Wednesday, May 19, 2010

Rush Job : Atau Meng'Ngeropok' Di Kuantan

Aku di suruh ke Kuantan semalam. Ada 'rush job' yang hanya aku sahaja boleh buat, kata boss aku.


"Ada ela..."

"Awak jumpa Puan H. She knows. Elaun, elaun... "

"Hehehehe..."


Sebenarnya, bukan kerja ofis pun. Aku kena bayarkan cukai tanah boss aku. Personal matter yang sepatutnya tak boleh guna masa, resource dan pick-up truck company, tapi dah company tu DIA yang punya, aku nak kata apa? Yang tugasan aku ni tak 'beretika'? Hahahaha...

Aku memang heart kerja aku ni!

So, lepas je aku diberi dokumen-dokumen (dan duit) yang perlu, aku terus keluar ofis untuk pergi ke Kuantan. Aku di beri the whole day untuk melaksanakan tugas aku dan aku tak perlu masuk ofis lagi. Aku telah diberi semi-off day.

Wooooooooohooooooooooo!

Aku memulakan perjalanan aku ke Kuantan dengan sebuah breakfast yang santai di Kedai Leha Kelfood di Taman Melati. Itu dah jadi semacam tradisi aku kalau aku nak ke Pantai Timur. Walaupun agak mahal, untuk ambil 'feel' Pantai Timur, aku rasa, tak ada apa yang lebih sesuai dari sepinggan Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol. Lagipun, kedai tu kat tepi MRR2, di dalam perjalanan ke Karak Highway. Setelah selesai makan, dalam pukul 10am, aku pun mulakan perjalanan aku.

Tak ada apa yang menarik sangat berlaku dalam perjalanan aku. Aku tak bawak laju pun. Tak ada rush sebenarnya, walaupun 'rush job'. Cuma ada satu speed trap hari tu. Itu saje. Di Gambang. Semua orang tau pun kat situ ada speed trap.

Lebih kurang 1pm, aku pun sampai di Kuantan. Pejabat Tanah dah tutup untuk lunch, jadi aku pun makan la jugak, di satu restoran kecil dekat dengan area pejabat kerajaan. Besar betul ikan kembung dia. Tu la advantage tinggal di bandar tepi laut. Seafood fresh. Dan besar. Dan murah.


Bang! Huruf N dah jatuh.


Lepas makan, aku terus ke Pejabat Tanah. Sibuk jugak tempat tu. Tapi rupanya, aku tak payah tunggu lama. Pejabat Tanah Kuantan memang cekap. Tak sampai 10 minit, semua tugas aku dah selesai. So, sekarang aku dah free. Aku di Kuantan dan aku tak tau nak buat apa. Nak balik KL? Awal lagi. Aku pun melancong la, jadi tourist!


Masjid Besar Kuantan
Cuaca semalam panas tapi berangin. Fantastik!



Aku pusing-pusing di town kejap, lepas tu aku pergi ke Pantai Balok, melepak sorang-sorang di bawah pokok rhu sambil angin Laut China Selatan bertiup kuat. Aku siap terlelap sekejap masa aku di sana. Paper dah habis baca, member-member aku semua dah taknak jawab sms aku yang poyo, so aku pun tidur la. Bila aku terjaga, dah dekat pukul 4pm.

Tea time!

Kalau di Kuantan, untuk makan petang, sorang member aku rekomen kedai Mok Naa di jalan Kuantan-Pekan. Dia kata keropok lekor basah di situ best. Best atau tidak, aku dah lapar balik dan aku perlu makan. Lepas lebih kurang setengah jam, aku pun sampai di situ.


Nampak tak tray yang ada pinggan biru di tengah gambar ni?
Cuba teka di tray tu ada 'kueh' apa?

Busy juga kedai ni. Banyak juga kueh dan makanan-makanan yang tak tipikal (untuk sajian tea time) ada di jual di sini. Ikan Kembung Goreng Tepung for tea, anyone? Udang Goreng Tepung, yes? Hehehe... Di situ ada juga sata dan otak-otak tapi aku ke sini untuk satu benda, dan satu benda sahaja.

I want me some krupuks!


Yumm...
Krupuks!


Tak perlu la aku cerita di sini yang selepas aku makan, aku siap tapau balik sebeg plastik lagi krupuks yang aku akan bawa balik ke KL. Tak payah la mimpi nak cari krupuks macam ni di KL ya adik-adik. Kat KL tak ada jual. Ko kena pergi Pantai Timur kalau nak merasa krupuks gred Triple A+ macam ni.

So, setelah selesai sesi tea time di Mok Naa, aku pun balik ke KL. Seperti yang aku buat pagi tadi, aku tak bawak laju. Steady 110 all the way.

Aku mula masuk KL masa peak hours, pukul 7pm. KL baru je lepas hujan lebat dan trafik di MRR2 dah macam usus tersumbat. Dari berita di radio, aku dapat tahu yang KL sedang mengalami temper tantrum nya dengan cuaca yang tak menentu, yang hampir semua pemandu sedang mengalami episod psikotik yang kritikal. Sigh...

"Welcome home, Johnny boy!"

2 comments:

Faizah Roslaini said...

WOII..aku selalu lalu kedai tu kalau pergi Kuantan. Dulu waktu dia mengamalkan falsafah menu terhad keropok lekor dia lagi best. Le nih aku rasa mcm dah tak berapa konsisten.

Ada satu kedai lagi depan sikit. Yang itu jual keropk lekor sahaja.

Kalau pergi depan sikit lagi ada kedai jual nasik kerabu dengan daging salai yang paling lazat. Kalah Kelantan. Ada org dtg kedai tu semata-mata nak beli daging salai sahaja.

Ishh kau ni. Membuatkan aku nak balik kampung SEKARANG JUGAK!

Johnny B. Rempit said...

Hmmm...

Daging salai...

Yummm...