Bulan ni, ruangan paling best (Tapai) di magazine paling cool di 1Malaysia (Off The Edge) telah menceritakan tentang perihal whisky, rum dan pengalaman. Seperti biasa, Hishamuddin Rais rocks!
Tetapi post ini bukan pasal artikel itu. Post ini ialah mengenai satu insiden kecil di mana sebaik sahaja aku habis membaca artikel itu, entah macam mana, scene-scene yang agak masyhur dari filim-filim old school Melayu dengan tak semena-mena, muncul di dalam kepala aku. Scene-scene yang melibatkan kabaret, bar, seniwati-seniwati yang berbaju ketat dan sendat, kugiran-kugiran yang stylo, penari-penari twist dan meja-meja kecil yang dipenuhi gelas yang (semua orang tau) bukan di isi teh tarik.
Waiter : Mahu minum apa Tuan?
Majistret : Errmmmm... Gin and Tonic.
Doktor : Iblis Tonic.
Waiter : Iblis Tonic mana ada Tuan.
Dokor : Give me Setan and Tonic.
Waiter : Setan lagi tak ada Tuan.
Kenapa scene tersebut muncul dalam kepala aku? Aku pun tak tau. Mungkin pada ketika itu, aku baru lepas makan rojak mee yang agak suspek. Mungkin cuaca yang agak panas menyebabkan aku berhalusinasi.
Mungkin, secara tidak langsung, motif sebenar aku ialah aku nak tanya mengapa scene-scene macam tu masih boleh ditayang di tv (arus perdana) di zaman sekarang (yang semakin konservatif) tanpa sebarang kritikan yang ianya memaparkan aktiviti-aktiviti yang tidak mengikut norma-norma budaya ketimuran kita yang santun dan berhemah? Adakah status 'seniman' dan 'seniwati' dapat melindungi filim-filim lama daripada sebarang kritikan? Boleh tak ko sebut 'hipokrasi'?
Hmmm... Aku rasa aku perlu lebih kerap pergi sesi terapi atau group meetings aku.
"Hello. My name is Johnny and I'm an addict."
"Hi Johnny!"
Hehehehe...
No comments:
Post a Comment