Aku cukup minat Twitter. Aku berpeluang menulis mesej-mesej pendek yang tak penting yang aku tau takda orang akan baca. Aku suka buang 2 sen aku ke dalam perigi yang gelap. Aku suka tengok apa orang-orang yang aku follow tulis. Voyuristik? Memang!
Aku kureng sikit bab Facebook. Aku dah set up akaun aku tapi aku jarang sangat jengah. Aku lagi suka cara old skool aku. SMS! Texting still ROCKS! Jumpa face-to-face lagi cool. Aku suka berborak dan memaki member-member aku face-to-face. Kalau setakat kutuk-mengutuk dengan menge'tag' gambar orang, ermmm... aku kureng sikit la.
Anyway, beberapa hari lepas, ada satu menteri ni sudah keluarkan satu statement yang amat kelakar. Apa dia cakap? Dia cakap yang Twitter dan Facebook ni adalah budaya barat a.k.a. budaya yang kita di 1Malaysia tak patut ikut.
Maka terjagalah si Singa dari tidurnya...
No comments:
Post a Comment