Tuesday, March 30, 2010

Oh What A Tangled Web We Weave

[Tell me the truth! I tembam ke?]

[Tak lah. U cute.]

[Tipu!]

[Ye la]

[Yes I'm tembam or yes I'm cute?]

[Cute]

[Betul?]

[Betul]

[:)]

[Jom pegi McD lepas ni]

[I nak choc sundae]

[Tau. :p]

[And what's that supposed to mean???]

[U cute]

Monday, March 29, 2010

There Is No Spoon, So Kena Makan Pakai Tangan Ke? Kalau Pakai Chopstik?

Di post ini, aku telah melalut tentang eksperiens aku di satu pesta besar, baru-baru ni. Aku kini baru tersedar (di sedarkan, more likely) yang di sebab kan aku terlalu seronok melalut mengenai teori Zen 'No Mind' aku dan topik-topik kecil yang (sememangnya) tak berapa penting, aku lupa nak tulis apa dia tujuan aku ke pesta tersebut. Hahahaha...

Can you say, duh?

Aku sebenarnya ke pesta tersebut nak cari buku-buku kecil (dan comel) yang di terbitkan oleh penerbit-penerbit independen. Seperti Sang Freud Press, Stormkitchen dan Oxygen. Pada ketika itu, aku cuma dapat tahu yang semua buku-buku yang aku cari ni hanya ada di jual di booth Gerakbudaya. So, cuba teka booth apa yang mula-mula sekali aku cuba cari?

Seperti yang aku jangkakan, booth Gerakbudaya ni tak ramai pengunjung. Masa aku sampai, tak ramai yang sedang membelek-belek buku yang di jual. Bagus tu. Tak perlu aku bersesak-sesak.

Akhirnya, aku jumpa la buku-buku yang aku nak cari. Sebenarnya, aku dah nampak buku-buku ni dulu waktu ianya di release/jual kat kedai-kedai buku biasa tapi aku tak beli. Padan muka aku! Bila dah rare, baru la terhegeh-hegeh nak cari. Hehehe...


Comey nye...


Aku dah ada baca sedikit buku 'Dua Lauk' (aku dah khatam Kasut Biru Rubina sebelum ini) dan dari apa yang aku dah sempat baca, aku harap penerbit-penerbit independen ini dapat mengeluarkan lagi buku-buku sebegini. Aku suka sikap ireveren mereka terhadap penggunaan BM yang mungkin tidak di iktiraf DeeBeePee. Aku suka cara mereka memanipulet ayat. Aku suka ejaan kontemporari. Aku suka aspek desain mereka yang avangard. Aku suka yang mereka berani menghailait topik-topik tabu.

Kalau ko terjumpa buku-buku ni, beli terus. Jangan tunggu sampai dah jadi barang rare, ya.


Aku heart Colin si Anjing Gila.
Hahahahaha...

Friday, March 26, 2010

Aku, Queen Dan Bohemian Rhapsody : Atau Mengapa Aku Akan Cari Balik CD-CD Faveret Aku Yang Dah Lama Aku Simpan

Aku stuck di MRR2 petang semalam. Tak la teruk sangat tapi merangkak la jugak. Aku nak balik ke ofis lepas buat special delivery. Mendung dah macam senja sebelum waktu maghrib walaupun pada ketika itu hanya jam 4 petang, lebih kurang. Stesen radio indie yang biasa aku dengar tengah fail pada ketika itu. Tak ada apa yang menarik. So, aku pun tekan punat preset no 6 di radio. BFM.


...I see a little silhouette of a man, Scaramouche, Scaramouche, will you do the Fandango...

"Wooooooohooooooo!"

...Thunderbolt and lightning, very, very frightening me...

"Galileo, Galileo, Galileo, Galileo, Galileo Figaro, Magnifico-o-o-o-o"

...I'm just a poor boy nobody loves me...


Pernah tengok filim 'Wayne's World' tak? Scene di dalam kereta Garth di awal filim tersebut? Hehehehe...




"He's just a poor boy from a poor family, Spare him his life from this monstrosity!"

...Easy come, easy go, will you let me go?...


"Bismi... Ehhhh? Mana pergi..."

...No, we will not let you go, Let him go, ---------! We will not let you go, Let him go, ---------! We will not let you go...


Oh! Seronoknya...

Diorang dah sensor lagu klasik faveret aku!


...Beelzebub has the devil put aside for me, for me, for me!...


Aku terus switch off. Tak perlu lah aku tulis di sini perkataan-perkataan yang berwarna-warni yang keluar dari mulut aku pada ketika itu.

Thursday, March 25, 2010

Oh Pocot Mak Kau #4 : Aku Sedang Menunggu SMS Benci Dari Groupie-Groupie Zombie Yang Ternganga Di Depan TV Pada Setiap Hujung Minggu

Aku pernah tulis di sini yang aku jarang jengah ke akaun Facebook aku. Statement itu masih benar dan tepat. Aku lebih minat Goodreads dan Twitter. Wall Facebook aku hanya dipenuhi dengan update-update dari akaun Goodreads aku. Semua privacy settings Facebook aku adalah open to the public. Tak ada apa-apa nak sorok pun. Dua orang 'kawan' aku di sana pun aku tak kenal. Apa motif mereka nak add aku, aku sendiri pun tak tahu. Pada aku, SMS masih cara utama aku berkomunikasi dengan kawan-kawan aku. Texting ROCKS! I'm old skool in that way.

Tetapi, sekali-sekala, bila bulan berwarna biru, aku akan masuk juga ke alam itu. Aku nak tengok apa yang latest, berita-berita lemau/basi yang aku dah miss dan yang paling penting sekali, aku suka lihat/join grup-grup Facebook yang kelakar dan yang absurd. Voyuristik? Memang! Klise? Hell yeah! Berfaedah? Langsung tak ada sama sekali!

Hasilnya, setelah aku meronda-ronda dan bersiar-siar, melihat itu dan ini, aku terjumpa grup ini di Facebook. Aku terus join!


Aku BENCI kari ayam...



Boleh tak ko kata, 'Oh Pocot Mak Kau!'?

I knew you could...




Hehehehe...


SMS [AFUNDI AYAM] dan hantar ke 12345.

Setiap SMS akan dicaj 50sen di luar waktu puncak (12am - 8am) dan 75sen di dalam waktu puncak (8am - 12am) . Tertakluk pada terma dan syarat. Katakan TIDAK! pada Realiti.

Fuhhhhhhhh!


Caya la bro! Lotus livery...

Aku ternampak gambar ni di satu post di Paultan.org baru-baru ni. Single sided swingarm tu...

Monday, March 22, 2010

Oh Pocot Mak Kau #3 : Omaigodomaigodomaigod!

[Have you read it?]

[Link yang you email tadi ke?]

[Yup. Dah baca?]

[I suka pantun dia.]

[Me too.]

[You suap, I tembam. Hahahaha...]

[What? You think I'm fat laa tu.]

[Sori. GTG. Ada meeting.]

[Neekay!]

[Loobootin!]

Aku, Teori Zen 'No Mind' Dan Manusia-Manusia Blur Yang Suka Berhenti Betul-Betul Di Depan Eskalator

Aku pergi ke PWTC di hari Sabtu lepas. Ada pesta besar kat situ. Aku sebenarnya agak(?) malas nak pergi time weekend tapi masa tu aku kebosanan. Tak ada aktiviti yang menarik yang aku boleh/nak buat dan cuaca panas pada ketika itu membuatkan aku teringin sangat nak rasa chill aircon bergred komersil di sana. So, aku terus ke stesen LRT untuk ke sana.

Bila aku sampai di tapak pesta, jangkaan aku yang event itu akan dikerumuni manusia menjadi kenyataan. Famili, couple, crew dan yang solo macam aku.

Hmmmm...

Masa yang sesuai untuk mempraktikkan teori Zen 'No Mind' yang aku belajar dari sesi terapi aku.


"There is no spoon..."


Woooo... Aku ada POWER! Dan aku HOT gak...


Pada mulanya, teori itu agak berjaya. Aku dapat meng'zone-out'kan manusia-manusia lain yang ada di situ. Seolah-olah aku saja yang ada di situ.

"Not bad, Johnny boy. Not bad."

Kemudian aku sampai di satu ketika di mana aku nak naik ke tingkat atas. Aku pun cari lah eskelator terdekat. Cuma, bila aku jumpa eskelator tersebut, maka aku terjumpalah spesis manusia PALING blur di dunia.

Homo Blurrius Onemalaisie

Mereka lah yang akan membawa kereta selaju 40km/h di lane kanan, terpinga-pinga tak tahu nak order apa di restoran layanan segera/warung nasi campur, membuat multiple cheque deposit di mesin yang tak sesuai, suka berborak dengan si pengutip tol tentang cuaca dan politik semasa dan benda-benda lain yang akan membuang masa orang lain.

Pada ketika aku bertemu kumpulan (ya, mereka suka keluar secara berkumpulan) ini, mereka, secara natural/semulajadi, akan membuat satu-satunya aktiviti yang akan membuang masa manusia lain yang normal.

Mereka telah berkumpul di depan eskelator.

Mereka tak akan peduli yang ada manusia lain yang perlu menggunakan fasiliti tersebut. Mereka tak akan peduli yang mereka membuang masa manusia lain. Mereka hanya hidup di dalam kepala mereka yang blur/separa aktif.

"Bang, boleh ke tepi sikit tak? Orang lain nak guna eskalator ni."

"Huh?"

Pada ketika itu, aku cuba mengulang kembali mantra Zen No Mind aku.

"There is no spoon. There is no spoon. There is no spoon..."

Tapi trick tu tak berjaya kali ni.

"Bang! Boleh berdiri tempat lain tak? Abang sedar tak yang abang tengah block eskalator ni?"

"Oh... Sori. Sori."

Sunday, March 21, 2010

Apa Hisham Kata (15)...

Kali ini, untuk edisi ke 15 slot popular ini, Hisham telah mengatakan yang "Surat Khabar Buat Bungkus Nasi Lemak". Nasi lemak yang murah (a.k.a. nasi lemak tanpa lauk) kot, sebab kat area aku, makcik yang jual nasi lemak bungkus pakai kertas minyak. Lagi haijenik, katanya.


Hahahaha...

Friday, March 19, 2010

Pick-Up Lines : Atau Benda-Benda Patetik Yang Menyedihkan

"What's the worst pick-up line that you've ever heard?"

"What?"

"Pick-up line yang paling teruk you pernah dengar."

"Ok. Ok. Kejap... Let me think."

"Banyak sangat ke?"

"Ummm... Yaaa... I've heard lots!"

"Ooookaaayyy..."

"Ok. Ok. Pretend you're me, ok."

"Right."

"Can you help me out? I'm lost. Can you show me the way?"

"The way? Where?"

"To your heart."

"Maaaaaaaak oiiiiiii!"

"I know... Hahahahaha... Ok. Ok. Pretend you're me again."

"Ada lagi? Okay."

"You boleh tolong tunjuk kan jalan tak?"

"Jalan?"

"Jalan ke hati you."

"Gila rempit!"

"Hahahahahaha... You want to know who used that line?"

"Siapa?"

"You la."

Satu Perbualan Pendek Yang Tak Berfaedah Di Antara Dua Kawan Yang Sedang Mengalami Sindrom Kebosanan Yang Kronik

"Kakak transformer panggil apa?"

"Transistor."

"Transformer suka pakai bas apa?"

"Bas Transnasional."

"Transformer pondan panggil apa?"

"Transexual."

"Ehh... Jom pegi keluar mana-mana. Bosan la."

"Nak pergi mana?"

"Syurga."

"Syurga kat bawah tapak kaki ibu."

"Ko nak kene sekeh ke?"

"Betul la... Syurga kat bawah tapak kaki ibu!"

"Okay, okay... Sambung balik... Bunga apa kaler hitam?"

"Bunga tayar."

"Ikan apa paling power?"

"Ikano Power Center."

"Ikan apa ada ketiak?"

"Ikan duyung."

"Ko bangang la... Mana ko tau semua jawapan teka-teki aku?"

"Ko la bangang! Semalam ko dah tanya aku. Aku ingat la jawapan dia!"

"Jom keluar..."

"Mana?"

"Syurga."

"Syurga kat bawah tap..."

"Aku tau."

Thursday, March 18, 2010

Pensensoran Dan Stupidifikasi Sebuah Negara : Atau Mengapa Kamu Patut Tahu Speaking Sebab Aku Yakin Karya Jack Kerouac Tak Akan Di Terjemah Ke BM

Berikut adalah satu quote/kuot yang aku ambil dari satu post/artikel dari Silverfish.


Stupidification is not a condition, it is a process. We are not born stupid, but we can get there if we try hard enough.


Walaupun ini bukan slot popular 'Apa Hisham Kata...', aku rasa yang ianya patut di beri 'honourable mention' di sini.

Hehehe...

Friday, March 12, 2010

Aku Sepatutnya Dah Sampai Tapi Jalan Jam, So Aku Lambat Sikit

Ko dah baca esei dua mukasurat karangan Affendi Salleh yang bertajuk 'Merujuk Pada Takdir : Atau, esei mengenai Perikatan 35 jantan Tanah Malaysia dengan tuhan(-tuhan) mereka' di magazine separa-subversif 'Off The Edge'? Hehehe... Ayat faveret aku ada di bawah...



"Asmawi Ani silau mata atas stage majlis amal kebajikan yang dia sendiri tak tahu apa nama-nya dan dia ucap Aku Akan Sampai"




Hehehe...


Posing maut nampak...

Oh Pocot Mak Kau! #2 : Atau Mengapa Aku Kena Lebih Berhati-Hati Kerana Informer Mereka Berada Di Mana-Mana Sahaja

Post aku semalam telah membuat sorang zombie-groupie/fangirl dari grup 'Kami Peminat Tegar Akademi Fantasia' a.k.a 'KAMPEITAI' menghantar sms benci ke telefon bimbit aku.

[Kitorang PEMINAT OK!!! FAN!!! Bukan zombie-groupie!!!]

[Babe... Cousin gila you tengah guna fon you.]

[Babe kunon! Uweeeeek...]

...

[Sorry. Was at the kitchen just now. I promise I'll kill her after dinner]

[I tolong boleh?]

[:p]

Thursday, March 11, 2010

Aku, Seorang Penulis Fantasi Yang Agak 'Cult' Dan Pelajar-Pelajar 'Universiti' Yang Tak Sedar Mereka Sebenarnya Lagi Bodoh Dari Aku

Baca dulu post ini. (Ianya dalam bahasa Inggeris, jadi kalau ko spik no inglis, too bad)

Dah baca dah?

Ooookaaayyy...


Kalau ko kenal nama mamat yang cool ni, ko boleh join crew aku.


Sekarang siapa dia yang gila? Siapa dia yang perlu terapi?

Aku atau manusia-manusia separa sedar a.k.a zombie-groupie yang sedang tertunggu-tunggu musim terbaru 'Akademi Fantasia'?

Hehehe...


Cerita benar

Senario : Panggung wayang yang sedang menyiarkan(?) 'The Lord of the Rings : The Return of the King'. 'Battle of Pelennor Fields' sedang berlangsung. Theoden dan puak Rohan sedang mula menyerang angkatan gajah raksaksaksaksa...
Dramatis personae : Aku dan satu couple yang duduk di seat depan aku.


Balak : Beee...

Awek : Shussshhh...

Balak : Makhluk Hobbit yang mana satu hah?

Awek : Yang pendek-pendek tu.

Balak : Yang tu Orc la.

Awek : Bukan. Orc yang tengah duduk atas gajah tu.

Aku : HAHAHAHAHAHA...


Selepas wayang habis, aku terpandang yang couple (yang agak skema) tersebut sedang memakai tag/student card sebuah universiti awam yang terkenal.

Aku tergelak sekali lagi.

Wednesday, March 10, 2010

Sedang Menunggu Update Di Blog Yang Jarang Di Upd... Oppp... Dia Dah Update Dah...

Aku suka jengok ke blog-blog yang follow aku. Di sebabkan blogger-blogger ni sudi mengambil masa untuk follow aku dan baca tulisan aku, sebagai tanda hormat dan kaseh sayang, aku follow mereka balik. Common sense, betul?

Selalunya mereka yang aku follow ni selalu update blog mereka. Ada yang lebih prolifik dari yang lain tapi pada aku itu tak penting. Yang penting ialah mereka jujur dan mereka ada passion untuk menulis apa yang mereka rasa perlu di tulis. Diorang nak komplen ke, diorang nak puji ke, diorang nak melawak ke, semua aku baca. Tada hal...

Cuma kadang-kadang, bila sesuatu blog yang aku follow jarang di update, aku akan terasa...

Risau?

Runsing?

Pelik?

Entah lah...

Kadang-kadang aku tertanya-tanya gak kenapa blog yang aku follow ni jarang di update. Apa agaknya yang berlaku di dalam hidup si blogger yang aku follow ni? Apa dia situasi yang mereka lalui yang menyebabkan mereka tak dapat update blog mereka?

Imaginasi aku pun melayang...

Tapi jangan risau. Bila imaginasi aku melayang, aku hanya akan imagine yang positif sahaja. Tak baik buruk sangka, kata cikgu aku kat sekolah dulu.

Jadi di dalam kepala aku, senario-senario yang ludakris dan fantastikal akan bermain-main. Aku bayangkan yang ada di antara mereka sedang mengembara/backpacking mengelilingi Eropah. Aku bayangkan yang mereka sedang bergiat di dalam bidang seni yang avantgarde sehingga hasil seni mereka dapat di pamerkan di Tate Modern, Muzium Guggenheim Bilbao et al. Aku bayangkan yang mereka sedang sibuk memberi syarahan khas di hadapan profesor-profesor dan golongan elit intelektual di Cambridge atau di Sorbonne mengenai ilmu-ilmu falsafah yang esoterik dan rumit. Aku bayangkan yang mereka sedang sibuk menulis 'The Great Malaysian Novel'. Aku bayangkan yang mereka sedang menjadi perisik deep cover yang telah berjaya menginfiltrasi sebuah kumpulan jenayah di Sicily. Aku bayangkan yang mereka sedang sibuk memulakan hidup baru di New York...

Ya...

Aku tau...

Aku lupa pergi ke sesi terapi aku minggu lepas.

Mana aku letak botol Ritalin aku?







"Johnny, the doctor will see you now."

"Thanks."






Hehehe...

Monday, March 8, 2010

Apa Hisham Kata (14)...

Kali ni, untuk slot 'Apa Hisham Kata' edisi ke 14, topik yang di bincangkan di 'Tukar Tiub' agak serius. Dia tulis pasal buku, sastera, seni dan benda-benda yang nampak kecil tapi sebenarnya penting. Aku tak nak post artikel dia di sini (walaupun sudah ada disclaimer). Aku nak ko tengok sendiri post itu di sini.

Jom Pi Kedah! : Atau Mengapa Aku Patut Pi Sana Cari Marka

Semalam, aku pergi ke majlis 'hantar tanda' di rumah sepupu aku. Anak perempuan dia yang bongsu nak kahwin. Time ni aku kena pergi sebab mak bapak aku tak dapat pergi. Kiranya, aku jadi wakil famili aku la. Tepat jam 12.30pm, aku sampai di rumah sepupu aku. Semasa aku tunggu famili sebelah lelaki nak sampai, aku tanya la sepupu aku ni yang famili belah lelaki ni berasal dari mana.


"Sg Petani."

"Orang Kedah? Jauhnya."

"Tak jauh dah. Kalau ikut highway, dalam 3-4 jam sampai la."

"Fuuuu... Laju tu."


Lebih kurang pukul 1pm, rombongan belah lelaki pun sampai la. Seperti biasa, diorang bawak la hantaran/hadiah beberapa dulang. Ayah bakal pengantin jadi ketua rombongan, sekali dengan famili rapat diorang. Selepas selesai semua formaliti adat, sepupu aku pun jemput la semua orang makan. Aku join la sekali. Nasi Beriani Johor, geng. Mana boleh tolak. Hehehe...

Anyway, masa makan tu lah aku berborak-borak dengan 2-3 orang famili belah lelaki.


"Apa habaq?"

"Baik. Pakcik?"

"Baik... Panaih betul la ni. Kat KL pun panaih no?"

"Dah lama dah panas. Hujan kadang-kadang je."

"Hang famili chek A. ka?"

"Saya sepupu dia."

"Ohhh... Tu la. Muka hang lebih kurang sama ja dengan dia. Hahahaha..."


Dah lama aku tak dengar orang cakap slang Kedah yang pure. Sedap pulak aku dengar. Perkataan 'mai', 'pi', 'hang', 'habaq' dan liuk-lentok slang tu seolah-olah membawa satu nafas baru. Agaknya aku dah bosan/jaded dengan 'ko', 'lu', 'gua', 'youoll', 'bro', 'geng' yang selalu aku guna hari-hari. Rasa seronok pulak. Kemudian, sikap/perangai diorang yang 'easy going' pun telah membuatkan sesi makan tengah hari tu menjadi satu 'event' yang dipenuhi gelak ketawa, walaupun aku baru mengenali mereka. Lepas makan, kami semua sudah berseloroh, macam dah kenal lama.


"Jom la mai Kedah. Hang kalau nak pi sana hang telefon kami."

"Okay. Kalau saya ada nak pegi sana, saya call."

"Haaaa... Hang telefon ja. Boleh kita pi makan nasik minyak stail Utara."

"Okay."


Hmmm... Okay gak tu. Aku pun dah lama tak pegi holiday.

Jom pi Kedah...

Friday, March 5, 2010

L'enfer, c'est les autres : Atau Aku, Karma Dan Manusia Yang Blur

Konsepnya senang sahaja.

Kalau kamu ada lebih dari sekeping cek yang perlu di deposit, ambik borang yang berbentuk poket/sleeve, isi detail yang perlu di borang/form tu, sumbat cek ko ke dalam poket/sleeve di borang tersebut, lepas tu masuk kan ke dalam mesin cheque deposit yang ada slot di atas, yang macam kotak/peti undi tu. Senang tak? Ada tak ko buang masa orang lain?

Tapi sekali-sekala (selalunya ketika aku tengah rushing) akan ada manusia bebal yang akan membuat multiple cheque deposit di mesin yang lebih sesuai di gunakan untuk single cheque deposit. Oh, seronok nya...

Manusia sebegini sama spesisnya dengan manusia-manusia bebal yang baru terkial-kial nak buat keputusan nak makan apa di McD/KFC/warung nasi campur apabila tiba giliran mereka di kaunter. Mereka akan berdiri di depan kaunter dengan muka yang blank/blur, otak mereka akan hanya mula berfungsi ketika di soal...


"Having here or take away?/Makan ke bungkus dik?".

"Errrrrr... Hold on. Dine... Wait,wait... Take away.../Errrrrr... Kejap kak. Makan... Oooppp... Kejap, kejap... Bungkus lah..."


Setiap kali ini berlaku di depan aku, aku perlu bersabar. Lagipun, assault with a deadly weapon adalah jenayah yang serius.

Takpe...

Aku tahu yang karma itu roda.

Aku yakin yang mereka akan mendapat balasan yang saksama.

Aku yakin yang bila jalan di KL jam/sesak, mereka akan tersangkut. Mereka akan tersangkut di belakang satu-satunya kereta di Lembah Kelang yang mempunyai pemandu yang tak akan berani memandu melebihi 40 km/j di lorong kanan di Federal Highway.

Padan muka kau!

Tuesday, March 2, 2010

Sebuah Buku Yang Amat 'Dangerous' : Atau Mengapa Nephew Aku Akan Menjadi Manusia Yang Lebih Cool Dari Uncle Dia

Aku pergi ke Amcorp Mall semalam. Kat BookXcess ada 'sale'. (Kejap... Bukan BookXcess sentiasa ada sale ke?) Diorang nak pindah ke kedai yang lagi besar, so agaknya sale ni untuk dispose stok diorang yang agak slow kot. Anyway, masa aku tengah survey apa nak beli, aku pun ternampak la buku ni.


Buku ni 'bahaya'. You have been warned!
:p

Aku pun teringat yang nephew aku akan celebrate birthday dia bulan ni. Okay... Umur dia baru 3 tahun dan dia belum lagi pandai sangat membaca tapi why not? Buku hardcover boleh simpan lama. So aku pun beli lah. Tak mahal sangat pun. (Cheeewwwaaaahhh... Mentang-mentang cheque gaji dah clear!)

Masa aku belek-belek buku tu kat rumah, ada satu section dalam buku tu yang buat aku ketawa dan frust pada masa yang sama. Section tu pasal 'Girls'.


Section 'paling' bahaya sekali...


7. If you see a girl in need of help - unable to lift something, for example - do not taunt her. Approach the object and greet her with a cheerful smile, whilst surreptitiously testing the weight of the object. If you find you can lift it, go ahead. If you can't, try sitting on it and engaging her in conversation.


Aku ada satu soalan...

Why, oh why didn't somebody tell me this when I was 12?

Hahahaha...

Monday, March 1, 2010

Aku, Traffic Jam Dan Sebuah Mesin Yang Kononnya Cekap (Tapi Sudah Terbukti Tidak)

"Johnny. GPS navigator yang company baru install kat pick-up tu ok? Awak dah try?"

"Dah boss. Hampeh."

"Kenapa?"

"Mana ada orang ikut Jalan Ampang time jalan jam."

"Awak tak set up betul tu."

"Dah boss. Saya dah khatam baca manual dia."

"Hmmm... Awak pegi pasang kat kereta saya lepas ni. Saya nak try."

"Ok boss. No problem."

...

"Johnny. Siapa dia yang recommend kita beli GPS navigator tu?"

"Tak tahu boss. Tu kena tanya Mr. Y. Kenapa?"

"Betul cakap awak semalam. Machine tu hampeh."

"Boss stuck kat mana? Hehehehe..."

"Jalan Tun Razak. Pukul 6.30. Saya sampai rumah dah dekat pukul 9. Stupid bloody machine!"