Tuesday, May 11, 2010

Aku, Dua Orang Budak Mat Saleh Dan Seorang Makcik Yang Happening : Or The Surreal Misadventures of Johnny in Langkawi Part #1

Advencer aku ke Langkawi bermula sebaik saja selesai sembahyang Jumaat minggu lepas. Aku telah dibenarkan pulang lebih awal hari tu. So, sebaik saja aku sampai rumah, aku terus pack barang-barang aku.


Buku yang kunon nya nak baca di tepi pantai


Setelah aku siap pack barang-barang aku yang tak banyak, aku pun keluar untuk ke KLIA. Kali ni, aku ke airport naik ERL. Selalunya, aku yang menjadi 'tukang hantar' orang ke airport tapi bila si 'tukang hantar' a.k.a. drebar pulak yang nak naik kapal terbang, kena la 'tukang hantar' guna pengangkutan awam. Hehehe...


"Perhatian! Tren berkelajuan tinggi akan melepasi stesen ini sebentar lagi.
Untuk keselematan anda, sila berdiri di belakang garisan kuning.
Attention! A high speed train will be passing through this station shortly.
For your safety, please stand behind the yellow line."



Laju nye...


Di sebabkan aku tak pernah menggunakan perkhidmatan tren berkelajuan tinggi ini, aku tersilap bajet dan 'tersampai' awal di KLIA. Flight pukul 8.05pm tapi aku sampai airport pukul 5.30pm, lebih kurang. Laju gak menatang tren ni...

Hmmm... Apa lagi! Melangok la kat airport.

Habis aku pusing satu terminal. Semua kedai aku masuk. Aku belek-belek kamera digital, buku, coklat, magazine, figurin pewter KLCC, t-shirt tourist, jam mahal, rokok yang tak pernah aku tengok, perfume, toys etc, dsb, et al. Last-last, aku beli Coke besar kat McD dan lepak dengan abang-abang drebar limo di luar dewan arrivals sambil menghisap rokok.

Dalam sejam sebelum berlepas, aku pun pergi ke kaunter check-in untuk mendapatkan boarding pass aku. Tak payah beratur lama pun. Tak sampai lima minit dah selesai.

Disebabkan aku dah kebosanan, aku terus menuju ke gate dan sebaik saja gate di buka, aku terus masuk ke dalam kapal terbang. Malas aku nak tunggu-tunggu lagi kat departure hall. Sebaik saja aku dah simpan beg aku di bawah kerusi depan, aku terus pasang earphone aku ke fon canggih-manggih aku supaya aku boleh rilek sikit sambil mendengar koleksi MP3 aku.

Bila lagu 'Friday I'm In Love' nyanyian The Cure bermula, mood 'holiday' aku pun kembali bersemangat. Aku dah tak sabar lagi nak ke Langkawi. Kemudian, sebaik saja lagu tu habis dan lagu seterusnya belum start, 'mis-advencer' surreal aku pun bermula.

Aku terdengar perkataan 'reproduction' dari seat belakang aku. Kemudian, perkataan 'sperm', 'vagina' dan 'intercourse' sambil di selang-seli dengan hilaian gelak ketawa.

WTF?

Perasaan curious aku membuak-buak. Aku terdengar lagi perkataan-perkataan seperti 'penis', 'periods', 'menstruating', 'ovary' dan macam-macam lagi. Aku 'termasuk' ke alam surreal ke masa aku masuk perut kapal terbang ni tadi? Can you say, "Welcome to the Twilight Zone?" Aku terus bersandar di seat aku untuk 'mendengar' dengan lebih lanjut.

Confirmed! Mereka sedang berborak pasal seks.

Apa lagi... Aku terus ambil beg aku dari bawah kerusi depan dan 'kunon' nya nak simpan di kompartmen overhead. Semasa aku berbuat demikian, aku toleh ke belakang dan aku lihat yang seorang makcik sedang berborak dengan dua budak mat saleh, seorang lelaki dan seorang perempuan (yang aku agak berumur dalam 12-13 tahun) mengenai 'the birds and the bees'.

Maaaaak oiiiiii!

Nasib baik earphone aku masih tersumbat dalam telinga aku jadi aku boleh 'berpura-pura' yang aku tengah layan muzik masa tu. Tapi setiap patah perkataan yang makcik tu cakap kat budak-budak mat saleh tu jelas dan clear.


"Since you're a teacher, can we ask you something?"

"Sure."

"What's an orgasm?"


Diskusi yang hangat ini berterusan tanpa henti semasa si pramugari sedang membuat safety briefing, semasa kapal terbang sedang bergerak ke hujung landasan, semasa kapal terbang sedang berlepas, semasa kapal terbang sedang menuju ke cruising altitude, semasa anak kapal sedang menghidang sepeket kacang dan segelas jus oren. Di sepanjang perjalanan aku ke Langkawi, mereka bertiga hangat membincangkan hal-hal mengenai AIDS, STD, penggunaan kondom, cinta, pakaian dalam wanita yang seksi (thongs vs briefs), role model yang baik, abstinence vs safe sex, saiz (SAIZ?), kasut tumit tinggi, kama sutra, oyster, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng, viagra, internet porn etc, dsb, et al. Boss aku (yang duduk di sebelah aku) pun tumpang sekaki meng'eavesdrop' perbualan mereka bertiga. Hehehe...


"Johnny. This is waaaaaaay better than an in-flight movie."

"Yup."

"Waaaaaayyyy better."


Perbualan mereka hanya terhenti apabila flight kami touchdown di Langkawi. Boss aku siap mengeluh sebab diskusi mereka telah berakhir. Aku pun sama jugak. Aku rasa, aku dapat lebih banyak ilmu yang berguna melalui kelas impromptu ini dari segala buku dan 'nasihat' yang pernah aku dengar sebelum ini.

Aku kini yakin yang sekali-sekala, bila bulan berwarna BIRU, benda-benda pelik akan berlaku. Hehehe...


"Johnny, our prospective client ajak kita makan. They told me the place is called 'Wonderland'. Best ke situ?"

"Best seafood place on the island, boss."

"Ye ke?"

"Jangan risau boss. Saya kenal owner dia. Dia yang akan recommend apa yang sedap malam ni."

"Canteeeek..."













Memang sah bulan biru sedang mengembang. Boss aku tak pernah guna perkataan 'Canteeek...' sebelum ni. Hahahahaha...

No comments: