner yang akan berjuang untuk menentang penindasan diktator-diktator boneka di Amerika Selatan. Impak dari trip backpacking (dan bukan trip merempit akibat Norton yang hampeh itu) yang bersejarah ini masih dirasai di seluruh dunia hingga ke saat kini.

Aku rekomen korang baca buku dia dulu sebelum korang tengok wayangnya.

P.S - Che dan Alberto tak sempat merempit jauh pun. Motorsikal Norton yang mereka pakai tu hampeh. Mereka berdua sepatutnya pakai Harley Davidson yang berenjin 'Flathead'. Tapi agaknya kalau diorang pakai Harley, nanti Yankee sangat kot...

Replika La Poderosa II


4 comments:

GombakRock said...

salam brader...
selamba je lu me"REMPIT"kan hero gua che guevara ye!!!kah kah kah...

pendapat lu boleh diterima dan boleh tahan cool jugak...hehe

movie "motorcycle diaries" ni wa dah layan 4 kali beb!!!buku dia pon gua ada...ingat nak belajar bahasa sepanyol ar supaya nanti gua dapat baca apa yg che tulis directly...
selamat...

Johnny B. Rempit said...

Brader GombakRock yang budiman,

Aku saja nak menghiburkan hati aku masa aku tulis post ni. Memang aku takde niat pun nak menjatuhkan maruah saudara Che. Bukannya apa, sejak kebelakangan ni, crew left wing di Malaysia ni terlalu serius sangat. Saja je aku nak cetuskan sedikit kontroversi. Hahaha...

Aku dulu pun baca Motorcycle Diaries dulu sebelum movie tu keluar. Memang best. Apa-apa pun, terima kasih atas komen anda.

Johnny

GombakRock said...

aku setuju sgt dengan isham tukar tiub...
masyarakat kita suka menghukum bukan mendidik...
bukan suma mat rempit itu samseng dan penjenayah...
aku anti samseng dan penjenayah...tak kesah ar mat rempit ke ahli politik ke perdana menteri...

bukan maksud gua nak kata label "mat rempit" merendahkan maruah...saja je nak gurau dgn lu...
kalau "rempit" tu maksudnya suke press minyak laju2 gua pon rempit ar gak...haha..tapi klac mati je ar...klac idop tak reti...haha

Johnny B. Rempit said...

Huiiih!

Kalau nak jadi perempit, skil guna klac kena ada bro.

Hehehe...