Monday, November 30, 2009

Falsafah Menu Terhad : Atau Monolog Merapu Di Dalam Kepala Aku

Sejak kebelakangan ini, aku sudah perasan satu hakikat kehidupan.

Kedai/Gerai Makan yang mempunyai menu terhad adalah JAUH lebih baik dari kedai/gerai makan yang jual macam-macam.

Kes pertama, Gerai Mak Yah di Seksyen 14, PJ yang hanya menjual 2 jenis masakan sahaja. Lontong dan Nasi Lemak. Dua-dua best! (Tada tipu punya geng, wa cakap lu, maaaaah!)

Cerita benar. Aku pernah ke sana satu pagi dengan hati yang berkobar-kobar nak makan nasi lemak. Bila aku sampai, Gerai Mak Yah tutup. Aku frust! Frust sangat sehinggakan aku terus balik rumah. Aku tak pedulik langsung yang di food court yang sama ada 4-5 gerai lain yang jual nasi lemak. Pada aku, tak akan ada nasi lemak yang sama seperti yang di jual di Gerai Mak Yah. Aku lebih rela balik rumah dari makan nasi lemak 'alternatif' yang lain.

Kes kedua, Gerai No 1 di food court Bandar Tun Razak, Cheras yang juga menjual 2 jenis masakan sahaja. Soto dan Roti Jala. Seperti yang dijangka, dua-dua best! Sup untuk soto sedap, ayamnya banyak, sambalnya ada 'kick'. Roti jala pulak 'fresh' sebab di masak di depan mata oleh seorang 'chef'. Ya, seorang 'chef'! Kalau tak percaya, pegi tengok sendiri.

Kes ketiga. Subang Ria, dekat dengan Wisma FAM, Kelana Jaya. Cari gerai Char Kuey Teow. Sekali lagi, korang ada 2 pilihan. 'Big' atau 'small'. Aku selalu makan yang 'big'. Plus extra cili jeruk dan tauge. Nyummm... (Aku harap korang tau yang 'trick' untuk menyediakan char kuey teow yang 'sodap' ialah si tukang masak akan hanya menggoreng satu 'portion' pada sesuatu masa. Jangan sesekali makan kuey teow yang di goreng secara lambak ala pasar malam. Spoil dia punya rasa babe!)

Kes keempat. Food Court di Jalan 223, PJ. Di gerai pertama sebelah kiri, order Milo Ais Kaw. Di gerai sebelah, order 2-3 nasi lemak bungkus. Kalau korang order Milo Ais Kaw dia saja pun dah cukup untuk buat trip korang berbaloi. Serious! Macam milkshake coklat, cuma lagi sodap!


Amacam? Betul tak teori aku ni? Mau jadi pengikut? Ada beran?

Hehehe...

Aku Dah Jumpa!

Terima kaseh yang tak terhingga aku ucapkan kepada saudara Johan yang telah menunjuk kepada aku lokasi kedai 'Nasi Ganja' yang amat 'lalok'.

Thanks bro!

Adakah Ini Benar? Adakah Ini Betul?

Entah macam mana, aku boleh terjumpa halaman Twitter idola aku.

Aku hampir terkujat beruk!





Hehehe...

Nasi Ganja Yang Lalok! : Atau Mengapa Aku Suka Kedai-Kedai Makan Yang Mempunyai Menu Terhad

Setelah aku membaca post ini dan artikel ini, aku berazam untuk mencari 'Nasi Ganja' yang dikatakan amat 'lalok' di Ipoh. Ada beberapa petunjuk di dalam artikel itu yang aku dah simpan dalam telefon bimbit aku. Antaranya Balai Polis Jalan Yang Kalsom dan Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Aku bukan dari Ipoh.

Aku tau aku mungkin akan sesat ketika mencari.

Aku tau yang ada kemungkinan yang gerai yang menjual 'Nasi Ganja' itu mungkin tutup kerana nasib aku yang tak baik.

Tapi aku kena cari gak. Ada sesiapa dari Ipoh yang tau lokasi gerai yang hebat ni?

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Haji : Atau Mengapa Jalan Di KL Lengang Di Pagi Hari

"Geng. Apasal jalan kosong semacam je pagi tadi? Aku siap boleh sampai ofis awal hari ni."

"Besok raya haji la."

"Raya haji? Alamak..."

"Ko lupa ke?"

"Alamak..."

"Ko lupa besok raya haji!?"

"Alamaaaaaak..."

"Hahahahaha..."

Amacam Johnny? Mau?

BMW K1300R



Honda CBR600RR


Kalau aku kena pilih, aku tak tau yang mana satu aku nak pilih.

Aku dan Anak-Anak Haram yang Berideologi Kommunieste (a.k.a. Commie Basterds) 2

Lagi-lagi cerita pasal korang! Takde kerje lain ke?

Aku betul-betul hangin pasal isu ni. Sebab diorang la cerita-cerita pasal Mat Rempit hilang dari media arus perdana di 1Malaysia. Kalau korang ingat, ada satu ketika dulu isu Mat Rempit hebat diperkatakan, di ulas, di debat. Segala macam manusia yang cool dan yang poyo telah memberi pandangan mereka. Berjam-jam masa yang berharga di slot-slot media arus perdana di gadai untuk memperbincang dan memperkata tentang hal si Mat Rempit. Berjela-jela artikel dan komen dapat di baca di akhbar-akhbar arus perdana. Aku cukup bangga pada ketika itu. Masa tu, aku cool...

Tiba-tiba, entah dari lubang mana, muncul si Commie Basterds.

Cibai!

Seperti yang aku pernah cakap dulu, Joe dah mati la bodoh! Tak paham ke?

Sejak kemunculan diorang, status Mat Rempit sebagai budak belasahan de facto media arus perdana 1Malaysia telah hancur berderai. Sampai sekarang. Sehingga kini, status budak belasahan media arus perdana telah di ambil alih oleh mereka. Ada ko dengar pasal Mat Rempit di tv? Ada ko baca artikel tentang mereka sejak kebelakangan ini? Kalau ada pun sikit sangat. Tak macam dulu.

Celaka ko Commie Basterds!

Aku nak balik status budak belasahan de facto aku balik! Aku nak para politikus 1Malaysia mengeluarkan pandangan-pandangan yang emo tentang kami! Aku nak program-program bual bicara yang menerobos memperbincangkan hal kami! Aku nak editorial-editorial yang berjela-jela di tulis mengenai kami! Aku nak balik status kami di kembalikan!

Celaka ko Commie Basterds!

Aku nak korang semua, wahai Commie Basterds yang celaka, untuk kembali balik ke lubang kubur korang. Lepak dengan 'Joe the King' dan 'Vlad si Celaka Gila'! Duduk situ diam-diam.

Celaka ko Commie Basterds!

Wednesday, November 25, 2009

Friday, November 20, 2009

Sebuah Filim Pendek



Wooooo...

Yu Bladi Bastat! : Atau Apa Yang Hang Jebat Buat Ketika Dia Bercuti

Aku tak selalu baca buku-buku puisi. Jarang-jarang. Kadang-kadang. Tahap pemikiran aku belum capai lagi level tinggi tu. Tapi sekali-sekala, bila bulan berwarna biru, aku akan terjumpa satu buku puisi yang akan memenuhi citarasa aku yang left-field sikit ni.

Sila ambil bau sedikit. Tapi kalau mau makan, kedai dia kat sini.


Perempuan V
oleh Salleh Ben Joned


Kata dongeng orang Papua: bulan ialah jantan
pertamamu,
Patutlah tiap kali turun darahmu berahiku naik
cemburu.


Secebis sajak 'Haram Scarum'
oleh Salleh Ben Joned

...so long as we hate pork and pray,
we'll remain Moslem and Malay.


Sedap sehingga menjilat jari.

Wednesday, November 18, 2009

Macam Pernah Nampak Je...

Aku terserempak dengan logo ni semalam. Aku rasa aku macam pernah nampak. Tapi kat mana? Design bulat, warna merah dengan biru, jalur-jalur. Hmmm...

Tuesday, November 17, 2009

Soto Di Pagi Hari

Pergi Bandar Tun Razak pagi-pagi sikit. Cari 'food court' yang betul-betul 'opposite' Mini Market Pak Haji, kat belakang stesen minyak BHP. Bila dah sampai, cari Gerai No. 1. Kat situ ada jual soto dan roti jala. Dua-dua best! (Aku selalu makan soto 'in situ' dan tapau roti jala.)

P.S. - Perasan tak yang kedai/gerai makan yang mempunyai menu yang amat terhad selalunya dapat menghidangkan makanan yang sedap sehinggakan pelanggan-pelanggan mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan mereka.

Monday, November 16, 2009

Mmmm... Lawanye...

BMW F800R


Aku tak tau kenapa aku suka sangat design motor BMW ni.

Kuih Raya dan Perkara-Perkara Kecil Yang Tak Penting

Mengapa kuih-kuih raya seolah-olah bertambah sedap pada ketika ianya susah di cari, terutama sekali di luar musim raya?

Aku Dapat Rasa Yang Encik Marquez Sedang Ketawa Terbahak-Bahak


"Babe. You dah baca dah buku ni? Best tak? Pinjam jap."

"Best. I suka. Eh... Kenapa you tanya? OMG! You've never read it before haven't you?"

"No... Why? You kenapa ni?"

"Hahaha... I can't believe this is happening. Selalu I yang ketinggalan but this time I've actually read something you haven't. I've read something you haven't! Hihihi..."

"Dah. Dah. Senyap."

"Kenapa you tak pernah baca buku Marquez before this?"

"Entahlah. I pun tak tau."

"So you're telling me that you have never, ever read any of his books before?"

"Nope. Tak pernah."

"One Hundred Years of Solitude? Love in the Time of Cholera? Chronicle of a Death Foretold?"

"Tak pernah."

"So... You nak pinjam yang mana?"

"Yang ni."

"Good choice. I really like the story. Babe... Nak tau tak apa jadi in the end?"

"You jangan nak mengada!"

"Last-last kan..."

"Lalalalalalalalalalalalala..."

Thursday, November 5, 2009

Fifth of November...

Remember, remember,
The Fifth of November,
The gunpowder, treason and plot.

I know of no reason,
Why the gunpowder treason,
Should ever be forgot.