Wednesday, September 24, 2008

Komrad-Komrad Proletariat di KL...

Aku mungkin tak ada data statistik yang saintifik dan tepat, tapi aku rasa, kemungkinan besar, motor Honda EX5 adalah motor paling 'proletariat' di Malaysia. Motor 'working class' yang paling popular di sini. Semua orang pakai. Aku sendiri pun pakai dulu, sebelum aku upgrade ke RX-Z aku. Motor tu lasak, tahan lama, boleh diharap, tak banyak songe...

Kalau nak laju, memang motor lain lagi laju. Kalau nak lawa, memang motor lain ada yang lagi lawa. Tapi kalau setakat nak pergi dari A ke B tanpa banyak songe, tak ada motor lain yang lebih baik. Tak percaya, pegi tanya mat despatch, pegi tanya mamat yang jual suratkhabar.

Sekarang, di zaman minyak mahal ni, mamat kerje ofis pun bawak EX5.

Makna 'Proletariat'...

Kalau korang dah tengok trailer 'Revolusi 48', korang akan terdengar seorang pejuang sayap kiri (aku tak kenal lagi siapa, kena tunggu pelancaran dokumentari) sebut perkataan 'proletariat'. Tergamam aku bila dengar perkataan yang 'simbolik' tu keluar dari mulut beliau. Hehehe...

Bagi mereka yang tak berapa faham makna perkataan tu, aku ada sediakan beberapa definisi perkataan tu kat bawah. Bagi mereka-mereka yang 'speek no inglish' (kamu tahu kamu siapa), aku ada gak cari definisi ayat tu dari Dewan Bahasa. Hehehe...

-The working class, especially those who lack capital and must sell their unskilled labour in order to survive.

-Wage workers. From the Communist Manifesto: "By proletariat [is meant] the class of modern wage laborers, who, having no means of production of their own, are reduced to selling their labor-power in order to live."

-Term given to the working class people in society.

-The working class, as it is referred to in Karl Marx’ Communist Manifesto. Marx predicts the eventual overtake of the Government by the Proletariat.

-golongan proletar; kaum buruh.

Aku tak sabar nak tengok dokumentari ni...

Trailer Terbaru Revolusi '48...



Kalau nak tengok kat YouTube, klik kat sini.

Saturday, September 20, 2008

Apa Hisham Kata (4)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata...' kali ni, aku amik sebahagian daripada komen dia tentang satu isu politik yang dia bincang kat blog dia, 'Tukar Tiub'.

"bincang mat rempit naik salji mat rempit sendiri pun tak ambil pot....kah kah kah…."

Baca la post penuh dia. Klik kat sini.

Thursday, September 18, 2008

Macam Coca Cola, McD dan Pai Epal...

"Geng. Ko minat MU kan?"

"Ha'ah. Kenapa?"

"Owner MU orang Amerika kan? Apa nama dia? Glazer ke..."

"Betul tu. Malcolm Glazer."

"Sponsor terbesar United pun kompeni US gak kan? AIG?"

"Ye kot. Nama diorang ada kat jersi."

"Hehehehe..."

"Apahal lak ko ni? Tersengih-sengih..."

"Nampaknya sponsor terbesar MU bukan AIG lagi dah. Sponsor terbesar MU sekarang rakyat Amerika. Hahahaha... MU patut letak bendera US kat jersi diorang. Hahaha..."

"Huh? Apa ko melalut ni?"

"Ko tak baca paper ke? Cuba ko tengok CNN kejap lagi. Sekarang, kalau bab bisnes takde cerita lain dah. Bank Federal Reserve dah ambil alih AIG. Bank Pusat Amerika dah takeover AIG. 85 billion dolar bro!"

"Habis tu? Apa kena mengena dengan United?"

"Geng. Bank Federal Reserve ni bank pusat kerajaan US. Macam Bank Negara diorang la. Siapa pemegang saham terbesar Bank Federal Reserve? Kerajaan Amerika. Siapa pemegang saham terbesar kerajaan Amerika? Rakyat Amerika la... Nak dipendek kan cerita, dah la sekarang ni owner MU orang Amerika, sponsor MU lak rakyat Amerika biasa. Patutnya logo AIG tu buang, cop bendera US besao-besao kat dada tu. Hahahahaha..."

Wednesday, September 17, 2008

Sequel '10 Tahun Sebelum Merdeka'...


Dengar sini semua!

Kepada semua peminat-peminat dokumentari '10 Tahun Sebelum Merdeka' arahan Fahmi Reza! Sequel kepada dokumentari tersebut akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.

Blog baru tentang dokumentari ini ada di http://revolusi48.blogspot.com/
(Poster kat atas aku amik dari situ. Bukan aku yang buat.)

Detail lebih lanjut boleh korang dapat dari situ. Aku pun dah ada sediakan link ke blog tu kat sebelah.

Dokumentari '10 Tahun' lah yang telah membuka mata aku tentang sejarah Malaysia. Masa aku sekolah dulu, sikit sangat yang di ajar mengenai aspek perjuangan kemerdekaan oleh kumpulan sayap kiri. Cikgu aku ajar yang pejuang-pejuang sayap kiri ni semuanya 'sesat', semuanya 'komunis' yang 'tak bertuhan'. Sekarang baru aku tahu...

Ni bukan nya aku cakap kosong. Aku sendiri dah baca 2-3 buku yang Fahmi Reza rekomen. Aku mengaku yang aku ni jahil dalam bab sejarah Malaysia ni. Aku mengaku yang aku fail Sejarah masa SPM aku dulu. Aku memang benci teramat sangat subjek tu. Aku sendiri tak minat dan cikgu pun tak minat nak ajar aku! Sinergistik! Hahaha...

'10 Tahun' memang telah membuka mata aku. Sejak aku tengok dokumentari tu lah aku mula mengenali Allahyarham Rustam A. Sani. Aku mula mengenali beliau melalui blog '10 Tahun'. Perjuangan beliau dan juga bapanya.

Aku ingat lagi... Aku ada kena hantar dokumen kat Wisma Selangor Dredging. Boss takde kat ofis. Ada peluang nak ronda-ronda kat KLCC. Aku beli buku 'Social Roots of the Malay Left' kat Kinokuniya pada hari yang sama arwah meninggal. Ironik tak? Sebelum aku tengok '10 Tahun', aku langsung tak pernah dengar nama dia. Tak pernah langsung. Sikit pun...

Sekarang, aku akan tunggu dokumentari terbaru Fahmi Reza. Kalau '10 Tahun' dapat membuka mata aku, aku yakin yang 'Revolusi '48' akan membuka mata aku dengan lebih luas lagi.

Tuesday, September 16, 2008

Apa Hisham Kata (3)...

Untuk edisi 'Apa Hisham Kata' kali ini, aku nak korang baca satu 'blog post' dia. Kalau nak baca, klik je kat sini, boleh pergi direct. Kalau nak baca post-post dia yang lain, link dia ada kat sebelah.

Happy Malaysia Day!

Happy Malaysia Day!

Happy Malaysia Day!

Woooohoooo!

Monday, September 8, 2008

Honda CBR 600RR 2009...

Bila la aku boleh beli motor macam ni? Kalau setakat nak harap duit gaji aku, sampai bila-bila pun tak boleh...

(Honda CBR 600RR tahun 2009)

Apa Hisham Kata (2)...

Masa itu relatif

Ayat terakhir dalam satu karya 'Isham 2504'. Kalau nak baca sepenuhnya karya dia, klik sini.

Hahahaha...

Saturday, September 6, 2008

Sedap siooottt!!!

"Mana ko beli nasik ni?"

"Bandar Sri Permaisuri."

"Apa ko buat kat sana? Takde benda kat sana."

"Aku kena pegi JPJ tadi. Boss aku suruh renew roadtax dia. Kat situ ada pasar Ramadhan. Lepas aku settle kerje boss aku, aku tengok-tengok jap apa yang ada. Caya tak nasik beriyani dia?"

"Sedap siooot! Ni mesti orang Melayu buat. Betul?"

"Ha'ah."

"Memang layan bro. Tak macam kat kedai mamak."

"Eh... Ko boleh tutup mulut ko kejap tak. Aku tengah bukak puasa ni. Lapar tau, lapar!"

"Rilek la bro... Hehehe... Takpe. Besok aku belanja ko bukak puasa pulak. Amacam?"

"Canteeek!"

Thursday, September 4, 2008

Al Fatihah Buat Pak Samad...

Marilah kita sama-sama memperingati pemergian tokoh kewartawanan dan penulisan negara, Abdul Samad Ismail a.k.a Pak Samad yang telah meninggal dunia hari ini.

Banyak yang boleh kita pelajari dari arwah Pak Samad. Beliau adalah sumber inspirasi kepada berpuluh-puluh wartawan Malaysia. Hasil penulisan beliau akan sentiasa di ingati, di tela'ah oleh budak-budak di bangku sekolah dan pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Integriti beliau patut di teladani, keikhlasan beliau patut di contohi. Dunia kewartawanan Malaysia akan menjadi suram tanpanya.

Kita patut memperingati jasa-jasa arwah kepada negara kita. Tidak ramai tokoh-tokoh di Malaysia yang boleh kita contohi tetapi beliau adalah salah satu di antara mereka yang patut kita sama-sama teladani.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap takziah kepada keluarga arwah Pak Samad. Kehilangan beliau amat dirasai oleh saya, seorang pemerhati jauh, apatah lagi kepada keluarganya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al Fatihah...

Apa Hisham Kata (First Edition)...

Mulai hari ini, aku akan mula buat posting khas untuk hero aku, Hishamuddin Rais (yang mengikut pandangan majalah Off The Edge, seorang 'wandering bon vivant'). Aku akan amik kata-kata dia dan letak di bawah tajuk "Apa Hisham Kata..."

Jadi, untuk edisi pertama, aku amik kata-kata dia dari blog dia 'Tukar Tiub'. (Kalau korang perasan, aku dah ada link dia kat sebelah. Hehehe...)

Kalau tak ada duit nak beli baju dan seluar baru
Pergi kedai BUNDLE – jamin memuaskan.

Sapa tak tahu apa itu kedai BUNDLE – dia tak cool.

Kalau tak tahu apa cool – masuk Sintok.

Hahahaha...

Wednesday, September 3, 2008

Lapar Mata Dari Perut...

"Ko makan tu je? Betul?"

"Betul la. Cukup la ni. Aku bukan nya lapar sangat. Tapi aku memang haus. Itu konfem."

"Nampak sikit je bro. Cipuuut je."

"OK la tu. Aku cuma haus je time puasa ni. Malam sikit nanti aku balun la cukup-cukup."

"Ohhh... Style ko macam tu.. Aku lain bro. Aku kena makan gak time buka. Tak cukup setakat minum je."

"Tak pe la. Lain orang lain cara bro. Janji puasa. Betul?"

"Janji puasa. Ko puasa tak hari ni? Hehehehe..."

"Cibai! Ko ingat aku apa? Budak sekolah?"

"Hehehe... Jangan le mare bro. Kurang point nanti."

  

Tuesday, September 2, 2008

SMS Sambut Puasa...

Kat bawah ada dua contoh SMS sambut puasa yang aku dapat tahun ni.

"Bulan puasa ni klau nak buat jahat tanya iman. Iman pasti kata jangan. Jangan tanya Aiman nanti dia kata "Aiman tak kisah". Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak."

"Semoga Allah jadikan..subuhmu cahaya, zohormu gembira, asarmu seronok, maqribmu keampunan, isyakmu keamanan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezkimu serta ianya tidak diambil balik dan dibuka pada mu pintu syurga tanpa sempadan. SELAMAT BERPUASA."

Panjang-panjang SMS yang korang hantar kat aku. Terima Kasih aku ucapkan pada semua yang sudi hantar SMS kat aku. Yang aku balas pendek je...

"Puasa Yang Yok... Pagi-pagi dah hisap rokok... Selamat Berpuasa!"

Hahahahaha...

(Puasa, jangan tak puasa!)

Friday, August 29, 2008

Siapa Yang Bayar???

"Geng! Ada sesuatu yang amat memeranjatkan!"

"Apa lak yang ko melalut ni?"

"Ko tengok ni!"

"Woitt! Dah sambung balik! Bila ko bayar?"

"Aku takde bayar apa-apa pun. Ko yang bayar bil kan?"

"Bila masa lak aku bayar? Kan aku dah kata yang aku takde duit. Ni ha! Cek gaji aku. Baru je dapat tadi. Tak sempat bank-in pun."

"Ehhh! Kalau kau belum bayar, aku belum bayar, siapa yang bayar?"

"Lantak lah. Janji aku nak tengok cerita fevret aku malam ni."

"Ehhh! Siapa yang bayar hah?"

"Pedulik apa aku! Yang aku tau, bahagian aku untuk bil-bil lepas aku akan tetap setelkan. Diorang tersilap sambung line ke, silap kerani ke, hape ke, malam ni, gua nak layan American Chopper."

"Betul gak cakap ko tu. Lantak la! Malam ni kita layan American Chopper! Hahaha..."

"Woooohoooo!"

Thursday, August 28, 2008

MCMC Memang PANDAI...

Seperti mana yang sudah diketahui umum, blog Malaysia Today yang dikendalikan oleh blogger terkenal, Raja Petra, telah di'block' oleh semua ISP di Malaysia, atas arahan MCMC.

Tak pe...

Dunia maya internet adalah terlalu luas. Tanpa sempadan, tanpa sekatan. Pernah dengar perkataan 'mirror site' tak, wahai MCMC? Aku rasa, semua budak tech yang kerja kat MCMC tu tau. Itu pun cuma satu taktik dari banyak taktik yang boleh digunakan untuk 'circumvent' arahan MCMC tu.

Tak pe...

Kita boleh cari. Seperti kata Hishamudin Rais, "Lebai Google ada. Pakcik Yahoo pun ada."

Aku tak tau la pendapat korang, tapi kalau aku nak sesuatu, dan benda yang aku nak tu susah nak dapat, aku akan tetap cari.

Tuesday, August 26, 2008

Bulan Depan Boleh Kot...

"Geng. Aku betul takde duit ni. Aku boleh bayar bila gaji aku masuk nanti."

"Ok lah. Aku pun bukannye ada duit pun sekarang."

"Aduiii... Aku rindu betul American Chopper."

"Ko buat la show ko sendiri. Malaysian Rempit! Amacam? Beran?"

"Duit nak bayar bil Astro pun takda, mau cerita pasal bikin show kat tv. Piiiiirraaahhh!"

"Alamak. Keluar cakap Penang nampak!"

"Hang kalau nak kena pukui, hang buat lawak lagi macam tu!"

"Hahahaha..."

Thursday, August 21, 2008

Iklan Bergerak a.k.a. Kenapa Semua Orang Pakai Jersi Bola? (Part 2)...

"Jalan jam la boss."

"Takpe. Banyak masa lagi. Saya dah agak dah jalan mesti jam. Awak minat bola tak?"

"Minat boss."

"Season EPL baru je start kan.? Awak sokong team mana?"

"Liverpool la boss."

"Main sponsor Liverpool Carlsberg kan?"

"Ha'ah."

"Awak ada jersi official? Yang original?"

"Mesti la ada boss. Peminat sejati mesti ada jersi ori."

"Awak ni pun sama je macam orang lain. Tak sedar yang kamu kena tipu hidup-hidup."

"Kena tipu?"

"Ye. Kena tipu. Saya nak tanya awak satu soalan je. Berapa Carlsberg bayar awak untuk tayang logo diorang kat dada awak tu?"

"Mana ada bayar apa-apa. Logo tu ada kat semua jersi rasmi boss. Team lain pun macam tu."

"Saya tau. Tapi dalam kes awak ni, Carlsberg tak bayar awak apa-apa kan? Betul tak?"

"Betul boss."

"Sebab tu la saya cakap yang awak ni kena tipu. Awak dan semua orang yang suka sangat pakai jersi official team masing-masing. Awak sedar tak yang Liverpool dibayar berjuta-juta pound supaya logo Carlsberg tu boleh di cop kat jersi tu. Yang dapat untung team dengan player. Diorang dibayar beribu-ribu pound seminggu untuk pamer logo tu. Diorang yang dapat duit. Yang awak dapat apa? Awak yang kena keluar duit nak beli jersi official. Yang awak cakap ori tu. Carlsberg ada bayar awak ke nak promote beer diorang?"

"Tapi semua fan pakai jersi boss. Kalau ori lagi cool."

"Saya tau tu. Tapi awak fikir baik-baik. Jersi ori awak tu mesti mahal, betul tak? Awak beli jersi mahal-mahal macam tu, tapi si Carlsberg ni dapat promote beer diorang secara percuma? Mana-mana awak berjalan pakai jersi tu, orang akan tengok logo tu. Patutnya, fan macam awak ni dibayar. Awak yang berjalan ke hulu ke hilir pakai jersi tu.. Betul tak? Sama la macam team lain. Kalau MU, yang sponsor dia siapa? AIG kan? Fan United dapat diskaun ke kalau beli insuran AIG?"

"Tapi jersi official lawa boss."

"Macam ni lah. Kalau awak minat sangat Liverpool, awak nak sangat sokong Liverpool, awak beli t-shirt fan club dia. Tak pun awak cari jersi lama diorang. Jersi lama dari zaman sebelum ada logo sponsor. Janji tak ada logo sponsor. Baru la betul. Duit awak akan pergi ke fan club. Yang awak sokong team bola tu. Bukan company yang sponsor team bola tu. Diorang dah banyak duit. Awak nak tolong company besar-besar tu buat apa? Betul tak?"

Betul gak apa yang boss aku cakap ni. Aku pun dah macam jadi ahli Kelab Jeket Terbalik, main ikut je semua orang...

Wednesday, August 20, 2008

Iklan Bergerak a.k.a. Kenapa Semua Orang Pakai Jersi Bola? (Part 1)...

"Awak boleh ganti Apai tak hari ni? Dia MC la."

"Boleh boss."

"Jom. Bawak saya pegi GE Mall. Saya nak jumpa client."

"Orait."

"Awak boleh bawak Mercedes kan?"

"Boleh boss. Kan hari tu saya ada ganti Pakcik Apai kejap."

"Oh ye..."

Tuesday, August 19, 2008

Tahniah Chong Wei...

Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei di atas kejayaannya meraih pingat perak di Olimpik Beijing 2008. Walaupun tak dapat meraih pingat emas, aku tetap respek dan kagum atas kejayaan dia. Bukan senang nak dapat pingat kat Sukan Olimpik geng! Orang berlatih bertahun-tahun nak try.

Tahniah Chong Wei!

(Gambar ihsan TheStar.com.my)

Aku Rindu American Chopper...

"Aduuuiiii...!"

"Alamaaak! Time Olimpik lak kena potong."

"Dah tiga bulan dah ke?"

"Ye la kot."

"Aduiiii... Duit aku dah tinggal sikit dah ni."

"Aku pun. Setakat duit minyak motor aku dengan makan aku cukup la."

"Nampak gaya kita kena lepak mamak la kalau nak tengok Olimpik."

"RTM kan ada?"

"Kepala hotak kau! Aku dah tak tengok dah channel tu."

"Alamaaaak! Baru aku teringat! American Chopper!"

"American Chopper!"

"Ahhhh! Tidaaaaaak!"

(Gambar ihsan dari OrangeCountyChoppers.Com)

Thursday, August 14, 2008

Toilet kat mana?

"Malu gila siot!"

"Apa hal lak ko ni?"

"Ramai lak awek tengah tunggu lif masa tu. Adui..."

"Wei! Ko membebel kat sapa ni? Sakit kepala aku ko tau tak!"

"Tadi la... Boss aku suruh aku hantar dokumen pegi MITI."

"Habis tu?"

"Masa kat sana, aku nak terkencing. Aku malas nak mencari, so aku straight tanya la ada satu makcik ni. Masa tu aku tak perasan sebelah dia ada satu minah cun."

"A'haaa..."

"Aku tanya la makcik ni... Makcik. Tumpang tanya. Bilik air kat mana? Lepas tu ko tau apa makcik ni jawab?"

"Entah lah geng... Apa yang makcik tu jawab?"

"Awak tak nampak ke sign kat atas tu? Aku pun heran la. Sign tu tulis 'Washroom' makcik. Bukan 'Toilet'..."

"HAHAHAHAHAHA... Ko memang terang-terang tak habis sekolah!"

"Lahanat ko! Cibai! Puki!"

"Washroom tu toilet la bodoh... Hahahaha... Memang patut pun ko kene gelak. Hahaha...!"

Monday, August 11, 2008

Selamat Hari Olimpik...

Lupa lak...

Aku nak ucapkan kepada semua, Selamat Hari Olimpik!

Try sekali je...

“Try la geng... Sekali seumur hidup ko kena try! Sekali je. Seronok siot!”

“Tak nak.”

“Ko ni kenapa? Tak mati nye! Semua orang dah pernah try.”

“Ko dengar tak apa aku cakap tadi?”

“Sekali je... Betul geng. Dia punya syok dia... Pehhh! Aku cakap kat ko sekarang ni pun aku dah berdebar dah. Betul...”

“Tak nak.”

“Jumaat depan. Mau? Aku ikut ko sekali la. Barang aku boleh carikan. Jom aaaa....”

“Apa yang best sangat benda tu?”

“Meh sini aku cerit skiiiittt... Dia punya feel geng. Aku nak cerita kat ko pun aku rasa aku tak tau mana nak mula. Dia punya rasa... Pehhh! Sekali je geng. Sekali je seumur hidup geng! Kena rasa siot!”

“Detail la sikit geng. Ko gak yang suruh aku try.”

“Dia macam ni geng. Ko bayangkan benda paling best yang ko pernah rasa, lepas tu ko gandakan pengalaman tu 100 kali.”

“Ye ke?”

“Betul... Tada tipu punya. Amacam? Jumaat depan mau? Aku boleh ajak 2-3 orang member-member aku. Ko jangan takut geng. Aku akan ajak budak-budak yang boleh dipercayai je geng. Aku pun tak nak kecoh-kecoh. Kalau ramai sangat kecoh lak nanti. Aku nak ko rasa sekaliiiii je.”

“Jumaat depan?”

“Mau?”

“Tak nak.”

“Jom aaaa....”

“Tak nak ah!”

“Apa yang ko takut sangat ni?”

“Bukan aku takut. Dah aku memang tak minat benda ni.”

“Sekaliiiii je geng... Ko tak kan menyesal punya. Aku siap ada satu pot baek punya. Kita boleh lepak, rilek-rilek, tengok DVD. Ko nak ajak awek ko pun aku tak kisah. Kita boleh chill geng. Takda orang kacau punya.

Mana lak ko belajar perkataan chill tu?”

Alaaaa... Jom aaa... Aku gerenti best punya!”

Tak nak.”

Ko ni hampeh la. Hampeh tau? Hampeh.”

Puki!”


Bil Internet...

“Kak. Boss dah bayar dah bil internet?”

“Dah.”

“Wooohoo...! Bila dia bayar kak? Selalu bil-bil ofis saya yang pegi bayar. Tak dapat pun.”

“Masa tu awak cuti. Akak yang kene jadi runner masa tu.”

“Caya lah... Kak? Masa lunch nanti saya pinjam jap PC kakak ehh? Boleh laaa....”

“Akak tak kisah. Tapi awak jangan nak mengada-ngada cari porno kat PC akak lak. Akak sumpah awak jadi katak baru tau.”

“Hishhhhh...! Akak ni... Saya nak update blog saya.”

“Awak ada blog ke? Bagi la address. Boleh akak baca.”

“Tak nak lah. Malu...”

“Mengada la tu.”

"Hehehehe...”

Thursday, July 24, 2008

Denggi...

"Geng. Ko dah ok dah?"

"Belum lagi kot. Aku rasa aku baru dalam 80% lagi. Belum full lagi."

"Macam mana ko boleh kena denggi ni? Aku pun heran. Ko sorang je yang kena kat area ni."

"Mana la aku tau. Aku rasa masa aku pegi ikut boss aku hari tu kot."

"Hahaha..."

"Ko gelak kat aku ehh! Nanti ko kena baru ko tau!"

"Takpe. Kurang-kurang aku tau ko boleh jaga aku. Hahaha..."

"Lahanat!"

Wednesday, July 2, 2008

Album Flickr Aku...

Aku baru je buat 'buddy icon' baru untuk album aku kat Flickr. Kalau korang senang, pegi la jenguk kejap.

Hehehe...

Oh ye. Lupa lak...

Aku tengah buat posting ni kat tempat kerje aku. Sekarang pukul 4.05 petang. Connection slow gila siot. Tak tau la kalau korang perasan atau tidak.

Trip ke Segamat 2...

"Geng. Best betul aku tengok peneroka Felda semalam."

"Apa yang best pulak?"

"Diorang melepak je. Satu hari suntuk diorang melepak, main domino kat kedai kopi."

"Melepak? Ye ke?"

"Serius! Semalam kan aku bawak boss aku pergi site visit. Kat ada satu Felda kat Segamat. Kan aku ada cakap kat kau semalam."

"Oh yee..."

"Diorang lepaaaak je geng."

"Diorang tak menoreh ke? Felda tu tanam getah ke sawit?"

"Getah. Semua yang lepak tu tuan-tuan tanah."

"Mana ko tau ni?"

"Aku tanya diorang sendiri geng. Mula-mula aku lepak dengan boss aku kat ada satu kedai kopi ni. Masa aku masuk, diorang dah rancak dah main domino. Riuh siot! Ada la dekat 20 orang lebih tengah main. Aku sendiri nampak diorang open dekat 4 table."

"Mak aiiii..."

"Aku tengah lepak dengan boss aku masa tu. Tapi bila budak-budak sub-kon dia dah datang, aku pun pindah la meja sebelah. Aku malas la nak campur sangat dengan diorang masa tu. Time tu la aku mula borak dengan satu pakcik ni. Aku tanya la dia, yang main domino tu siapa. Dia cakap semua tu peneroka. Aku pun tanya lagi, habis tu getah siapa yang toreh. Dia pun jawab, Indon le. Siapa lagi."

"Mamat Indon toreh getah Felda?"

"Hah! Diorang dapat upah singgit sekilo geng. Aku pun tanya lagi pakcik tu, dalam sehari boleh dapat hasil berapa banyak."

"Pakcik tu jawab apa?"

"Sehari boleh dapat dalam 100 kilo. Itu pun diorang toreh 5 ekar sehari. Kalau diorang kerja full 10 ekar, dapat 2 kali ganda. Sehari serat tu geng. Itu pun diorang toreh selang sehari."

"Seribu steng sebulan tu bruder!"

"Tu la pasal! Kalau diorang takde off? Tiga ribu sebulan tu geng!"

"Aku pernah toreh getah masa aku kecik-kecik dulu geng!"

"Aku pun!"

"SERIBU STENG SEBULAN TU GENG!!! Paling kuat pun dalam pukul 1 dah setel dah kerje."

"Kalau Mamat Indon boleh buta-buta buat duit sampai macam tu, ko bayangkan tuan-tuan tanah Felda tu. Sekarang sekerap bole pegi dalam 3 lebih sekilo."

"Pehh..."

"Best betul kalau aku ada tanah kat kampung. Boleh aku tanam sawit. Upah Indon jaga kebun aku, kolek duit hari-hari. Petang-petang lepak kat kedai kopi, malam tengok tv, main dengan bini."


(Aku amik gambar ni kena sorok-sorok sikit. Aku takut bergaduh nanti. Hehehe...)

Trip ke Segamat 1...

Isnin lepas aku pergi Segamat dengan boss aku. Dia 'ajak' aku 'temankan' dia. Aku dah paham apa yang dia maksudkan. Aku jadi drebar dia la tu. Dia nak pergi tengok site. Aku pun tak kisah sangat. Dapat gak aku keluar KL. Kadang-kadang best gak dapat keluar ronda-ronda. Free pulak tu. Jadi drebar boss pun lantaklah...

Dia suruh aku tunggu dia kat ofis awal sikit. Jadi, pukul 7 pagi aku dah sampai depan pintu ofis. Dia pun sampai dalam 5 minit lepas tu.

"Jom. Kita berenti makan kat highway nanti."

"Orait boss."

"Awak reti tak bawak Mercedes?"

"Boleh. Tak ada hal boss. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Ni nak pergi site visit kan? Baik boss pakai lori pikap ofis. Nampak macam kontraktor sikit."

"Ye tak ye jugak... Awak tunggu sini kejap. Saya naik atas ambik kunci Ranger."

"Ok boss."

Jam 7.15 kita pun mulakan perjalanan. Aku jadi drebar, boss aku duduk sebelah. Seperti biasa, kalau ada masa terluang sikit, dia mula la main telefon. Habis dia call semua orang yang ada kaitan dengan projek dia tu. Kontraktor sub dia call, kontek dia kat Segamat, member dia kat JB, bini dia pun sempat gak dia hallo.

"Jap lagi kita berenti kat Ayer Keroh. Awak belum makan kan?"

"Belum lagi."

"Ok. Saya pun dah lapar ni. Awak jangan miss pulak RnR tu."

"Makan mana boleh miss boss."

"Tau takpe."