Monday, May 3, 2010

Pekan Frinjan Yang Ghaib, Sebuah Telefon Bimbit Yang Canggih-Manggih Dan 'Awek-Awek' Ben Yang 'Maskulin'


Sabtu lepas, aku telah ke Shah Alam untuk join event Pekan Frinjan buat kali kedua. Event Frinjan pertama yang aku pergi bulan lepas telah meyakinkan aku yang memang ada hasil kalau aku mengikuti 'gig' ini sekerap mungkin.

So, Sabtu lepas, lebih kurang pukul 8pm, aku pun bertolak dari rumah aku. Aku sampai di venue dalam pukul 8.45pm. Tapi bila aku sampai, satu perkara yang menakjubkan telah berlaku.

Pekan Frinjan dah HILANG!

Semasa aku park pick-up aku di area sebelum Dataran Shah Alam, aku dah dapat rasa satu vibe yang pelik. Dari jauh aku nampak yang crowd yang ada di Dataran agak... ermmm... old skool(?). Semasa aku sedang berjalan kaki ke sana, hati aku makin gelisah. Tak ada vibe 'muda' yang dapat aku rasa. Sebaik saja aku sampai di area Dataran, memang sah! Ini event lain. Pekan Frinjan sudah hilang entah ke mana.

Aduuiiiii...

Frust betul aku masa tu. Rasa di hati nak balik je terus. Semasa aku menapak balik ke pick-up aku, bermacam-macam benda berlegar-legar dalam kepala. Apa sudah jadi? Kena reschedule ke? Tak dapat permit polis ke? Dll, etc, et al...

Aku perlu info. Aku perlu mengakses internet.

"I need to go online."

Pada saat itu, aku rasa amat beruntung sebab aku ada sebuah fon yang canggih. Dalam 2-3 minit saja, aku dapat akses ke akaun email dan FB aku. Ada emergency, rupanya. Pekan Frinjan kena tukar venue. Ok... Venue baru di Laman Budaya, Shah Alam. Ok...

Masalah baru pulak timbul.

Mana pulak lokasi Laman Budaya nih?

Aku bukan nya tau sangat area Shah Alam ni. Kalau landmark besar aku boleh la agak-agak tapi... Laman Budaya?

Sekali lagi, teknologi moden menyelamatkan keadaan. Aku buat search dan Google kata yang Laman Budaya tak jauh sangat dari Dataran.

Canteeeeekkkkk...

Last-last, lebih kurang pukul 9 suku, barulah aku jumpa Pekan Frinjan 11. Aku park pick-up aku sehampir mungkin dan terus masuk ke Laman Budaya. Semasa aku sampai, J-Dee baru je habis buat show dia atas pentas. Aku terus duduk dan mula survey keadaan.

Crowd kali ni lebih kecil kalau aku nak banding dengan crowd Frinjan 10. Jauh lebih kecil. Barangkali, sebab pertukaran venue. Satu lagi benda yang aku perasan ialah yang crowd kali ni mungkin terdiri dari kawan-kawan rapat penganjur. Aku mungkin salah. Mungkin aku perasan sendiri tapi dari gerak geri dan tingkah laku mereka, aku agak yang di sebabkan diorang ada direct contact, mereka saja yang dapat tahu lebih awal tentang hal pertukaran venue ini. Aku dapat rasa yang crowd outsider macam aku berada di dalam golongan minoriti. Aku bukannya nak salahkan diorang tapi aku lihat yang Frinjan 11 dah jadi seolah-olah macam reunion kawan-kawan lama dan aku ni macam budak sesat dari sekolah lain. Entahlah...

Perasaan hambar yang aku rasa pada masa tu terus menebal bila Ainul Aishah dan Mohd Jayzuan naik ke pentas untuk persembahan mereka. Satu persembahan yang penuh dengan inside joke dan tahap familiariti yang intim untuk crowd insider yang faham sahaja. Sekali lagi, aku terasa yang aku ni budak luar. Mungkin attitude ini tak disengajakan. Aku faham yang disebabkan penukaran venue last minute, memang crowd yang akan tahu adalah crowd yang in the loop tapi jangan la sampai korang alienate budak-budak luar yang ada pada masa tu. Aku berani kata begini sebab aku ada perasan yang ada budak-budak yang kurang selesa dengan keadaan ini telah bangun dan keluar sebaik saja persembahan mereka selesai.

Nasib baik, untuk menyelamatkan keadaan, Ben's Bitches telah naik ke pentas. Diorang memang pandai nak ambik hati crowd malam tu, lebih-lebih lagi budak outsider macam aku ni. Sikap mereka yang bersahaja ("Jangan nak tipu la, that song was shit ok!"), lirik lagu mereka yang ireveren ("Jolok! Jolok! Jolok! Jolok! Jolok!) dan attitude punk mereka telah menyelamatkan Frinjan 11 dan menghidupkan kembali 'roh/spirit' Frinjan malam itu.

Mood aku untuk berFrinjan hidup semula. Selepas set Ben's Bitches, tibalah giliran crew 'Buka Mata' pulak. Tapi diorang tak main muzik. Mereka membuat persembahan 'performance art' (kalau aku tak silap dengar la). Aku nak describe pun susah. Mungkin link ini dapat menolong. Melalui persembahan sebeginilah, aku dapat merasakan yang 'roh/spirit' Frinjan kembali menyinar. Inilah dia sebab utama aku berFrinjan. Supaya aku dapat melihat dan merasa sendiri kreativiti golongan muda di dalam suasana yang kondusif dan terbuka.

Sebaik sahaja persembahan 'Buka Mata' selesai, aku pun balik. Dalam perjalanan balik aku terfikir yang alangkah baiknya kalau venue Frinjan tak di tukar pada saat-saat akhir. Aku bukan tak suka venue Laman Budaya tu tapi aku rasa Pekan Frinjan patut diadakan di Dataran Shah Alam yang lebih terbuka supaya lebih banyak exposure dan boleh menarik minat mereka yang 'terjumpa' event ini secara tak sengaja. 'Roh/spirit' Frinjan patut di dedahkan seluas-luasnya pada komuniti sekeliling dan untuk mencapai matlamat itu, venue di Dataran Shah Alam jauh lebih sesuai. Aku harap yang SNAFU yang berlaku minggu lepas tak akan berulang kerana event ini patut (dan berhak) di adakan di Dataran Shah Alam. Baru betul Pekan Frinjan!

5 comments:

Zul said...

Salam bro!

aku zul mewakili komuniti frinjan sebelumnya nak mintak maaf di atas perubahan lokasi di saat2 akhir akibat masalah komunikasi di antara kami, mbsa dan acara satu lagi tu. nasib baik dapat gak pakai laman budaya tu last2 minit dgn segala kanopi untuk acara hari sebelumnya yang masih belum dibuka.

tentang kawan2 tu mungkin benar, walaupun aku sendiri tak kenal setengah dari mereka.tapi memang kami di frinjan menggalakkan mereka yang hadir untuk bertegur sapa dan seterusnya menjadi kawan dan kemudian mungkin menjadi sebahagian dari komuniti frinjan atau membuat persembahan. jadi untuk akan datang, datang dan tegurlah geng2 frinjan yang ko kenal termasuklah aku.

terima kasih atas kritik dan saran dan pekan frinjan akan kembali ke dataran shah alam 5 jun nanti kerana sememangnya hasrat kami nak dedahkan seni persembahan seperti ini kepada audien baru.

Terima kasih banyak bro! :)

Faizah Roslaini said...

Aku suka lagu Ben Bitches pasal bulu.. hehehe

Johnny B. Rempit said...

Salam Bro Zul

Aku harap kritikan aku tak kasar sangat. Aku tak ada niat nak menjatuhkan korang sikit pun. Mungkin pada malam tu, kombinasi perkara-perkara yang di luar jangkaan telah menyebabkan benda-benda yang aku tulis tu terjadi dengan tak sengaja.

Apapun, aku dan crew aku akan tetap sokong Frinjan. Kami semua dah lihat sendiri kerja-kerja baik korang semua dan kami semua harap yang crew-crew Frinjan akan tetap meneruskan usaha korang yang murni ini. Seni adalah untuk semua dan semua orang patut diberi peluang untuk menikmatinya.

Johnny

Johnny B. Rempit said...

Faizah Roslaini is a Punk Rocker!

Closet pun, closet lah, boleh?

;p

Zul said...

bro,

haha, xde hal.kritik keras dan kasar pun ok, asal konstruktif, hehe. bagus untuk perbaikan dan refleksi.

terima kasih atas sokongan, frinjan jun nak buat persembahan?

zul